UP TRAFFIC

Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman. Show all posts

Saturday, 24 September 2011

'rakan' saya datang menguji saya..

bsimillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

peringatan: sungguh tak tipu, entri ini panjang..(^_^)


betul, betul dan betul..
setiap ape yang kami rancang tidak semestinya dapat kami laksanakan..


sungguh..
semalam kami menghadapi ujian yang getir..
memulakan perjalanan keluar UTM seawal jam 7.30 pagi..
betul, menyewa kereta untuk membuat tugasan luar..
destinasi yang pertama menuju ke sebuah sekolah di daerah Skudai..
seperti yang telah di janjikan dan dipersetujui..
kami akan menemui Pengetua sekolah tersebut..





pergi dengan mendapat tunjuk ajar dari seorang rakan kelas berbangsa Cina..
dengan 'kondifent' dapat carilah sekolah tue..
tapi last2 sesat hoy..
itulah UJIAN GETIR kami yang PERTAMA..


sampai dekat sekolah tue pun dalam pukul 8.30..
sampai2, pengetua suda tiada dalam biliknya..
kata orang pejabat, dia ada meeting..
dan biasanya tidak akan naik ke pejabat semula..
kerana selepas mesyuarat dia ada kursus pulak..


ok, muke kami dah kelihatan agak kelat...
sebab kami sebenarnya sudah buat temujanji..
dan dia membenarkan kami untuk datang..
bersangka baik: "mungkin dia terlupe bahawa dia ada mesyuarat sebelum kene hadir ke kursus"
ya, itu UJIAN GETIR kami yang KEDUA..

hasilnya..

ketat je mukanya..(-___-)




petang tue..
masih menyewa kereta yang sama..
cadangnya untuk pergi ke JUSCO..
untuk membeli sedikit barang keperluan..
dan mengikut plan, kami ingin keluar pukul 5petang..
tetapi hakikatnya pukul 6.30petang baru dapat pegang stereng kereta..


masa ambil kereta..
terasa ade bau hangit..
sangka baik: "erm, mungkin kejap je kot bau hangitnya"
lepas nie dah tak bau hangit kot..


sesampai ke JUSCO..
dah pukul 7malam..
memandangkan lagi beberapa minit sahaja untuk masuk waktu maghrib..
jadi, decide untuk terus solat maghrib..
ok, agak penuh di situ..
mungkin ada yang baru nak solat asar..kot..wallahualam~


jadi kami decide untuk pergi stesen petronan yang berdekatan..
untuk tumpang solat..
ya, dari situ..
kami lihat sudah mula berasap bumper depan..
hangit sudah mula menyinggah hidung kami..


jumpa Petronas..
kami buka bumper depan..
berasap satu kereta..
enjin panas..
kipas sudah tidak berfungsi..
air sudah kering sungguh..
ya, UJIAN GETIR kami yang KETIGA
jawapannya: tunggu enjin kereta sejuk, baru masukkan air..


kebetulan malam tue kami ada open house..
jadi kami bergerak kesana terus sesudah masukkan air dalam tempat letak air tue..
ketika hampir sampai ke rumah teman..
ya, bumper mula berasap kembali..
sebabnya: isi air mineral ketika enjin kereta tidak sejuk betul2..
hasilnya: kereta seperti teratai layu di tasik madu
ya, menyinggah kembali UJIAN GETIR yang KEEMPAT..





mujur ayah teman kami datang kepada kami..
dan kebetulan seorang uncle berbangsa India datang untuk menghulurkan bantuan..

Alhamdulillah..
semua settle..
kami menjamu selera..
alhamdulillah kenyang..(^_^)


end of story~


ASLINER: kami hanya mampu bersabar (-____-). Dan sebenarnya ada hikmah disebaliknya, kerana kami sudah tahu selok belok enjin, air kereta dan sebagainya..=)


p/s: rupenya sebelum sewa kereta pukul 5petang(walupun dapat dalam pukul 6.30petang), kami dapat tahu bahawa orang yang menyewa sebelum kami telah bertindak membawa kereta sampai keMuar. "dah tahu nak bawak jauh keretanya, bukan nak check kuantiti air mahupun minyak hitam" (-_______-)

Tuesday, 9 August 2011

puase dulu-dulu..

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

bile bulan puasa nie..
teringat kenangan puasa-puasa dulu masa sekolah menengah..
masa di tingkatan2 rasanya..

tapi bukan puasa bulan ramadhan lah..
masa tue puasa sunat kot..
kawan yang puasa sunat..
bukan saya..hehe

kisahnya macam nie..

A: eh, dah rehat nanti kita gi makan ye

B: ok, C ko gi makan tak nanti?

C bertindak untuk mendiamkan diri sahaja..

A: C, ko puasa eh?

C hanya anggukkan kepala sebagai tanda setuju dengan pertanyaan si A

B: owh, patutlah..(tak mampu nak meneruskan)

A: patut ape?

B: takde pape..

A: owh, patutlah mulut berbau eh? Haah lah, kalau puase mulut bau busuk. (sambil tersenyum)


peh..
tak macam sentap si C ek...
tapi itulah orang kata..
masa budak-budak, pengetahuan agama tue cetek sangat..

umur dah meningkat nie pun rasa macam ilmu itu tak penuh di dada..
haish..(-____-")


BICARA SYE: suke tengok drama Ramadhan Terakhir. Lakonan Puan Mazni sangat menjadi. I like..(^_^)










Sunday, 26 June 2011

TERsalah jugde ke?

