UP TRAFFIC

Friday, 7 January 2011

sewa kete

bismillah..
assalamualaikum..

entri kali ini agak panjang..
tapi berkisar pasal hari ini..
hari memenatkan..T_T

hari nie plan baik punye nak gi jusco taman U..
sebab ade assigment yang perlu dilakukan disana..
ingat nak naik bas jer..
tambang free..
keselamatan pun terjaga(insyaAllah)..
tapi bile rumate saya cakap nak gi kempas sebab nak tuka tiket train..
so kiteorang decide nak sewa kete..

macam biasa..
name2 yang top list akan ditelefon dahulu untuk mendapatkan kereta sewa..
dan macam biaselah..
kereta mesti penuh kene booking..
sebab lambat booking..
kalau nak booking..
kene booking 3hari sebelum..(dah macam nak beli tiket bas lar pulak..kene awal2..huhu)

jadi..
usaha mencari nombor2 telefon kereta sewa masih berjalan..
dan dapat satu kete!
saga manual..ok,on jelah..
manual tak manual..
janji boleh keluar hari ini..

so, sebelum nak ambik kereta tue..
saya kompemkan balik..
bagi mesej kat nombor tue..
tapi tiada respon..
so..telefon..

masa telefon:
(kawan yang tolong menelefon)

"hello,erm..saya yang telefon tadi..saya just nak kompemkan balik sama ada boleh ke tidak saya sewa kete awak?"

dia jawab:

"oh..sori,can you speak in English?"

kawan saya tercengang seketika..
(kalau die tercengang,saya lagilah..hehe)

dalam hati saya dah fikir..
erm,nie mesti saje2 nak speak BI..nak lawan balik lah kot saya cakap BI(perasan!)
sebab masa mesej dia saya speak BI..

kawan saya jawab:

"err..i'm the one who message u just now..i want to rent ur car for 4hours start at 11a.m..can I?"
(lebih kurang macam tue kawan saya jawab)

dia jawab:

"can..ok,I'll send the car to kdse 13 by 11.am..tq"

perbualan habis terus letak telefon..

PUKUL 11 TIBE:

dapat mesej..
"I already reach at your college..can you take the car in front of the bustop?"

so..dengan muke happy..pergilah ambik kereta tue kat bustop..

tup2..

saya cakap:

"weyh..mat salleh!"
"fana kene ikut kite..kot2 kalau kita tak faham die cakap ape,fana kene tolong jawabkan..tau!"
(nampak sangat takde confident nak cakap BI..-__-)

fana jawab:

"ye2.."

dah jumpe mat salleh tue..maknenya bermulalah perbualan kami..
lebih kurang macam nie lar..

"hi,i'm the one who want to rent ur car"

mat salleh jawab:

"ya2..the car..someone has broke the handbrake(sambil menunjuk kearah handbreak tue)
"so,if you want to park your car,you need to put ur car in gear 1..to make sure the car will not moving while u park it"

saya jawab:

"owh yeah?..ok2"

muke time tue kompem dah berubah giler..
dalam hati dah kata..

what! takder handbreak? kentanglah!

tapi sebenarnye time mat salleh tue cakap saya tak faham pun dyeorang cakap ape..
sebab dieorang cakap memang giler babas punye laju!
satu ape pun tak dapat nak catch up..(-__-)

3kali dieorang explain..
pastu baru dapat catch up! haha

fana yang ikut saya tadi tue diri jauh dari saya..
memang terkapai2 lah saya kat situe..huk3

so..
masuk kereta..
start engine..
tetapi kereta macam terkejut..

dalam hati..

"eh,pesal nie?"

jadi,decide nak start lagi sekali..
dan perkara yang same berlaku..kereta terkejut..

mat salleh tue cakap:

"sis,u need to free ur gear first.."

(eh,lupe pulak kereta nie handbreak die patah!)

saya jawab:

"owh..ok2"

kalau dah depan bustop ambik kereta..
mesti lah ramai yang tengok..
ok..malu giler! (-___-)

then,bawak kereta tue parking depan blok..
keluar dan terus cakap..

