UP TRAFFIC

Wednesday 18 September 2013

Rasa kematangan....

assalamualaikum :)

finally, we are now a final year student.erm, fikir-fikir balik macam tak sangka je akhirnya kami dah 4 tahun belajar dekat UTM. tapi rasa macam sekejap pun ade. pejam celik pejam celik dah sampai tahun akhir da.

banyak benda yang aku belajar sepanjang aku dekat U nie. belajar untuk berdikari,belajar masak sendiri.erk. balajar untuk belajar. dan yang penting belajar untuk jadi orang la. haha

kawan dekat U memang banyak,tapi kene pandai pilih. silap pilih boleh mmberi kesan pada diri, itu nasihat aku pada bebudak yang baru nak menempuh alam belajar yang lebih mencabar di U. serius,mencabar. take whatever opportunity that are good. do rite things. follow Allah's rule. insyaAllah hidup lebih diberkati.

amboi. mentang-mentang da senior,ayat pun nak nampak kematangan sikit. apekah.
last but not least, welcome and happy of being a 4th year student untuk kengkawan aku. and welcome to University untuk adik-adik yang baru mendaftar 2 minggu lepas.hihi


ade rupe senior tak.woha.


notakecik: happy wednesday korang. :)

Thursday 29 August 2013

Tips Kecantikan: Rahsia Senyuman =)

assalamualaikum semua. =)

erm. aku rasa macam pernah buat entri pasal senyuman. tapi tak ingat lah dekat mana. haha. siapa suka senyum dekat sini? cepat mengaku. kalau ya. tahniah anda muda sebelum usia. kaitan? haha. tapi betullah. kalau kite sentiasa senyum ia mampu membantu kita kelihatan muda lagi kebudak-budakkan. hihi

hari nie aku nak share sikit apa kebaikan kalau kite sentiasa tersenyum. selain satu senyuman boleh dapat pahala kita juga boleh dapat manfaat daripadanya. baca dibawah jika ingin tahu lebih lanjut. ewah. =)


1) senyuman boleh mengurangkan tekanan
wa pasti tiada orang dalam dunia nie tak pernah mengalami tekanan. duduk rumah pun boleh jadi tekanan kalau tak tahu nak start kerja mane dulu, tahu. macam aku nie. hihi. so take at least 10 minits untuk cuba senyum ketika tertekan. =)

2) Senyuman menguatkan sistem imun badan kita
Yes. Senyuman membantu menguatkan badan kita. Kajian menunjukkan senyuman boleh membantu badan menghasilkan sel-sel darah putih yang membantu badan untuk melawan penyakit.

3) Solekan tampak indah
Hah yang part nie mesti perempuan suka. hehe. Hangpa kalau bersolek nipis je, kalau sekali senyum mesti orang terpikat. tapi hangpa kene senyum dengan ikhlas la. itu kajian yang kata. nak tahu betul ke tak,cube senyum dekat pejabat 24 jam. =)

4) Senyuman itu berjangkit.
Yes. senyuman itu 'bahaya' sebab boleh berjangkit. kalau awak tersenyum pasti kite pun turut tersenyum. wahaha.

5) Senyuman membahagiakan orang lain.
Bunyi macam wow kan. tapi untuk pengetahuan anda. kalau seseorang yang anda tak kenali tersenyum kepada kita dan kita membalas kembali senyumannya, secara tidak langsung kita akan rasa bahagia. Maksudnya macam kita akan rasa gembira bila ada orang senyum dekat kita.

sumber: xxx

wah. hebat sungguh penangan senyuman nie kan? barangkali boleh buat orang jatuh hati. keh3.

jadi..senyumlah.

itu terlebih dos senyuman. hihi. :)

Tuesday 27 August 2013

Test. =)

Assalamualaikum. Hai geng =)

Puasa sudah habis dan da nak habis raye baru kau nak update Lina? Apakah. Aptb sungguh..haha

Walaupun nak habis raye masih ada kesempatan untuk aku memohon keampunan kan. hihi

Apapun di kesempatan ini izinkan aku memohon maaf keatas kalian. Seribu keampunan aku mohon jika ada salah silap sepanjang berkawan secara terus /maya/terserempak/terjumpa dekat tepi jalan ke..hee. Kita mintak maaf ye. 

Kalau ade yg terasa tue,nampak sangat aku ade banyak buat salah dekat orang tue..keh3

Untuk itu,SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN. =)

       Anak sape la aku pegang tue..haha.


Sunday 21 July 2013

Saiz Nabi Adam A.S

Asalamualaikum :)

sebelum pose. aku dengan femeli sempat ke shah alam untuk main bowling. yes. semata-mata nak support bisnes orang melayu. hihi. tapi part tue aku cerita lain kali.

tujuan utama kami pergi ke shah alam untuk lihat pameran Tamadun Islam. yang diadakan berhadapan dengan masjid besar Shah Alam.

Pameran tue mestilah berkisarkan pasal nabi. dan ada juga pameran kesenian Islam. like tulisan khat yang diukir menggunakan batu. sangat cantik. :)

but yang sangat menjadi perhatian aku ialah pameran jubah yang saiznya menggambarkan saiz nabi adam a.s. sangat lah besar dan tinggi manusia pertama di dunia ini. subhanAllah :). Jom lihat gambar :)


Ya Allah. Besarnya Nabi pertama kita kan.


seingat aku lah. jubah nie setinggi bangunan empat tingkat. atau lima tingkat. 
alaa.wa tak ingat la. ya, my bad. (-_-")


can you spot the difference of height of human now and nabi Adam a.s? erm. boleh di ibaratkan sebesar dinasour dan sekecil kucing comel. subhanaAllah. :)


sungguh aku tak rugi pergi pameran ini. :)

ok bai.

selamat berpuasa untuk hari yang ke 13 Ramadhan :)

Friday 12 July 2013

Hari keempat :)

Assalamualaikum :)



masih tidak terlambat untuk aku ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan.esok dah masuk empat hari kita berpuasa.alhamdulillah. semoga dikurniakan kesihatan yang baik-baik buat kita dan keluarga untuk sama-sama menjalani ibadah puasa kali ini. insyaAllah. amin.

kalau nak feeling raya. tengoklah kuih makmur dekat atas tue. hihi. :)

ok bai. :)

Sunday 30 June 2013

mentadak dalam rumah

assalamualaikum :)


kelmarin aku nampak binatang mentadak dekat depan bilik aku. jadi aku pun tanya.

