UP TRAFFIC

Showing posts with label perkongsian bersama. Show all posts
Showing posts with label perkongsian bersama. Show all posts

Thursday, 14 March 2013

some quotes to share

assalamualaikum..

sempena hari jumaat nie. saya nak sharekan sedikit mutiara kata. ececeh. =)

  • Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya.
  • Jika kejahatan dibalas dengan kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas dengan kebaikan itu adalah perkara biasa.  Jika kebaikan dibalas dengan kejahatan,itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.
  • Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ia digunakan
  • Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.
  • Jangan lakukan semua yang kamu ketahui, jangan berbelanja semua yang kamu miliki, jangan percaya semua yang kamu dengar dan jangan memberitahu semua yang kamu dengar.

sumber: Mastika Mac 2013

ASLINER: segar bugar pulak kite pagi-pagi nie..=)

Tuesday, 14 February 2012

kisah perempuan

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..


"PEREMPUAN..
di ciptakan dari tulang rusuk lelaki..
dekat dengan hati untuk di sayangi..
dekat dengan akal untuk di fikiri..
dekat dengan tangan untuk di lidungi"


ASLINER: alhamdulillah, aku seorang perempuan! Ada orang yang sayang, orang yang selalu fikirkan aku dan orang yang akan lindungi aku..hehe

p/s: post untuk lepas syarat..hewhewhew

Sunday, 31 July 2011

random selection: 5 orang TERsibuk

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

dah masuk bulan kemerdekaan nie..
ade beberapa senarai orang yang paling sibuk ..

  1. TAUKE BISKUT RAYE-hah! taukeh nie memang sibuk gilos. Sebelum puase pun dah sibuk, inikan lagi dah masuk bulan 8 yang bermulanya puase.
  2. TUKANG JAHIT- dah semestinya banyak tempahan yang perlu disiapkan. Orang kate tue sampai dah tahap menggigil nak menyiapkan baju-baju tempahan. Dahsyat!
  3. IBU-IBU- semestinya sibuk untuk menyiapkan juadah-juadah berbuka. Tidak kisahlah kalau beli kat bazar ramadhan, mesti nak kene 'prepare' kat atas meja makan.
  4. ANAK-ANAK MUDA- dah sibuk cari baju raya, kasut raya dan seangkatannya. Belum start puasa econsave(contoh) dah sesak dengan orang ramai. Orang kata kalau mempersiapkan awal-awal kan senang!
  5. KITA-kita sibuk tak?

peringatan untuk diri sendiri untuk mempersibukkan diri untuk mencari sebanyak-banyak pahala untuk di dalam bulan yang penuh keberkatan ini..

terfikir atau tidak bahawa pernahkan kita SIBUK UNTUK MENCARI KEREDHAANNYA atau tidak?

yang hanya kita terfikir mungkin 'mencari yang lain'..
waallahualam~

peringatan: nota untuk diri sendiri
dikesempatan ini saya ingin mengucapkan:

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 1432H


"wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"
(surah al-baqarah:183)


BICARA SYE: hari ini kene kerja..(^_^")





Wednesday, 29 June 2011

entri tertunda: 'mukadimah' israk mikraj

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

semalam pergi dengar ceramah sempena malam memperingati israk mikraj..
jadi, nak kongsikan sedikit dari apa yang didengari..

seperti yang anda semua tahu..
israk dan mikraj adalah perjalanan nabi dari mekah naik terus ke langit ketujuh..

bak kata ustaz Siran semalam..

"kalau nak cerita tentang Israk dan Mikraj ni, semua orang dah tahu..sudah berulang kali setiap kali ceramah di adakan, disitulah pengulangan cerita akan berlaku"

"jadi hari ini, saya tidak mahu bercerita tentang perjalanan nabi ini, saya hanya nak sentuh mengenai beberapa perkara, pengisiannya"

senarai di bawah adalah serba sedikit 'mukadimah'..:

  • mulakan sesuatu perkara dengan menyebut 'bismillah'.
  • menyebut nama Allah itu dapat pahala.
  • Kalau sudah berilmu, mestilah kita mengamalkannya.
  • Perjalanan nabi kelangit yang ketujuh untuk bertemu dengan Allah merupakan satu keistimewaan kerana bermula dari situlah pensyariaatan SOLAT terjadi.
  • Peristiwa Israk dan Mikraj itu telah memberi pengajaran pada manusia supaya takutkan neraka dan juga suka(berkeinginan) untuk masuk kesyurga.
  • Menyebut perkataan bismillah sudah dapat pahala, apatah lagi jika kita membaca al-quran. Kalau dah sebaris sudah dapat 50 pahala(contoh) apatah lagi jika membaca satu muka surat.
  • Tunaikan solat pasti dengan hati yang khusyuk
  • Jika mahu mendapatkan solat yang khusyuk kita kena 'belajar'
  • Menunaikan solat sambil membayangkan bahawa Allah seolah-olah berada di depan kita(tanpa memikirkan zat Allah) untuk mendapatkan kekusyukkannya sambil mengingati bahawa Allah itu Maha Besar

serba sedikit diatas..
kalau tulis semalam, "pasti aku tak lupa dan banyak yang boleh aku kongsikan"
tetapi disebabkan semalam kepenatan..
hanya sedikit yang boleh dikongsi..(-___-)"

