UP TRAFFIC

Wednesday, 18 September 2013

Rasa kematangan....

assalamualaikum :)

finally, we are now a final year student.erm, fikir-fikir balik macam tak sangka je akhirnya kami dah 4 tahun belajar dekat UTM. tapi rasa macam sekejap pun ade. pejam celik pejam celik dah sampai tahun akhir da.

banyak benda yang aku belajar sepanjang aku dekat U nie. belajar untuk berdikari,belajar masak sendiri.erk. balajar untuk belajar. dan yang penting belajar untuk jadi orang la. haha

kawan dekat U memang banyak,tapi kene pandai pilih. silap pilih boleh mmberi kesan pada diri, itu nasihat aku pada bebudak yang baru nak menempuh alam belajar yang lebih mencabar di U. serius,mencabar. take whatever opportunity that are good. do rite things. follow Allah's rule. insyaAllah hidup lebih diberkati.

amboi. mentang-mentang da senior,ayat pun nak nampak kematangan sikit. apekah.
last but not least, welcome and happy of being a 4th year student untuk kengkawan aku. and welcome to University untuk adik-adik yang baru mendaftar 2 minggu lepas.hihi


ade rupe senior tak.woha.


notakecik: happy wednesday korang. :)

Thursday, 29 August 2013

Tips Kecantikan: Rahsia Senyuman =)

assalamualaikum semua. =)

erm. aku rasa macam pernah buat entri pasal senyuman. tapi tak ingat lah dekat mana. haha. siapa suka senyum dekat sini? cepat mengaku. kalau ya. tahniah anda muda sebelum usia. kaitan? haha. tapi betullah. kalau kite sentiasa senyum ia mampu membantu kita kelihatan muda lagi kebudak-budakkan. hihi

hari nie aku nak share sikit apa kebaikan kalau kite sentiasa tersenyum. selain satu senyuman boleh dapat pahala kita juga boleh dapat manfaat daripadanya. baca dibawah jika ingin tahu lebih lanjut. ewah. =)


1) senyuman boleh mengurangkan tekanan
wa pasti tiada orang dalam dunia nie tak pernah mengalami tekanan. duduk rumah pun boleh jadi tekanan kalau tak tahu nak start kerja mane dulu, tahu. macam aku nie. hihi. so take at least 10 minits untuk cuba senyum ketika tertekan. =)

2) Senyuman menguatkan sistem imun badan kita
Yes. Senyuman membantu menguatkan badan kita. Kajian menunjukkan senyuman boleh membantu badan menghasilkan sel-sel darah putih yang membantu badan untuk melawan penyakit.

3) Solekan tampak indah
Hah yang part nie mesti perempuan suka. hehe. Hangpa kalau bersolek nipis je, kalau sekali senyum mesti orang terpikat. tapi hangpa kene senyum dengan ikhlas la. itu kajian yang kata. nak tahu betul ke tak,cube senyum dekat pejabat 24 jam. =)

4) Senyuman itu berjangkit.
Yes. senyuman itu 'bahaya' sebab boleh berjangkit. kalau awak tersenyum pasti kite pun turut tersenyum. wahaha.

5) Senyuman membahagiakan orang lain.
Bunyi macam wow kan. tapi untuk pengetahuan anda. kalau seseorang yang anda tak kenali tersenyum kepada kita dan kita membalas kembali senyumannya, secara tidak langsung kita akan rasa bahagia. Maksudnya macam kita akan rasa gembira bila ada orang senyum dekat kita.

sumber: xxx

wah. hebat sungguh penangan senyuman nie kan? barangkali boleh buat orang jatuh hati. keh3.

jadi..senyumlah.

itu terlebih dos senyuman. hihi. :)

Tuesday, 27 August 2013

Test. =)

Assalamualaikum. Hai geng =)

Puasa sudah habis dan da nak habis raye baru kau nak update Lina? Apakah. Aptb sungguh..haha

Walaupun nak habis raye masih ada kesempatan untuk aku memohon keampunan kan. hihi

Apapun di kesempatan ini izinkan aku memohon maaf keatas kalian. Seribu keampunan aku mohon jika ada salah silap sepanjang berkawan secara terus /maya/terserempak/terjumpa dekat tepi jalan ke..hee. Kita mintak maaf ye. 

Kalau ade yg terasa tue,nampak sangat aku ade banyak buat salah dekat orang tue..keh3

Untuk itu,SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN. =)

       Anak sape la aku pegang tue..haha.


Sunday, 21 July 2013

Saiz Nabi Adam A.S

Asalamualaikum :)

sebelum pose. aku dengan femeli sempat ke shah alam untuk main bowling. yes. semata-mata nak support bisnes orang melayu. hihi. tapi part tue aku cerita lain kali.

tujuan utama kami pergi ke shah alam untuk lihat pameran Tamadun Islam. yang diadakan berhadapan dengan masjid besar Shah Alam.

Pameran tue mestilah berkisarkan pasal nabi. dan ada juga pameran kesenian Islam. like tulisan khat yang diukir menggunakan batu. sangat cantik. :)

but yang sangat menjadi perhatian aku ialah pameran jubah yang saiznya menggambarkan saiz nabi adam a.s. sangat lah besar dan tinggi manusia pertama di dunia ini. subhanAllah :). Jom lihat gambar :)


Ya Allah. Besarnya Nabi pertama kita kan.


seingat aku lah. jubah nie setinggi bangunan empat tingkat. atau lima tingkat. 
alaa.wa tak ingat la. ya, my bad. (-_-")


can you spot the difference of height of human now and nabi Adam a.s? erm. boleh di ibaratkan sebesar dinasour dan sekecil kucing comel. subhanaAllah. :)


sungguh aku tak rugi pergi pameran ini. :)

ok bai.

selamat berpuasa untuk hari yang ke 13 Ramadhan :)

Friday, 12 July 2013

Hari keempat :)

Assalamualaikum :)



masih tidak terlambat untuk aku ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan.esok dah masuk empat hari kita berpuasa.alhamdulillah. semoga dikurniakan kesihatan yang baik-baik buat kita dan keluarga untuk sama-sama menjalani ibadah puasa kali ini. insyaAllah. amin.

kalau nak feeling raya. tengoklah kuih makmur dekat atas tue. hihi. :)

ok bai. :)

Sunday, 30 June 2013

mentadak dalam rumah

assalamualaikum :)


kelmarin aku nampak binatang mentadak dekat depan bilik aku. jadi aku pun tanya.

"mentadak mentaduk..macam mana si polan tidur?"

*binatang tu lompat-lompat*

google image


aku pelik. jadi aku tanya lah lagi sekali.

"mentadak mentaduk..macam mana si polan tidur?"

*binatang tu lompat-lompat*

adakah bermaksud si polan tue tidur dalam keadaan terlompat-lompat(?). haha

bui..bui..:)

Sunday, 23 June 2013

Challenge Yourself :)

Assalamualaikum :)

video


cuba lipat baju macam dalam video nie.
aku belom test lagi.sebab aku rasa memang lah cepat lipat.tapi tak kemas.
 apa pandangan anda?

ok bai :)