"mentadak mentaduk..macam mana si polan tidur?"

*binatang tu lompat-lompat*

google image


aku pelik. jadi aku tanya lah lagi sekali.

"mentadak mentaduk..macam mana si polan tidur?"

*binatang tu lompat-lompat*

adakah bermaksud si polan tue tidur dalam keadaan terlompat-lompat(?). haha

bui..bui..:)

Sunday 23 June 2013

Challenge Yourself :)

Assalamualaikum :)



cuba lipat baju macam dalam video nie.
aku belom test lagi.sebab aku rasa memang lah cepat lipat.tapi tak kemas.
 apa pandangan anda?

ok bai :)

Stay safe

assalamualaikum :)

semalam aku berdialog dengan adik aku. begini bunyi nya.

shima: de(kak uda). kecian la dekat kucing-kucing kite yang dekat luar tue. ayam pun sama. kecian dieorang duduk luar time jerebu macam nie.

aku pandang die jap.

aku: then,what u expect me to do? pakai kan topeng untuk dieorang ke? :)

shima: hehe. takdelah. tapi kesianlah. (-_-)

aku: erm. nak buat macam mane weyh. jerebu dah nak jadi. 

sebelum nie aku dengar dan baca berita kata indeks IPU dekat Muar dah tahap darurat. aku tengok dah sampai 700.satu level yang cukup tinggi. but alhamdulillah, dengar IPU dekat Muar dah semakin turun walaupun masih di tahap darurat.

jerebu di kawasan aku dah kurang sikit. tapi masih ada. semoga keadaan beransur pulih. dan berdoa semoga hujan turun.

bagi yang ada keperluan untuk keluar rumah ketika jerebu nie. ikut panduan kesihatan. wear nasal mask okeh. jangan anggap anda tue tahan dengan jerebu.

ok, bui bui. :)

asliner: sape dapat tengok supermoon?

Friday 21 June 2013

A website to look for :)

assalamualaikum..
hai geng :)


bukan entri yang panjang aku nak buat malam nie. aku nak kongsikan satu link untuk pembaca yang suka baca komik. tapi sekarang kan trend baca komik online. jarang dah aku lihat orang sanggup beli komik untuk baca.

dulu aku suka baca komik conan. semua part aku kumpul. tapi sejak rumah aku banjir dan komik-komik aku kene air sampai kembang. sebahagian besar kene buang. start dari situ aku dah malas nak beli. so,aku pun beralih lah kepada bacaaan yang lebih bersifat kewanitaan. bersifat misteri. berisikan pengetahuan am. dah lebih kepada ilmiah. :)

tapi kalau aku pergi kedai buku. dan nampak komik conan tue. aku still tengok dan belek kejap lah komik tue. hihi. orang kata nak lepas gian. :)

oklah. aku nak terus bagi link untuk peminat komik online.

Click SINI

enjoy.i know you will love it.definitely.=)

notakecik: baca tau komik nie. best. hehe.

Wednesday 19 June 2013

Review filem Man of Steel

assalamualaikum :)

Sesiapa peminat Smallville? sila angkat jari kelingking. hihi.

aku kebetulan minggu lepas tengok filem man of steel. bagi aku,not so bad lah cerita nie. teknik CGI guna tak macam advance gila lah kan. walaupun aku tahu cerita dalam nie auta semuanya. tetapi aku masih tergerak hati nak tengok. poyo. haha

kalau anda tengok smallville masa awal-awal episod tue, mesti korang tahu asal usul Clark Kent. tetapi untuk cerita nie watak Clark Kent di mainkan oleh Henry Cavil. yeay. hensem. =P.  pengarah dia pandai betul cari pelakon untuk mainkan watak Clark Kent. sebab apa yang aku perasan dari sisi tepi Henry, muka serupa macam hero dalam smallville tue.

do they look same?
atau aku seorang je yang perasan macam tue. haha


ok,pengisian jauh menyimpang dari tajuk.haha. ape-ape pun.kalau anda peminat filem superhero. i highly recommend you untuk tengok filem nie.

but,satu peringatan buat mereka yang punya silau yang tinggi. do wear you speck while watching this film. aku yang dah pakai speck halang silau yang bertinted pun masih silau kot tengok. memang ade certain scene ada level silau yang tahap maha punya. itu kelemahan cerita nie la. but overall ok.

ok bai. :)

notabawahsekali: i give 4/5 :). tapi abang aku kata filem now you see me lagi best. adohai.

