UP TRAFFIC

Showing posts with label diriku.keluarga.rakan.. Show all posts
Showing posts with label diriku.keluarga.rakan.. Show all posts

Wednesday, 18 September 2013

Rasa kematangan....

assalamualaikum :)

finally, we are now a final year student.erm, fikir-fikir balik macam tak sangka je akhirnya kami dah 4 tahun belajar dekat UTM. tapi rasa macam sekejap pun ade. pejam celik pejam celik dah sampai tahun akhir da.

banyak benda yang aku belajar sepanjang aku dekat U nie. belajar untuk berdikari,belajar masak sendiri.erk. balajar untuk belajar. dan yang penting belajar untuk jadi orang la. haha

kawan dekat U memang banyak,tapi kene pandai pilih. silap pilih boleh mmberi kesan pada diri, itu nasihat aku pada bebudak yang baru nak menempuh alam belajar yang lebih mencabar di U. serius,mencabar. take whatever opportunity that are good. do rite things. follow Allah's rule. insyaAllah hidup lebih diberkati.

amboi. mentang-mentang da senior,ayat pun nak nampak kematangan sikit. apekah.
last but not least, welcome and happy of being a 4th year student untuk kengkawan aku. and welcome to University untuk adik-adik yang baru mendaftar 2 minggu lepas.hihi


ade rupe senior tak.woha.


notakecik: happy wednesday korang. :)

Friday, 10 May 2013

Happy 56 ayah! :)

assalamualaikum..:)

yesterday.was my father's birthday. aku ingat. tapi was-was. jadi aku mengambil pendekatan nak wish besday ayah aku belah malam. tapi tak sempat sampai malam,ayah aku dah bagi mesej dulu.

"sedehnya tak dapat potong kek hari nie"

halamak. ayah aku dah mesej dulu weyh. jadi dengan kadar segera aku terus reply and wish his besday with some doa dalam text..so ayah, 
HAPPY BELATED BIRTHDAY YANG KE-56.
SEMOGA DI PANJANGKAN LAGI UMURNYA.
DAN DI MURAHKAN REZEKI BUAT KAMI SEKELUARGA. 

Ayah aku nie muka nampak jambu. sebab cerah.

nampak muda tak mereka berdua nie.hihi.rahsianya,kene sentiasa senyum.
di tambah lagi setelah pakai spek trend sekarang.macam zarul umbrella pakai tue.lagi lah nampak muda.mihmih. anak-anak dia (abang-abang aku) tegur muka ayah aku nampak muda woo pakai spek tue.kembang setamanlah ayah den..he..he..he. :)


bapak hensem,anak perempuannya cantik.suka hati aku tuka peribahasa.haha.dekat rumah, aku dan ayah aku punya minat yang sama,iaitu suka makan ikan. yeay! dan suka tuka channel tv dengan kadar laju.haha.


agak-agak saya ikut muka siapa? hehe

ok, bui bui. :)

ASLINER: ambik masa satu hari lebih nak siapkan entri nie. punyalah sibuk. huhu

Saturday, 20 April 2013

demam.rakan.ibu

assalamualaikum :)

*baca dengan suara merengek keanak-anakkan*

aku: fana..kita demam..fana..kite deman..fana kite demam

fana: iye..abes tue nak suwuh kite buat ape..?

aku: fana..kite demam..fana..kite demam..bagilah kite ubat..:)

fana: eh awok nie, karang kalau kite bagi ubat awak bengkak-bengkak mata pulak..

aku: fana..kite demam..fana..kite demam..

fana: haish...

aku: ala,ape kate fana tuamkan tuala untuk kita..

fana: abis tue kite kene datang bilik, duduk sebelah awak dan tuam selalu lah eh?

aku: haah :)

kedua-duanya gelak

ok, kalau aku demam time dekat rumah. mesti ibu aku akan tuam kepala aku malam-malam. aku sedang syok tidur, tibe-tibe kepala aku ada orang pegang. owh, rupanya ibu aku yang sedang tuamkan kepala aku dengan tuala basah.

