UP TRAFFIC

Wednesday, 8 June 2011

barang yang lama usah di buang..

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

minggu lepas..
lihat abang kemas stor..
tahu-tahu je lah kan..
kalau dah namanya stor..

segala macam barang ada dalam tue..
tetapi akhirnya berjaya jugak lihat abang kemas stor tue dengan jayanya..hihi

abang cerita..
dia kata..
banyak 'giler' barang ibu dalam stor lama..
barang lama-lama..

abang kata:

"na, kat dalam stor tue siap ada oven lama"

"tahun 1985"

saya tanya:

"wohoo..hadiah kahwin ibulah tue"

abang jawab:

"ha ah..dah lama 'giler' kot.."

"jimat betul ibu!"

abang buka cerita lagi:

"na, kat dalam stor tue pun ada troli baby"


saya cakap:

"hah? biar betul?"

"elok lagi tak?"

abang jawab:

"ibu dah sampul dalam plastik"

"tapi dah berkarat sikit"

saya tanya:

"bangah dah tanya ibu, nak buang ke tak nak troli tue?"

abang jawab:

"dah"

"ibu kata simpan je dulu, nanti anak2 hadi(nama abang) dan lina boleh guna"

"boleh spray balik troli tue"

abang kata:

"hu..jimat betul ibu nie lina"


beberapa hari selepas itu..

saya tanya:

"ibu, mainan lego nie tak nak buang ke?"




ibu jawab:

"eh, jangan buang"

"nanti anak-anak lina boleh guna balik"

"sayang woo nak buang"

"kan itu mainan lina n shima(nama adik) masa dekat singapore dulu"

kata hatiku kecil:

"jimat betul ibu nie.."

kedengaran suara abang:

"na, abang ingat kereta hijau kecik dalam plastik tue"

"abang selalu main bende tue time kecik2"


hurm..
maksudnya disini..
tidak semua barang yang lama-lama boleh di buang..
if bolehd di pakai lagi oleh generasi akan datang..
tidak salah kalau kita tidak buang semua tue..
orang kata ITU KENANGAN!

ada nilai sentimental semuanya..
patutlah ibu saya sayang nak buang semuanya..hihi

korang pula macam mana?
ada ke barang-barang yang punya nilai sentimental yang tinggi?
kongsi sini!

BICARA SYE: saya pun jimat..hihi


Monday, 6 June 2011

kepenatan

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

hectic day today..
keluar rumah pukul 7.30 lebih..

teman ayah pergi buat test blood..
current no. masa tue adalah 30keatas kot..
ayah pula dapat not 71..
fuh..
jauh benor..

kesempatan gap itulah kami ambik masa untuk settelkan appoinmnt saya..
ayah pergi bahagian sini..
jumpe doktoe bahagian sana..

balik semula dekat tempat test blood tue..
masih tak kesampaian lagi no 71 tue..
fuh!

dalam 10.30 nak ke 11.00pagi..
baru sampai..
masuk2 dapat 3 cucuk pulak..
sebab tak jumpe urat darah..
kelakar betul!
agaknye te tekan sangat sampai tak jumpe urat darah..hihi

lepas dah selesai situ..
kene settelkan yang sana pulak..

tup2..
dah pukul 12lebh..
pastu kene pergi mall..
nak tukar susu omega ke susu anlene..=)

bali rumah terus pukul 1 lebih..
sampai2 tumbang..
selesema sampai naik ke kepale..(-___-)

kul 3 kuar balik..
nak buka akaun kat bank2..
huish..
menguji badan betul kali ini..(^_^")

BICARA SYE: hari nak tidur awal..hoho


Sunday, 5 June 2011

!Puteri Kasih Ajak Berangan Jadi Jutawan!

bismillahirahmanirahim..
assalamulaikum..

cik nur fatin tag saya untuk join segmen ini..
yeay!