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

pada satu malam yang dingin..
terdapat 2 sahabat sedang menaiki motorsikal..
bertemankan 2 orang..
mereka bergerak ke kolej PURNAMA MERINDU(lawannya TERA!)

sedang dalam perjalanan ke sana..
terdapat sebuah motosikal..
yang dinaiki oleh 2 orang manusia yang membawa gen XY..

dari jauh menunjukkan 1 kopiah dan juga 1 songkok diatas kepala mereka..
memberikan tanda bahawa "owh, budak baru balik masjid ni"
lantas 2 sahabat perempuan tadi bertindak untuk tidak melihat 2 lelaki berkopiah+bersongkok..
kerana kononnya mahu menjaga pandangan..

sedang tiba saatnya kedua-dua motosikal berselisih..
tiba-tiba..
salah seorang daripadanya..
mengeluarkan suara.."woohooo"
sedang yang lagi satu seronok MEMpress enjin motosikalnya..

terkesima seketika kedua-dua sahabat perempuan tadi melihatkan aksi kedua-dua laki tersebut..
dan secara spontannya salah sahabat perempuan tadi berkata..
"aik, bukan baru balik dari masjid ke?"

kemudian tergelak besar mereka berdua..
mengenangkan kembali 'preparation' untuk menghadapi situasi sebelum berselisih dengan 2 jejaka tadi..

mereka sangkakan tidak ingin langsung memandang kedua-dua lelaki tersebut..
kerana kononnya ingin menjaga pandangan!
tetapi sangkaan mereka ternyata meleset sama sekali kerana..
yang berkopiah itulah yang memulakan dahulu...

the end~

BICARA SYE: kadang-kadang, impression pertama menipu pandangan mata kita..sigh~


Tuesday, 14 June 2011

suara rakyat

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

tadi sibuk2 duduk dengan akak2 and mokcik2..
terdengarlah rintihan mereka mengenai kenaikan harga barang..
kenaikan harga minyak..
dan segala kenaikanlah..

"kerajaan mana tau kite nya susah"

"sikit naik harga"

"naik sini sikit..sana pun naik"

"kite nie yang susah"

"dieorang tak tahu kesusahan kita"

lebih kurang macam tue lah dialog2 mereka..
saya hanya sudi untuk duduk membatu..
dan kadang-kadang hampir nak tergelak..
dalam penyampaian tue ada jugak kelakarnya..
kerana mimik mukanya..
bahasanya..

nak tergelak saya..
tapi hanya ketawa kecil..
takut kalau ketawa besar nanti, habes semua nak pandang saya..
"awak nie kenapa?" haha!

ada lagi sambungannya..

"ala yan(bukan nama sebenar), kan PM tue ade personal email dye..ko email je dia"

"ala, email ke tak email ke..sama je"

"mereka nie bukan tahu susah kita"

"alih-alih suruh sebut..1 Malaysia!"
(sambil menunjukkan aksinya)


haish akak nie..
boleh tahan lawak jugak..hihi

yang ingin ditekankan di sini..
WAHAI 'PARA PEMBESAR' DENGARLAH RINTIHAN KAMI!


BICARA SYE: eh, saya pulak yang tERemosi..hihi



Friday, 10 June 2011

muka tidak seiring dengan kata-kata

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

tadi pergi pasar raya dot..dot..
misi cari kerjalah kononnya..

molek dah duduk satu tempat nak isi borang..
alih2..
dengar suara-suara yang menggunakan bahasa yang kurang enak..

B*B*..
P*K*..

astagfirullah..

angkat sikit muka nak lihat siapa yang berkata itu..

sikit punya lawa muka akak tue..
seorang molek bertudung..
seorang lagi molek rambutnya panjang mengurai..
tetapi 'bertenaga' sungguh menyebut perkataan-perkataan sensored macam nie..

hanya mampu menundukkan kembali kepala..
dan memekakkan telinga..

orang kata, kata-kata kita menggambarkan diri kita..
kalau buruk perkataan..
mungkin buruk jugak perlakuan kita..
waallahualam~

BICARA SYE: mudah-mudahan diri ini tidak membesar dengan perkataan2 sebegini..mintak di jauhkan..=)



Saturday, 23 April 2011

selepas sebulan..(^_^")

bismilahirahmanirahim..
assalamualaikum..

ok..
awal bulan lepas..
pernah juga blog saya kesunyian dengan gambar aktiviti yang saya involve..
hanya meluahkan melalui tulisan dan juga kata2 sahaja..
tidak mampu untuk masukkan gambar..
dek kerana kekangan masa..

tetapi incik NICK ada menegur dengan menyuruh saya memasukkan gambar..
untuk dia tengok..

erm..
mestilah bosan kalau asyik baca tulisan je kan?

maka..
saya pun mengambil inisiatif untuk memasukkan gambar..
sekadar untuk mengisi entri kali ini..

jom layan!


masa hari perasmian MINGGU INNOVASI anjuran SMART+STRATEGI


VIP2 serta AJK2 yang hadir ketika majlis perasmian


pelajar sekolah yang hadir ke majlis kami


incik presiden kami-marsupandi
(dekat screen itu adalah senarai program yang kami jalankan)


kategori pertandingan reka cipta


bersama pelajar yang hyperaktif-suka bercakap..=)



hari sebelum majlis penutupan


muka2 AJK selepas dapat beg yang memang diidamkan
(^_^")

ok..
itu adalah antara serba sedikit gambar2 kami sepanjang program ini..
terima kasih kepada semua AJK2 yang terlibat secara langsung mahupun tak langsung dalam minggu INNOVASI ini..=)

BICARA SYE: esok hari ahad dah..(-__-")


Tuesday, 5 April 2011

sakit..tapi dapat kawan baru..

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

ok..
semalam balik rumah..
ingat nak on9 kat rumah..
tapi tahap kengantukkan yang melampau..
oleh itu tidak dapatlah nak mengupdate semalam..(-_-)

pagi tadi pergi jumpe doktor gigi..
'barang' hilang..
dah cari tak jumpe..
so hanya dentist mampu menolong saya..

dengan itu..
hari ini saya dapat teman baru..
nak lihat?
TAADAA!


gigiku aka retainer..
berkilat boleh tak..
lepas tue..
kecik+rapuh..
takut je senang patah..(T_T)

whoa..
ciap beli casing gigi..
ini kalau hilang lagi eden tak tahu lah nak kata ape..

buat retainer yang baru..
kene bayar rm100..
tambah casing retainer...rm6..
melayang duit..

itulah..
cuai lagi..(-__-)
penat nanti nak jawab kat mak eden..huhu

itu sahaja untuk hari ini..