rindu saat itu. ajaibkan kasih ibu. :)


sambil taip sambil makan bisekut nie..=)



ASLINER: tekak gatal. hidung asyik sot set sot set. hidung kemerahan bagaikan nak tercabut dek kerana asyik hembus. telinga pun gatal. mungkin ini kifarah dosaku. :)

Tuesday, 16 April 2013

kebabom!

assalamualaikum semua :)

adakah preparation last minute seperti di bawah mampu membantu aku menjawab test dengan jayanya esok?  satu malam untuk nota 5 bab terus.  satu malam untuk membaca 5 bab terus. apekah.

hari ini (rabu), wa ada satu test n projek kebaboom punya. sungguh,memang tak sabar nak lepas semua ini. tekanan barangkali. itu yang nak lepas cepat-cepat. hihi



jam menunjukkan hampir pukul 3pagi. jom tido.

ok bai. :)


ASLINER: doakan saya ye kawan-kawan semua. :)

Tuesday, 2 April 2013

Konvo of mine :)

assalamualaikum..

have u ever experience..
 wear jubah konvo..
lepas tue naik pentas secara ayu..
(padahal gigil gila atas pentas)..
getting a scroll from 'NC'..
then your face is being captured..
and being display in a big slide..

people saw u turun dari pentas..
then u pun keep blushing sebab semua orang tengok dekat u..

hoi..story sangat nie..haha.


i just nak share yang wa pernah naik pentas berbajukan baju konvo sebelum waktu grad sebetulnya..
ihiks. rasa tahu feelings konvo tue even kene menghadapi protocol..=P

ok bai.


ASLINER: ini bukan riakss okeh.. :)

Friday, 22 March 2013

perempuan dan imaginasinya

assalamualaikum..

semalam.makan pagi.tibe-tibe cite pasal hantu. eh, silap. kawan-kawan cerita dekat aku kisah imaginasi mereka.aku ingat aku sorang je berimaginasi tinggi. tapi ada yang lebih tinggi imaginasinya dari aku.siyes tak tipu. :)

ini imaginasi mereka yang pertama. sebelum tidur dan naik atas katil. mereka akan check dulu apa yang ada di bawah katil. kot-kot ada 'seseorang' disitu. mereka takut time nak naik atas katil tetiba ada tangan atau kepala yang menghulur hoi,ingat cerita JU ON ke ape.itu yang mereka check dulu.
aku gelak.

imaginasi mereka yang kedua. kawan aku nie sebelum kelas esok,malamnya dah siap-siap gosok baju dan tudung. tudung tue dah siap-siap gantung dekat hanger(rujuk gambar bawah). dah siap gosok semua. dia pun tutup lampu dan tidur. tidur-tidur tiba-tiba tersedar. dan nampak tudung tue berkibaran+bergerak-gerak. kawan aku terkejut. sebab dia ingatkan ada makhluk sedang bergerak. die habis cerita. aku gelak lagi.



imaginasi mereka yang ketiga. ini aku rasa dah tahap kronik dah. salah seorang kawan aku nie akan selak langsir dan juga buka tingkap (bila perlu). untuk survey kat luar beranda. kot-kot ada ponti duduk bertenggek dekat beranda tue. dia kata baik dia pastikan dahulu selamat sebelum dia tidur.

pastue aku tanya dia:

"abes kalau awak bukak tingkap dan kebetulan ade ponti..?"

dia jawab "kalau terjumpe cepat-cepat lah kita lari"

aku jawab "erm, kalau kita. lebih baik bia ponti tue duduk kat luar tingkap. daripada kita bukak tingkap, pastue kita terkejut dan lari. kompem-kompem ponti tue masuk bilik dah. lagi susah"

semua bantai gelak.
serius aku agak bantai gelaklah jugak bila dengar dieorang cerita macam nie. honestly, kadang-kadang aku pun macam nie jugak. tapi takde lah sampai paranoid macam nie.

