UP TRAFFIC

Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Saturday, 23 February 2013

kaitan badminton dengan muka merah?

assalamualaikum..

setelah aku.kene.nganjing.tahap.dewa.dengan.rakan2.aku.selepas.habis.main.badminton.semalam.
aku rasa nak google pulak why muka aku keep kemerah-merahan after aku bersukan. so, this the answer yang aku dapat :

1. ROSACEA

salur darah di muka cepat membengkak dan menyebabkan muka kita kelihatan merah-merahan selepas bersukan. kebiasaanya berlaku di bahagian muka dan hidung.

2. KEBIMBANGAN

kebimbangan dan tekanan mencetuskan rekleks merah kemalu-maluan. Ia ialah isyarat darah naik kemuka dan terhasillah muka yang merah kemalu-maluan yang berlebihan. Atasinya dengan melakukan sedikit amalan pernafasan. Rawat ia melalui pernafasan terkawal dan teknik relaksasi. Ketahui perkara-perkara yang menyebabkan diri mudah bimbang. Elakkan perkara tersebut atau lebih senang, uruskan dengan baik.

3.PERANGAI

Rasa marah boleh menyebabkan muka kita jadi kemerah-merahan. Dan ia adalah tindak balas normal disebabkan kenaikan suhu badan. Cara terbaik ialah kawal emosi anda atau tarik pernafasan dalam kiraan 10 untuk mendapat ketenangan.

4. KEKURANGAN LATIHAN

Kurang latihan atau pergerakan boleh menyebabkan aliran darah lemah dalam badan. Senaman boleh membantu meningkatkan peredaran dan mengawal aliran darah yang berlebihan pada pipi kita. Dan ingat, satu senaman memerlukan pemanasan (sebelum) dan 'cooling down' (selepas).

5.MAKANAN

Kebiasaanya, amalan pemakanan yang betul membantu mendapatkan kesihatan tubuh yang baik. Dan jangan tak percaya, sebenarnya ada beberapa makanan yang menyebabkan muka kita mudah merah. Pengambilan kafein, minuman panas dan makanan pedas, serta alkohol dan nikotin adalah agen pencetus mudahnya muka mengalamai kemerah-merahan.

6.BLUSHER

Penggemar blusher. pipi jadi merah.

7.TERSIPU-SIPU

Tersipu-sipu malu sebab kene usik dengan orang yang kita suka. ohohohoho.


ok, antara banyak-banyak nie aku rasa aku penghidap NO 1, NO 2 (sedikit) dan NO 5. hihi. aku nie nampak rileks. tapi sebenarnya kadang-kadang kusut dekat dalam. aku rasa lah kot. haha.

frankly speaking, kafein+minuman panas adalah minuman yang memang tak boleh dipisahkan dengan diri aku. sebabnya aku memang suka gilak kafein (and i don't know why) dan wa tak suka minuman sejuk. fullstop.

ASLINER: fakta di atas diolah sedikit oleh aku tanpa mengubah maksud sebenar di website ini.







Saturday, 25 February 2012

kesihatan: tahan kencing

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

nah!
nak bagi sedikit tentang info kesihatan..
siapa yang suka tahan buang air kecil tue..
silalah ambik perhatian!

keburukan bagi mereka yang suka TAHAN buang air kecil:

  • akan menghidap INKOTINENS Yang boleh menyebabkan penghidap hilang kawalan untuk menahan kencing. Gejala inkotinens ialah 1) kencing boleh terkeluar sebelum sempat sampai ke tandas. 2) penghidap akan berasa tidak puas hati membuang air kecil. 3) pengaliran air kencing akan berasa lemah.
  • orang yang suka menahan kencing tidak akan mampu menahan kencing daripada terkeluar sendiri terutama ketika batuk, bersin, meneran.
  • air kencing yang tidak di keluarkan disebabkan suka menahan boleh menyebabkan peningkatan kadar jangkitan pada saluran kencing.
air kencing kan sesuatu yang kotor dalam bentuk cairan..
kalau tidak buangnye, kekotoran itu akan berkumpul kalau tidak dikeluarkan..

dekat atas ini hanya serba sedikit info..
nak baca lebih lanjut..

dan ingat ye..
kalau kekerapan korang pergi ke tandas untuk buang air kecil adalah 5 hingga 6 kali dalam sehari..
ia adalah sesuatu yang NORMAL!

melainkan kalau korang dah pergi ke tandas melebihi 8 kali sehari..
itu sumpah tak tipu yang ia sesuatu yang TIDAK NORMAL!
sila berjumpa dengan doktor kesihatan anda..

info tambahan:
warna air kencing anda boleh membongkarkan segala-galanya tentang anda samada anda PENCINTA AIR atau sebaliknya..haha

ASLINER: i used to have that habit before..tapi sekarang sedang berubah..KITA MAMPU MENGUBAHNYA! eceh..=P


Sunday, 29 January 2012

2KM for 3000 calories burn?

