UP TRAFFIC

Showing posts with label UTM. Show all posts
Showing posts with label UTM. Show all posts

Friday, 1 June 2012

oh my english!

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

sem ini..
aku TERsangat tension dengan kelas BI..
subjek ADVANCE BI (UHB 2422)

bukan tak suka kelasnya sebab kene cakap bi or what so ever..
tapi tension sebab groupmate daku yang memang terlebih advance..
terlebih advance dalam group work..
bahasa advance aku tak kisah..
tapi kalau dah terlebih advance sampaikan yang belum di ajar oleh lecturer pun nak buat sendiri..
aku rasa itu sangat annoying kot..
ya..annoyed
wh
apepun..
i'm glad that english class officially finished yesterday..hehe


yeah, we did it!
petunjuk: selepas presentation BI




ASLINER: but i still love to learn english (^_^)

Thursday, 5 January 2012

Hari Jumaat

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

sampai juga hari Jumaat-penghulu segala hari..

beli barang di kedai Pak Saat
proton saga adalah kereta nasional
semalam Khamis, hari ini pulak hari Jumaat
hari ini hari exam untuk etika profesional

Georgetown terletak di Pulau Pinang
pergi sauna sampai berwap-wap
diharapkan jangan gelabah tetapi bertenang
doakan kami semoga boleh menjawab

hihi..
mood berpantun sudah tiba..=)


ASLINER: blues..blues..(-__-)

Wednesday, 5 October 2011

habis sudah...

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

akhirnya...
lepas jugak test law tadi..

bayangkan..
kita perlu faham Akta Kerja 1955..
dan juga kene menghafalnya at the same time..

faham sendirilah kalau bab menghafal undang-undang nie..
kene ingat setiap seksyen..
ibaratnya..
jangan pecah perut..
biar pecah kepala(peribahasa sendiri)..

kalau lihat pada gelagat kami..
jangan cakaplah..
gelagat kami dah macam nak ambik exam akhir subjek undang-undang pulak..
padahal baru nak test JE KOT..haha

tapi, seriously..
lega..
syukur alhamdulillah dah lepas..

markah untuk test nie tak tahulah kan..
"ntah berapelah yang aku dapat untuk test nie"-monolog

habis~

ASLINER: sesiapa yang dah bekerja tue boleh lah rujuk saya mengenai Akta Kerja 1955...keh3
berangan hoi! (-____-")

Wednesday, 21 September 2011

jamuan raya UTM

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

ok..
semalam dah describe mengenai jamuan raya..
hari ini nak masukkan serba sedikit gambar..


mereka masih mampu tersenyum untuk menunggu makanan..hehe


ya, memang kerja mereka untuk senyum..=)


eh, masih senyum..(^_^")


diantara gerai-gerai yang terlibat..
yang bermula dari sebelah kiri anda, adalah gerai sediakan sup+roti..
tengah-tengah gerai air..
yang sebelah kanan adalah gerai nasi minyak..kot..



eh, nie nasi minyak ke? (-___-")



maaflah, gambar terbalik..
lemang nie memang berlemak sungguh..
saya makan 5 ketul lemang..
itu pun dah mula rasa muak dan juga kenyang..
rendang nya sedap..
cuma agak kemasinan..



inilah makanan kami..
lihat, dekat atas tar kan?
sebab kerusi kami 'dicuri' ketika sedang asyik mengambil makanan..(-___-)


itu sahaja gambarnya..=)


ASLINER KATE: sekarang nie ada pesta konvo dekat UTM, "melayang, duit melayang" (^_^")

Tuesday, 20 September 2011

sini sana makan

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

semalam..
UTM ada sediakan 7000 makanan untuk 'penduduk' UTM..
kiranya 'rumah' terbuka UTM..

bila dengar khabar tue..
eh, bestnya..
kene pergi nie..

ada juga yang kebetulan nak puasa hari semalam pun..
tangguhkan niatnya..
kerana mahu meraikan majlisnya..
erk betul ke? hehe

takpelah..
peluang makan free nie tak selalu datang..
kebetulan kami semua dalam sesi berjimat..
jadi kami ambil juga peluang nie..(^_^")

banyak juga makanan yang di provide..
sungguh!
bergerai-gerai..
gerai sana laksa penang..
gerai sebelahnya air..
gerai sini pulak ada lemang dengan rendang..