"weyh korang..siyes kite tak nak bawak kereta nie..kita tak beranilah..dengan handbreak yang patah..takde sticker UTM..no flat depan tercabut..woowoo..tak mahu!"

mereka2 menjawab:

"tau takpe..kite pun macam tak berani je nak naik kereta nie"


PENGAJARANNYA:

  1. Sebelum nak sewa kereta,tanya dulu condition kereta tue baik ke tak!
  2. Agak2 kalau macam mat salleh yang sewakan..cepat2 batalkan booking korang! haha (sebab mesti dieorang punya kete tak berkeadaan baik..kot)
  3. Kalau nak tempah..sile tempah awal ok!
BICARE SYE: dah la 1jam=RM5..mahal..-__-







Mari tutup mulut

Bismillah..
Assalamualaikum..

Jika dilihat dengan perkembangan dunia sekarang..
Malaysia mungkin boleh dikategorikan sebagai salah satu Negara yang sedang pesat membangun..
Malaysia kini berlumba-lumba dengan negara luar yang lain demi mencapai tahap sebuah negara maju..
senang cita..
berdiri sama tinggi..duduk sama rendah!

ok!
sebenarnya intro kat atas tiada kene mengena dengan isi yang ada dibawah ini..hehe
macam biasa..
hari ni hari jumaat..
entri berbaur kata2 nasihat akan diselitkan..oyeh!

ok..bercakap pasal menutup mulut..
sememangnya kita BOLEH..
menutup mulut kita yang sedang menguap..
menutup mulut kita untuk mengelakkan bende asing masuk kedalam mulut..
tetapi..kita sedar bahawa..

MULUT MANUSIA YANG BERKATA-KATA KITA TIDAK BOLEH TUTUP!

memang sudah menjadi kebiasaan dan lumrah hidup dan juga tabiat orang kita
bahawa kita(segelintir) sebenarnya tidak boleh lihat kesenangan mahupun kesusahan orang lain..
jika ada kesenangan disebelah sana..
pasti yang disini akan mengata..
jika ada kesusahan disebelah sini..
orang disebelah sana pasti tidak berpuas hati dengan kesusahan kita(mungkin kes2 terpencil)

tidak percaya..?
sile lihat sekeliling anda dan perhatikannya!

see!
susah betul nak memuaskan hati semua pihak..

erm..baiklah..
mari kita baca kisah dibawah..
untuk dijadikan teladan..

Telah berlaku satu peristiwa ketika Lukman al-hakim(sahabat nabi) ketika Lukman sedang membawa anaknya keluar berjalan bersama-sama dengan seekor keldai. Di awal perjalanan, Lukman menaiki binatang tunggangan itu, manakala anaknya dibiarkan berjalan kaki. Perlakuan mereka diperkatakan oleh orang-orang yang melihat. Kemudian Lokman memerintahkan anaknya menaiki kenderaan itu, manakala Lukman berjalan kaki. Tetapi masih ada orang yang mengata perbuatan mereka. Seterusnya mereka berpakat untuk kedua-duanya menaiki keldai tersebut, dan masih juga diperkatakan oleh orang sekeliling. Akhirnya kedua-dua ayah dan anak ini mengambil keputusan untuk berjalan kaki tanpa menunggang keldai tersebut. Walaupun mereka berbuat begitu, orang yang melihat masih tidak lepas untuk berkata-kata.
Situasi ini dilihat oleh Lukman sebagai satu yang lumrah,kerana walau apa sahaja perlakuan manusia, pasti orang yang melihat dan yang berada disekeliling akan berkata-kata kerana untuk menutup mulut manusia bukanlah sesuatu yang mudah. Lantas Lukman memberikan pengajaran dan pendidikan kepada anaknya, iaitu seseorang itu pasti tidak terlepas dari percakapan manusia. Justeru orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T jua.
Sambung Lukman lagi "wahai anakku, tuntulah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya orang yang fakir itu akan ditimpa dengan tiga perkara iaitu tipis imannya, lemah akalnya dan hilang kemuliaan hati. Lebih malang lagi jika ditimpa dengan selain dari tiga perkara itu, iaitu mereka yang merendah-rendahkan dan meringankan-ringankannya(tiga perkara itu:iman, akal dan hati)."

BICARE SYE: kita tak tahu yang berkemungkinan orang lain akan cakap dibelakang kita..tetapi kalau kita tahu..just pekakkan telinge je k..n say to them "HEY, I KNOW MYSELF BETTER THAN U OK?!" (^_^)

p/s: cerita Lukman al-hakim tue dapat dari majalah al-Islam

Thursday, 6 January 2011

sampai bile nak jadi macam tue je?

bismillah..
assalamualaikum..