TIPS: Menghadapi Jerebu

assalamualaikum and hai geng :)

Last week.when i heard on radio saying that Muar's environment condition having a bad quality of air. i was wondering. serius ke? sebab i guess Muar traffic condition is not as bad as KL yang sesak. sampai banyak gila asap kenderaan yang keluar daripada kenderaan. besides,development dekat Muar pun bukan nye secepat development dekat KL and Shah Alam kan.

time on the way nak balik Muar hari tue pun condition persekitaran dekat Muar aku tengok ok je. tapi not for this week lah. my house full of haze or smoke when i woke up in 6.30 a.m untuk solat Subuh. but i thought itu bukan jerebu at first. sebab dalam hati aku dah cakap "adohai,siapalah boleh membakar subuh-subuh nie".

tapi ayah aku cakap nie jerebu nie. ok.yup jerebu weyh. pagi tue aku hampir-hampir sesak nafas. i'm having difficulty to breath. serius. kami bukak semua tingkap luas-luas. to let the haze out from our house. if not,boleh kelemasan.  

and guys. aku dengar dekat shah alam pun mengalami jerebu yang teruk eh. here are some tips for those yang tinggal dekat kawasan yang sedang mengalami jerebu. 

banyakkan pengambilan air.
Kurangkan aktiviti di luar rumah.
If nak keluar rumah jugak. prepare yourself by wearing mask. Wear nasal mask.

Untuk lebih tips. rujuk sini :)

credit to google


tibe-tibe teringat time dekat KMJ kene pakai this mask. rimas kan syie? hehe.
but for the sake of taking care of my health.jadi kenelah pakai. :)


ASLINER: aku nak masukkan gambar keadaan dekat kawasan rumah aku yang jerebu. tapi ada problem pulak.so i postpone masuk k. :)

Monday 17 June 2013

Pengorbanan

assalamualaikum. :)

a dialog while texting with my father.

ayah: ayah nak mintak lina post motor tau. dua bulan lebih cuti bawak lah balik motor. nanti senang orang dekat rumah nie nak guna.

lina: eh, betul ke ayah nak post jugak moto nie? mahal tau harga postage (-_-)

ayah: lina nak ayah uruskan urusan penghantaran motor. duit takpe. nanti ayah uruskan.

ya.itu pengorbanan wang ringgit dari seorang ayah.
selamat hari bapa ayah! 
semoga tercapai segala hajat :)

okbai!


cameroon highlands 2011

notabawahsekali: aku menaip sambil mengantuk. mujur tak tertidur depan laptop. mihmih

Tuesday 4 June 2013

WW # 13 Gambar ayam dibiarkan bergantungan

Assalamualaikum :)

keciannya ayam nie..


kawan.jangan marah aku k :)
ok bai. 

Saturday 1 June 2013

For gegirl yang cepat perasan :)

Assalamualaikum :)

aku nie suke BW. dalam jalan-jalan tengok blog orang. aku nmpak satu entri yang menarik dimata aku. Aku bet semua perempuan did experience feeling perasan cepat. perasan orang suka dekat kita. tapi kalau ada yang tak pernah experience 'cepat perasan' ni..i wonder "serius kau tak pernah rasa macam tue dulu?" haha

orang cakap,perempuan nie cepat perasan. erm,aku sebagai perempuan aku akui. sebab aku pernah juga experience macam nie. tapi itu masa aku sekolah menegah. biasalah,budak-budak baru nak mengenal dunia luar. tapi itu dulu-dulu. pengalaman masa remaja sekolah sangat aku jadikan sebagai sempadan dan guide untuk aku lebih berhati-hati dengan dunia luar yang penuh akan pancaroba dan tipu daya nie. ecececeh. ayat tak macam kelakar pulak.adohai.

so, gurls out there. read this and take it as a reminder for yourself. buat aku jua. :)

petunjuk: i = lelaki ; you = perempuan

just because im texting u...doesnt mean that i like u..
just because i ask u out..doesnt mean that because you are hot.
just because i sent you "love" sign in fb or mms..doesnt mean that i love you..
just because i say that you are nice..doesnt mean that my girlfriend is worse than you..
just because i say that you are different from other girls..doesnt mean that you are really different from the girl that i used to know.
just because i say that i miss you..doenst mean that i really did..it is just "pemanis ayat" to start a conversation with you..


i got this opinion from sis Nurul :) feel free to visit her page.
may Allah bless you and your family. aku adalah silent reader blog kak Nurul. hihi


ya gurls.beware with sweet talker outside there. If he really likes and adore you because he wants to marry with you,proceed. If he want to know you for no reason,leave it.

ok. aku bercakap pasal cinta? apekah. haha

ok,bui bui :)


ASLINER: Tulisan aku lari. setting tak betul.sabar je lah.

Friday 31 May 2013

TIPS KESIHATAN: cara kuatkan antibodi :)

assalamualaikum semua :)

ok.hari nie aku nak bagi tips macam mana nak kuatkan sistem pertahanan badan.dalam erti kata lain, untuk menguatkan antibodi kite. mak aih,da la seminggu tak hupdate.pastu hupdate pasal kesihatan.adohai.

tak mengapalah. if you like pasal kesihatan. keep on reading. if not,feel free to leave my page :)

ok.tergerak hati nak google pasal antibodi nie sebab aku nie selalu sangat demam. lately ni lah. nak cakap tak aktif aku rasa dah cuba sehabis mungkin untuk amalkan worklife balance. tapi tuelah, demam da nak datang kan.tak boleh nak buat ape lah. =(

here are some tips untuk share with..

  1. AMBIL LEBIH BANYAK VITAMIN C. Vitamin C boleh membantu merangsang sistem imune,membantu menyerang sel-sel penyakit yang menyerang tubuh kita. Vitamin C membantu meningkatkan jumlah antibodi. Aku rasa buah-buahan seperti limau banyak kandungan vitamin C. ingat lagi time kecik-kecik ibu bagi minum Scouts Emulsion. itu yang jarang sakit. hihi :)
  2. AMBIL MAKANAN YANG ADA ZINC. Dapatkan zinc yang secukupnya. Banyak makanan yang mengandungi zinc jika anda bukan vegetarian person. Hah, ikan,daging tue semuanya zinc. Ambil dengan kadar yang berpatutan ye. :)
  3. AMALKAN PEMAKANAN YANG SEIMBANG. Makan makanan yang lengkap dengan karbohidrat,protein,zinc,vitamin dan lain-lain. Jangan bantai lebih karbohidrat. sedangkan protein ditinggalkan berciciran. Jangan bantai Protein je lebih, sedangkan buah-buahan dan sayur-sayuran entah ke mana. :
sumber:  xxxx

lagi satu tip.people out there. jangan cuba melawan biologi alam yang mana anda perlukan tidur pada waktu malam. if u dare nak switch it. insyaAllah demam bakal menyusul. macam yang aku hadapi sekarang. sebab tak tidur hampir 36hrs, makanya demamlah 2 hari keesokannya. haha 

air cap badak+strepsils+hacks untuk ubati penyakit package (demam,selesema,sakit tekak). insyaAllah. :)

ASLINER: i try to rehatkan badan. tapi exam yang semakin hampir membuatkan aku berfikir banyak kali. adohai. 