BICARA SYE: ramai orang paling tidak suka jumpe doktor gigi..pada mulanya macam tak bersetuju..tapi, baru tadi daku dapat rasakan ketika doktor gigi mule memasukkan tangannye kedalam mulutku..huish! sangat sakit rasanye..caranya mendapatkan acuan untuk retainerku adalah sangat tiada 'belas kasihan'..huk3..(-__-). tapi daku masih bersyukur kerana sudah dapat retainer yang baru..hee

Friday, 1 April 2011

tolong saya..=)

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

sedang buat ape tue?
saya sedang melayan perasaan untuk menunaikan hajat dengan 'melandingkan' diri di depan laptop untuk melihat movee malam ini..-agak formal ayat itu..ahaha

dalam keseronokan untuk melayan movee..
masih terdapat kerunsingan kerana masih tidak menunaikan hajat untuk membaca buku..
dalam erti kata lain..
majalah2 yang sedang melambak di dalam bilik itu masih tidak disentuh olehku lagi..
aiyaakk! (-__-)



masih ada yang belum baca majalah dan bukunya..
sudah beli buku dan majalah yang lain..
ada pembaziran disitu..

ceh..
cik asliner ini nak risau pasal tak baca majalah..
cube lah risau tak baca subjek2 untuk sem ini..
cube juga risau kerana tidak siap assignment..
minggu depan dah kene hanta weyh!
exam pun dah nan 'sampai corner' jer..
tinggal sedia tak sedia je..
huuwaaahhhh!

ahaha..
ape lagi..
pergi pergi tutup laptop..
mulakan operasi anda duduk depan buku..
bersama speck..
dan start baca!

oh..
bukan lagi..
jangan stresskan diriku...
malam ini layan movee okeh..=)

BICARA SYE: sambil tengok movee, sambil on9..macam mane nak concentrate? haha

p/s: bile lah nak berkesempatan memasukkan 'segment' singgah jumaat..(-__-)




Monday, 28 March 2011

pada suatu hari..

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

'pada petang isnin malam selasa..
terdapat 2 budak..
seorang budak bernama mida..
dan seorang lagi bernama linda..

menaiki bas bersama2..
dan turun bersama2 untuk pergi ke pusat kesihatan..

ketika sedang asyik menyusuri sisir jalan untuk ke pusat kesihatan..
terdapat seseorang sedang memanggil nama..
tidak pasti kedengarannya..
tetapi seakan2 memanggil:

"linda..linda.."

linda dan mida bertindak untuk memandang ke belakang..
tetapi berakhir dengan kekecewaan..
kerana tiada orang berada dibelakang mereka..

selepas beberapa saat mereka memandang kehadapan..
masih jelas kedengaran terdapat suara dibelakang..

kali ini..
semakin mereka berjalan laju untuk meninggalkan suara itu..
semakin dekatkedengaran pula suara itu mengikut..

debaran semakin memuncak..
dan mereka berdua bertindak untuk memandang kebelakang untuk buat kali keduanya..
semak2 bersebelahan mereka ditenungnya..
dilihatnta disebalik pokok2..

tapi masih hampa..
tiada orang disitu..
hanya mereka berdua..

mereka mempercepatkan langkah..
masih sama..
masih laju suara itu mengikut mereka,..

tiba2..
linda teringatkan telepon bimbitnya yang terletak dibahagian belakang..
dia teringatkan kembali hajatnya untuk menelefon ibunya..
alangkah terkejutnya ketika linda cuba untuk mengambil telefon bimbitnya..

kelihatan di skrin telefon..
IBUnya..
kelihatan disitu dia sebenarnya sedang menelefon ibunya..

dan kedengaran disitu..

"hello..hello..hello.."

tanpa sempat linda menjawabnya, ibunya menutup telefon itu..

sesudah itu...
linda berasa lega..
bukan lega kerana ibunya sudah meletakkan telefon..
tetapi lega kerana rupanya bukan suara 'hantu' yang diingatkan mereka tadi..
rupanya suara dari ibunya yang datang dari belakang begnya itu.FULLSTOP!'

BICARE SYE: kelakar ke cerita nie? =)

Tuesday, 22 March 2011

geli woi..=P

bismillahirahmanirahim..
assalamulaikum..

pada pagi ini saya nak cerita pasal perkara yang menggelikan..
ok..
pacat..
kalau korang baca entri saya yang lepas..
saya ada cerita mengenai keberangkatan saya ke Gunung Senyum..

macam biasa, kalau dah hutan..
maknanya adalah 'binatang2 pelik' yang jarang sekali kita jumpa di UTM nie...

dan semestinya jumpe pacat..


woo...
geli..

ingatkan dah bersedia dari segi fizikal dan mental..
rupenya dah nak ke zero..
ahaha...

masa 1st time jumpe pacat..
pacat tue berjaya membuat percubaan memanjat ke kakiku..

dah namanya perempuan..
tak menjerit lah..
tapi saya terkejut sampai macam nak terjerit..

reaksi pertama:
"weyh syafiq..pacat nie warna ape?"

"warna coklat"

(nampak sangat tak pernah jumpa makhluk pacat nie..hehe)

reaksi kedua:
"hah..warna coklat?"
"weyh..ada pacat kat seluar nie..tolong2"
"tolong buangkan.."

"weyh..aku tak reti.."

seorang lagi member datang:

"meh2.."

akhirnya cubaan mengigit ku dapat dipatahkan!
oyeh!

ok...
macam biasa lah kan...
berjalan kat hutan sampai 4KM..
so probability untuk disinggah oleh pacat masih tinggi...

jadi...
sampai digua..
2 pacat telah naik ke kaki..

ouch!
very sakit ok..
erm..mungkin sebab dah lama dia hisap darah kat kaki..
dah namanya pun ada sucker!

memang memberi kesan dan juga meninggalkan 'nilai sentimental' lah..
huk3...(-__-)

moral of the story nya..

kalau nak msuk hutan..
  1. sembur dengan spray yang elak serangga tue..
  2. masukkan seluar dalam stoking..(kalau pacat naik pun, hanya naik kat seluar sahaja..hee)
  3. berjalan tengok bawah
erm..
tapi tak adventurelah macam nie..(^_^)

sekian sahaja cerita saya..