part yang kelakarnya..
selepas abes TNC berucap,
kami lihat yang lain dah serbu gerai makanan..
kami ape lagi..
faham2 lah..hehe

sedangkan sebenarnya majlis menjemput untuk menjamu selera belum lagi kedengaran..
sebab selepas ucapan TNC ada persembahan marhaban..
tapi kami daahhhhhhh....(^_^)

sungguh..
banyak makanannya..
mau tak TERgoncang pintu nafsu makan makanan kami..LOL!

insyaAllah esok kalau masih ada kesempatan..
akan diletakkan sedikit gambar yang berkaitan..

ok, itu sahaja..(^_^)


ASLINER KATE: alhamdulillah kenyang semalam..=)

notabawahsekali: eh, hari nie tak mahu buat wordless wednesday..^^


Saturday, 10 September 2011

promosi ruang bilik

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

dah balik UTM weyh!

jejak je kaki ke dalam bilik nie..

'aku' kata WOW!
promosi 10 ke nie?

eh, tak..
'aku' hanya lihat..
ada..

meja baru..
katil baru..
locker baru..

and they all are in pink colour..
Choyyyy!
takde colour warna merah ke? haha

disebabkan sekarang kolej 'aku' diami nie telah menetapkan setiap pelajar dapat satu bilik seorang bermula sesi nie..
makanya di dalam bilik 'aku' ada 4 plug..
jadi tak payah bawak extension..
senang hati!

tapi sewa bilik naik lah..(-___-")

ASLINER KATE: 'aku' tengok depan pink, tengok kiri pink, tengok kanan pink, nasib baik tengok belah kiri ada warna oren..(^_^)

notabawahsekali: maaflah, gambar tidak pula dapat disertakan disebabkan beberapa alasan..hehe


Monday, 9 May 2011

berakhirnya..

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

dah 4 hari berlalu..
semenjak hari jumaat lalu..

tiada kata-kata gembira setelah berakhirnya peksa untuk sem 2 nie..
ceh, macam abes exam selam-lamanya pulak! (^_^")

"banyak cakap pun tak guna..
tendang pun tak kena.."
-ayat johan RL-

jadi marilah layan gambar di bawah!


sejurus habis peperiksaan!


captured from the bottom side~


good means bagusnya dah habis exam!


satu merah mak ngah..satu pinky!


siyes candid! (^_^)

actually, bustop was our possing site! (^,^)


nak tau tak..
masa kami captured2 gambar nie..
pak negro kat bustop tue duk gelak kat kami jer..
mungkin kelakar lihat gelagat kami yang teruja tak tentu pasal..haha

but petang tue memang abang2 negro yang conquer bustop tue..
see..kaki siap naik atas bangku bus stop tue..
haish! (*__*)

BICARA SYE: lepas dah usaha..tawakal..tapi doa mesti sentiasa..jom praktikkan! =)


Tuesday, 26 April 2011

sia-sia sahaja..

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

bila mana dengar peperiksaan Bahasa Inggeris akan dijalankan pada hari lusa..
hari esok pasti bukan buku Bahasa Inggeris yang dipegang..
jika hari esok tidak pegang..
jauh sekali akan pegang malam ini..(^_^")


eh, esok exam BI ke?

mungkin itu perkara biasa buat diri daku yang ternyata
masih menganggap peperiksaan Bahasa Inggeris
tidak penting buat daku
(-___-)

saja nak buat survey..
korang dulu macam mane?
tak kira lah waktu sekarang atau waktu belajar dahulu..
kalau esok exam BI..
malam nie korang ada selak2 buku BI tak? (^,^)

BICARA SYE: nak pandai BI..tapi tiada usaha ke arah itu..sigh (-_______-")


Wednesday, 20 April 2011

saya tidak ikut orang lain

bismilahirahmanirahim...
assalamualaikum..

dah kata rambut sahaja yang sama hitam..
tapi hati lain-lain..
maknenye style study pun lain-lain..
eh, ada kene mengena ke ayat ini! hehe (^_^")

erm..
tapi pokok pangkalnya..
sebenarnya hari ini memang nak msuk topik style study..

ada orang..
kalau hati sedikit goyah..
akan terikut orang punya style study..

kalau dia nampak kawan dia study berjam2 menelaah buku diatas meja..
maka dia pun TERgerak sedikit hati untuk turut serta di situ..