Friday 24 May 2013

When I Was Your Man- Versi comel :)

assalamualaikum..:)

ok, sape suka Bruno Mars? sila angkat tangan laju-laju..hehe. i do like him too. but not a big fan of him lah. cuma sekadar minat lagu-lagu dia yang awesome pada aku. yang menangkap pada telinga aku je aku suka. contohnya, aku bet ramai lah suka lagu Grenade tue. tapi aku tak suka lagu tue. sebab melodi dia tak menangkap dekat telinga aku. 

and the latest, lagu when i was your man. lagu nie mula-mula tak best pun pada aku. tapi ada satu time tue aku bukak dekat you tube tgk official video die. sambil tengok lirik lagu. ok, aku dah cair dekat situ. feeling gila Bruno nyanyi lagu tue kan. jadi aku pun mula jatuh cinta pada lagu nie.

tapi aku lagi jatuh cinta pada budak kecik nie. lagi 'terselah' emosi budak kecik nie time die nyanyi lagu When I Was Your Man nie..hihi. aku yakin siapa yang tengok mesti jatuh hati dekat budak kecik nie. sweet gila budak nie. jadi,silah layan. :)

comel tak budak nie?
kecik2 dah pandai nyanyi dan feeling lagu.hik2.

oklah, itu je nak share.
bui..bui..:)

ASLINER: aku banyak kali tengok video nie.sebab lawak tengok Kai nie nyanyi.. :)



Monday 20 May 2013

HE knows the best :)

assalamualaikum..:)

Allah merancang supaya aku tidak kerja part time sem ini..
sebab kebetulan terlalu banyak lambakan kerja..
assignment,thesis,presentation,exhibition,games..:)

Allah bagi aku peluang present OSH minggu lepas..
sebab kebetulan minggu nie aku ada presentation CCM..

Allah merencanakan bahawa hari esok aku perlu present CCM..
sebab minggu lepas aku dah sibuk dengan preparation untuk present OSH..

Allah bagi aku peluang hadiri kursus kawin minggu nie..
sebab sabtu dan ahad lepas aku sibuk buat thesis..

Allah bagi aku peluang untuk balik Khamis petang..
sebab tak mahu ada penangguhan untuk edit thesis..
no matter how, hari Khamis aku kene hantar jugak..

can you see the gap (masa) untuk aku laksanakan semua assignments?
proper dan cantik je kan. because HE did arrange it for me.
ya, i may have my plan.but Allah's plan is the best.
syukur Alhamdulillah. pasti ada hikmah disebalik semua nie. moga dipermudahkan urusanku


ok..
bui..bui..:)


ASLINER: kadang-kadang perlu untuk rasa busy supaya kita tahu menghargai setiap masa yang ada.kalau takda lambakan kerja yang submission date agak serentak, maka aku akan terus online..online..online..mihmih.

Wednesday 15 May 2013

now i know why....

assalamualaikum :)

aku pernah bersikap sarcastic terhadap kawan aku. iaitu menggunakan bahasa sindiran tapi masih mengekalkan dalam bentuk gurauan. supaya lebih di fahami maksud dan tidak tersinggung oleh kawan aku.

aku pernah curious why we need to ponteng kelas just for the sake untuk siapkan thesis or do assignment?? why and why? ponteng kelas sebab tak cukup tidur ke? atau ponteng kelas sebab nak buat thesis? bukan kah kite ada sebanyak 18 jam untuk berfikir,menyiapkan kerja? dan kita pun ada 6 jam (at least untuk tidur)..hambik,semua persoalan menerawang dekat fikiran aku.

but you know what,siapa yang mengalaminya baru tahu perasaan berperang dengan nafsu untuk tidur,nafsu untuk on9,nafsu untuk melagha semata-mata untuk siapkan asignment dan thesis..:(

sebab baru sekarang aku mengalaminya. ponteng kelas.tak cukup tidur.memerlukan pergerakan pantas dari satu tempat ke satu tempat.tidur tak lena mandi tak basah.tak fokus dalam kelas.tekanan. ah, itu memang dunia aku sekarang. (-_-")

sekian.ok bai.


Tuesday 14 May 2013

Wordless Wednesday # 13 - Perempuan (Part 2)

Assalamualaikum :)


uniknya perempuan..:)


Sunday 12 May 2013

I wish, i can have touch screen LCD computer..haha

assalamualaikum :)

this is how i do my work for today.i made all my works (microsoft word file) in minimize form. sebabnya aku kene buat 3 kerja dalam satu masa. di sebabkan aku hanya guna netbook hijau yang comel nie, lagilah terhad kerja-kerja aku sebab space nya kecik je kan.

sekejap minimize.sekejap maximize kan balik.

aku rasa macam nak ada dua laptop je kan dekat meja nie.haha. tapi kalau ada dua laptop pun tak gune la kan. sebab i only have two hands je kan. :)

tak dua laptop pun, aku nak satu laptop yang berbentu LCD. pastu touch screen punya. yang macam tony stark punya tue. kalau ada kemudahan tue, memang tak payah nak minimize bagai kan. kha3x. ok, kau sudah merepek lina. booo.

ihsan google

kalau lah kemudahan nya macam nie. 5 kerja dalam satu masa pun aku sanggup buat. LOL. whatever it is,stay strong,stay cool, and believe you can finish it.oyeh! :)

ok bai.

