UP TRAFFIC

Wednesday, 18 September 2013

Rasa kematangan....

assalamualaikum :)

finally, we are now a final year student.erm, fikir-fikir balik macam tak sangka je akhirnya kami dah 4 tahun belajar dekat UTM. tapi rasa macam sekejap pun ade. pejam celik pejam celik dah sampai tahun akhir da.

banyak benda yang aku belajar sepanjang aku dekat U nie. belajar untuk berdikari,belajar masak sendiri.erk. balajar untuk belajar. dan yang penting belajar untuk jadi orang la. haha

kawan dekat U memang banyak,tapi kene pandai pilih. silap pilih boleh mmberi kesan pada diri, itu nasihat aku pada bebudak yang baru nak menempuh alam belajar yang lebih mencabar di U. serius,mencabar. take whatever opportunity that are good. do rite things. follow Allah's rule. insyaAllah hidup lebih diberkati.

amboi. mentang-mentang da senior,ayat pun nak nampak kematangan sikit. apekah.
last but not least, welcome and happy of being a 4th year student untuk kengkawan aku. and welcome to University untuk adik-adik yang baru mendaftar 2 minggu lepas.hihi


ade rupe senior tak.woha.


notakecik: happy wednesday korang. :)

Thursday, 29 August 2013

Tips Kecantikan: Rahsia Senyuman =)

assalamualaikum semua. =)

erm. aku rasa macam pernah buat entri pasal senyuman. tapi tak ingat lah dekat mana. haha. siapa suka senyum dekat sini? cepat mengaku. kalau ya. tahniah anda muda sebelum usia. kaitan? haha. tapi betullah. kalau kite sentiasa senyum ia mampu membantu kita kelihatan muda lagi kebudak-budakkan. hihi

hari nie aku nak share sikit apa kebaikan kalau kite sentiasa tersenyum. selain satu senyuman boleh dapat pahala kita juga boleh dapat manfaat daripadanya. baca dibawah jika ingin tahu lebih lanjut. ewah. =)


1) senyuman boleh mengurangkan tekanan
wa pasti tiada orang dalam dunia nie tak pernah mengalami tekanan. duduk rumah pun boleh jadi tekanan kalau tak tahu nak start kerja mane dulu, tahu. macam aku nie. hihi. so take at least 10 minits untuk cuba senyum ketika tertekan. =)

2) Senyuman menguatkan sistem imun badan kita
Yes. Senyuman membantu menguatkan badan kita. Kajian menunjukkan senyuman boleh membantu badan menghasilkan sel-sel darah putih yang membantu badan untuk melawan penyakit.

3) Solekan tampak indah
Hah yang part nie mesti perempuan suka. hehe. Hangpa kalau bersolek nipis je, kalau sekali senyum mesti orang terpikat. tapi hangpa kene senyum dengan ikhlas la. itu kajian yang kata. nak tahu betul ke tak,cube senyum dekat pejabat 24 jam. =)

4) Senyuman itu berjangkit.
Yes. senyuman itu 'bahaya' sebab boleh berjangkit. kalau awak tersenyum pasti kite pun turut tersenyum. wahaha.

5) Senyuman membahagiakan orang lain.
Bunyi macam wow kan. tapi untuk pengetahuan anda. kalau seseorang yang anda tak kenali tersenyum kepada kita dan kita membalas kembali senyumannya, secara tidak langsung kita akan rasa bahagia. Maksudnya macam kita akan rasa gembira bila ada orang senyum dekat kita.

sumber: xxx

wah. hebat sungguh penangan senyuman nie kan? barangkali boleh buat orang jatuh hati. keh3.

jadi..senyumlah.

itu terlebih dos senyuman. hihi. :)

Tuesday, 27 August 2013

Test. =)

Assalamualaikum. Hai geng =)

Puasa sudah habis dan da nak habis raye baru kau nak update Lina? Apakah. Aptb sungguh..haha

Walaupun nak habis raye masih ada kesempatan untuk aku memohon keampunan kan. hihi

Apapun di kesempatan ini izinkan aku memohon maaf keatas kalian. Seribu keampunan aku mohon jika ada salah silap sepanjang berkawan secara terus /maya/terserempak/terjumpa dekat tepi jalan ke..hee. Kita mintak maaf ye. 

