UP TRAFFIC

Thursday 28 February 2013

kad raya 2013

assalamualaikum..

some quote for you guys.

gangsta benau cara wa diri..hik3
gambar di cameroon highland..
gambar awal tahun lepas..


ok fine. rindu pulak nak pergi cameron semula. nak feeling2 sejuk walaupun hakikatnya aku tak suka cuaca yang sejuk. agak-agak kalau nak copy gambaq nie pun boleh. buat poskad. pastue hantar sebagai kad raya. *ok,tetibe*




notakecil: aku ngantuk (-___-)

Monday 25 February 2013

aku pelat

assalamualaikum..

okeh, hari ini banyak kali aku tersasul.yang nak di cakap lain, tapi yang keluar dari mulut lain. haha
contoh, tadi aku nak cakap macam nie:

"eh awak, harga buku isu islam kalau campur dengan buku HD(human development) berapa ek?"

tapi yang nie aku tertanya:

"eh awak, harga buku isu islam kalau yoyooi dengan %$*(=#@?................"

okeh, hari nie aku mengalami masalah pelat di samping lidah berpintal-pintal..LOL!
dan kedengaran ada kawan aku bantai gelak bila dengar aku tersasul cakap. of fine.


Aku pelat tak bisa bicara seperti kamu

Lidah ku panjang berpintal-pintal
Bicara ku melulu selalu terburu
Lidah ku tebal bagai kepala di bantal



Lirik Lagu Aku Pelat - Salammusik ft Ziondrea




ASLINER: nasib baik bukan leher aku yang berpintal-pintal =P

Saturday 23 February 2013

kaitan badminton dengan muka merah?

assalamualaikum..

setelah aku.kene.nganjing.tahap.dewa.dengan.rakan2.aku.selepas.habis.main.badminton.semalam.
aku rasa nak google pulak why muka aku keep kemerah-merahan after aku bersukan. so, this the answer yang aku dapat :

1. ROSACEA

salur darah di muka cepat membengkak dan menyebabkan muka kita kelihatan merah-merahan selepas bersukan. kebiasaanya berlaku di bahagian muka dan hidung.

2. KEBIMBANGAN

kebimbangan dan tekanan mencetuskan rekleks merah kemalu-maluan. Ia ialah isyarat darah naik kemuka dan terhasillah muka yang merah kemalu-maluan yang berlebihan. Atasinya dengan melakukan sedikit amalan pernafasan. Rawat ia melalui pernafasan terkawal dan teknik relaksasi. Ketahui perkara-perkara yang menyebabkan diri mudah bimbang. Elakkan perkara tersebut atau lebih senang, uruskan dengan baik.

3.PERANGAI

Rasa marah boleh menyebabkan muka kita jadi kemerah-merahan. Dan ia adalah tindak balas normal disebabkan kenaikan suhu badan. Cara terbaik ialah kawal emosi anda atau tarik pernafasan dalam kiraan 10 untuk mendapat ketenangan.

4. KEKURANGAN LATIHAN

Kurang latihan atau pergerakan boleh menyebabkan aliran darah lemah dalam badan. Senaman boleh membantu meningkatkan peredaran dan mengawal aliran darah yang berlebihan pada pipi kita. Dan ingat, satu senaman memerlukan pemanasan (sebelum) dan 'cooling down' (selepas).

5.MAKANAN

Kebiasaanya, amalan pemakanan yang betul membantu mendapatkan kesihatan tubuh yang baik. Dan jangan tak percaya, sebenarnya ada beberapa makanan yang menyebabkan muka kita mudah merah. Pengambilan kafein, minuman panas dan makanan pedas, serta alkohol dan nikotin adalah agen pencetus mudahnya muka mengalamai kemerah-merahan.

6.BLUSHER

Penggemar blusher. pipi jadi merah.

7.TERSIPU-SIPU

Tersipu-sipu malu sebab kene usik dengan orang yang kita suka. ohohohoho.


ok, antara banyak-banyak nie aku rasa aku penghidap NO 1, NO 2 (sedikit) dan NO 5. hihi. aku nie nampak rileks. tapi sebenarnya kadang-kadang kusut dekat dalam. aku rasa lah kot. haha.

frankly speaking, kafein+minuman panas adalah minuman yang memang tak boleh dipisahkan dengan diri aku. sebabnya aku memang suka gilak kafein (and i don't know why) dan wa tak suka minuman sejuk. fullstop.