ASLINER: ini kes pengaruh filem luar negara kuat sangat..haha (-_-")

Friday 10 May 2013

Happy 56 ayah! :)

assalamualaikum..:)

yesterday.was my father's birthday. aku ingat. tapi was-was. jadi aku mengambil pendekatan nak wish besday ayah aku belah malam. tapi tak sempat sampai malam,ayah aku dah bagi mesej dulu.

"sedehnya tak dapat potong kek hari nie"

halamak. ayah aku dah mesej dulu weyh. jadi dengan kadar segera aku terus reply and wish his besday with some doa dalam text..so ayah, 
HAPPY BELATED BIRTHDAY YANG KE-56.
SEMOGA DI PANJANGKAN LAGI UMURNYA.
DAN DI MURAHKAN REZEKI BUAT KAMI SEKELUARGA. 

Ayah aku nie muka nampak jambu. sebab cerah.

nampak muda tak mereka berdua nie.hihi.rahsianya,kene sentiasa senyum.
di tambah lagi setelah pakai spek trend sekarang.macam zarul umbrella pakai tue.lagi lah nampak muda.mihmih. anak-anak dia (abang-abang aku) tegur muka ayah aku nampak muda woo pakai spek tue.kembang setamanlah ayah den..he..he..he. :)


bapak hensem,anak perempuannya cantik.suka hati aku tuka peribahasa.haha.dekat rumah, aku dan ayah aku punya minat yang sama,iaitu suka makan ikan. yeay! dan suka tuka channel tv dengan kadar laju.haha.


agak-agak saya ikut muka siapa? hehe

ok, bui bui. :)

ASLINER: ambik masa satu hari lebih nak siapkan entri nie. punyalah sibuk. huhu

Tuesday 7 May 2013

Monday 6 May 2013

A random post again : PRU 13

assalamualaikum :) 

*peringatan,entri kali ini agak panjang*

okeh. this my first entry after GE13. Tapi aku tak mahu lah share photo jari tangan aku yang kene ink tue. sebab dah ramai gilos share dekat FB,blog.etc. he..he..he. and why should I post it kalau dah ramai buat kn? but i went back home to vote okeh. dah menjadi kewajipan sebagai rakyat Malaysia untuk mengundi. ecececeh :).

jadi, nak memberi kelainan sedikit dalam entri ni. i want share some thought from someone. do open your mind while read it. no offense okeh. :)



Status Update
By Surentheran Pillay
Most of us out there is busy updating themselves with the current "hot topic" of the year, the GE13. Well i am fan of neither one of the party, but i will vote according to facts and capability of the candidate contesting. Not just to UBAH.

Well let me share my thoughts of what i really think need to be UBAH(based on my observation) ;

1) PTPTN issue - I dare enough to say, most of the youths out there is hoping for PKR to win and will do anything to ensure the opposition takes over PUTRAJAYA because they do not want to pay back their PTPTN loan, (opposition promised to abolished PTPTN loan if they become our government). Current fact, we as human, keep complaining the current government is swindling the RAKYAT's money with corruption, personal use and etc. Well brothers and sister of PTPTN borrowers, we took the loan and should be responsible to pay back. No matter whether is RM10,RM20 or even RM200 monthly as long we pay it because its also RAKYAT's money what!!! Saya lagi rela membayar hutang2 saya di dunia dari membayarnya di akhirat. So UBAH your character first rather than you want to UBAH others.

2) Property's price hiking up - Yes!I do agree its rising up tremendously but don't blame the government, blame OURSELVES. Why, simple!! Wherever there's property roadshow, we as buyer will try to be the first to booked it. Most of the property's in KLANG VALLEY is sold out although people complained price is too expensive. Simple facts, put in mind, MORE DEMAND,LESS SUPPLY, HIGHER THE PRICE, LESS DEMAND,MORE SUPPLY,LESSER THE PRICE. So, stop "MONOPOLYING"property industry for investment purpose!! Then you might see the change in this issue. Don't trust me, watch this video called "UTOPIA MILIK SIAPA", then you know what i meant.

3) Our Attitude - Well, I am a constant user of our public transport "RAPID KL". I travel to work daily by train. Everyday when I am in the train, I noticed that most us just don't care about others (SELFISH). Simple example, everyday before I board the train i will que up with most of the responsible public transport users, but there will some IDIOTS who just do not know how to que will just stand as they please and rush in when the train arrived. Its sad seeing such attitude though. Next thing i noticed is, some would not even give a seat to elderly,pregnant lady or even a blind person. They need someone to tell them then only they will react, but some will just act as though they are sleeping. Betul takHarikeshwaran Sreedharan. The part i hated the most is, traveling to work in morning by train. Some IDIOTS will just try to squeezed in the crowd although the know the coach is crowded and cramped up.
So is government responsible for such act!!

4) High Living Expenses - Many even complained with this current government, our living cost is so expensive. For me I personally disagree with such statement. Why, its easy, our living cost is expensive because with choose such life. I am quoting a statement told by a foreigner, "WHY GO TO STARBUCKS WHEN YOU HAVE NESCAFE AT HOME" . Thats what I meant by we choose such life. So again, did our government told us to choose such life? I was discussing such issue with one of my working mate, he simply respond, I do not have much commitment. Well for a matter of fact, I DO BRO. I do have so much commitment to full fill my dreams. That's why i'm working my ass off to achieve such dream. I do not give any excuse for high living costs because I know, if i have over spend in a day, its my fault. NO ONE ELSE, is just me.