Seringkali kita lihat bahawa pelajar Melayu pasti mengeluh bila disuruh berbahasa Inggeris..
Tidak kiralah disuruh untuk bercakap..mahupun menulis..
pasti bibit kegelisahan akan terbit..
kalau tak banyak pun pasti ada sekelumit..
betul tak?

Situasi ini sering berlaku di peringkat rendah lagi..
tetapi..tidak kurang juga diperingkat tinggi..
diperingkat universiti..sambutannya sangat 'memberangsangkan'...
Mahasiswa dan mahasiswi masih takut untuk berdepan dan menyahut cabaran ini..

Seperti yang kita ketahui sebelum ini..
kerajaan telah menetapkan beberapa subjek diperingkat rendah terlebih dahulu untuk diajarkan didalam bahasa Inggeris..
dan seperti biasa..
pasti terdapat respon yang baik dan juga yang sebaliknya..
Respon positif lebih kearah menyokong usaha kerajaan untuk membantu pelajar2 mahir dalan berbahasa Inggeris..
manakala respon negatif lebih kearah untuk mempertahankan bahasa ibunda masing2..

bagi saya, mengajar beberapa subjek didalam bahasa Inggeris(diperingkat rendah) dan mengajar sepenuhnya bahasa Inggeris(diperingkat tinggi) mempunyai relevannya dengan tuntutan kerja sekarang..
Keperluan berbahasa Inggeris pasti memberi manfaat untuk jangka masa panjang nanti..
senang cite, "belajar bahasa Inggeris bukan satu kewajipan,tetapi ia satu keperluan"
siapa setuju? sila angkat tangan!
terima kasih..(^_^)

bak kata kawan saya..
"kalau tak belajar sekarang..
sampai bila nak pandai cakap BI?!"

Ok..penulisan kali ini hanya penyataan pendapat dari cik blogger semata-mata..tidak bermaksud untuk merendahkan martabat bahasa Melayu..peace!

BICARE SYE: sem 2 nie saya ambil BI..1st hour of our class,we got MR JACK(Canadian) as our lecturer..awesome! (^_^)




Wednesday, 5 January 2011

individualistik

bismillah..
assalamualaikum..

entri kali nie pun ringkas..
tak dapat nak buat panjang2..-__-

adakalanya..
sebenarnya kita tak perasan yang kita bersikap INDIVIDUALISTIK

biler same2..
nanti kata berGENG..

bile nak carik kumpulan..
tibe2 jadik individualistik..
"yang penting ak dapat masuk kumpulan tue"

macam mane tue..?
orang lain akan rase tak senang dengan kita..

jadik pokok pangkalnya..
sile ubah diri..
sile jangan ikut sikap ini!
fullstop!

*eh..!macam entri untuk saya lah..haha*

BICARE SYE: bagi sesiape yang terase dengan saya hari ini..saya mintak maaf..-__-

Monday, 3 January 2011

sebuah jawapan..

bismillah..
assalamualaikum..

entri ringkas dari saya..
hanya untuk menjawab tagged yang tertangguh dari saidah..

1) WHAT IS MY NAME IN YOUR HANDPHONE
Saidah Cel..^_^

2) WHO ARE ME TO YOU
Sahabat dunia akhirat..insyaAllah

3) WHAT YOU LIKE BEST IN ME
Saidah suka meyampaikan/memanjangkan message kebaikan..i like!

4) WORD TO DESCRIBE ME
Seorang yang manja

5) I LOVE/LIKE/HATE ME?
Ofkos kita sayang sahabat dunia akhirat kita

6) SONG FOR ME
Akrab Persahabatan-In Team

7) COLOUR FOR ME
Biru kot..
mengambarkan saidah seorang yang tenang..=)

8) ADVICE FOR ME
Saidah..belajar rajin2 ye..
Ingat Allah dan keluarga selalu..
rajin2kan tangan bagi kite mesej tazkirah..hehe
Kejar cita2 sebelum cinta..insyaAllah..(^_^)

erm..
kali nie hanya mahu tagged aten


berGENG perlu setiap masa?

bismillah..
assalamualaikum...

huh!
semalam tak dapat nak update blog disebabkan wifi yang tidak berape nak membantu..-__-

so,hari nie bercadang nak update 2sekali..(^_^)

ok..berbalik kepada tajuk entri..