ASLINER: fakta di atas diolah sedikit oleh aku tanpa mengubah maksud sebenar di website ini.







Thursday 21 February 2013

we will not expecting you anymore encik fire

assalamualaikum..

semalam,fire alarm berbunyi. ah, it happened again. the same sound  heard in 2 last semester. tengah rancak kami berbual, *rinnnnnnnnnnnnggggggggggggggggggggggggg*. what would you expect us to do? run? find some help?

of course not, this two things are not done by us. what are we doing are, we keep on talking. close and lock the door. and at the same time we pray and hope the fire alarm stop working to make noise. kha3.

gila kau. patutnya kalau dah dengar fire alarm kita lari kan? lari ikut tangga dengan betul kan. but what are we doing are just stay calm, stay cute, stay tune, and stay laugh at room. because definitely we will say " alah, fire alarm lagi. bisinglah" instead of saying " weyh, selamatkan diri! cepat! cepat!"

sebabnya, kami dah biasa dengar fire alarm. and we know it is not a fire. but an alarm which are sengaja membunyikan ring tersebut. what a poor la kan. haha.

tetapi, sebenarnye keadaan ini bahaya. sebab kita tak akan alert dengan kebakaran. what if fire really happen. tapi kita still duduk tercongok dalam bilik layan feeling. haha. habis rentung lah awak. aku rasa fire alarm nie kene upgrade dia punya alertness. really bell the ring once it detect heavy smoke. sebabnya ape kan. pelajar china dekat sini suka sangat hisap rokok dalam bilik. mestilah smoke detector akan notice.(-_-)

and yang masalahnya, fire alarm tue betul2 depan bilik saya. OMG.

bui..bui.

ASLINER: (-__________-")


Monday 18 February 2013

what am i currently doing

assalamualaikum..

what am i currently doing right now is sitting on chair. with lappy in front of me. currently typing on something to post in blog. and there is a glass of milk besides me. wow, its ANLENE lah.

biasalah, sejak umur dah meningkat nie, pemakanan yang sihat sangat aku titik beratkan. sebab apa, aku sangat sayang akan tulang aku. and i know anlene can help me to fill my body with enough calcium.

so guys, as you all know. milk is good for health. as it can bekalkan kalsium dalam badan. kuatkan gigi. hihi. part kuatkan gigi aku paling suka. =)

so, practice yourself to take 2 glass of milk in one day. so you will have enough calcium in body.


ASLINER: kenyang minum susu..=)

Sunday 17 February 2013

pinggang

assalamualaikum..

what a hectic day for me in 2 days before..

hari jumaat petang aku kena pecut pergi shah alam. sebab malam tue aku kne kejarkan bas ke kuantan. 5 jam dari JB ke shah alam. lepas tue 4 jam lagi dari shah alam ke kuantan. fuh. gilak kau! patah riuk pinggang aku dalam bas.so, i do salute with people yang kental naik bas sampai 9-12 hours straight.

sampai shah alam pun kene makan laju-laju. sebab takut terlepas bas malam ke kuantan. masa naik bas dari shah alam ke kuantan tue. aku sangat berharap dapat rehatkan diri dalam bas dengan turunkan sikit seat. tapi 2-3 kali aku cuba turunkan seat aku. tapi tak boleh.

dipendekkan cerita. dalam pukul 3 pagi sampai kuantan. dah sampai area kuantan. aku cube nak turunkan seat aku. sekali boleh kau! tak rasa macam nak memekak je dekat orang belakang sebab tahan seat aku sepanjang 4 jam. aku rasa orang belakang silang kaki die kott dan secara tak sengaja tertahan seat aku.

haish. tak macam sakit hatilah pulak kan. wa sampai kuantan terus balik homestay yang ibu aku sewa. lega dapat jumpa katil. haha


ASLINER: bas transnasional bawak  laju gilak. kecut perut aku.