*too much pressure will not give any benefit to you*

jika kawan dia study dari malam ke subuh..
bertemankan minuman berkafein di sebelahnya..-STAY UP..
maka dia pun sekali lagi TERgerak hati untuk turut BER stay up..

jika ada kawannya mengamalkan study straight without break..
maka dia pun sama nak ikut serta..
memandangkan diri rasa TERcabar melihatkan kerajinan kawan dia itu!

ok..
sebenarnya..
depends pada diri ye..

jangan ikutkan 'kata sekeliling' rosak bahasa

jangan juga ikutkan kata hati..
nanti mati..

jadi ikutkan kata akal yang bijaksana lagi pandai itu..

it means that..
if u set already in your mind that your style(for study) is like this..
so just follow the flow..

don't get too fanatics with all this kind of styles ok..

tapi kalau nak ikut style study yang berguna ok ja..
macam STUDY AWAL2..
GROUP DISCUSSION KENE ADA..
MUST HAVE SHORT NOTE-IF NECESSARY...

contohi mereka-mereka yang berjaya..
mereka yang berjaya seperti nur amalina..

tidak semestinya stay up is the best way for you to success..

but if you dare to change the style..
make it something that are suit with your JIWA..
sebab takut merana+stress tetibe..

ok..
ini hanya pandangan saya semata-mata..
tiada kene mengena dengan merujuk kepada orang lain..

so the best way is STUDY SMART not HARD!

*terima kasih kerana membaca entri ini* (^_^)

BICARA SYE: kalau ada orang mengajak ku BERstay up malam2 sampai pkul 3-4..itu bukan caraku..malamku adalah waktu tidurku..dan siangku adalah malam untuk bekerja..(^^,)

Thursday, 14 April 2011

dulu lain, sekarang pun lain..

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

uish..
2 hari tak update blog nie..
name boleh jadi..(-__-)


dulu-dulu..
asal nampak komputer..
internetlah yang akan di connect dahulu..

kini..
asal nampak laptop(pengaruh modenisasi)..
sedaya upaya mengawal diri untuk tidak meng'connect' internet..
dek kerana asignment yang terdapat di 'waiting list'..
(padahal takde wireless)

dulu-dulu..
pantang nampak katil..
pasti diri kepingin sangat nak baring lama-lama..

kini..
pantang nampak katil...
kenelah penuhkan katil dengan barang..
nanti tak berani nak baring atas itu..

dulu-dulu..
kalau dah pukul 12 malam tue...
memang waktu untuk tidurlah..

kini..
kalau dah pukul 12 malam tue..
'ish,extent lagilah masa nak study(nak examlah katakan)..
(kadang-kadang siapa yang tak pernah2 stay up pun stay up!)

dulu-dulu(sebelum exam)..
nota-nota tak pernah nak banyak dalam tangan..
cukup sekadar apa yang ada..

kini(hampir exam)..
nota-nota penuh ditangan dan di meja..
mesti melebihi dari bahan bacaan yang biasa!


haha..
kadang-kadang..
bila di kenangkan kembali saat2 macam nie..
memang kelakar sebenarnya..

dulu2 tak nak bersusah payah..
dah last minit baru nak menyibukkan diri..

oh!..
diriku begitu jua..
tak pernah nak belajar dari pengalaman..hee
(-___-")

BICARA SYE: hurm...bila lah nak sedar diri! (T_T)


Monday, 11 April 2011

kisah hari isnin..=)

bismilahirahmanirahim..
assalamualaikum..

ok..
story mory untuk hari isnin ini..
walaupun saya update pkul 2.30..

wah..
kalau ikutkan dah masuk hari selase..=)

ok..
i'm very happy today..
because our presentation was getting smoothly..

