UP TRAFFIC

Saturday, 18 June 2011

pelakon

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

tadi masa balik kerja pukul 11.45malam..
terpandang TV kejap..
tengok nasir bilal khan dan juliana evans berlakon..

uish...
lama betul(tak lama sangatlah) tengok nasir bilal khan berlakon..
paling minat tengok lakonan dia masa cerita CINTA SI PENGGALI KUBUR!
terbaek!

start dari situ terfikir..
"orang yang berlakon tue tak malu ke bile dia tengok lakonannya semula dekat TV?"
terciptanya persoalan itu apabila lihat ada pelakon yang masih
kaku lakonannya(masih baru kot!) dalam cerita cerekarama tadi..

dan masa tue jugaklah bermonolog..
"aku malu kot kalau jadi pelakon, sebab rasanya kalau tengok balik lakonan kat TV mesti bantai gelak punya..sebab lakonan macam 'batu' je kan! haha!"

daripada gelak akan diri sendiri..
lebih baik tak payah jadi pelakon..
sebab saya pun tak nak jadi pelakon!
hihi (^_^")

the end~


BICARA SYE: sangat suka dengan lakonan rita rudaini..=)




Friday, 17 June 2011

12JAM

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

hari ini..
12 jam saya keje..
saje nak try kerja malam..

best jugaklah..
bawak motor sorang2 tengah malam..
ahaha..
bunyi macam seram jer..

tapi sekarang lampu kiri kanan dan ade..
insyaAllah tidak ada ape2..

end of entry~


BICARA SYE: kepale dah jadi ting tong hari ini..huhu

Wednesday, 15 June 2011

sebuah basikal

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

setelah mencecah ke angka 21tahun(ikut tahun)..
inilah kali pertama saya naik basikal ke tempat kerja..
itupun kerana ketiadaan motor..
dan membawa kereta ke tempat kerja adalah not necessary(ayah kata)

betul jugak!
'awak tue tak layak jangan nak melaram nak bawak kereta ke tempat keje!'
naik basikal jer!

masa ayah kata, rasa nak tepuk pelahan-lahan je belakang dia..
huh! dia suruh saya bawak basikal..
haish, segannya..
kalau naik moto boleh cover muka guna helmet..
naik basikal apa yang boleh cover..

safety-100% memang letak kat tangan kita..
'kau bawak membab* buta memang senang orang nak langgar'
takda side mirror..
so, kepala kena main peranan untuk mengajak mata pandang ke belakang sebelum melintas..
risiko yang amat2!

ala, kata sejak lahir(tipu) boleh bawak basikal?
jadi 'ragam' pemandu motosikal mahupun kereta yang tidak mempedulikan keselamatan pembonceng basikal sepatutnya kau dah masak ye cik asliner..

end of entry~

thanks kerana sudi baca! (^_-)


credits to google~



BICARA SYE: basikal yang saya bawak ala-ala basikal chooper..sentimental value betul! (^_^")


Tuesday, 14 June 2011

suara rakyat

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

tadi sibuk2 duduk dengan akak2 and mokcik2..
terdengarlah rintihan mereka mengenai kenaikan harga barang..
kenaikan harga minyak..
dan segala kenaikanlah..

"kerajaan mana tau kite nya susah"

"sikit naik harga"

"naik sini sikit..sana pun naik"

"kite nie yang susah"

"dieorang tak tahu kesusahan kita"

lebih kurang macam tue lah dialog2 mereka..
saya hanya sudi untuk duduk membatu..
dan kadang-kadang hampir nak tergelak..
dalam penyampaian tue ada jugak kelakarnya..
kerana mimik mukanya..
bahasanya..

nak tergelak saya..
tapi hanya ketawa kecil..
takut kalau ketawa besar nanti, habes semua nak pandang saya..
"awak nie kenapa?" haha!

ada lagi sambungannya..

"ala yan(bukan nama sebenar), kan PM tue ade personal email dye..ko email je dia"

"ala, email ke tak email ke..sama je"

"mereka nie bukan tahu susah kita"

"alih-alih suruh sebut..1 Malaysia!"
(sambil menunjukkan aksinya)


haish akak nie..
boleh tahan lawak jugak..hihi

yang ingin ditekankan di sini..
WAHAI 'PARA PEMBESAR' DENGARLAH RINTIHAN KAMI!


BICARA SYE: eh, saya pulak yang tERemosi..hihi



Sunday, 12 June 2011

dia..

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

dah sebulan dia balik rumah..
lihat dia membesar depan mata..
lihat bagaimana dia menguruskan diri..
bagaimana dia selesaikan tugas yang telah di amanahkan oleh ayahku..

tapi semalam..
sebulan yang itu sudah berlalu..
dia pergi meninggalkan kami sekeluarga..
kerana masuk belajar semula..=)

ambik!
ayat tak macam nak hyperbola pulak..
padahal abang pergi sambung belajar balik jer..hihi

tinggallah daku seorang di rumah..(^_^)
memang banyak layan movee lah agaknya..
buku2 yang di beli tue masih tak di baca lagi..
haish..(-___-")


BICARA SYE: kelmarin nak wat entri speechless saturday..tapi lupe..huhu


Friday, 10 June 2011

penangan title seorang DOCTOR

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

kedengaran suatu petang..
ketika sesi pertunangan berlangsung..

"erm, boleh saya tahu yang mana bapanya Suraya?"-tanya bapa Ikhwan

"eh, terlupa pulak saya nak kenalkan."

"sibuk sangat bercakap"

"yang ini lah bapanya Suraya"-kata bapa saudara Suraya
(sambil menunjukkan ke arah bapanya Suraya)

"yang ini pula Ibunya, Siti Aminah"

"yang itu pula adiknya, Saidah"

"InsyaAllah, kalau tiada apa-apa halangan, akan ada seorang doktor dalam keluarga ini nanti"

"jadi tak perlu pergi ke doktor luar"-seloroh bapa saudara Suraya
(sambil merujuk kepada Saidah)

kedengaran suara yang bernada ketawa memecah kesunyian seketika


wah, penangan betul bakal doktor tue..
untung siapa yang bakal jadi doktor..

sesekali teringin dengar jugak...
"hah, yang ini bakal HUMAN RESOURCE(HR) manager kalau tiada aral melintang"

aik..
cemburu ke dengan course orang lain?

'nehi'..'nehi'!
cuba tanamkan dalam hati sifat bersyukur dengan apa yang telah kita lalui..
jangan sesali apa yang kita sedang lalui..
percaya bahawa pasti ada hikmah disebalik semua ini..

tamat~
thank you for reading this entry..(^_^)


BICARA SYE: sedang praktikkan dalam diri..




muka tidak seiring dengan kata-kata

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

tadi pergi pasar raya dot..dot..
misi cari kerjalah kononnya..

molek dah duduk satu tempat nak isi borang..
alih2..
dengar suara-suara yang menggunakan bahasa yang kurang enak..

B*B*..
P*K*..

astagfirullah..

angkat sikit muka nak lihat siapa yang berkata itu..

sikit punya lawa muka akak tue..
seorang molek bertudung..
seorang lagi molek rambutnya panjang mengurai..
tetapi 'bertenaga' sungguh menyebut perkataan-perkataan sensored macam nie..

hanya mampu menundukkan kembali kepala..
dan memekakkan telinga..

orang kata, kata-kata kita menggambarkan diri kita..
kalau buruk perkataan..
mungkin buruk jugak perlakuan kita..
waallahualam~

BICARA SYE: mudah-mudahan diri ini tidak membesar dengan perkataan2 sebegini..mintak di jauhkan..=)