Tuesday, 10 January 2012

kau mendengar, sebenarnya kau tidak memahami

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

minggu lepas...
sedang aku duduk baca buku Kaunseling di Tempat Kerja..
sekali lalu aku baca kemahiran mendengar..



fakta, persekitaran kita penuh dengan maklumat, perbualan, interaksi sesama dan kebisingan. Menurut kajian, hanya 25% sahaja daripada segala bunyi yang didengar melalui pendengaran di daftarkan masuk dalam diri masing-masing

Maksud ayat di atas ialah, manusia sebenarnya tidak memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pendengaran!

Manusia yang normal menggunakan hampir keseluruhan masanya untuk mendengar berbanding melihat atau berfikir.

TETAPI, terdapat perbezaan antara mendengar dan pendengaran..
PENDENGARAN lebih kepada istilah mengingati apa yang telah di dengari TANPA memperoleh dan memahami maklumat yang di sampaikan.

Contoh. Awak boleh mengulangi kata-kata yang di sampaikan oleh saya berulang-ulang kali apabila di minta berbuat demikian. Tetapi bukan bermaksud awak boleh memahami maksud setiap perkataan yang saya katakan tadi. Awak gagal sebenarnya, kerana melalui PENDENGARAN, awak hanya boleh mengingatinya sahaja tanpa memahami maksudnya.

itu sahaja faktanya..

ASLINER: lepas nie, tanya balik pada rakan kalian semula mengenai apa yang telah kalian katakan, kerana khuatir mereka gagal memahami maksud anda kerana mereka hanya mendengar sambil mengingati TANPA memahaminya! haha

1 comment:

  1. salam dik,

    kadang tu kata depan muka pun
    boleh tak sedar lagi kalau tak
    fokus ..

    selalunya dgn anak2lah :)

    ReplyDelete

pilihan yang bijak kerana memberi komen (^_^)