So this is my thoughts on UBAH. Well we as an individual should change our self first before condemning and blaming others for our own mistakes. LIVE A BETTER LIFE FOR A BETTER NATION. Not hoping for others to lead our country to be a better nation. Some may think i'm not matured enough to give such opinions, well is just opinions of an observer.

"WHAT GOES AROUND COMES AROUND & BE THE CHANGE YOU WANT TO SEE IN OTHERS"

CREDIT TO :   SYAHIRAH


ASLINER: penat  tengok dengan keadaan sekeliling yang tak habis-habis berperang. Fb,blog,twitter,onlinepaper. ah, itu medium peperangan. (-__-")

Tuesday 30 April 2013

Review filem Iron Man 3 :)

assalamualaikum :)

siapa yang belum tengok Iron Man 3? cepat angkat tangan dan kaki. haha.Takpe kalau tak tengok lagi. Tiada ruginya anda kalau tak tengok lagi. adalah lebih baik juga anda tiada niat langsung untuk tengok wayang. serius. :)

ihsan google

Tapi, disebabkan aku memang nak keluar tengok semalam sebagai cara untuk let my stress out (sangat lah kan). Jadi aku memilih untuk tengok cerita Iron Man 3 instead of Oblivion. :) To be serious, Iron Man was not one of my favourite movie.  Dan kalau kau tanya aku best tak tengok Iron man 1 dan 2. I would say, owh, tak tengok pun Iron Man 1 & 2. he..he..he. Sebab tak silap aku, Iron Man 1 & 2 ada babak-babak romantika which was not my interest. Habis tue macam mana kau boleh tengok Iron Man 3,sedangkan Iron Man 1 & 2 pun tak tengok lagi? Paham ke kau? Simple je jawapan aku, sebelum pergi tengok Iron Man 3, sila lah buat research baca sinopsis Iron Man 1-3. Anda pasti lebih senang untuk memahami cerita sebenar selepas membaca sinopsis. Trust me :)

Basically,cerita ini sangat awesome tahu. Walaupun cerita nie agak lambat untuk sampai pada klimaks. Lama tahu aku tunggu bila lah nak beraksi nie. Tetapi, aku tersangat lah admire dengan koleksi Iron Man Tony Stark tue. Walaupun pada akhirnya dia terpaksa musnahkan all the collections. Dan Mandarin yang paling tak boleh belah dalam cerita nie. serius lawak. Aku tak tahu nak describe bertapa berpuas hati nya aku dengan aksi-aksi dan sedikit scene-scene lawak dalam cerita nie. Jadi, anda-anda yang berminat nak tengok, sila lah. A highly recommended movie untuk tengok! Thums Up :)

Tapi, between Gi.Joe dan Iron Man. Aku pilih Gi.Joe. Owh, maaflah tak review Gi.Joe, sebab aku antara yang paling lambat tengok cerita tue. Jadi, malu je kalau nak review :)


ASLINER: Esok cuti yeay! =)

Sunday 28 April 2013

Moodless Monday # 1

assalamualaikum :)

make ur moodless monday as a happy monday by seeing this picture below..

ihsan google

don't sleep too much. and don't even skip your sleep time.
take at least 5 hours of sleep time.
or otherwise, you will be like her :)

ok bai.
thanx for reading this :)

ASLINER: aku tidur 4jam hari nie. jadi nak tambah 1 jam lagi sikit tidur. ihiks. :) 

TIPS KECANTIKAN: Panduan untuk memiliki perut rata

Assalamualaikum :)

Tidak kira lelaki atau perempuan, pasti ada sense of imperfect towards badan sendiri. lebih-lebih lagi bagi kita-kita yang mengalami perut buncit. biasanya kalau aku rasa perut buncit, risau nye bukan kepalang. kalau perut buncit, rasa dah taknak makan lagi, dah tak nak minum air, dah tak nak hidup (ok,ini tipu).

don't worry guys. here are some tips i want to share with.


KUNYAH MAKANAN LEBIH LAMA - Yes. Menguyah makanan dengan lebih lama. Fakta ini di akui oleh Dawn Jackson Blatner, penulis buku The Flexitarian Diet.  Beliau menyatakan menguyah dengan cepat boleh menyebabkan makanan tidak dapat hadam dengan baik sehingga perut menjadi buncit. Jadi, kunyahlah makanan sehingga halus dan hancur. Atau, ikut sunnah kunyah 40 kali sebelum telan. :)

BANYAKKAN MENGAMBIL SERAT - Kajian menunjukkan bahawa orang yang makan lebih banyak serat mempunyai bentuk tubuh yang lebih kecil berbanding mereka yang tidak makan. Fungsi serat adalah untuk menghalang lemak masuk ke dalam badan terlalu banyak. Contoh serat ialah, beras merah, gandum,sayuran, dan buah-buahan mentah. Sayur dan buah-buahan adalah makanan yang paling senang untuk di dapati. Jadi, ambik sayur semasa makan dan amalkan makan buah-buahan. Seelok-eloknya sebelum makan. :)

LATIHAN FIZIKAL - Aktiviti fizikal boleh membuatkan denyutan jantung berdetik. Contoh aktiviti fizikal ialah, berjogging, berlari, berbasikal atau berenang selama 15-20 minit sehari selama 3-5 kali seminggu. Ingat, 30 minit jogging burn for 200 kalori. berbaloi tahu :)

MINUM JUS BETIK - Masukkan jus betik dalam menu harian anda. Betik berfungsi untuk mengatasi masalah sembelit. Siapa ada sembelit, potensi untuk perut buncit tue ada. Siapa perasan kalau habis makan je, perut kita buncit. Perut buncit sebab kita tak biasa membuang. Jadi, pastikan at least kita membuang 1 kali sehari. Penting tahu. :)

check this site untuk dapatkan maklumat lebih. tapi tips nie saya share dari majalah rapi :)
sekian sahaja maklumat untuk hari ahad.
terima kasih kerana sudi baca.
bui bui :)

