UP TRAFFIC

Monday 28 January 2013

kembali

assalamualaikum..

yeay..yeay..hari ini saya berjaya mengupdate blog saya. haha. padahal duduk rumah 5 hari kot. ape masalahnya nak update blog?

ok.saya mengaku. kalau dah duduk rumah,memang melayari internet (amboi ayat formal kaww) bukan lagi menjadi pilihan saya. pilihan saya ialah menonton tv. menonton tv. menonton tv dan menonton tv. al maklumlah, duduk kolej nak membaca suratkhabar secara manual pun susah, apatah lagi nak menonton tv di kolej. lagi macam hareemm..haha

jadi, masa yang terluang memang saya akan habiskan menonton tv. especially Merlin season 5 yang memang terang lagi bersuluh wa tak dapat tengoklah. Nasib baiklah astro adalah siaran berbayar yang berulang-ulang tayangan cerita. memang lincah majidlah capai remote untuk buka channel 702.haha. hah,sebelum buat fitnah, saya nak cakap dulu. bukanlah keje saya nak duduk depan tv 24jam. solat masih dilakukan,kerja-kerja rumah masih berjalan.

matlamat saya balik rumah dah capai. apa yang nak disettlekan di rumah pun dah capai. tetapi matlamat nak duduk bilik aku masih tak kesampaian. takda kunci bilik sendiri setelah dihantar ke pejabat sebelum balik kampung. alamatnya memang kene menumpang dekat bilik kawanlah kan. sigh~

apepun.matlamat tidak menghalalkan cara, dan sambal tumis tak boleh makan dengan soto. eh,macam pelik je pepatah nie pepatung.

ok2. sampai disini entrinya.

sekian~

ASLINER: I wish i can golek-golek atas katil sendiri lah kan. tapi dah menumpang bilik orang,maknanya kene duduk sopan.haha

eh,dengan siape nie?
for next entri please~haha

Monday 21 January 2013

uji kualiti mata anda

assalamualaikum..

cuba lihat gambar di bawah ini. perhatikan apa yang anda nampak? teliti dengan betul gambar ini. perhatikan dan beritahu apa yang anda rasa.


click untuk tumbesaran yang sempurna

rasa sakit mata tak bila lihat gambar ini?

kalau rasa sakit mata,maksudnya anda seorang pesakit rabun jauh.
kalau rasa biasa, tak sakit mata pun, maksudnya anda pesakit rabun dekat.

kalau rasa sakit mata,tak rasa sakit, dan mungkin rasa sakit hati. maksudnya aku tipu je..hihi

notakecil: aku bab mengarut dalam blog memang terer! hihi




Sunday 20 January 2013

kawan

assalamualaikum..

kawan ibarat keluarga kedua. kalau ada kawan, kita gembira. kalau takda kawan kita sedih. tapi boleh jadi jugak ada kawan kita jadi sedih. eh,bukan tue yang aku nak cakap sebenarnya. haha

kalau cakap pasal kawan. aku ramai je kawan. disebabkan ramainya kawan aku, jadi aku memang fail bab-bab membahagikan masa dengan kawan-kawan. kadang-kadang aku terlebihkan kawan yang sebelah sini. kadang-kadang terlebihkan kawan yang sebelah sana. haish. kalaulah aku boleh belahkan 18 bahagian diri aku dekat 18 rakan kan senang. semua adil.

maik aih. cakap pasal adil, macam adil nak kene bagi kasih sayang antara suami kepada isteri pulak. hihi.

tidak. aku hanya kesal dengan sikap aku sendiri yang kadang-kala tidak menghargai kawan. aku rasa serba salah bila ada rakan aku yang kecik hati dengan sikap aku. tapi aku tak tahu macam mana nak atasi masalah ini. aku harap mereka paham.

notadarihatiyangikhlas: kawan-kawan yang pernah terasa dengan aku, aku mohon ampun dan maaf. itu kelemahan aku dan kekhilafan aku.


Tuesday 15 January 2013

kisah seram tahap kampung.

assalamualaikum..

time subuh tadi. pagi tadi. ada orang ketuk pintu bilik aku. ketuk kuat gilak. tersentak aku bangun. bangun buka lampu. unlock pintu. bukak pintu aku tengok takde orang depan pintu. pasal tue aku tak kisah sangat, sebab aku agak kawan aku yang tolong ketukkan pintu akan beredar dari depan pintu selepas aku bukak pintu sikit.

jadi aku tutup pintu balik. macam nak baring balik. tapi tengok jam dah lewat. aku pun lincah majid pergi toilet. dan aku lihat ada seorang rakan aku pun kat toilet. sedang nak ambil wuduk sebab terbangun sedikit lewat jugak.

aku cakap..