PUTERI KASIH ajak saya dreaming..hihi

ok..
andai diri ditakdirkan menjadi jutawan..

ada lah jugak beberapa perkara yang terpikir untuk dilaksanakan..

  • Mahu menghantar diri sendiri pergi ke Mekah..tunai rukun Islam yang kelima. Tetapi sebelum berangkat tue, menguasai ilmu-ilmu berkenaan menunaikan haji adalah sangat penting untuk diri. Jika di takdirkan berangkat ke Mekah selepas mendirikan' masjid', wajib bawa bersama dengan keluarga baru. Ingin merasai pengalaman yang pernah di lalui oleh ibu serta ayahku..insyaAllah..(^_^)
  • Berkeinginan untuk membeli segala kehendak/kemahuan yang melebihi keperluan..Kalau esok di takdirkan jadi jutawan(melampau benar!), esok jugak nak beli ipad 2, DSLR, telephone invisible..hihi
  • Mahu beli MINI COOPER dengan cash woi! Orang lain nak BMW, Porsche dan seangkatan dengannya tapi saya lebih memilih untuk beli MINI COOPER! Lebih feminin dan sesuai untuk insan comel macam saya nie..hihi (^_^)

  • Mahu beli camera LEICA with cash woo!. LEICA S2 DSLR. Tak tahu kenapa, tetapi design camera ini begitu comel buat saya..=). Design comel, harga pun comel! setelah di godek2 kat google..di convert dan di tambah dan tolak, harga untuk sebuah LEICA S2 camera ini hampir mencecah berbelas ribu woi! Kalau dapat beli cash kan besh! hihi. Tapi jika belum ditakdirkan menjadi jutawan lagi, bli yang NIKON atau CANON punya sudah! (^_^")

  • Mahu bina sebuah rumah untuk diri sendiri dan juga keluarga. Design rumah takdelah mewah sangat! Cuma cukuplah dekat sebelah kiri ada lanskap taman bersama kolam ikan yang boleh memberi inspirasi dan di sebelah kanannya di lengkapi dengan kolam renang untuk kanak-kanak dan juga dewasa! Keadaan dalam rumah mestilah bertingkatkan 2 tingkat, dan ada lift. Kemudahan lift itu untuk kemudahan warga-warga rumah yang mungkin 'rajin' untuk menggunakan tangga..hihi (^_-)
  • Mahu guna duit ini sebagai modal untuk memulakan perniagaan homestay keluarga! Abang yang pertama sebagai bussinessman yang merangkap sebagai creator and innitiator , abang yang kedua sebagai designer untuk homestay ini, saya sebagai 'HR manager' untuk bussines keluarga ini, adik sebagai promoter untuk perniagaan homestay keluarga ini dengan menggunakan ruangan multimedia. ^_^
  • Tidak punya niat untuk menggunakan perkhidmatan kad kredit. Jadi kalau nak beli barang kenelah cash!

erm..
rasanya kalau dapat tunaikan semuanya memang sangat awesome!

TETAPI cukup-cukuplah berangan cik asliner oi..hihi

Pagi-pagi ke kedai bersama Marsha
singgah ke kedai Mak Limah membeli beringin
berangan-angan tidak ada salahnya
asalkan jangan jadi seperti Mat Jenin!

ok..
dengan ini saya ingin tag..



sekian sahaja..
thank you for reading!

BICARA SYE: hampir sejam jugak saya buat entri nie..haha!



kenangan dulu-dulu..

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..


keretapi tanjung pagar



umum sudah tahu..
bahawa STESEN KERETAPI TANJUNG PAGAR akan ditutup operasinya..
iaitu akhir bulan JULAI..

secara peribadi..
stesen ini juga ada kenangan buat saya dan juga keluarga..

kedengaran..

"bu, lina pernah naik tak keretapi nie?"-tanya saya dengan penuh semangat

ibu saya kata..

"ape pulak tak pernah naik..lina kan pernah naik masa kecik2 dulu"

tanyaku lagi..