BICARA SYE: biasalah kalau pergi dengar ceramah mesti ada setan kat sebelah suruh lelapkan mata..haish..(-___-")




Tuesday, 21 June 2011

pentingnya kesulitan..

bismillahirahmanirahim..
assalamulaikum..

"Orang yang kurang ditimpa kesulitan,
jiwanya akan lemah, sebagaimana
orang yang kurang berjaya, badanya lemah.
Bersyukurlah apabila diuji kesulitan,
kerana dengan itu kita mempunyai jiwa yang kuat dan tabah"


BICARA SYE: jangan mengeluh, tetapi terima seadanya..(^_^)


Sunday, 15 May 2011

!UNTUK SEMUA WARGA PENDIDIK!

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

gile pagi kau update cik asliner!
ahaha..

pagi2 kan best..(^_^")

"profesyen perGURUan dilihat tidak menarik dari segi ganjaran..
Ganjaranya masih di belakang bidang-bidang lain..
yang lebih hebat dari jurutera, doktor, akauntan dan sebagainya..
sedangkan TANGGUNGJAWAB, PERANAN DAN TUGASNYA amatlah besar..
Ilmu yang di sampaikan oleh warga GURU aka PENDIDIK ini merupakan amal jariah..
pahalanya berterusan selepas kematian..
PENDIDIK adalah golongan yang paling dekat dengan tugas para rasul..
Kerana dia mendidik modal paling berharga -MODAL INSAN..
JURUTERA hanya berdepan dengan mesin dan alat-alat teknologi..
tetapi PENDIDIK berdepan dengan sikap dan peribadi teknokrat itu sendiri..
DOKTOR menangani penyakit lahiriah..
PENDIDIK menangani penyakit rohani.."

(PENULIS : PAHROL MOHD JUOI)


seperti yang kita dapat lihat sekarang..
bukan senang untuk seseorang itu menggalas tanggungjawab sebbagai seorang GURU merangkap sebagai seorang PENDIDIK..

melihatkan kepada masalah disiplin anak-anak muda sekarang yang 'bertugas' sebagai seorang pelajar..
membuatkan bakal-bakal GURU mungkin agak sedikit ketakutan untuk menggalas profession ini..
tetapi percayalah..
warga PENDIDIK ini punya HARGA DIRI yang tersendiri untuk membangunkan satu ummah yang berguna..(^_^)


ihsan google


"SELAMAT HARI GURU buat GURU yang merangkap sebagai PENDIDIK saya ketika di :
  1. SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN SERI JONG
  2. SEKOLAH MENENGAH (P) SULTAN ABU BAKAR
  3. KOLEJ MATRIKULASI JOHOR
  4. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
  5. SEMUA WARGA PENDIDIK DI MALAYSIA
(^_^)


BICARE SYE: teringat dulu2 masa tiba hari GURU je, berebut2 nak beli hadiah untuk cikgu..bunga sekuntum(yang ada minyak wangi) pun jadilah..hehe

p/s: tak jadi gerak ke UTM..ade problemo sedikit..(-___-)



Thursday, 24 February 2011

jangan minta begitu..

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

saban hari saban minggu..
kerja menunggu-nunggu untuk dipersiapkan..
biar banyak sekalipun..
ingatlah sememangnya ia tanggungjawab kita..

biar bertimbun-timbun kerja yang mendatang..
biar kerjanya bersilih ganti..
jangan dilupakan pesan ayah dan ibu..
JANGAN MENGELUH wahai anakku!

kalau ikutkan waktu sekarang..
saya pasti semua orang banyak kerja..
semua orang banyak assignmentnya..

tapi lebih elok disusuli dengan perkataan:
"alhamdulillah ya Allah kerana engkau masih beri ak kesempatan untuk melakukan semua ini..insyaAllah aku akan lakukan yang terbaik..amin"


jangan di pinta untuk dikurangkan ujian..
tetapi pintalah semoga kita dapat hadapi ujian yang mendatang..peace! (^_^)

sudah semestinya..
entri ini untuk peringatan diriku dan dirimu sekalian juga..