BICARE SYE: nnti saya nak msukkan enti mengenai trip kami ke GUNUNG SENYUM..=)

Saturday, 26 February 2011

semalam yang mengerikan..(*_*)

bismillah..
assalamualaikum..

semalam..
tercapai jugak hajat nak menderma darah..

mule2 dia tolak dia..
kita tolak dia..
dia tolak kita..
masing2 takot nak menderma..
sebab katanya jarum dye besar..(*_*)



erm..
tabahkan hati..
jarum je tue..
bukan lubang senapang...(nak sedapkan hati..^_^)

mesti ada procedure kan..

  1. Kene timbang berat..-erm..nasib baik lepas 45kg..bolehlah saya menderma..=)
  2. Kene check tekanan darah..-erm, nasib baik masih normal tekanannya...=)
  3. Jari tangan kene cucuk untuk ambil sample blood test..-darah saya jenis A+.. (hari tue masa kat matriks, darah A-..macam mane boleh bertukar tue..konfius..(-_-)
  4. Dapatkan buku derma darah warna merah kecik (macam buku 555)..comel sungguh buku tue..like2..(^_^)
  5. Time tue jugak dapatkan semua2 kantung untuk mengisi darah yang di sedut..=)
  6. Duduk atas kerusi yang disediakan..baring..dan MA mulakan operasi untuk meng'inject'..=)
  7. Masa MA keluarkan jarum untuk 'inject'..dalam hati berkata "la..jarum nie rupenye..jarum yang biasa..takdelah besar sangat.."
  8. Lepas dah 'inject' tue..ada lagi satu jarum untuk dicucukkan kedalam kulit untuk menyalurkan darah kedalam beg yang disediakan..masa tue dah cakap "owh..ada jarum lagi besar rupanya.."-nasib baik rasa biasa je..sebab macam dah terkena ubat bius..no sense at all! =)
  9. Lepas itu, mulalah operasi..ada seorang MA duduk disebelah saya..jadi saya mengambil kesempatan untuk berbual dengan mkcik MA nie..-UNTUK MENHILANGKAN NERVOUSKU!
"makcik, kenapa ye ada segelintir orang tidak mahu menderma darah? sebab takut eh?"

"ha ah, kebanyakan orang takut..mungkin tidak biasa tengok jarum" -lebih kurang begitu ayatnya

"hari ini kumpulan makcik target bape ramai ek?"

"30orang -sambil menujukkan jarinya 3 "

---

---

---

---

"cik..kenapa ek tetibe debar semacam je nie?" -saya berkata

"la..awak pulak ke nak pengsan?"

makcik ini pun panggil kawannya dan memanggil doktor..

masa tue mata dah berkelip2..bibir pucat giler(bak kata kawan saya)

lepas itu ada seorang makcik datang..

"ok dik..awak tutup mata tidur.."
(semetara yang lain sibuk membantu)

lepas itu, doktor perempuan datang..

sambil menepuk ditepi saya..
dan dia berkata..
"dik2..bukak mata dik..cuba bukak mata"

keadaan dah cemas dah time tue..
tapi masa itu memang konfius..
makcik nie cakap tutup mata suruh tidur..
yang doktor suruh bukak mata..
KONFIUS EDEN!

ada 2 doktor..
doktor lagi sorang ini cuba nak cucuk di tangan kiri saya..
untuk memasukkan air kedalam badan..
ekoran dah terlalu pucat muka +nak pengsan..

air soya+ air glukose diberikannya kepada saya..
untuk meningkatkan kembali tenaga..

kalau dah terlalu banyak air manis..
ape lagi..
perut mula nak generate..
tetapi tidak mampu menampung tahap keparasan gula yang terlalu tinggi..-hyperbola sikit! =)
dan kedengaran suara saya..
"doc..saya rasa nak muntah"
"cepat doc..dah tak tahan nie"

nasib baik doktor itu sangat pantas..
bermulalah episod vomit2 nie! (-__-)

dah mula dapat tenaga balik..
dan dapat buka mata dengan betul..
saya lihat ramai yang keliling saya..

kawan2 yang lain dah risau dah..
jadi..untuk mengawal situasi itu..
saya pun cakap..
"erm..maaflah ye..TERpengsan sekejap.." =)

makcik2 MA dan kawan2 kat situ gelak sekejap..
senang hati tengok mereka senyum dan ketawa..!
NO WORRY! (^_^)


itulah serba sedikit kisah semalam yang ngeri..hehe
terima kasih kerana membaca entri ini..=)


BICARA SYE: korang pernah derma darah tak? best? (^_^)

Sunday, 13 February 2011

jangan tengok orang berdasarkan judgement semata-mata

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..


ok...
bila bercakap mengenai manusia..
manusia memang tidak pernah lari membuat jugdement pertama bila berjumpa dengan orang yang tidak dikenalinya..


tidak kiralah orang itu tinggi atau rendah..
hensem atau tidak hensem..
lawa mahupun tidak lawa..


kita tidak kenal lagi..
kita dah sibuk nek membuat andaian bahawa dia ini sebenarnya tidak baik!
ingat kata2 ini..
"pandangan mata itu selalu menipu"


ok..
tutup pula kisah kita yang suka buat judgement pada orang kita tidak kenal lagi..
bagaimana pula kalau manusia membuat jugdement terlalu awal kepada orang yang dia hanya berkawan pada waktunya sahaja..


tidak kenal sepenuhnya..
tetapi membuat judgement bagaikan dah 'beribu tahun' mengenalnya - ish,TER hyperbola pulak!

pelik2..
manusia sekarang makin 'pandai'..


*peringatan buat diriku jua yang masih tidak sempurna..