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

pagi nie..
akhirnya..
bergerak jugak otot-otot setelah hampir sebulan lebih do heavy exercise..

pagi tadi, aku dan ayah cycling..
i think almost to 2.5KM..
not sure about it..
tak bawak pulak aku pembaris masa cycling..hehe

yang tercabarnya..
ayah aku boleh pulak cycling lalu bypass(like highway) cuma satu highway tue dibahagi dengan 8 traffic light(i think so)..
tak macam angin lintang pukang mengiringi pulakkan..haha

berbasikalkan basikal yang agak lembik tayarnya mendorong aku untuk cakap dengan ayah aku

aku: ayah, basikal nie lembikla..(-__-)

ayah: ayah dah pam tadi..

memang aku nampak ayah aku dah pam..
tapi macam tak pam..
sengaja atau bagaimana (?) haha

tak kisah pun..
at least, berpeluh jugak untuk minggu nie..=)


Thursday, 1 September 2011

Teman kemanisan dan juga kepahitan

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

kira genap seminggu kot tak buka laptop..
malas yang teramat..
kerana saat ini hanya untuk luangkan masa bersama-sama keluarga..
ui, kalau keluarga dengar nie memang berbunga-bunga sakura agaknya..ahaha

ok..
berbalik pada tajuk diatas..
saja nak senaraikan makanan-makanan yang kita rasa sedap gilos..
orang kata tue nikmat duniawi..
sampai TERmakan sekali dah rasa nak makan untuk seminggu(hyperbola)

entri ini untuk bikin kita semua takut+gerun+dan mungkin kecewa..
  1. SEPINGGAN NASI BERIANI - 448 KALORI
  2. 10 CUCUK SATE - 360 KALORI
  3. SEPOTONG DODOL - 217 KALORI
  4. SEKETUL RENDANG AYAM - 217 KALORI
  5. SEKEPING KEK BIASA - 161 KALORI
  6. 1/2 CAWAN KUAH KACANG - 129 KALORI
  7. SEKEPING REMPEYEK - 90 KALORI
  8. SEBUNGKUS KETUPAT NASI - 92 KALORI
  9. SEBIJI TART - 46 KALORI
  10. SEGELAS SIRAP BANDUNG - 63 KALORI
SUMBER: BERITA HARIAN 2006


dalam senarai-senarai diatas tue..
'aku' TERlayan rendang ayam(juadah raya dekat rumah orang)..

kek biasa memang 'aku' dah TERlantak banyaklah..
walaupun aku sedang BERPANTANG MAUT dengan makanan yang berasaskan coklat..
tapi hati 'aku' tetap kat "layankan je!"

nasib baik aku memang tak layan rempeyek..
sebab kacang memang musuh utamaku
kulit sensitif dengan benda-benda yang berminyak..

'aku' dah TERbantai ketupat(juadah raya rumah orang)..
lagikan rendang ayam kan? (-___-)

kuih tart memang tidak boleh bikin 'aku' STOP..
sebab diri adalah peminat kipas susah mati dengan kuih tart..
tak kiralah tat pai ke..
tat nona ke..
tat buah ke..
tat blueberry ke..
hati 'aku' kata layan je..senyap~

dalam perkiraan kasar 'aku'..
'aku' rasa aku dan telan sebanyak hampir 10K kalori kot..
sebab 'aku' TERbantai dalam 20 ketul rendang ayam(tak termasuk daging)..
mungkin 25 potong kek biasa..
kuih tat jangan di cakap..
memang dah berpuluh-puluh 'aku' TERbantai..
sama ada sebelum puasa mahupun sedang raya..

sigh (-____-")

tamat~

BICARA SYE: SALAM LEBARAN BUAT SAHABA-SAHABAT SEMUA..MAAF ZAHIR DAN BATIN..dan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE- 54..(^_^)

notabawahsekali: raikan raya kita dalam keadaan sederhana je ok..tidak mahu membazir ^,^

notalagibawah: jaga diri, jaga perlakuan, jaga kesihatan. Kene start jog nie..hehe (^_^)