BICARA SYE: marilah bersangka baik dengan aturan yang telah ditetapkan oleh Allah buat kita..insyaAllah ada hikmahnya..=)


Monday, 14 February 2011

entri tertunda : kisah velentino

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

ok..
semalam tidak berkesempatan nk on9..
kalau on9 pun tidak dapat line..
so hari ini baru sempat nak post..(-_-)

jom baca kejap kisah velentino..

ahmad merupakan pelajar bersekolah agama..
disebabkan membawa title sekolah agama tersebut..
dia berusaha sedaya upaya untuk mempertahankan nafsunya untuk mencari awek..
selepas berjaya menamatkan pelajarannya di sekolah tersebut (lepasan sekolah agama)..
dia ditawarkan masuk ke satu universiti..
di situ Ahmad mla terpikat dengan seorang perempuan ini..
kebetulan..
perempuan ini juga merupakan lepasan agama..

masing2 malu..
tetapi mereka Ahmad memberanikan diri untuk meluahkannya kepada Siti(perempuan itu)..
dan Ahmad menyatakan hasrat untuk bercouple dengan si Siti..
tetapi Ahmad menyatakan untuk berCouple secara 'islamik'..
jika hendak kemasjid..
Ahmad akan berada didepan..
Siti berada dibelakang..

satu hari..
ada seorang mualaf datang kepada mereka berdua yang sedang kebetulan jalan bersama2..
mualaf itu bertanya kepada mereka berdua "are you married?"
ahmad menjawab "no..saya hanya bercouple dengan dia..secara islamik"

sebelum mualaf ini memasuki Islam..
dia gemar makan daging bab*..
jika tidak makannya..
dia akan dimasukkan ke hospital..

disebabkan dia kini telah menganuti agama Islam..
dia juga kini telah dimasukkan ke hospital..
kerana 'berhenti' makan daging bab*..

muallaf ini mula terpikir akan jawapan Ahmad..
"erm..couple islamik.."

mulai dari saat itu..
mualaf ini bertindak untuk membela satu ekor bab*..
seekor bab* yang baru lahir..
dari situ..
si mualaf ini men'syahadah'kan bab* tersebut..
mendengarkan ayat al-Quran..
dan segalanya diuruskan dalam bentuk 'islamik'..

apabila bab* ini sudah besar..
si mualaf ini bertindak untuk menyembelihnya secara Islam (walaupun sebenarnya bab* tidak ada leher)..
dan selepas penyembelihan dan sesi memasak daging tersebut..
si mualaf ini bertindak menjemput orang kampung untuk menjamu selera..

"mari..mari..
mari makan daging bab* ini..
saya telah islamik kannya!"

OK..
pasti sahabat semua dapat fikir apa pengajarannya disini..

"jika sebenarnya perkara itu memang haram..jika di'islamik' kan juga masih tetap haram"

*sila ambil peringatan semua..termasuklah saya!

BICARE SYE: erm..agaknya ada atau tidak orang melayu kita menyambut HARI KEKASIH pada hari semalam?! nauzubillah..(-_-)


Monday, 10 January 2011

kisah AJL

bismillah..
assalamualaikum..

erm..
tajuk entri kat atas nie merupakan entri tertunde ye..

kalau semua orang nak berkate pasal AJL..
saya pun nak cakap..
mari kita lihat..
ape yang dimaksudkan saya mengenai AJL..

AJL=AJAR diri JADI LEBIH baik

  • Jika selama ini kita terkadang terlupe pada Allah..kali ini mari kita selalu mengingati Allah
  • Jika selama ini kita tidak pernah merindui Rasullulah S.A.W, mari kita sama-sama merindui Rasullullah S.A.W dan banyakkan selawat keatasnya
  • Jika selama ini al-Quran tidak pernah dijadikan teman bacaan kita setiap malam,kali ini JOM! kita sama-sama jadikan kitab suci ini sebagai sahabat yang untuk didampingi setiap hari
  • Jika selama ini solat kita asyik celam-celum sahaja,kali ini mari kita kusyukkan lagi solat kita
  • Jika selama ini kita seorang yang pemarah,kali ini mari kita kurangkan sifat amarah itu
  • Jika selama ini asyik teringat-ingat dan rindu akan buayafriend dan gelifriend, kali ini lebih baik kita lebih mengingati dan merindui AYAH dan IBU kita
  • Jika selama ini telah memikir-mikirkan untuk melakukan PERUBAHAN/PENGHIJRAHAN/TRANSFORMASI kearah kebaikan, AYUH,MARI KITA LAKUKAN PERUBAHAN itu!

BICARE SYE: Mari bermuhasabah diri kita..(^_^)