BICARE SYE: Tadi main bola tampar dengan orang negro+putih..cuak okeh! sebab gaynye sangat profesional..abes yang saya nie dia katakan "she's too short"..(-__-)


Friday, 28 January 2011

tiada sifat belas kasihan

\bismillah..
assalamualaikum..

tadi sementara menunggu kedatangan bas di Seri Putri..
ada seorang lelaki..
keadaanya agak menyedihkan..
datang kepada beberape orang...
untuk meminta sedikit duit untuk membeli makanan..

destinasinya meminta dari sekelompok perempuan Melayu..
tetapi mereka mungkin mengatakan "tiada duit"
(hanye dapat lihat dari sudut yang jauh sedikit)

destinasi kedua..
pergi ke seorang lagi perempuan Melayu..
jawapan yang sama masih meniti dibibir mereka2..
menggelengkan kepala menunjukkan tiada duit..

destinasi ketiganya..
meminta wang dari seorang Cina..
dan Cina itu menghulurkan sedikit wang..

Hairan!
Orang bukan Melayu boleh menolong orang Melayu..
tetapi Melayu kita agak keberatan untuk menghulurkan sedikit wang..(-__-)

Memang dalam Islam kita tidak dibenarkan meminta sedekah..
tetapi apa salahnya kita sebagai manusia yang cukup makan pakainya menghulurkan sedikit wang kepada mereka yang tidak bernasib baik..waallahulam~

BICARE SYE: mungkin mereka takut dengan penampilan lelaki tersebut..sampai tidak dapat menghulurkan sedikit wang..

Monday, 10 January 2011

saya BANNED Secret Recipe

bismillah..
assalamualaikum..

ok..
entri ringkas je..

minggu ni kelas kiteorang ade tugasan..
outstation weyh! ^_^

tugasan kami kene pilih satu restoran fast food..
then kene observe cara mereka bekerja..
kene perhatikan tabiat2 mereka..
so,kami decide nk pilih secret recipe..

kami
decide nak interview supervisor dyeorang..
nak tanye serba sedikit mengenai restoran dyeorang..

semalam datang sane gi jumpe promoter dan kata yang kami nak jumpe supervisor dyeorang..
dan promoter tue kate cube tanya akak tue..
mungkin dia boleh bantu..

so promoter tue pergi jumpe akak supervisor tue..
akak supervisor tue kate ok! datang 2.30ptg!
TAPI TANPA LIHAT SURAT YANG KAMI KEMUKAKAN KEPADA DIA!
(kalau korang berada ditempat kami,agak2 korang akan datang balik tak?)

tapi kami dengan rela hati datang balik kul 2.30ptg..
kami tanya kat counter..

"erm..saya nak jumpe supervisor awak..kami yang datang pagi tadi dan kami disuruh datang kembali kul 2.30ptg nie"

mamat promoter jawab:

"erm..manager tak datang lagilah..petang baru dia datang..itu pun kalau dia datang"

KELIHATAN DISITU BAHAWA SUPERVISOR MEREKA SEDANG MELARIKAN DIRI MASUK KE RUANGAN DAPUR!

ok..
kami dah bengang..
berlalu dengan perasaan kecewa..
dan rasa tidak puas hati..

KEPADA AKAK SUPERVISOR SECRET RECIPE cawangan XXXXXX:
"kalau tak mahu di interview..kami tidak kisah pun..tetapi at least SAY IT!
kita orang melayu ada budi bahasa kan?!"FULLSTOP!

*saya banned!*


p/s: tapi takkanlah kerana nila setitik,rosak susu sebelanga? haha


BICARE SYE: hadapilah ujian dengan tabah..(-__-)


Friday, 7 January 2011

sewa kete

bismillah..
assalamualaikum..

entri kali ini agak panjang..
tapi berkisar pasal hari ini..
hari memenatkan..T_T

hari nie plan baik punye nak gi jusco taman U..
sebab ade assigment yang perlu dilakukan disana..
ingat nak naik bas jer..
tambang free..
keselamatan pun terjaga(insyaAllah)..
tapi bile rumate saya cakap nak gi kempas sebab nak tuka tiket train..
so kiteorang decide nak sewa kete..

macam biasa..
name2 yang top list akan ditelefon dahulu untuk mendapatkan kereta sewa..
dan macam biaselah..
kereta mesti penuh kene booking..
sebab lambat booking..
kalau nak booking..
kene booking 3hari sebelum..(dah macam nak beli tiket bas lar pulak..kene awal2..huhu)

jadi..
usaha mencari nombor2 telefon kereta sewa masih berjalan..
dan dapat satu kete!
saga manual..ok,on jelah..
manual tak manual..
janji boleh keluar hari ini..

so, sebelum nak ambik kereta tue..
saya kompemkan balik..
bagi mesej kat nombor tue..
tapi tiada respon..
so..telefon..

masa telefon:
(kawan yang tolong menelefon)

"hello,erm..saya yang telefon tadi..saya just nak kompemkan balik sama ada boleh ke tidak saya sewa kete awak?"

dia jawab:

"oh..sori,can you speak in English?"

kawan saya tercengang seketika..
(kalau die tercengang,saya lagilah..hehe)

dalam hati saya dah fikir..
erm,nie mesti saje2 nak speak BI..nak lawan balik lah kot saya cakap BI(perasan!)
sebab masa mesej dia saya speak BI..

kawan saya jawab:

"err..i'm the one who message u just now..i want to rent ur car for 4hours start at 11a.m..can I?"
(lebih kurang macam tue kawan saya jawab)

dia jawab:

"can..ok,I'll send the car to kdse 13 by 11.am..tq"

perbualan habis terus letak telefon..

PUKUL 11 TIBE:

dapat mesej..
"I already reach at your college..can you take the car in front of the bustop?"

so..dengan muke happy..pergilah ambik kereta tue kat bustop..

tup2..

saya cakap:

"weyh..mat salleh!"
"fana kene ikut kite..kot2 kalau kita tak faham die cakap ape,fana kene tolong jawabkan..tau!"
(nampak sangat takde confident nak cakap BI..-__-)

fana jawab:

"ye2.."

dah jumpe mat salleh tue..maknenya bermulalah perbualan kami..
lebih kurang macam nie lar..