cuma kesan cerita-cerita nie pada aku ialah.
semalam aku tetiba tak boleh masuk bilik air kolej aku sorang-sorang. fyi, dah 2 hari bilik air kolej aku blackout. hari pertama blackout, aku masih boleh slumber kodok je masuk toilet gelap2(selepas pukul 12malam)  tanpa perlukan bantuan torchlight. iyelah, masuk bilik takyah fikir bende lain lah. masuk toilet untuk buang air. itu yang aku fikir.

tapi hari kedua blackout. aku masuk toilet pukul 10.30malam. tiba-tiba terberhenti. aku cakap 'hoi,gelapnya'.
berderau darah aku.time tue lah tetiba cerita-cerita imaginasi mereka bermain dekat fikiran aku. cis.

ok bai.

ASLINER: agak-agak ada tak lelaki berimaginasi macam nie? haha

Saturday, 16 March 2013

kawan rapat

assalamualaikum..

pernah tak kau rapat dengan seorang kawan macam yang pernah aku rapat. rapat serapat-rapatnya. kau dengan dia selalu sama-sama. berborak sama-sama. bangun subuh sama-sama sebab dia kejut. gosip sama-sama. 

tapi itu dulu. sekarang entah kenapa, aku tiba-tiba jadi sejanggal-janggalnya nak bermesra macam dulu. kalau terserempak aku senyum, sepatah dua kata je yang mampu aku katakan. lepas tue tunduk dan berlalu pergi. nak berbual lama macam dulu lagikan jauh.sedeh.

ah, tahu tak stress memikirkan kenapa aku berkelakuan janggal bila berhadapan dengannya. aku yakin dia pun rasa janggal untuk bercakap dengan aku. riak wajah kau aku boleh baca. percayalah.

maaf kawan, mungkin dirku yang menyebabkan kita rasa kekok untuk kembali rapat. sungguh,dari hati aku menyesal. jika boleh diundurkan masa, ingin saja aku mengelak perkara itu berlaku. tapi sayang, masa berlalu tetap akan berlalu. 

tak mungkin aku lupakan kau pernah jadi sahabat baikku.

ASLINER: .....

Wednesday, 13 March 2013

tak tahu nak letak tajuk ape.

assalamualaikum

ok. saya akui. saya memang fail dalam bab-bab nak greet people yang saya kenal bila kebetulan bertembung. iyelah, macam mana tak fail. contohnya macam hari tue. saya jumpa sekelompok kawan gelak ketawa bersama dekat kedai makan. but what i did was, saya sempat senyum pada seorang sahaja diantara 5 kawan tue. then i just went to any port meja yang sesuai untuk kiteorang duduk makan. after that, macam tue jelah. sempat senyum dekat sorang kawan je. yang lain tak sempat senyum. akhirnya saya di cop sombong. ok. mengaku kesilapan diri.(-____-")

second time saya terserempak dengan lagi seorang kawan (pangkat abang) dekat meranti. what yang good about him ialah he will keep looking at me until i noticed yang he was there untuk greet saya. ya, some respect for him. but what i did was, bila die tegur "ada kelas eh?". then saya pun jawab lah "haah, tadi ade kelas. sekarang dah habis" *sambil senyum*. pastue terus pergi. tak macam, eh budak nie..(-____-")

time tue saya jalan sambil bercakap. and i saw ada dua rakan perempuan dekat kawan saya tue senyum dekat saya. ok, saya balas senyuman itu without come to them and salam. 
apelah lina nie (-________________-")

tapi, bila dah jalan terus ke motor semula. aku start membebel dekat diri sendiri. biasanya monolog dalam hatilah kan. tak kan aku nak membebel terang-terang. haha.

aku benci bila aku tak pandai greet rakan. siyes. ajari aku.

ok bai.