ASLINER: no offense ye. i share this for the sake of having healthy tummy :)

Saturday 27 April 2013

Random post

assalamualaikum :)

yup. random post again. a short story (i guess) yang saya rasa sangat cute kelakar tentang diri saya. haha. ceritanya begini. tadi aku ngan kawan aku makan tengahari sama-sama. but kawan aku habis makan dulu. tak pasti sama ada dia kelaparan atau aku yang makan sopan-sopan. hihi

dipendekkan cerita.kami dua makan ikan goreng. aku masih makan. kawan aku dah habis makan. tapi kawan aku masih meratah ikan. aku buat biasa je tengok gelagat dia. sebab aku pun jenis suka ratah ikan. sedang dia ratah ikan. aku masih makan nasi. sedang aku ratah ikan. dia dah nak habis ratah sampai ke hujung nyawa. haha

sekadar hiasan 

pastu terkeluarlah dialog nie..

aku: eh,awak anak ketiga kan?

marina(bukan nama sebenar): ha ah. kenapa?

aku: awak sama macam kita, anak ketiga. suka ratah ikan. :)

marina: eh, takdelah. kita tunggu lina habis makan sebenarnya.

aku: la yeke. aku berdekah-dekah ketawa.

apekah kaitan anak ketiga dengan suka meratah ikan? serius tiada kaitan. tapi aku tak tahu kenapakah aku boleh berfikir sampai ketahap itu. haha. feel shy to admit, tapi aku memang manusia yang makan lambat.

sekian.
bui bui :)



ASLINER: :)

Friday 26 April 2013

RM 11.50

assalamualaikum..:)

fyi, i'm a fish lover. jadi aku lebih terarah kepada masakan yang berlaukkan ikan. tak kisahlah ikan masak asam pedas ke,ikan masak kari ke,ikan masak 3 rasa ke, ikan goreng ke. as long as ia adalah ikan. ayam biasanya menjadi pilihan yang paling akhir. sori ye KFC, you are not my favourite :)


but, isu di sini ialah, adakah relevant untuk aku membayar RM 11.50 for this meal:

1 ikan kerisi masak kari (i guess so)
1 ikan cencaru masak tauchu
seplastik sayur sawi jepun yang kadarnya moderate..
seplastik tempek yang dimasak bersama kacang panjang..

biasa aku beli lauk-lauk macam nie. paling tinggi pun aku kene charge RM9++.
 but yesterday i paid for RM 11.50. apekah? (-_____-")


ASLINER: aku yakin makcik tue salah kira.tapi aku pulak jenis tak sampai hati nak tanya nak argue dengan makcik tue pasal harga.takpelah,niat sedekah :)


Untuk kau yang bernama perempuan :)

assalamualaikum semua :)
hari ini hari jumaat. yeay.

some reminder for my girlfriends and I..


ASLINER: maaf lah yerk, wa terletak warne kuning pulak background. sori for those yang having some difficulties to see and read it. my bad. (-__-")

Tuesday 23 April 2013

A random post-an advice for people who are busy

assalamualaikum..:)

aku percaya. semua orang sedang sibuk sekarang nie. yang pelajar sibuk dengan perihal assignments. yang bekerja pun tak kurangnya sibuk. bagaikan tak cukup tangan nak handle. apatah lagi mata yang nak memandang. ape kaitan? haha

no matter how busy you are.don't leave your breakfast. take lunch if you skip breakfast. or the most wise way ialah take branch (breakfast+lunch). and take a light meal for dinner.

aku balance. biasanya breakfast aku ambik oat atau roti. tapi tengahari dan malam aku tak pernah skip ambik heavy meal. sebab aku perlu banyak tenaga. hihi

note that:
carbohydrate is needed to give you energy
protein is require to develop antibody and give energy
vegetables and fruits act as fibre

so, don't skip your meal for no reason. and don't hesitate to spend more on buying fruits.they are good for your health. 

sekian.
thanx for reading this :)

i love fruits :)

ASLINER: manage your time wisely ye lina :)

Sunday 21 April 2013

my breakfast for today

assalamualaikum :)

 
oat and friends
(abaikan kualiti gambar)


inilah sarapan aku untuk semalam dan hari ini.sarapan untuk orang demam.siapa yang kenal aku pasti tahu aku nie memang pentegar serius oat.kalau tak pun, bace sini nak tahu tahap mana kegilaan aku dengan oat.

biasa aku makan oat kosong.tapi kali nie nak buat kelainan sedikit.aku buat oat+potongan epal merah+biskut teddy.oat kan tawar. jadi aku tambah pemanis dari buah dan biskut. biskut teddy tue dah lah manis tahap maha punya. jadi sesuai sangatlah jadi pemanis dekat oat nie. hihi

ok.pagi-pagi buta aku makan sarapan yang dikira berat nie sebab nak makan ubat selesema. aku terlupa nak makan malam tadi. alamatnya aku masih selesema dan panas badan masih ada sebab terlupa selubung badan aku. gigih tahu buat sarapan nie. :)

sekian sahaja.
ok,bai.