"hi,i'm the one who want to rent ur car"

mat salleh jawab:

"ya2..the car..someone has broke the handbrake(sambil menunjuk kearah handbreak tue)
"so,if you want to park your car,you need to put ur car in gear 1..to make sure the car will not moving while u park it"

saya jawab:

"owh yeah?..ok2"

muke time tue kompem dah berubah giler..
dalam hati dah kata..

what! takder handbreak? kentanglah!

tapi sebenarnye time mat salleh tue cakap saya tak faham pun dyeorang cakap ape..
sebab dieorang cakap memang giler babas punye laju!
satu ape pun tak dapat nak catch up..(-__-)

3kali dieorang explain..
pastu baru dapat catch up! haha

fana yang ikut saya tadi tue diri jauh dari saya..
memang terkapai2 lah saya kat situe..huk3

so..
masuk kereta..
start engine..
tetapi kereta macam terkejut..

dalam hati..

"eh,pesal nie?"

jadi,decide nak start lagi sekali..
dan perkara yang same berlaku..kereta terkejut..

mat salleh tue cakap:

"sis,u need to free ur gear first.."

(eh,lupe pulak kereta nie handbreak die patah!)

saya jawab:

"owh..ok2"

kalau dah depan bustop ambik kereta..
mesti lah ramai yang tengok..
ok..malu giler! (-___-)

then,bawak kereta tue parking depan blok..
keluar dan terus cakap..

"weyh korang..siyes kite tak nak bawak kereta nie..kita tak beranilah..dengan handbreak yang patah..takde sticker UTM..no flat depan tercabut..woowoo..tak mahu!"

mereka2 menjawab:

"tau takpe..kite pun macam tak berani je nak naik kereta nie"


PENGAJARANNYA:

  1. Sebelum nak sewa kereta,tanya dulu condition kereta tue baik ke tak!
  2. Agak2 kalau macam mat salleh yang sewakan..cepat2 batalkan booking korang! haha (sebab mesti dieorang punya kete tak berkeadaan baik..kot)
  3. Kalau nak tempah..sile tempah awal ok!
BICARE SYE: dah la 1jam=RM5..mahal..-__-







Monday, 3 January 2011

berGENG perlu setiap masa?

bismillah..
assalamualaikum...

huh!
semalam tak dapat nak update blog disebabkan wifi yang tidak berape nak membantu..-__-

so,hari nie bercadang nak update 2sekali..(^_^)

ok..berbalik kepada tajuk entri..

PERINGATAN: sile baca dulu sebelum berkata apa2..time kasih (^_^)

bile bercakap mengenai kerja berkumpulan..
pasti ramai yang akan gelabah bila pensyarah mengarahkan studentnya untuk cari ahli kumpulan..
dan pasti ramai juga yang akan cari geng masing2 untuk satu kumpulan dengan kita...
mungkin akan ada yang berkata..
"eh! ak dah cop dye dulu.."
"yana,nanti sem 2 saya nak berkumpulan dengan awak ye..jangan lupe"
"weyh,kau ingat ea..sem depan aku nak satu kumpulan dengan ko..nanti senang sikit"

wah..
famous betul sape yang ditempah tue..
untung sape yang dapat bekerjasama dengan dia..

orang yang dah di cop mesti pening..
sebab semua orang nak dengan dia..

tapi macam mana pula bagi orang yang tak SEfamous dia..
tak SEramai peminat macam tue...
pasti dia akan berkecik hati sebab mesti dia fikir orang lain tak mahu satu kumpulan dengan dia sebab ramai tak suka kita..
sebab ramai tak senang dengan kita..
sebab ramai benci dengan kita..

sedangkan faktor yang lebih menyumbang kepada berlakunya macam ni kerana mind set kita sendiri bahawa jika nak berkumpulan,eloklah satu kumpulan dengan geng kita..nanti senang sikit!

sebenarnya..
apa yang diceritakan ini merupekan senario sekarang yang berlaku di universiti..
senario bahawa student sekarang lebih suka membentuk kumpulan yang terdiri daripada geng masing2..

jika kita berfikir balik..
adakah setiap masa kita perlu berGENG?
sedangkan..
dimasa hadapan GENG yang kita harapkan selama ini tak akan satu tempat kerja dengan kita..
jika ada yang satu tempat..
mungkin itu semua hanya satu kebetulan..

tetapi pada pendapat saya..
jika kita berani mencari teman baru untuk bekerjasama...
kita akan dapat satu pengalaman yang mungkin orang lain tidak akan merasainya..
"NOT ALL PEOPLE WILL EXPERIENCE THE SAME THINGS"

waallahualam~

p/s: saya sangat respect pada siapa yang sanggup bekerjasam dengan orang lain tanpa melihat pada paras rupe dan perwatakannya..

PERTANYAAN:
apa yang korang rasa bila tidak ade orang yang tak mahu bekerjasama dengan kita..?
geng? perlu setiap masa?

BICARE SYE: entri kali ini hanya sekadar menterjemahkan kembali setelah melihat keadaan sekeliling yang berlaku di universiti..
tidak ada perasaan kecik hati mahupun dengki..sekian~ (^_^)

*peringatan untuk diri sendiri*


Saturday, 1 January 2011

SMART LEADERSHIP CAMP- SLC

bismillah..
assalamualaikum..

hah!
dah masuk tahun 2011 nie..
nak jugak masukkan entri pertama untuk tahun baru..^_^

kalau korang baca entri saya lepas..
saye ade cerita pasal camp...
so,entri kali ini nak kongsi sedikit pasal camp tue..

jom layan!

kalau bercakap mengenai beg..
pasti beg yang perempuan bawak mesti lebih besar dari beg yang lelaki bawak..
erm..
betul lar nie..hehe


erm..
daftar2 dapat file warne kuning nie..
siap tertera lagi name saye..
cayalah SMART! ^_^


erm..
kat bawah nie schedule kami...=)
banyak tak programnye..=)


time daftar tue..
kami berkumpul di main place untuk kiteorang sembahyang..
wah..
ader komputer..
siap dengan wifi lagi..
(tapi wifi tue dapat tahu selepas hari yang ketiga..big bos tak beri awal2 sebab nanti anak buahnya asyik nak on9 jer..hehe)



khemah kami macam nie...
tapi nie khemah urusetia..
khemah kami dekat luar sane..
best!