dapat performance appraisal gitue..(^_^)
actually, it's not a full presentation..
only a brief talk about our video..

saya just tekan mouse untuk play video je..hehe

but we got that satisfaction..
sebab video yang kami buat itu adalah final edit yang sangat last minit..
setelah beberapa kali telah menemui kebuntuan yang teramat..

hurm..
kalau nak share video kat sini macam tidak kesampaian je..
sebab paham2lah..
gune wifi kinda slow..
tapi tak mengapa..
i just want to share my happiness with korang semua..
eceh!
baru jer kene puji sikit..
dah kembang kempis hidung..(@_@)



ape yang penting..
kalau work in one team..
group members should cooperate with one another..(^_-)

BICARA SYE: tahniah buat ahli kumpulan saya..(^,^)

Thursday, 7 April 2011

uish..menakutkan..(-_-)

bismilahirahmanirahim...
assalamualaikum..

ok..
tadi pergi jusco..
nak beli barang..
tetapi kedengaran suara tidak enak berkata..

"eh..kenape korang nak shopping lagi? bukan dah nak abes sem ke? orang siap dah kemas2 barang dah.."

dalam hati dah berkata:

"eh..haahlah..kenape kiteorang gi jusco ek?"
bukan dah nak abes sem ke..?"

bile fikir2 balik..
dan bile tengok bali barang-baran yang kami beli..
takdelah perkataan shopping tue..
hanya sekadar membeli barangan keperluan untuk sebulan akhir ini..
eceh..sadis jer dengar..haha..=)

dan sebenarnya bukan itu yang ingin saya katekan dan kongsikan disini..hee

sebenarnye..
tadi jalan2 kat jusco...
nampaklah seluar panjang..
like jeans..
tapi jenis boleh strech punya..

harga rm50..
erm..
agak mahal..
tapi reasonable lah tue..
seluar cantik kot..
harga pun mestilah cantik..

*kat situ sudah tErpesong niat asalP
kononnya nak beli due bende je..
tapi tup2 nak beli seluar pulak..hehe..

so..
mulakan operasi mencube seluar itu..
wow!
perfect..
IT SUIT WITH ME!

"wah..nak belilah.."-bisik hatiku~

niat itu terdorong ekoran rumate daku bertindak untuk membeli seluar itu..

"ish..bahaya betul pengaruh kawan nie.."-bentak daku

akhirnya decide untuk tidak membelinya..

dan rumateku berkata :

"erm..dah agak dah lina..kate je nak beli.." (sambil membuat muke MEMperli daku..huk2)

"hee.."-daku hanya mampu tersenyum..=)

lantas aku berkata..:

"bukan ape fana..masa kite nak beli seluar tue..kita rase macam ibu kita ada kat sebelah kita dan mengatakan "lina..jangan beli seluar itu..jangan membazir.."..

rumateku hanya mendengarkan kate2 ku itu sambil mengajuk ku..
dan datang kearah daku dan berkata:
"lina..jangan beli seluar itu.."

ahaha..
moral of the story..
kalau nak beli barang..
sila beli mengikut yang benar2 keperluan..
jangan based on desired..
memang kompem duit keluar macam air liur okeh!

BICARA SYE: erm..kalau ikutkan..senarai desired memang banyak..hehe.
dan oleh sebab kejadian ini..kawan2ku menklasifikasikan daku sebagai seorang yang jimat-cermat..benarkah? tepuk dada tanya diri sendiri..(^_^)

*thanx for reading this entri*


Saturday, 2 April 2011

weekand BLUES~

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

whoa...
dah hari ahad dah..
esok hari isnin...
mula start belajar balik..

pagi ini..
kedengaran di telingaku..

"assalamualaikum..apekah yang kamu buat asliner sepanjang hari minggu ini?"

"waalaikumusalam..saya banyak buang masa..
saya banyak menghabiskan masa hari minggu saya dengan memperbanyakkan aktiviti mengqada' tidur..saya juga banyak menghabiskan masa dengan menonton filem di laptop"

"tahukah kamu asliner, bahawa perbuatan kamu itu sia-sia?"

"kenapa pula sia-sia?"