Kalau ade yg terasa tue,nampak sangat aku ade banyak buat salah dekat orang tue..keh3

Untuk itu,SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN. =)

       Anak sape la aku pegang tue..haha.


Sunday, 21 July 2013

Saiz Nabi Adam A.S

Asalamualaikum :)

sebelum pose. aku dengan femeli sempat ke shah alam untuk main bowling. yes. semata-mata nak support bisnes orang melayu. hihi. tapi part tue aku cerita lain kali.

tujuan utama kami pergi ke shah alam untuk lihat pameran Tamadun Islam. yang diadakan berhadapan dengan masjid besar Shah Alam.

Pameran tue mestilah berkisarkan pasal nabi. dan ada juga pameran kesenian Islam. like tulisan khat yang diukir menggunakan batu. sangat cantik. :)

but yang sangat menjadi perhatian aku ialah pameran jubah yang saiznya menggambarkan saiz nabi adam a.s. sangat lah besar dan tinggi manusia pertama di dunia ini. subhanAllah :). Jom lihat gambar :)


Ya Allah. Besarnya Nabi pertama kita kan.


seingat aku lah. jubah nie setinggi bangunan empat tingkat. atau lima tingkat. 
alaa.wa tak ingat la. ya, my bad. (-_-")


can you spot the difference of height of human now and nabi Adam a.s? erm. boleh di ibaratkan sebesar dinasour dan sekecil kucing comel. subhanaAllah. :)


sungguh aku tak rugi pergi pameran ini. :)

ok bai.

selamat berpuasa untuk hari yang ke 13 Ramadhan :)

Friday, 12 July 2013

Hari keempat :)

Assalamualaikum :)



masih tidak terlambat untuk aku ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan.esok dah masuk empat hari kita berpuasa.alhamdulillah. semoga dikurniakan kesihatan yang baik-baik buat kita dan keluarga untuk sama-sama menjalani ibadah puasa kali ini. insyaAllah. amin.

kalau nak feeling raya. tengoklah kuih makmur dekat atas tue. hihi. :)

ok bai. :)

Sunday, 30 June 2013

mentadak dalam rumah

assalamualaikum :)


kelmarin aku nampak binatang mentadak dekat depan bilik aku. jadi aku pun tanya.

"mentadak mentaduk..macam mana si polan tidur?"

*binatang tu lompat-lompat*

google image


aku pelik. jadi aku tanya lah lagi sekali.

"mentadak mentaduk..macam mana si polan tidur?"

*binatang tu lompat-lompat*

adakah bermaksud si polan tue tidur dalam keadaan terlompat-lompat(?). haha

bui..bui..:)

Sunday, 23 June 2013

Challenge Yourself :)

Assalamualaikum :)



cuba lipat baju macam dalam video nie.
aku belom test lagi.sebab aku rasa memang lah cepat lipat.tapi tak kemas.
 apa pandangan anda?

ok bai :)

Stay safe

assalamualaikum :)

semalam aku berdialog dengan adik aku. begini bunyi nya.

shima: de(kak uda). kecian la dekat kucing-kucing kite yang dekat luar tue. ayam pun sama. kecian dieorang duduk luar time jerebu macam nie.

aku pandang die jap.

aku: then,what u expect me to do? pakai kan topeng untuk dieorang ke? :)

shima: hehe. takdelah. tapi kesianlah. (-_-)

aku: erm. nak buat macam mane weyh. jerebu dah nak jadi. 

sebelum nie aku dengar dan baca berita kata indeks IPU dekat Muar dah tahap darurat. aku tengok dah sampai 700.satu level yang cukup tinggi. but alhamdulillah, dengar IPU dekat Muar dah semakin turun walaupun masih di tahap darurat.

jerebu di kawasan aku dah kurang sikit. tapi masih ada. semoga keadaan beransur pulih. dan berdoa semoga hujan turun.

bagi yang ada keperluan untuk keluar rumah ketika jerebu nie. ikut panduan kesihatan. wear nasal mask okeh. jangan anggap anda tue tahan dengan jerebu.

ok, bui bui. :)

asliner: sape dapat tengok supermoon?