rutin pagi2 kami ialah bersenam..
eaeh..
macam gelap lagi jer gambar kat bawah nie...
semangat giler lar pulak kita2 nie kan..hehe

untuk 1st day..
lepas bersenam..
kiteorang pergi berjalan naik balai cerap..
bagi siapa yang belom pergi mungkin akan teruje (like me!)


gambar kat bawah nie merupakan tugasan pertama kami..
SLOT 1-KAK AMALINA
kiteorang kene lukis gambar sendiri..
betol2 lukis punye..
kalau ade tahi lalat..
kene lukis jugak..
lepas tue fasi akan kutip..
then setiap orang dapat muke orang lain..
then kene cari muke yang kita dapat tue..
gambar 4 orang yang berdiri tue merupekan denda bagi kami yang salah teka..
kantoi! haha


tugasan kedua..
masih SLOT 1..
kene cite pasal FAKTA BETUL da FAKTA SALAH..
nie kire sesi kenekan orang balik..hehe


gambar di bawah merupekan suspek2 untuk SLOT 2..
tugasan kali ini memerlukan lelaki menutup matanya...
yang perempuan bagi direction untuk mendapatkan telur yang tersorok..
telur2 yang dicari mestilah mempunyai huruf yang boleh membentuk LEADERSHIP CAMP
best tugasan nie!


hah!
siap jugak akhirnye tugasan kami...
tapi huruf R kami pecah...
kak ati kot yang pecahkan..-__-
muke2 gembira dapt selesaikan tugasan..
(ingat senang ke?! haha)



gambar bawah masih SLOT 2..
kiteorng kene buat tugasan membina satu bangunan yang tinggi dengan menggunakan PERANGKAP TIKUS!
diulang sekali lagi..
PERANGKAP TIKUS!
wooo..
tugas berani mati punye..
haha..
tersalah pegang boleh terkepit tangan..
mau tak bengkak tangan..
haha..=)
but at last we still can make it!
see..gambar kat bawah menunjukkan ketidakpuasan hati kami terhadap PERANGKAP TIKUS yang boleh 'membawa maut'..keh3


tugasan terakhir kami..
kene pijak nombor2 mengikut turutan..
(but make sure time tue seorang sahaja yang memijak nombor tersebut)
finally we can make it!
dapat pijak kesemua no dalam mase 12saat!
awesome! ^_^
ader satu gambar kat bawah pasal tarikh 14.12..
tarikh apekah itue? hehe
gambar kanan sekali merupakan gambar tarikh kami menyiapkan tugasan ini!


erm...
nie SLOT 4..
dari kak ati..
tugasan kami perlu membalut telur menggunakan barang yang diberi(bab 1) dan menggunakan barang disekeliling semulajadi(bab 2)..
lepas tue..
kene jatuh kan telur dari aras kepale salman..
OMG! si salman tue dh lar tinggi giler...
tinggi dalam lebih 170cm kot...
cabaran betul!
tapi akhirnya..
task 2 baru kami berjaya tidak memecahkan telur yang diberi..
yeehhhaa!



gambar kat bawah nie merupekan tugasan bagi SLOT 4..oleh kak ati..
salah seorang perlu menjadi bos..
lagi seorang perlu menjadi follower...
uish..ingat senang ke tugasan nie..
boleh pecah kepale nak bagi arahan yang betul dekat anak buah..
thiz time..
i'm the bos..
pandi n kak nani are my follower...
"but i still treat them as my senior ok..cakap pun kene lembut2 dan slow2 gitue..hik3"


malam ketiga merupakan sesi BBQ kami..
pada malam terakhir di hutan..=)
(maaflah..tak dapat nak sertakan gambar BBQ..internet macam siput sedot!)

baiklah..
tidak dapat nak sertakan banyak gambar..
nanti takut korang muak..=)
lagipun banyak gambar untuk personal..
bukan buat tatapan semua..maaf ye..

ape2pun..
i really enjoyed this camp..
mungkin rugi kot bagi siape yang tak dapat pergi..(just my opinion)
nak buat macam mane..
masing2 ade komitmen masing2..
tak mengape..
next time join ramai2 k! (^_^)

p/s: slot 3 tak dapat nak sertakan gambar,sebab time tue kami tak bergambar..huhu


BICARE SYE: dah nak naik sehari sye prepare entri nie..kes internet tak gagah! T_T


Thursday, 23 December 2010

ak ade kembar!

bismillah..
assalamualaikum...

begini kisahnye...
kemane yang saya tuju...
kemane saya pergi...
kemana sahaja kalau adik ada bersama saya..

pasti mereka yang berada disekeliling mengatakan kami KEMBAR! ^_^


beginilah kebiasaan dialognye..

bila seorang kakak/makcik/cik/puan/encik duduk bersebelahan dengan ibu saya...

"akak..mereka berdua nie kembar ke?"

jawapan yang biase dijawab ibuku..

"mereka sebenarnya kembar tak seiras"
"macam kembar..tapi sebenarnya x kembar"

soalan seterusnya yang ditanya oleh mereka2

"mane satu akak,mane satu adik?"

jawapan ibu saya yang selumber

"mane satu agak2 awak?"

kebiasaanya akan banyak variasi jawapan yang didapati dari orang yang menanye tadi

"yang ni akk(saya)..yang tue adik(adik saya)"

"yang tue akk(adk saya)..yang nie adik(saya)"

dan kebiasaanya ibu saya akan tanye semula kepada orang yang menanye tadi

"kenapa awak cakap macam tue"

"kenapa awak cakap yang nie akak(saya) dan yang nie adik(adik saya)-----1
@
"kenapa awak cakap yang nie adik(saya)dan yang nie akak(adik saya)----2

dan mereka2 pun slumber menjawab semula

jawapan bagi no 1-"sebab yang nie(saya) nampak mature,yang nie nampak manja!"

akak yang menanye tadi bertanye lagi
"awak(adik saya) sekolah kat mane?