"your examination is just around the corner?..
why you look so lazy?"

"owh..mengikut perancangan, saya hanya mahu melihat movee pada malam jumaat sahaja..dan tidak sangka malam semalam saya TERtengok movee juga..heee"

"macam mana awak boleh TERtengok?..
dimanakah pendirian awak?"

asliner hanya tunduk..
tidak mampu berkata ape2..
kerana jika difikirkan kembali..
"iya! memang betul..dimanakah pendirianku?!"


huu..
bayangkan kalau 'bende2' macam ini berlaku dekat kita..
mau tak gilo den..hehe

erm..
sebenarnya..
senang cita..
once kita dah plan nak buat ape untuk hari sekian2..
haruslah tetap pendirian disitu ya!

jangan biarkan nafsu mendatangi, menyelubungi dan menguasai diri kamu..
eceh..hyperbola kejap..(^_^)

ada paham cik asliner? =)

sekian sahaja entri kali ini..
thank for reading my entri..(^,^)

BICARA SYE: petang ini saya kene hadiri majlis hi-tea anjuran kolej..=)
*bersuka-ria lagi..haish*

Wednesday, 30 March 2011

maaflah ye..saya tak suka

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

one things that you must avoid to do it to me is don't spoilt my mood pagi2 bute..
seriously..
kalau mood dah tErefek pagi2..
jadi tak seronok nak pergi belajar..
nak buat kerja pun rase tidak best..


ya..
my fault..
but leave when i ask u to leave..
thank U..


nothing much i can say..
but agak bengang..

tapi nak buat macam mana..
mungkin salah diri sendiri jugak..hoho

BICARA SYE: take time to heal the pain..(-_-)

p/s: pictures credit to google..hehe

Saturday, 26 March 2011

cerita hari ini..^_^

bismillahirahmanirrahim..
assalamualaikum..

ok...
hari ini adalah hari ahad sudah..

esok ada presentation..
wallauweyh!

tajuk presentation ialah Islam Hadhari..
tak macam perlukan pemahaman yang tinggi kan..
macam ada bayang2 untuk ditanya...ahaha..

so, what should i do?
so malam ini..misi berkurung diri dalam bilik untuk 5jam...
eceh!
dah macam time berkurung untuk study pulak..
ahaha..=P

yang penting jangan mengeluh ye..=)
hadapi ini dengan tenang okeh! (^_^)

baru lepas bersama-sama menganjurkan festexplorace..
banyak2 checkpoint..
eden n aida jer yang checkpoint nyer dalam bilik beraircond..

yang lain dibawah panas terik mentari..hee..

beraircond sekalipun..
checpoint ini membuatkan urusetia agak kelam kabut ok..
fuh..
jenuh jugak melayan karenah mereka2..
disamping berselang-selikan 'kebingitan' suara2 mereka yang berkareoke..

xpe2..
yang penting tugas kami sudah selesai..
having fun so much!

tapi untuk esok jer..
majlis penutup..


hope berjalan dengan lancar..
insyaAllah...
amin~

BICARA SYE: te3ah tunggu abes rehearsal..(T_T)

Friday, 25 March 2011

entri tertunda:selesai sudah semuanya..(^_^)

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

al kisah untuk hari semalam..
saya perlu dan seorang lagi rakan-aida perlu menghandle program..
program pencarian TOP HOST kot..
tak macam gempaq je dengar kan? hehe



erm..
dan macam biasa..
saya mengharapkan perjalanan program itu akan berjalan dengan lancar..
tetapi kebiasaanya, bagi sapa yang baru pertama kali bertindak sebagai organizer..
pasti akan ada sedikit kekalutan kat situ..

dengan masalah juri..
masalah participant yang datang lambat (mungkin ada hal kot)
masalah participant yang lain menarik diri disaat akhir..
tak macam bende telah memberi satu kejutan buat kami
whoa!

but luckily..
we did it!
berjayalah juga mengharungi semua dugaan nie..-chewah!
itu pun selepas ditenteramkan oleh senior2 yang lain..
kami cool jer..
cool dalam kabut..hehe

but..
alhamdulillah selesai sudah..(^_^)

p/s: hari ini ade pertandingan movie pendek..
nak tengok kehebatan mereka2 petang ini..=)