PERINGATAN: sile baca dulu sebelum berkata apa2..time kasih (^_^)

bile bercakap mengenai kerja berkumpulan..
pasti ramai yang akan gelabah bila pensyarah mengarahkan studentnya untuk cari ahli kumpulan..
dan pasti ramai juga yang akan cari geng masing2 untuk satu kumpulan dengan kita...
mungkin akan ada yang berkata..
"eh! ak dah cop dye dulu.."
"yana,nanti sem 2 saya nak berkumpulan dengan awak ye..jangan lupe"
"weyh,kau ingat ea..sem depan aku nak satu kumpulan dengan ko..nanti senang sikit"

wah..
famous betul sape yang ditempah tue..
untung sape yang dapat bekerjasama dengan dia..

orang yang dah di cop mesti pening..
sebab semua orang nak dengan dia..

tapi macam mana pula bagi orang yang tak SEfamous dia..
tak SEramai peminat macam tue...
pasti dia akan berkecik hati sebab mesti dia fikir orang lain tak mahu satu kumpulan dengan dia sebab ramai tak suka kita..
sebab ramai tak senang dengan kita..
sebab ramai benci dengan kita..

sedangkan faktor yang lebih menyumbang kepada berlakunya macam ni kerana mind set kita sendiri bahawa jika nak berkumpulan,eloklah satu kumpulan dengan geng kita..nanti senang sikit!

sebenarnya..
apa yang diceritakan ini merupekan senario sekarang yang berlaku di universiti..
senario bahawa student sekarang lebih suka membentuk kumpulan yang terdiri daripada geng masing2..

jika kita berfikir balik..
adakah setiap masa kita perlu berGENG?
sedangkan..
dimasa hadapan GENG yang kita harapkan selama ini tak akan satu tempat kerja dengan kita..
jika ada yang satu tempat..
mungkin itu semua hanya satu kebetulan..

tetapi pada pendapat saya..
jika kita berani mencari teman baru untuk bekerjasama...
kita akan dapat satu pengalaman yang mungkin orang lain tidak akan merasainya..
"NOT ALL PEOPLE WILL EXPERIENCE THE SAME THINGS"

waallahualam~

p/s: saya sangat respect pada siapa yang sanggup bekerjasam dengan orang lain tanpa melihat pada paras rupe dan perwatakannya..

PERTANYAAN:
apa yang korang rasa bila tidak ade orang yang tak mahu bekerjasama dengan kita..?
geng? perlu setiap masa?

BICARE SYE: entri kali ini hanya sekadar menterjemahkan kembali setelah melihat keadaan sekeliling yang berlaku di universiti..
tidak ada perasaan kecik hati mahupun dengki..sekian~ (^_^)

*peringatan untuk diri sendiri*


Saturday, 1 January 2011

SMART LEADERSHIP CAMP- SLC

bismillah..
assalamualaikum..

hah!
dah masuk tahun 2011 nie..
nak jugak masukkan entri pertama untuk tahun baru..^_^

kalau korang baca entri saya lepas..
saye ade cerita pasal camp...
so,entri kali ini nak kongsi sedikit pasal camp tue..

jom layan!

kalau bercakap mengenai beg..
pasti beg yang perempuan bawak mesti lebih besar dari beg yang lelaki bawak..
erm..
betul lar nie..hehe


erm..
daftar2 dapat file warne kuning nie..
siap tertera lagi name saye..
cayalah SMART! ^_^


erm..
kat bawah nie schedule kami...=)
banyak tak programnye..=)


time daftar tue..
kami berkumpul di main place untuk kiteorang sembahyang..
wah..
ader komputer..
siap dengan wifi lagi..
(tapi wifi tue dapat tahu selepas hari yang ketiga..big bos tak beri awal2 sebab nanti anak buahnya asyik nak on9 jer..hehe)



khemah kami macam nie...
tapi nie khemah urusetia..
khemah kami dekat luar sane..
best!