Friday, 21 June 2013

A website to look for :)

assalamualaikum..
hai geng :)


bukan entri yang panjang aku nak buat malam nie. aku nak kongsikan satu link untuk pembaca yang suka baca komik. tapi sekarang kan trend baca komik online. jarang dah aku lihat orang sanggup beli komik untuk baca.

dulu aku suka baca komik conan. semua part aku kumpul. tapi sejak rumah aku banjir dan komik-komik aku kene air sampai kembang. sebahagian besar kene buang. start dari situ aku dah malas nak beli. so,aku pun beralih lah kepada bacaaan yang lebih bersifat kewanitaan. bersifat misteri. berisikan pengetahuan am. dah lebih kepada ilmiah. :)

tapi kalau aku pergi kedai buku. dan nampak komik conan tue. aku still tengok dan belek kejap lah komik tue. hihi. orang kata nak lepas gian. :)

oklah. aku nak terus bagi link untuk peminat komik online.

Click SINI

enjoy.i know you will love it.definitely.=)

notakecik: baca tau komik nie. best. hehe.

Wednesday, 19 June 2013

Review filem Man of Steel

assalamualaikum :)

Sesiapa peminat Smallville? sila angkat jari kelingking. hihi.

aku kebetulan minggu lepas tengok filem man of steel. bagi aku,not so bad lah cerita nie. teknik CGI guna tak macam advance gila lah kan. walaupun aku tahu cerita dalam nie auta semuanya. tetapi aku masih tergerak hati nak tengok. poyo. haha

kalau anda tengok smallville masa awal-awal episod tue, mesti korang tahu asal usul Clark Kent. tetapi untuk cerita nie watak Clark Kent di mainkan oleh Henry Cavil. yeay. hensem. =P.  pengarah dia pandai betul cari pelakon untuk mainkan watak Clark Kent. sebab apa yang aku perasan dari sisi tepi Henry, muka serupa macam hero dalam smallville tue.

do they look same?
atau aku seorang je yang perasan macam tue. haha


ok,pengisian jauh menyimpang dari tajuk.haha. ape-ape pun.kalau anda peminat filem superhero. i highly recommend you untuk tengok filem nie.

but,satu peringatan buat mereka yang punya silau yang tinggi. do wear you speck while watching this film. aku yang dah pakai speck halang silau yang bertinted pun masih silau kot tengok. memang ade certain scene ada level silau yang tahap maha punya. itu kelemahan cerita nie la. but overall ok.

ok bai. :)

notabawahsekali: i give 4/5 :). tapi abang aku kata filem now you see me lagi best. adohai.

TIPS: Menghadapi Jerebu

assalamualaikum and hai geng :)

Last week.when i heard on radio saying that Muar's environment condition having a bad quality of air. i was wondering. serius ke? sebab i guess Muar traffic condition is not as bad as KL yang sesak. sampai banyak gila asap kenderaan yang keluar daripada kenderaan. besides,development dekat Muar pun bukan nye secepat development dekat KL and Shah Alam kan.

time on the way nak balik Muar hari tue pun condition persekitaran dekat Muar aku tengok ok je. tapi not for this week lah. my house full of haze or smoke when i woke up in 6.30 a.m untuk solat Subuh. but i thought itu bukan jerebu at first. sebab dalam hati aku dah cakap "adohai,siapalah boleh membakar subuh-subuh nie".

tapi ayah aku cakap nie jerebu nie. ok.yup jerebu weyh. pagi tue aku hampir-hampir sesak nafas. i'm having difficulty to breath. serius. kami bukak semua tingkap luas-luas. to let the haze out from our house. if not,boleh kelemasan.  

and guys. aku dengar dekat shah alam pun mengalami jerebu yang teruk eh. here are some tips for those yang tinggal dekat kawasan yang sedang mengalami jerebu. 

banyakkan pengambilan air.
Kurangkan aktiviti di luar rumah.
If nak keluar rumah jugak. prepare yourself by wearing mask. Wear nasal mask.