Wednesday, 23 March 2011

terkejut beruk den..(-_-)

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum...

kabare?
hehe..

woo..
nak cite pengalaman hari ini..
macam biasa..
what i did just now does not fit with what i expected..

presentationku..!
tidak seperti ape yang 'aku' harapkan
ape yang dirancang dan di latih untuk beberapa malam tidak sama dengan ape yang ''aku' present tadi..
whoa!
macam nak sepak diri sendiri je kan? haha

erm..
sama ada terlalu nervous atau terlalu confident boleh buat presentation dengan baik..hahaha..

moral of the storu: konfident sangat pun tak elok..
jangan nervous sangat jugak..
cool jer..
chill okeh! (^_^)

BICARA SYE:sebelum present jugak jangan lupe pkirkan risiko2 yang mungkin 'at sedden' berlaku..peace! =)


Monday, 21 March 2011

saya,awak,dia dan ali tidak sempurna..semuannya tidak sempurna(-_-)

bismillahirahmanirahim...
assalamualaikum..

mencari kesempurnaan adalah sesuatu yang mustahil..
apatah lagi jika mahu menjadi seorang yang sempurna..

tetapi tidak salah jika membawa diri kearah kesempurnaan..
menjadikan diri lebih baik dari yang dulu..
menjadi diri lebih disukai ramai berbanding dulu..
mahu menjadi diri yang bukan plastik semata-mata..

manusia sekarang bertopengkan bukan siri sendiri..
manusia sekarang semakin berubah-ubah...

alim hanya sekadar nama..
baik hanya sekadar kata..
mesra hanya sekadar berlandaskan 'saje nak berbaik2'..
kebaikan yang dibuat hanya sekadar lakonan semata-mata..
wallahualam~

tidak mahu melalui zaman ini..
sama-sama tepuk dada tanya diri sendiri apa sebenarnya masalah kita dengan diri kita mahupun orang lain..

tidak mahu menunjuk..
salahkan diri sendiri..
salahkan diri 'saya'!

p/s:entri untuk peringatan bersama

BICARA SYE: saya tidak sempurna..sila percaya..=)


Friday, 18 March 2011

bercampur-baur (^_^) (*_*)

bismillahirahmanirahim...
assalamualaikum..

malam ini saya nak pergi pahang!!
mahu naik gunung senyum..=)

mau ikut? hehe

ermm..
perasaan semua orang tidak tentu arah..
ada yang nak pergi..
ada yang tidak mahu pergi..
ada yang tidak bersedia..
tidak kurang juga ada yang excited..hehe

erm...
saya macam excited pergi..
tapi...
secara fizikalnya masih tak bersedia..
sebab masih tidak kemas beg! (*_*)
stamina tak kuat kot..
nak jog petang tadi..
tapi takde masa..
ada keje penting..huhu
redha je lar..(^_^)

secara mentallynya..
macam dah bersedia kot..hehe

erm...
nak buat flying fox lagi sekali! =)
nak merasa buat absceiling..=)

erm..
berharap agar aktiviti kami best2 belaka..^_^

BICARE SYE: korang semua doakan perjalanan pergi dan balik kami..(^_-)







Wednesday, 16 March 2011

akanku tempoh dengan tabah hari esok..(*_*)

bismillahirahmanirahim...
assalamualaikum...

oyeh..
sebelum tido..
wajib update blog untuk hari ini..hehe

hari esok hari yang perlu juga saya tempuhi..
memandangkan..
esok pagi ada speech spontant(in English) + meeting + 2test (belah petang dan malam)..
wow..
hari yang terbaik..=)

ish..
kecahlah cik asliner nie..
orang lain pun ade meeting+test kot..
bukan hang sorang jer...=P

erm...
muhasabah diri...
"adatlah tue..student kot" (^_^)

yang penting..
jangan mengeluh..

'sesungguhnya..orang yang mengeluh itu tidak akan tenang hidupnya'
( kata Sarah kepada ku)

BICARE SYE: ok..nak tido dah..=)