rutin pagi2 kami ialah bersenam..
eaeh..
macam gelap lagi jer gambar kat bawah nie...
semangat giler lar pulak kita2 nie kan..hehe

untuk 1st day..
lepas bersenam..
kiteorang pergi berjalan naik balai cerap..
bagi siapa yang belom pergi mungkin akan teruje (like me!)


gambar kat bawah nie merupakan tugasan pertama kami..
SLOT 1-KAK AMALINA
kiteorang kene lukis gambar sendiri..
betol2 lukis punye..
kalau ade tahi lalat..
kene lukis jugak..
lepas tue fasi akan kutip..
then setiap orang dapat muke orang lain..
then kene cari muke yang kita dapat tue..
gambar 4 orang yang berdiri tue merupekan denda bagi kami yang salah teka..
kantoi! haha


tugasan kedua..
masih SLOT 1..
kene cite pasal FAKTA BETUL da FAKTA SALAH..
nie kire sesi kenekan orang balik..hehe


gambar di bawah merupekan suspek2 untuk SLOT 2..
tugasan kali ini memerlukan lelaki menutup matanya...
yang perempuan bagi direction untuk mendapatkan telur yang tersorok..
telur2 yang dicari mestilah mempunyai huruf yang boleh membentuk LEADERSHIP CAMP
best tugasan nie!


hah!
siap jugak akhirnye tugasan kami...
tapi huruf R kami pecah...
kak ati kot yang pecahkan..-__-
muke2 gembira dapt selesaikan tugasan..
(ingat senang ke?! haha)



gambar bawah masih SLOT 2..
kiteorng kene buat tugasan membina satu bangunan yang tinggi dengan menggunakan PERANGKAP TIKUS!
diulang sekali lagi..
PERANGKAP TIKUS!
wooo..
tugas berani mati punye..
haha..
tersalah pegang boleh terkepit tangan..
mau tak bengkak tangan..
haha..=)
but at last we still can make it!
see..gambar kat bawah menunjukkan ketidakpuasan hati kami terhadap PERANGKAP TIKUS yang boleh 'membawa maut'..keh3


tugasan terakhir kami..
kene pijak nombor2 mengikut turutan..
(but make sure time tue seorang sahaja yang memijak nombor tersebut)
finally we can make it!
dapat pijak kesemua no dalam mase 12saat!
awesome! ^_^
ader satu gambar kat bawah pasal tarikh 14.12..
tarikh apekah itue? hehe
gambar kanan sekali merupakan gambar tarikh kami menyiapkan tugasan ini!


erm...
nie SLOT 4..
dari kak ati..
tugasan kami perlu membalut telur menggunakan barang yang diberi(bab 1) dan menggunakan barang disekeliling semulajadi(bab 2)..
lepas tue..
kene jatuh kan telur dari aras kepale salman..
OMG! si salman tue dh lar tinggi giler...
tinggi dalam lebih 170cm kot...
cabaran betul!
tapi akhirnya..
task 2 baru kami berjaya tidak memecahkan telur yang diberi..
yeehhhaa!



gambar kat bawah nie merupekan tugasan bagi SLOT 4..oleh kak ati..
salah seorang perlu menjadi bos..
lagi seorang perlu menjadi follower...
uish..ingat senang ke tugasan nie..
boleh pecah kepale nak bagi arahan yang betul dekat anak buah..
thiz time..
i'm the bos..
pandi n kak nani are my follower...
"but i still treat them as my senior ok..cakap pun kene lembut2 dan slow2 gitue..hik3"


malam ketiga merupakan sesi BBQ kami..
pada malam terakhir di hutan..=)
(maaflah..tak dapat nak sertakan gambar BBQ..internet macam siput sedot!)

baiklah..
tidak dapat nak sertakan banyak gambar..
nanti takut korang muak..=)
lagipun banyak gambar untuk personal..
bukan buat tatapan semua..maaf ye..

ape2pun..
i really enjoyed this camp..
mungkin rugi kot bagi siape yang tak dapat pergi..(just my opinion)
nak buat macam mane..
masing2 ade komitmen masing2..
tak mengape..
next time join ramai2 k! (^_^)

p/s: slot 3 tak dapat nak sertakan gambar,sebab time tue kami tak bergambar..huhu


BICARE SYE: dah nak naik sehari sye prepare entri nie..kes internet tak gagah! T_T