Untuk lebih tips. rujuk sini :)

credit to google


tibe-tibe teringat time dekat KMJ kene pakai this mask. rimas kan syie? hehe.
but for the sake of taking care of my health.jadi kenelah pakai. :)


ASLINER: aku nak masukkan gambar keadaan dekat kawasan rumah aku yang jerebu. tapi ada problem pulak.so i postpone masuk k. :)

Monday, 17 June 2013

Pengorbanan

assalamualaikum. :)

a dialog while texting with my father.

ayah: ayah nak mintak lina post motor tau. dua bulan lebih cuti bawak lah balik motor. nanti senang orang dekat rumah nie nak guna.

lina: eh, betul ke ayah nak post jugak moto nie? mahal tau harga postage (-_-)

ayah: lina nak ayah uruskan urusan penghantaran motor. duit takpe. nanti ayah uruskan.

ya.itu pengorbanan wang ringgit dari seorang ayah.
selamat hari bapa ayah! 
semoga tercapai segala hajat :)

okbai!


cameroon highlands 2011

notabawahsekali: aku menaip sambil mengantuk. mujur tak tertidur depan laptop. mihmih

Tuesday, 4 June 2013

WW # 13 Gambar ayam dibiarkan bergantungan

Assalamualaikum :)

keciannya ayam nie..


kawan.jangan marah aku k :)
ok bai. 

Saturday, 1 June 2013

For gegirl yang cepat perasan :)

Assalamualaikum :)

aku nie suke BW. dalam jalan-jalan tengok blog orang. aku nmpak satu entri yang menarik dimata aku. Aku bet semua perempuan did experience feeling perasan cepat. perasan orang suka dekat kita. tapi kalau ada yang tak pernah experience 'cepat perasan' ni..i wonder "serius kau tak pernah rasa macam tue dulu?" haha

orang cakap,perempuan nie cepat perasan. erm,aku sebagai perempuan aku akui. sebab aku pernah juga experience macam nie. tapi itu masa aku sekolah menegah. biasalah,budak-budak baru nak mengenal dunia luar. tapi itu dulu-dulu. pengalaman masa remaja sekolah sangat aku jadikan sebagai sempadan dan guide untuk aku lebih berhati-hati dengan dunia luar yang penuh akan pancaroba dan tipu daya nie. ecececeh. ayat tak macam kelakar pulak.adohai.

so, gurls out there. read this and take it as a reminder for yourself. buat aku jua. :)

petunjuk: i = lelaki ; you = perempuan

just because im texting u...doesnt mean that i like u..
just because i ask u out..doesnt mean that because you are hot.
just because i sent you "love" sign in fb or mms..doesnt mean that i love you..
just because i say that you are nice..doesnt mean that my girlfriend is worse than you..
just because i say that you are different from other girls..doesnt mean that you are really different from the girl that i used to know.
just because i say that i miss you..doenst mean that i really did..it is just "pemanis ayat" to start a conversation with you..


i got this opinion from sis Nurul :) feel free to visit her page.
may Allah bless you and your family. aku adalah silent reader blog kak Nurul. hihi


ya gurls.beware with sweet talker outside there. If he really likes and adore you because he wants to marry with you,proceed. If he want to know you for no reason,leave it.

ok. aku bercakap pasal cinta? apekah. haha

ok,bui bui :)


ASLINER: Tulisan aku lari. setting tak betul.sabar je lah.

