UP TRAFFIC

Saturday, 7 January 2012

NO JUDGE ANYMORE!

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

aku rasa terpanggil..
eh, bukan..
aku rasa aku ada hak untuk bersuara..

melihatkan orang sekarang cepat sangat judge orang..
aku rasa ia sesuatu yang tidak perlu dan tidak haruslah dilakukan oleh insan yang bernama manusia..

kalau tanya cerita hangat sekarang nie..
paham-paham jelah..

aku just tidak paham kenapa segelintir orang..
atau manusia-manusia yang minor kuantitinya suka mencari keburukan orang..
maksud aku..
keburukan orang tuelah yang dinampak walaupun ia hanya sebesar biji sawi..
kebaikan orang tak mahu pulak cerita..

yang buruk, busuk dan tak berapa nak sedap itulah yang nak di bangkitkan..
kenape ye?

hidup sebagai manusia yang dikelilingi dengan manusia-manusia yang lain..
haruslah hidup dalam keadaan tidak iri hati atau dengki atau cuba mengaibkan orang..

guys..
tolonglah..
aku kesiankan mereka..

kan lebih baik jika kita mendoakan yang terbaik..
dan semoga dia berubah mengikut jalan yang benar..

ya..
hanya itu yang terbaik..
stop talking bad things about people..
bersangka baik itu perlu..

end of story~


ASLINER: what happen to homo sapiens nowadays? (-___-)

p/s: peringatan untuk sendiri dan juga rakan-rakan lain.

Thursday, 5 January 2012

Hari Jumaat

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

sampai juga hari Jumaat-penghulu segala hari..

beli barang di kedai Pak Saat
proton saga adalah kereta nasional
semalam Khamis, hari ini pulak hari Jumaat
hari ini hari exam untuk etika profesional

Georgetown terletak di Pulau Pinang
pergi sauna sampai berwap-wap
diharapkan jangan gelabah tetapi bertenang
doakan kami semoga boleh menjawab

hihi..
mood berpantun sudah tiba..=)


ASLINER: blues..blues..(-__-)

Thursday, 29 December 2011

aku suke pengakhirannya..=)

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

aku suke ending drama Tentang Dhia..
dua-dua mati..
at least Zikir tak kene kahwin dengan si Tasya tue(maaf, aku tak ingat nama dia dalam drama nie)

p/s: mesti ada yang menangis tonton drama nie..kan..kan..kan? hik3


Wednesday, 28 December 2011

tipikal senario dalam drama melayu

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

sape tidak tonton drama Tentang Dhia..
angkat kaki! haha

ok..
aku rasa, drama nie dah jadi kegilaan penonton2 sekalian..
termasuklah Ombak Rindu tue..

image google

berikut adalah sangkaan aku mengenai ending Tentang Dhia untuk hari esok..

  1. Dhia akan mati selepas beberapa tahun lepas itu dan Zikir akan rasa menyesal giler tahap dewa sebab salah sangka dengan Dhia. Then, mak zikir kene stroke diatas semua perbuatan jahat dia!
  2. Zikir akan menceraikan Dhia, hasil hasutan mak Zikir. Then Dhia kahwin dengan Raffi. At last, Raffi dapat juga bersama dengan Dhia. Zikir kahwin dengan si Tasha Shila(aku tak ingat nama watak dia) tue..
  3. Dhia terdapat 2 pilihan, sama ada diceraikan oleh Zikir atau bermadu dengan Tasha Shila tue.
  4. Dhia masih punya kesempatan untuk hidup dan akhirnya ditakdirkan untuk mengandung sekali lagi..happy ending!
dah..dah..
jangan mengarut..
andaian di atas adalah di antara yang aku rasa tipikal senario yang akan berlaku dalam ending drama Melayu..

tapi kalau ikutkan dekat TV dah tunjuk kesamaran-samaran ending dia kan?
untuk pengetahuan, 4 diatas hanya suka-suka..hehe

sekian~

ASLINER: Drama ini sangat best woo..sarat dengan pengajaran.. I LIKE!

Saturday, 17 December 2011

IKAN naik harga!

Bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

aku baru baca paper online tadi..
ok..ok..aku baru baca..(outdated sungguh kau..haha)
dan aku dapat tahu harga ikan naik..

OMG!
kurang makan ayam..
sebab lebih gemar ikan..
kalau dulu seekor ikan goreng RM2.00..
sekarang RM2.50..(-_____-")

bagaimana harusku menerima hakikat bahawa aku akan kene makan ayam jugak..huk2

rujuk artikel di bawah...



ASLINER: esok ayam..lusa ikan..tulat mungkin ayam..langkat juga mungkin ayam..kok..kok..kok..kok..kok..kok..kok..kok..haha!

Wednesday, 14 December 2011

hari semalam..=)

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

alhamdulillah..
masih bernafas ketika menerima angka 21 dalam hidup..=)

saya nak mintak tolong rakan-rakan semua..
doakan kebahagian dunia dan akhirat saya..
pray for my success too! (^_^)

p/s: sesiapa nak kirim ucapan, bolehlah drop komen..hik3


Monday, 28 November 2011

percaya atau tidak..

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

ya..
percaya atau tidak jika aku kata hidup aku untuk minggu ini bagaikan 'architect wannabe'..
kenapa aku katakan begitu?

mana tidaknya..
kehidupan aku bagaikan di studio (bilik arkitek)..
bezanya studio itu adalah bilik aku sendiri..
di kecikkan lagi, adalah di kawasan meja belajar aku sendiri..

di meja belajar aku ini lah..
tempat aku buat kerja..
tempat aku tido (kalau dah penat dan tak mampu untuk bergerak ke katil, walaupun katil adalah bersebelahan meja sahaja..haha!)
tempat untuk aku makan (sarapan, mengerteh murtabak yang di beli kat pasar malam)
tempat aku letak kesemua buku-buku akademik+bukan akademik (haruslah kan..)
tempat aku buat air dan minum air..

cuma mujurlah bukan tempat aku berjogging kat sini (ok, terkeluar dari topik!)

bak kata rakan sekelas aku..
minggu ini adalah minggu PANDA SEDUNIA..
kome faham tak?
harap faham..=)

Tetapi aku sentiasa menekankan kepada diri bahawa..
ya! kerja banyak adalah norma kehidupan seorang pelajar merangkap mahasiswa..

orang kata, kalau kerja tak banyak..
hidup tak gembira (ade kaitan?)

cuma aku berharap rakan-rakan sekalian yang sama menghadapi situasi seperti aku..
especially my classmate..
PLEASE DON'T LEAVE YOUR MEAL..

kalau dah tiba masa untuk makan..
makanlah ye..
makanlah sebelum kamu dimakankan..kha3!

sekian~

ASLINER: aku berharap hidup aku seimbang..dunia dan akhirat..insyaAllah.