ASLINER: stress tau sebab masalah nie. haha

Wednesday, 6 March 2013

awak

assalamualaikum..

bukan senang nak terima hakikat bahawa orang yang kita rapat tiba-tiba akan tiada di sisi kita nanti. dipendekkan cerita. kita dah biasa ketawa sama-sama. guling sama-sama. makan minum sama-sama. mujur tak pergi toilet sama-sama. 

tapi sebab dah biasa rapat kan. bila dia nak pergi, kita rasa lain. diam seketika untuk menenangkan hati. diam seketika untuk memujuk hati menerima kenyataan bahawa awak tak akan berada bersama-sama dengan saya lagi.

tapi apakah daya, kuasa pemerintahan (apahal nie!) eh, silap. apakan daya, kuasa pihak atasan sahaja yang boleh menentukan awak masih bersama kami atau tidak. dan jawapannya minggu depan awak dah tak bersama kami. sedih. (-__-)

saya mengharapkan awak tabah menghadapi ujian ini. adat dalam kehidupan, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. nanti free kita boleh lepak lagi. 

sayang ketat-ketat dekat kak ida & kak mid

ASLINER: tiba-tiba rasa kejamnya dia.

Sunday, 3 March 2013

nak kerja ke belajar?

assalamualaikum..

*entri panjang*

menjadi seorang student yang bekerja at the same time memang tak pernah terlintas langsung dalam fikiran aku. iyelah kan, sebab kalau dah student, biasanya kita akan fokus untuk belajar je. dan tak perlu nak kerja bagai kan.

biasanya bila aku tengok dekat tb ada cerekarama pasal budak-budak sekolah kena berhenti sekolah sebab nak kerja untuk tolong mak. takpun budak tue masih bersekolah. tapi lepas kelas terus pecut laju-laju gi kedai untuk bekerja cari duit. kalau aku tengok cerita-cerita macam nie aku rasa kesian. tetapi tak pernah fikir satu hari nanti aku pun jadi macam nie.

bukan nak kata diri hidup dalam serba kekurangan. tetapi mungkin dah terbiasa bekerja sejak dari kecik lagi. fyi, aku start cari duit since darjah 5. masa tue kerja buat biskut raya. ala-ala kerja kilang biskut kuih raya. setiap kali cuti sekolah memang aku ambik peluang kerja dekat situe. sebab boleh kumpul duit. di samping boleh kumpul duit, aku pun boleh habiskan duit jugak. haha.

darjah 6-tingkatan 4 aku masih kerja kat tempat sama bila start cuti sekolah. bila umur dah meningkat (ecececeh) aku rasa nak tukar angin. aku pun kerja dekat kedai norin enterprise. aku pun tak tahu nak describe kedai tue kedai ape. sebab kedai tue ada jual ubat-ubatan. jamu. al-quran+buku-buku. baju-baju dan tudung pun ada. haish, kedai apekah itu?

bila dah start masuk U. kalau time cuti aku balik rumah dan kerja dekat kilang biskut tue balik. sebab tempat tue yang paling dekat dengan rumah. jimat pun jimat. makan minum dekat rumah je. datang untuk kerja je. aku pergi kerja pun naik basikal. gila tak klasik aku. umur 22 tahun pergi kerja naik basikal. haha. aku masuk pagi, rehat tengah hari+petang. malam aku start kerja balik. kadang-kadang sampai pukul 1pagi aku kerja. balik rumah sorang-sorang pagi-pagi buta. 12jam aku kerja dalam 1 hari. start kerja balik nie semula lah yang aku bersungguh kumpul duit. sebab nak beli moto. hoho. moto murah pun takpelah. asalkan aku boleh gerak dekat dalam UTM nie dengan senang. kolej aku nak gi ke kampus je dah hampir ibarat perjalanan aku dari rumah aku ke sekolah menengah. jauh sikitlah.



so guys, don't keep asking me tak penat ke kau kerja sambil belajar. aku tak mampu nak jawab. 

bui..bui.