Friday, 31 May 2013

TIPS KESIHATAN: cara kuatkan antibodi :)

assalamualaikum semua :)

ok.hari nie aku nak bagi tips macam mana nak kuatkan sistem pertahanan badan.dalam erti kata lain, untuk menguatkan antibodi kite. mak aih,da la seminggu tak hupdate.pastu hupdate pasal kesihatan.adohai.

tak mengapalah. if you like pasal kesihatan. keep on reading. if not,feel free to leave my page :)

ok.tergerak hati nak google pasal antibodi nie sebab aku nie selalu sangat demam. lately ni lah. nak cakap tak aktif aku rasa dah cuba sehabis mungkin untuk amalkan worklife balance. tapi tuelah, demam da nak datang kan.tak boleh nak buat ape lah. =(

here are some tips untuk share with..

  1. AMBIL LEBIH BANYAK VITAMIN C. Vitamin C boleh membantu merangsang sistem imune,membantu menyerang sel-sel penyakit yang menyerang tubuh kita. Vitamin C membantu meningkatkan jumlah antibodi. Aku rasa buah-buahan seperti limau banyak kandungan vitamin C. ingat lagi time kecik-kecik ibu bagi minum Scouts Emulsion. itu yang jarang sakit. hihi :)
  2. AMBIL MAKANAN YANG ADA ZINC. Dapatkan zinc yang secukupnya. Banyak makanan yang mengandungi zinc jika anda bukan vegetarian person. Hah, ikan,daging tue semuanya zinc. Ambil dengan kadar yang berpatutan ye. :)
  3. AMALKAN PEMAKANAN YANG SEIMBANG. Makan makanan yang lengkap dengan karbohidrat,protein,zinc,vitamin dan lain-lain. Jangan bantai lebih karbohidrat. sedangkan protein ditinggalkan berciciran. Jangan bantai Protein je lebih, sedangkan buah-buahan dan sayur-sayuran entah ke mana. :
sumber:  xxxx

lagi satu tip.people out there. jangan cuba melawan biologi alam yang mana anda perlukan tidur pada waktu malam. if u dare nak switch it. insyaAllah demam bakal menyusul. macam yang aku hadapi sekarang. sebab tak tidur hampir 36hrs, makanya demamlah 2 hari keesokannya. haha 

air cap badak+strepsils+hacks untuk ubati penyakit package (demam,selesema,sakit tekak). insyaAllah. :)

ASLINER: i try to rehatkan badan. tapi exam yang semakin hampir membuatkan aku berfikir banyak kali. adohai. 

Friday, 24 May 2013

When I Was Your Man- Versi comel :)

assalamualaikum..:)

ok, sape suka Bruno Mars? sila angkat tangan laju-laju..hehe. i do like him too. but not a big fan of him lah. cuma sekadar minat lagu-lagu dia yang awesome pada aku. yang menangkap pada telinga aku je aku suka. contohnya, aku bet ramai lah suka lagu Grenade tue. tapi aku tak suka lagu tue. sebab melodi dia tak menangkap dekat telinga aku. 

and the latest, lagu when i was your man. lagu nie mula-mula tak best pun pada aku. tapi ada satu time tue aku bukak dekat you tube tgk official video die. sambil tengok lirik lagu. ok, aku dah cair dekat situ. feeling gila Bruno nyanyi lagu tue kan. jadi aku pun mula jatuh cinta pada lagu nie.

tapi aku lagi jatuh cinta pada budak kecik nie. lagi 'terselah' emosi budak kecik nie time die nyanyi lagu When I Was Your Man nie..hihi. aku yakin siapa yang tengok mesti jatuh hati dekat budak kecik nie. sweet gila budak nie. jadi,silah layan. :)

comel tak budak nie?
kecik2 dah pandai nyanyi dan feeling lagu.hik2.

oklah, itu je nak share.
bui..bui..:)

ASLINER: aku banyak kali tengok video nie.sebab lawak tengok Kai nie nyanyi.. :)



Monday, 20 May 2013

HE knows the best :)

assalamualaikum..:)

Allah merancang supaya aku tidak kerja part time sem ini..
sebab kebetulan terlalu banyak lambakan kerja..
assignment,thesis,presentation,exhibition,games..:)

Allah bagi aku peluang present OSH minggu lepas..
sebab kebetulan minggu nie aku ada presentation CCM..