Wednesday 13 February 2013

be the new one

assalamualaikum...

yeah. new semester begins. bernasib baik lah semester baru start pada hari rabu. kau pejam celik pejam celik tiba-tiba dah sampai hari jumaat. cepat kau. jadi minggu pertama naik nie tiadalah syndrome monday blues. haha

aku mulakan sem baru dengan harapan dapat memperbaiki diri dari segi pencapaian. pencapaian baik-baik sahaja. tapi kepuasan hati dengan pencapaian akademik masih rasa pada tahap biasa. biasalah, manusia tidak pernah rasa puas hati dengan apa yang dicapai. perlu sangat-sangat untuk aku tingkatkan lagi motivasi diri untuk ada rasa super seronok dengan belajar. rasa enjoy belajar. cukuplah aku dah lalui fasa segan hidup mati tak mahu dengan belajar. mak aih. pepatah tak macam tak kene pulak kan dengan situasi. haha

orang kata. masa belajar lah adalah masa paling seronok. banyak benda kau akan belajar. nanti dah keje, memang tak ada masa lah kau nak melepak. bergosip. jogging petang-petang. layan movie siang hari. memang tak dapatlah nak buat kalau dah bekerja. jadi, haruslah dimanfaatkan waktu belajar ini dengan sebaik mungkin. enjoy your study time while you still have time. jangan stresskan diri anda. nanti tak pasal-pasal ada niat nak main bungee jump(tak bertali) dari tingkat lima. haha

once again. i wish u guys luck untuk memulakan sesi pembelajaran di semester baru.

ASLINER: rasa teruja nak mula belajar balik. =)

Monday 11 February 2013

only after more than 3 times..

assalamualaikum..

saya terus sambung tajuk dekat atas...

"usually i will only learn lessons, only after experience doing mistake more than 3 times.."

gilak ayat dekat atas. nampak sangat saya tak peka. tak alert. tak ambil port. tak ambil pusing. hah, tak ambil ape lagi. haha. sementalah ada rakan aku yang amat khuatir dengan diri aku yang tak berapa nak peka nie. haha

TIDAK mendapatkan dan membeli tiket lebih awal sebelum tarikh balik merupakan snydrome yang memang sudah sebati dengan diri aku sejak awal tahun pertama aku dekat UTM. iyelah kan, since matrik saya hanya duduk dekat tangkak je. apelah sangat nak balik ke muar. dah tentu memang kene naik bas lompat-lompat. jadi, tak perlu susah payah beli tiketlah kan.

kene marah tue memang dah biasa sebab selalu beli tiket last minit. sejak dua tiga menjak nie memang saya tak berapa ambil port sangat untuk beli tiket lebih awal. sebab memandangkan diri amat yakin bahawa akan ada tiket bas untuk saya. hamboi, ingat kau siapa siap ada orang nak save kan tiket untuk kau lina. wahaha.

cuti CNY kali ini aku TERlupa nak beli tiket awal. sekali, ambik kau berkeliaran kau cari tiket. ahahaha. dengan ibu saya sekali berkeliaran cari tiket untuk aku balik ke skudai. i'm so sorry ibu. i will take lesson after this. hope so lah. sebab dah lebih 3 kali kan. haha.

hobi cari tiket last minit. sebelum tukar jadi habit, baik saya berubah. sediakan tikar sebelum berkelah. ahaha.

ASLINER: lepas nie kene rajin tengok kalender. survey waktu-waktu untuk beli tiket lebih awal. haha

Wednesday 6 February 2013

stop it!

assalamualaikum..

*entri berganti dirikan aku*

ah, aku paling menyampah kalau dah start duduk depan laptop. keje tak buat. duduk tonton movie 26jam sehari. eh, kita ada 24 jam eh sehari? haha.

i feel like want to throw away the laptop. so, it will be no lappy. no more watching online movie. no more blog. no more things related to use laptop. hahaha.

tapi kalau aku baling laptop. kat mana nak buat thesis. da la wa tak start taip lagi. proposal 10 pages. omg. 

lina! wake up. start to fill back ur mind with works sementara kau tak keje. that's it!

ASLINER: feel bad with my lazy attitude. sigh (-___-")

Sunday 3 February 2013

kisah lucu

assalamualaikum..