ASLINER: 3 kali delay entri nie sebab pergi keluar beli makanan, pastue makan, then basuh baju. haha

Thursday, 28 February 2013

kad raya 2013

assalamualaikum..

some quote for you guys.

gangsta benau cara wa diri..hik3
gambar di cameroon highland..
gambar awal tahun lepas..


ok fine. rindu pulak nak pergi cameron semula. nak feeling2 sejuk walaupun hakikatnya aku tak suka cuaca yang sejuk. agak-agak kalau nak copy gambaq nie pun boleh. buat poskad. pastue hantar sebagai kad raya. *ok,tetibe*




notakecil: aku ngantuk (-___-)

Monday, 25 February 2013

aku pelat

assalamualaikum..

okeh, hari ini banyak kali aku tersasul.yang nak di cakap lain, tapi yang keluar dari mulut lain. haha
contoh, tadi aku nak cakap macam nie:

"eh awak, harga buku isu islam kalau campur dengan buku HD(human development) berapa ek?"

tapi yang nie aku tertanya:

"eh awak, harga buku isu islam kalau yoyooi dengan %$*(=#@?................"

okeh, hari nie aku mengalami masalah pelat di samping lidah berpintal-pintal..LOL!
dan kedengaran ada kawan aku bantai gelak bila dengar aku tersasul cakap. of fine.


Aku pelat tak bisa bicara seperti kamu

Lidah ku panjang berpintal-pintal
Bicara ku melulu selalu terburu
Lidah ku tebal bagai kepala di bantal



Lirik Lagu Aku Pelat - Salammusik ft Ziondrea




ASLINER: nasib baik bukan leher aku yang berpintal-pintal =P

Sunday, 17 February 2013

pinggang

assalamualaikum..

what a hectic day for me in 2 days before..

hari jumaat petang aku kena pecut pergi shah alam. sebab malam tue aku kne kejarkan bas ke kuantan. 5 jam dari JB ke shah alam. lepas tue 4 jam lagi dari shah alam ke kuantan. fuh. gilak kau! patah riuk pinggang aku dalam bas.so, i do salute with people yang kental naik bas sampai 9-12 hours straight.

sampai shah alam pun kene makan laju-laju. sebab takut terlepas bas malam ke kuantan. masa naik bas dari shah alam ke kuantan tue. aku sangat berharap dapat rehatkan diri dalam bas dengan turunkan sikit seat. tapi 2-3 kali aku cuba turunkan seat aku. tapi tak boleh.

dipendekkan cerita. dalam pukul 3 pagi sampai kuantan. dah sampai area kuantan. aku cube nak turunkan seat aku. sekali boleh kau! tak rasa macam nak memekak je dekat orang belakang sebab tahan seat aku sepanjang 4 jam. aku rasa orang belakang silang kaki die kott dan secara tak sengaja tertahan seat aku.

haish. tak macam sakit hatilah pulak kan. wa sampai kuantan terus balik homestay yang ibu aku sewa. lega dapat jumpa katil. haha


ASLINER: bas transnasional bawak  laju gilak. kecut perut aku.

Saturday, 2 February 2013

ikan jenahakhakhak

assalamualaikum..

setelah seminggu busy tahap maha punya.saya berjaya pegang keyboard lappy..yeay!

minggu lepas kan cuti seminggu dekat rumah. dan masa dekat rumah tue amatlah berharga untuk dihabiskan bersama-sama dengan keluarga. jadi, wa bodek2 ayah wa untuk belanja pizza+kfc+dominos (tipu). bodek punya bodek, ayah nak belanja makan dekat port biasa. (amboi ayat macam port tempat lepak pulak.haha).

kami pergi makan dekat asam pedas parit jawa. wohooo. my fav ok. =)

yurk layan sebijik dua gambar.


kuah asam pedas pekat gilak..sedap..
badan ikan dah abes, jadi terpaksa order kepala ikan..
itue pun dah last2 dah. rezeki.
nie namanya ikan kaloi. eh, tak, ikan jenahakhakhak.
pembetulan: ikan jenahak. =)



haruslah menangkap gambar berfore makan.haha


 penaja makan malam kali ini..hewhewhew.


ASLINER: best time to spent time with family is during meal time. =) sumpah tak tipu.