Allah merencanakan bahawa hari esok aku perlu present CCM..
sebab minggu lepas aku dah sibuk dengan preparation untuk present OSH..

Allah bagi aku peluang hadiri kursus kawin minggu nie..
sebab sabtu dan ahad lepas aku sibuk buat thesis..

Allah bagi aku peluang untuk balik Khamis petang..
sebab tak mahu ada penangguhan untuk edit thesis..
no matter how, hari Khamis aku kene hantar jugak..

can you see the gap (masa) untuk aku laksanakan semua assignments?
proper dan cantik je kan. because HE did arrange it for me.
ya, i may have my plan.but Allah's plan is the best.
syukur Alhamdulillah. pasti ada hikmah disebalik semua nie. moga dipermudahkan urusanku


ok..
bui..bui..:)


ASLINER: kadang-kadang perlu untuk rasa busy supaya kita tahu menghargai setiap masa yang ada.kalau takda lambakan kerja yang submission date agak serentak, maka aku akan terus online..online..online..mihmih.

Wednesday, 15 May 2013

now i know why....

assalamualaikum :)

aku pernah bersikap sarcastic terhadap kawan aku. iaitu menggunakan bahasa sindiran tapi masih mengekalkan dalam bentuk gurauan. supaya lebih di fahami maksud dan tidak tersinggung oleh kawan aku.

aku pernah curious why we need to ponteng kelas just for the sake untuk siapkan thesis or do assignment?? why and why? ponteng kelas sebab tak cukup tidur ke? atau ponteng kelas sebab nak buat thesis? bukan kah kite ada sebanyak 18 jam untuk berfikir,menyiapkan kerja? dan kita pun ada 6 jam (at least untuk tidur)..hambik,semua persoalan menerawang dekat fikiran aku.

but you know what,siapa yang mengalaminya baru tahu perasaan berperang dengan nafsu untuk tidur,nafsu untuk on9,nafsu untuk melagha semata-mata untuk siapkan asignment dan thesis..:(

sebab baru sekarang aku mengalaminya. ponteng kelas.tak cukup tidur.memerlukan pergerakan pantas dari satu tempat ke satu tempat.tidur tak lena mandi tak basah.tak fokus dalam kelas.tekanan. ah, itu memang dunia aku sekarang. (-_-")

sekian.ok bai.


Tuesday, 14 May 2013

Wordless Wednesday # 13 - Perempuan (Part 2)

Assalamualaikum :)


uniknya perempuan..:)


Sunday, 12 May 2013

I wish, i can have touch screen LCD computer..haha

assalamualaikum :)

this is how i do my work for today.i made all my works (microsoft word file) in minimize form. sebabnya aku kene buat 3 kerja dalam satu masa. di sebabkan aku hanya guna netbook hijau yang comel nie, lagilah terhad kerja-kerja aku sebab space nya kecik je kan.

sekejap minimize.sekejap maximize kan balik.

aku rasa macam nak ada dua laptop je kan dekat meja nie.haha. tapi kalau ada dua laptop pun tak gune la kan. sebab i only have two hands je kan. :)

tak dua laptop pun, aku nak satu laptop yang berbentu LCD. pastu touch screen punya. yang macam tony stark punya tue. kalau ada kemudahan tue, memang tak payah nak minimize bagai kan. kha3x. ok, kau sudah merepek lina. booo.

ihsan google

kalau lah kemudahan nya macam nie. 5 kerja dalam satu masa pun aku sanggup buat. LOL. whatever it is,stay strong,stay cool, and believe you can finish it.oyeh! :)

ok bai.

ASLINER: ini kes pengaruh filem luar negara kuat sangat..haha (-_-")