UP TRAFFIC

Showing posts with label FAKTA : TENTANG KUKU. Show all posts
Showing posts with label FAKTA : TENTANG KUKU. Show all posts

Saturday, 13 April 2013

FAKTA : ketahui kuku anda

assalamualaikum semua :)

sejak dua tiga menjak nie, aku nak update selalu memang tak lah kan. sesiapa yang belajar sama dengan aku, pasti tahu bagaimana keadaan lambakan kerja-kerja waktu ini. bagaikan tak cukup tangan untuk uruskan, bagaikan tak cukup mata nak lihat semuanya. haha

tapi itu bukan alasan. timbunan kerja-kerja memang adat apabila kita bergelar seorang pelajar. ecececeh =)

pagi ni, wa nak share fakta tentang KUKU.

American Academy of Dermatology(himpunan doktor pakar kulit di Amerika) ada menyenaraikan beberapa fakta tentang kuku, iaitu :


  1. Setiap kuku kita akan tumbuh 0,1 mm dalam satu hari
  2. Kalau anda semua perasan, kuku jari tangan akan lebih cepat tumbuh berbanding kuku jari kaki
  3. Kuku jari kaki kurang lebih dua kali tebal daripada kuku jari tangan
  4. Kuku akan lebih cepat tumbuh ketika musim panas berbanding musim sejuk
  5. Kuku lelaki akan lebih cepat tumbuh berbanding kuku perempuan
  6. Kuku di tangan yang dominan akan lebih cepat tumbuh

Pemerhatian aku:

  1. Kuku tangan kita akan cepat panjang kalau kita suka bery2  :)

Dalam Islam, dosa kita di ibaratkan seperti dosa membela sekandang khinzir jika kita menyimpan kuku panjang. waallahualam.

ihsan google


Fakta kesihatan:

Sejenis bakteria yang hidup dalam najis manusia (E.Coli) akan duduk bertapa & menginap pada kuku yang panjang. Kuman E.Coli ini tidak senang untuk dihapuskan even kita berusaha untuk membasuh tangan dengan sabun. jadi, sentiasa berkuku pendek dan bersih untuk hidup ceria tanpa E.Coli. :)
Aku pun kadang-kadang tak paham kenapa ada segelintir daripada kita suka bela kuku panjang. motif bela? sebab tak sempat nak potong. apekah. buat bende lain sempat pulak. 

fyi, aku sangat particular dengan penjagaan kuku. maksudnya potong ikut masa(waktu sunat memotong). sentiasa basuh tangan(mengikut cara yang betul membasuh) kalau rasa kuku kotor.

jadi, aku sangat 'eeeuuuwwwww' kalau terjumpa lelaki atau perempuan yang kukunya bukan sahaja panjang, malah kotor.

sekian sahaja entri kali ini. 
ok bai.


ASLINER: jangan muka saja nampak encem atau cantik, tapi kuku kotor. baik pergi potong tangan kalau dah malas nak jaga kuku sangat. :)