adik saya menjawab kembali
"saya tak bersekolah lagi..saya sekarang belajar kat UiTM,Segamat
akak saya kat UTM,Skudai"
"saya ambik diploma,akak sekarang tengah degree"

akak tadi kembali memberi reaksi
"owh,akak dah degree dah sekarang?!" (aish..mcm tak caye saya dah ambik degree pulak..muke babyface sangat kot..^_^ ke badan nie tak macam student undergraduate..-__-)

adik saya hanye mengangguk

jawapan bagi no 2-"sebab yang nie(adik saya) nampak tinggi sikit dari dye(saya)
"sebab nie nampak besa sikit(adik saya)..yang tue nampak kecik sikit(saya)

(jawapan yang nie saya suke..hehe)



muke kami lebih kurang mcm nie lar...
eh..
tak la..
macam kat bawah nie


satu cerah(ikut ayah)-adik
satu tak berape nak cerah-saya (hehe..^_^)

satu tinggi(ikut ayah)-adik
satu lagi sikit nak tinggi(ikut ibu)-saya

erm...
apa2 pun...
kurniaan tuhan kite kene bersyukur..
jangan sesekali mempertikaikan ape yang telah diberikan Allah kepade kita..

BICARE SYE: tak mahu letak gambar kami..^_^
anda fikir lar sendiri..hehe

Tuesday, 7 December 2010

siaran xberape nk luar: puteri beach resort- PART 3

bismillah..
assalamualaikum...

ok..
bertemu kembali untuk siaran yang x berape nk luar..
hehe..^_^

ok..
ini part yang terakhir sye nk cite mengenai kursus pengurusan sye nie..

kat bawah nie adelah senarai slot2 yang kteorang kene sertai..
  1. slot 1: Permohonan kelulusan aktiviti secare on9
  2. slot 2: Pelarasan aktiviti mahasiswa 2011
  3. slot 3: Pengurusan kewangan dan penajaan
  4. slot4 : Hebahan dan penerbitan
  5. Majlis perasmian oleh YBhg. Datuk TNC (HEMA)- Pelan transformasi Pembangunan Mahasiswa
  6. slot 5: Struktur pentadbiran UTM dan HEMA
  7. slot 6: Total Quality Organization
  8. slot 7: Seminar Kepimpinan
  9. slot 8: seminar Kepimpinan (sambungan)
  10. slot 9: Perancangan dan perlaksanaan aktiviti serta prosedur Lawatan Ke luar negara
  11. slot 10: Kemudahan, peralatan & kegunaan bilik persatuan
  12. slot 11: format surat menyurat penyediaan laporan & sistem fail persatuan
bnyk kan?
-__-

slot pertame cite psl klu satu persatuan n seangkatan dengannya nk buat program..
kene lar mohon dulu..
cyap ader due date lagi..
klu dah diluluskn bru boleh jlnkan..

slot kedua rmai2 bwk laptop utk isi kat kalender hema mengenai program kiteorang..
(nsib baik kami jdik tukang isi..hehe)
best mlm nie...sbb 1st time tgk semua orang jdik kelam kabut...termasuk la kami2 nie..^_-

slot ke-3 cite mgenai nk dptkan tajaan dan mungkin jugak untuk dptkan claim semula..
huuu..ngantuk jugak time nie..tp memotivasikan diri bhwe mngkin 'satu hari nnti ak yang terlibat untuk buat semua ni'..=)

slot 4 best! si penyampai (en.mohd adli) noe how to interact others to listen his talk..erm..klu spe yang mengantuk x tahu lar pulak kan..huhu

majlis perasmian by TNC best!
penyampaian yang berhemah lagi berisi dgn kate2 motivation..yeah!
but last segment with him,dye kene kan sye!
malu..*_*
p/s:xmalu sngt pun..just i'm happy to see others laughed n smiled after heard his jokes..
tq TNC! ^_^

slot 5..erm..agak formal ckit...hehe

slot 6&7&8 bersame ngan prof emeritus syed mohd fahmy bin syed mansor...
ader formal..ader separe formal..ader x formal jugak..^_^
berbesar hati dpt menjalani kursus nie dengan adenye segment with him!
p/s: he brought his daughter wit him..his daughter really gorgeous n love her dad very much..sweet! ^_^

slot 9 cite tntng GOP...xberape bnyk yang dpt di citekan oleh En.Ismaal..sbb mse yang diperuntukan x berape nk bnyk..-_-
p/s: this slot..50% my body was there..n other % at somewhere else..hee

slot 10: terbaek!
kelakar..xmengantok...
rmai yang 'bngun' time nie..hek3

slot 11 cite psl procedure2 yang perlu kite patuhi klu nk kemukankan surat permohonan ke..n surat2 lain yang berkaitan la...special for S/U..but others still can jot down the note..
yeeehhhhaa!

ok..
untuk berlaku jujur...
enjoy this kursus very much...
out of 100%..
sye mungkin boleh catch up for about 70%...

last2 slot dah rse x focus..
xtahu knpe..
mungkin dah ingt nk blk kot..haha =p

but last slot yang kiteorang x focus tue kite orang buat keje part time..
haha..

gule2 yang bnyk kat ats meja(yang telah disediakan)..



gule2 nie sedap..boleh buat kencing manis! haha

gule2 tdi bertukar ke..

dari orang dewasa yang mengikuti kursus pengurusan..
bertukar ke kanak2 yang sedang belajar origami..

nie semua gare2 ahmad syazwan..
one of the group member..
haish..
ape nk jdik lar budak nie..

maafkan kami! -__-

tp kat bwh nie last pict yang kiteorng sempat ambik...
sebelum semuanya berpisah...



names of all my group members..^_^

BICARE SYE: kenape ye ade sesetengah mahasiswa kita msih tidak mengerti etika pemakaian ketika menghadiri kursus2 yang disediakan buat kita..bukankah kita sudah dewasa dan perlu tahu semua itu..maaf lar ye..cume agak musykil dengan segelintir rakan2 kita yang masih mengenakan seluar jeans(contohnya) untuk menghadiri program2 formal yang disediakan..terkilan...-__-