*entri ini berganti diri kan aku*

semalam. lepas maghrib, aku rasa lapar. sebab tengahari aku tak ambik lunch kan. aku pun pergi arked meranti. nak beli makanan. aku bawak botol 5ML sekali. sebab nak isi air sukida. sementara tunggu makanan order siap bolehlah aku menyibukkan diri untuk isi air sukida.

aku tulis dekat atas kertas makanan ape yang aku nak order. pastu aku pergi mini mart dekat meranti sebab nak beli roti. roti untuk keesokan paginya. wa pusing satu kedai nak cari makanan apa yang boleh di jadikan kudap-kudapan. wa jumpa coklat dan terasa nak beli coklat, tapi wa tengok dompet dan tak bawak duit lebih pulak. last-last aku beli roti je.hahaha.

aku dah beli roti, aku keluar dari kedai tue sambil bawak botol air yang berisikan 5ML air tue. dengan berbekalkan dua benda dekat tangan aku, aku pun cari port meja yang dekat dengan kedai makanan yang aku order makanan tadi. 

kelihatan satu meja ada seorang je budak perempuan duduk dekat situ. aku pun decide nak duduk dekat situ lah kan. aku letak roti dengan botol air tue dekat meja. perempuan itu tengok aku. aku pelik lalu aku tanya:

"eh,xde orang duduk dekat sini kan?" 

"xde". sambil menggelengkan kepala.

tapi reaksi dia macam tak bagi aku duduk situ. tapi aku peduli ape kan. sebab aku nak duduk tunggu makanan aku siap je. sekejap je. jadi nak membusykan diri aku sementara tunggu makanan, aku pun telefon ibu aku. tanyakan khabar. mujur aku ada kredit lebih. bolehlah aku tepon ibu aku sekejap. ecececeh.

tengah wa cakap. tiba-tiba ada seorang lelaki bawak dua minuman duduk sebelah aku. aku pandang sebelah mata. HALAMAK, dieorang dua orang tengah datinglah! yang wa duduk dekat meja dia kenapa seyh!

time tue aku masih cakap dengan ibu. tapi fikiran time tue macam dah tak keruan. sebab memikirkan aku dah pilih salah port. LOL.

sesudah budak lelaki tue duduk sebelah aku. aku tengok ada seorang lelaki depan meja aku ni, dah dok pandang aku, pandang budak lelaki tue dan pandang meja tue. reaksi dia macam pelik lah. haha. mungkin mereka tengok aku macam parasit dekat meja tue kan. haha. wa dah malu sebenarnye sebab salah meja. tapi wa tahan dulu malu tue dan still duduk dekat meja tue sampai siap makanan. sebab kalau aku tukar meja, aku rasa lagi aku malu besar. jadi, untuk sedapkan hati. wa fikir macam nie, "eh, bagus jugak aku duduk sini. kan tak boleh berdua-duaan. nanti mesti ada yang ketiga". tapi dalam kes nie, memang aku lah yang ketiga nya. haha.

lepas aku dah abes cakap dengan ibu aku, aku teros pandang sebelah dekat lelaki itu dan aku cakap "eh sori". dia pun balas takpa dengan muka senyum. lega hati.

tak sampai satu minit. aku tengok makanan aku dah siap. aku bangun pergi ambik makanan. dan teros beredar dari meja tue tanpa meminta maaf sekali lagi dengan pasangan tersebut.

aku terus cari motor aku. dan nak beredar cepat dari situe. sebab malu bukan kepalang kan. haha. atas moto aku dah ketawa berdekah-dekah. sengal betol!

sekian~

ASLINER: entri panjang pulak kali nie. (-___-")

Saturday 2 February 2013

ikan jenahakhakhak

assalamualaikum..

setelah seminggu busy tahap maha punya.saya berjaya pegang keyboard lappy..yeay!

minggu lepas kan cuti seminggu dekat rumah. dan masa dekat rumah tue amatlah berharga untuk dihabiskan bersama-sama dengan keluarga. jadi, wa bodek2 ayah wa untuk belanja pizza+kfc+dominos (tipu). bodek punya bodek, ayah nak belanja makan dekat port biasa. (amboi ayat macam port tempat lepak pulak.haha).

kami pergi makan dekat asam pedas parit jawa. wohooo. my fav ok. =)

yurk layan sebijik dua gambar.


kuah asam pedas pekat gilak..sedap..
badan ikan dah abes, jadi terpaksa order kepala ikan..
itue pun dah last2 dah. rezeki.
nie namanya ikan kaloi. eh, tak, ikan jenahakhakhak.
pembetulan: ikan jenahak. =)



haruslah menangkap gambar berfore makan.haha


 penaja makan malam kali ini..hewhewhew.


ASLINER: best time to spent time with family is during meal time. =) sumpah tak tipu.