ASLINER: demam oh demam..:)



Saturday 20 April 2013

demam.rakan.ibu

assalamualaikum :)

*baca dengan suara merengek keanak-anakkan*

aku: fana..kita demam..fana..kite deman..fana kite demam

fana: iye..abes tue nak suwuh kite buat ape..?

aku: fana..kite demam..fana..kite demam..bagilah kite ubat..:)

fana: eh awok nie, karang kalau kite bagi ubat awak bengkak-bengkak mata pulak..

aku: fana..kite demam..fana..kite demam..

fana: haish...

aku: ala,ape kate fana tuamkan tuala untuk kita..

fana: abis tue kite kene datang bilik, duduk sebelah awak dan tuam selalu lah eh?

aku: haah :)

kedua-duanya gelak

ok, kalau aku demam time dekat rumah. mesti ibu aku akan tuam kepala aku malam-malam. aku sedang syok tidur, tibe-tibe kepala aku ada orang pegang. owh, rupanya ibu aku yang sedang tuamkan kepala aku dengan tuala basah.

rindu saat itu. ajaibkan kasih ibu. :)


sambil taip sambil makan bisekut nie..=)



ASLINER: tekak gatal. hidung asyik sot set sot set. hidung kemerahan bagaikan nak tercabut dek kerana asyik hembus. telinga pun gatal. mungkin ini kifarah dosaku. :)

Friday 19 April 2013

ways i cope with stress :)

assalamualaikum semua..:)

okeh. dah seminggu daku tak update.rindu pulak dekat blog yang satu nie..hihi

minggu lepas terlalu banyak kerja-kerja yang perlu disiapkan. tak cukup masa. rasa macam perlukan masa 25jam/hari dan 8hari seminggu. :)

ihsan google


and yes. minggu itu sudah berlalu.gembira tahu. rasa macam ada lega sikitlah. walaupun pada hakikatnya setiap minggu ada kerja-kerja yang membukit berlambak. and this are the way i let go my stress.

1) watch movie at cinema. cerita GI.JOE. hoi, ketinggalan aku baru nak tengok movie GI.JOE. (-_-")
2) membeli belah. yup, ini memang kesukaan aku. sebabnya duit tengah berkepuk-kepuk kan. nanti bila dah takda duit barulah kau menangis tak berlagu wahai lina.haha
3) berembum di bazar karat. hambik. disebabkan aku telah berembun 2 hari berturut-turut, aku dapat flu.
4) melakukan aksi sebenar 'need for speed most wanted' menggunakan kereta kawan. iyelah,sebab da lewat sikit balik. jadi terpaksa suka bawak kereta dengan kadar laju. haha

nanti aku update entri yang seterusnya. ini for warm up untuk minggu ini.haha.

sekian. 
ok, bai.


ASLINER: gua ketiadaan idea. jadi ginilah gayanya.

Tuesday 16 April 2013

kebabom!

assalamualaikum semua :)

adakah preparation last minute seperti di bawah mampu membantu aku menjawab test dengan jayanya esok?  satu malam untuk nota 5 bab terus.  satu malam untuk membaca 5 bab terus. apekah.

hari ini (rabu), wa ada satu test n projek kebaboom punya. sungguh,memang tak sabar nak lepas semua ini. tekanan barangkali. itu yang nak lepas cepat-cepat. hihi



jam menunjukkan hampir pukul 3pagi. jom tido.

ok bai. :)


ASLINER: doakan saya ye kawan-kawan semua. :)

Saturday 13 April 2013

FAKTA : ketahui kuku anda

assalamualaikum semua :)

sejak dua tiga menjak nie, aku nak update selalu memang tak lah kan. sesiapa yang belajar sama dengan aku, pasti tahu bagaimana keadaan lambakan kerja-kerja waktu ini. bagaikan tak cukup tangan untuk uruskan, bagaikan tak cukup mata nak lihat semuanya. haha

tapi itu bukan alasan. timbunan kerja-kerja memang adat apabila kita bergelar seorang pelajar. ecececeh =)

pagi ni, wa nak share fakta tentang KUKU.

American Academy of Dermatology(himpunan doktor pakar kulit di Amerika) ada menyenaraikan beberapa fakta tentang kuku, iaitu :


  1. Setiap kuku kita akan tumbuh 0,1 mm dalam satu hari
  2. Kalau anda semua perasan, kuku jari tangan akan lebih cepat tumbuh berbanding kuku jari kaki
  3. Kuku jari kaki kurang lebih dua kali tebal daripada kuku jari tangan
  4. Kuku akan lebih cepat tumbuh ketika musim panas berbanding musim sejuk
  5. Kuku lelaki akan lebih cepat tumbuh berbanding kuku perempuan
  6. Kuku di tangan yang dominan akan lebih cepat tumbuh

Pemerhatian aku:

  1. Kuku tangan kita akan cepat panjang kalau kita suka bery2  :)

Dalam Islam, dosa kita di ibaratkan seperti dosa membela sekandang khinzir jika kita menyimpan kuku panjang. waallahualam.

ihsan google


Fakta kesihatan:

Sejenis bakteria yang hidup dalam najis manusia (E.Coli) akan duduk bertapa & menginap pada kuku yang panjang. Kuman E.Coli ini tidak senang untuk dihapuskan even kita berusaha untuk membasuh tangan dengan sabun. jadi, sentiasa berkuku pendek dan bersih untuk hidup ceria tanpa E.Coli. :)
Aku pun kadang-kadang tak paham kenapa ada segelintir daripada kita suka bela kuku panjang. motif bela? sebab tak sempat nak potong. apekah. buat bende lain sempat pulak. 

fyi, aku sangat particular dengan penjagaan kuku. maksudnya potong ikut masa(waktu sunat memotong). sentiasa basuh tangan(mengikut cara yang betul membasuh) kalau rasa kuku kotor.

jadi, aku sangat 'eeeuuuwwwww' kalau terjumpa lelaki atau perempuan yang kukunya bukan sahaja panjang, malah kotor.

sekian sahaja entri kali ini. 
ok bai.


ASLINER: jangan muka saja nampak encem atau cantik, tapi kuku kotor. baik pergi potong tangan kalau dah malas nak jaga kuku sangat. :)