Saturday, 12 January 2013

mengharapkan keajaiban

assalamualaikum..

berat betul ujian sem nie. soalan senang bhai. fuh. sampai berpeluh-peluh nak jawab.

tapi kelihatan paper untuk second akhir nie benar-benar membuatkan ramai pelajar keluar awal. yelah kan,senang gila. sampai tak mahu duduk dalam dewan exam lama-lama. haha

aku pun keluar awal. dah aku tengok ramai yang kuar awal, macam tak syok pulak kalau tak join. LOL.

erm,yang penting. aku memang tawakal dengan paper semalam. bukan paper semalam je, semua paper sem ini memang aku tawakal sebenar-benar tawakal. tak tahu keputusannya macam mana nanti. kalau nak kata aku fikir A memang semua orang nak A.tapi...erm.

memandangkan straight 3 paper. jadi petang semalam haruslah keluar dengan rakan untuk release tension.hee.

sekian~

notabawahsekali: teringat-ingat mee radna yang aku order semalam..sedap gila.

Friday, 4 January 2013

terima kasih rakan..

assalamualaikum..

sometimes, you will not even realize person who always sitting next to you might be your nearest enemy.  you will not even notice too the person who always keep teasing you will always be the person who are listening to your problem.

hari ini. aku gembira punya dua rakan yang baik. they stand beside me. listen to my problem. feel empathy.

yang kelakarnya, we start to review back the story when we first met. kelakar kot. "aku dulu ingat kau macam nie, tapi rupanya kau bukan macam tue lepas aku kenal kau" hahahahahahha.

we keep laughing and laughing. and yet I still doing my job while talking to them.

balik aku senyum sorang-sorang atas motor. tapi mata masih awas pada kenderaan dihadapan. haha

notakeciksekali: i am glad you guys are my friends. =)

Friday, 21 December 2012

Story of last week...

assalamualaikum..

Pejam celik pejam celik..dah seminggu tarikh lahir aku meninggalkan aku..My date of birth is 14DIS. Same with Micheal Owen.wahahaha.

ya.ape yang aku harapkan sekarang ialah moga dipanjangkan lagi umur aku.dimurahkan rezeki.dan di tetapkan imanku.

tahun nie ramai yang tak wish birthday aku. mungkin sebab tahun nie juga ramai birthday rakan aku, aku tak wish.haha. tak mengapa,tidak mengharapkan apa-apa,cuma mahu kalian semua mendoakan kesejahteraan aku.

tetapi tahun ni punya birthday,ramai pulak berpakat belanja makan dan prank aku pulak kan. tak lain tak bukan adalah rakan-rakan tempat aku wat part-time work. On the day of my birthday, about 10 people are gathered in Pizza Hut (during lunch hour) untuk belanja aku makan.Ok, datang kat situ macam rasa nak menangis,seriusss aku terharu. They not only ordered pizza, tapi order jugak set nasi sebab mereka tahu aku 'budak nasi'. LOL! Mereke kenekan aku dengan cara suruh aku abiskan nasi, bubur, pizza. Oh mak,gilo namonyo tue. Semestinyalah aku tak dapat habiskan kan. Nasib baik mereka bijak,bungkus dan bagi budak pejabat yang lain.whahahaha.

I was like, 'eh, thank you korang belanja makan'. Tetapi rupanya, after a week. depa pakat prank baling guna tepung dekat aku after waktu kerja (around.5.15 p.m). Peh! I was like 'eh, thank you korang sebab baling tepung dekat aku!'..ahahaha. Tapi itu semua diantara kenangan manis, Ya, aku takkan lupakan hari itu.

Malam pun dah berganti siang. Semalam yang hujan kini tidak hujan lagi kerana I now in Kuala Lipis,Pahang.Take train (KTM) from Segamat with my dad n my ibu. Untuk kali keberapa naik KTM setelah sekian lama tak naik  train since dah fully pindah Malaysia  time I was 4 years old.

OK,itu saje. da~