"pernah naik eh? tak ingat pun"-selorohku

ibuku menjawab..

"masa tue lina kecik lagi, mane nak ingat"-jawab ibuku selamba

ayah pula kata..

"lina merasa kan naik keretapi kat singapura nie..?"

"dulukan lina selalu naik.."

"masa ayah dan ibu tinggal kat singapura"

owh..
pernah naik juga rupanya..
dapat merasa 'kereta tradisional'..

yang masih jelas kenangannya..
ibu saya mengambil kesempatan untuk membuat 'karpet alas kaki' menggunakan tali kain dalam keretapi kat tanjung pagar nie..
kata ibu saya untuk mengisi masa lapang..(^_^)

sampai sekarang karpet alas kaki tue masih ada dekat rumah saya..
berstock2 dulu..
tapi tinggal sikit dah..
sebab 'bukak' karpet tue balik untuk guna tali kain tue..hihi



lawa kan?


kaunter tiket


seingat saya..
usia saya ketika berada di singapura ialah ketika lahir sampai umur dah masuk 3 tahun kot..
memang dah lama sangat..(-__-")

korang pulak macam mana?
pernah merasa naik keretapi?


BICARA SYE: dulu keretapi..naik sikit dah jadi komuter..transit lah..'innovasi' teknologi..(^_^")



Saturday, 4 June 2011

!speechless saturday!

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum





BICARA SYE: nasib baik terselit jugak saya kat tepi tue..hihi




Friday, 3 June 2011

!Nota untuk hari ini!

Bismillahirahmanirahim...
assalamulaikum..

"Jalan rohaniah mukmin bermula dengan..
sikap SABAR pada segala ujian yang dihadapi..
BERSYUKUR atas segala kurniaannya...
IKHLAS dengan ketentuannya.
Sikap SABAR pula di manifestasikan dalam bentuk usaha..
yang dilakukan bagi mengatasi masalah yang dihadapi..
berdoa memohon kekuatan dan pertolongannya yang berserah diri kepadanya. Perkembangan rohani yang baik dapat menyihatkan DIRI ANDA!"


sumber: 365 tip sihat gaya Rasulullah S.A.W


BICARA SYE: sakit perut..(-___-")

Wednesday, 1 June 2011

FREE call!

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..


hari ini hari lahir saya?

eh, mestilah tidak..
saya 'sagitarius'..
maknanya akhir-akhir tahunlah..(^_^)

macam yang korang semua tahu..
asal birthday je..
mesti dapat free call..
kalau tak dapat free call pun mesti send message free for one day!

tapi sekarang nak fokus pada free call..

gambar ihsan google


sesiapa yang menggunakan perkhidamatan free call sepenuhnya..
maknanya dia telah memberi 'KERUGIAN' kepada syarikat telekomunikasi mereka...
tak kiralah MAXIS..CELCOM..DIGI..U-MOBILE..

tapi saya adalah antara pengguna telefon yang akan 'MENGUNTUNGKAN'..
kerana tidak menggunakan perkhidmatan FREE call secara total!

"kau jumpe dia pagi tengah bergayut..time lunch pun sempat bergayut..malam lagi lah!" (^_^)

sebab saya tidak suka cakap lama dalam telefon..
lebih prefer berMSG..

mau taknya..
bercakap dalam 5 minit pun dah rasa panas telefon..
lagikan nak bercakap dalam 10 minit..
mau tak terbakar telinga..hihi

andai kata..
ada yang telefon saya lama-lama..
mungkin dalam hati saya akan berkata..
"lama lagi ke? dah TERbakar kot!"- giler jujur ayat!

tabiat yang pelik ke?
ke itu normal bagi korang semua?

JOM share!


BICARA SYE: buat suami(lepas dah kahwin) saya nanti..jangan BERGAYUT dengan saya lama-lama..tapi berSMS lah dengan saya selama mungkin..hihi (^_^")