"peh, fana ketuk pintu kuatnya"

"ketuk pintu?" fana jawab.

"yelah, awak kan yang ketuk pintu. kuat gilak kot. macam nak roboh pintu."

"eh, kita tak ketuk lah." fana jawab.

aku terdiam seketika. tapi tidak terlalu memikirkan sangat sebab yang penting kene tunaikan solat subuh dahulu. lepas selesai aku cuba fikirkan sape lah yang ketuk bilik aku nie. nak kata kawan aku yang sorang lagi macam tak mungkin. sebab dia akan ketuk kalau aku suruh je. kalau tak suruh tak ketuklah.

musykil dan musykil dan musykil dan musykil.

makhluk mana lah yang tolong ketukkan pintu bilik aku nie. haish.

notakecil: sape yang ketuk pintu aku nie?

Saturday 12 January 2013

mengharapkan keajaiban

assalamualaikum..

berat betul ujian sem nie. soalan senang bhai. fuh. sampai berpeluh-peluh nak jawab.

tapi kelihatan paper untuk second akhir nie benar-benar membuatkan ramai pelajar keluar awal. yelah kan,senang gila. sampai tak mahu duduk dalam dewan exam lama-lama. haha

aku pun keluar awal. dah aku tengok ramai yang kuar awal, macam tak syok pulak kalau tak join. LOL.

erm,yang penting. aku memang tawakal dengan paper semalam. bukan paper semalam je, semua paper sem ini memang aku tawakal sebenar-benar tawakal. tak tahu keputusannya macam mana nanti. kalau nak kata aku fikir A memang semua orang nak A.tapi...erm.

memandangkan straight 3 paper. jadi petang semalam haruslah keluar dengan rakan untuk release tension.hee.

sekian~

notabawahsekali: teringat-ingat mee radna yang aku order semalam..sedap gila.

Wednesday 9 January 2013

percaya pada kuasa budi bicara..

assalamualaikum..

*entri berganti dirikan aku*

2 hari lepas. ada rakan datang bilik. pastue datang dan cakap "peh, soalan susah weyh".

tibe-tibe baru lepas jawab exam hari ini, aku rasa nak cakap bende yang sama macam kawan aku pernah kata..haha

standard lah soalan memerlukan pemikiran yang kritis dan juga logik.

kau tak reti fikir logik. kau kantoi kat situ.
kau tak mempunyai pemikiran kritis, kau kantoi kat situ.

tetapi..

kalau kau dah berusaha. kau berdoa. dan kau bertawakal lepas jawab, insyaAllah ada keajaiban.
kalau kau tenang menghadapi soalan tanpa kalut, insyaAllah dipermudahkan urusan penjawaban.

aku percaya itu.

sekian~

notakecil: rakan-rakan yang lain, sila tumpukan next paper k. =)

Friday 4 January 2013

terima kasih rakan..

assalamualaikum..

sometimes, you will not even realize person who always sitting next to you might be your nearest enemy.  you will not even notice too the person who always keep teasing you will always be the person who are listening to your problem.

hari ini. aku gembira punya dua rakan yang baik. they stand beside me. listen to my problem. feel empathy.

yang kelakarnya, we start to review back the story when we first met. kelakar kot. "aku dulu ingat kau macam nie, tapi rupanya kau bukan macam tue lepas aku kenal kau" hahahahahahha.

we keep laughing and laughing. and yet I still doing my job while talking to them.

balik aku senyum sorang-sorang atas motor. tapi mata masih awas pada kenderaan dihadapan. haha

notakeciksekali: i am glad you guys are my friends. =)

Thursday 3 January 2013

telur masin bertukar jadi telur biasa

assalamualaikum..

*tajuk tiada kene mengena dengan content* haha

aku ingin mengubah wajah blog akulah. tapi tak tahu bilakah waktu yang sesuai untuk aku renovate blog nie. sebab bosan pulak tengok blog yang berwajah lama. kena ubah baru. supaya dapat tarik pembaca untuk baca dan singgah blog nie.hihi

notadarihati: rakan aku cakap hari ini aku tak seceria sebelum nie..why? paham2 jelah..(-_-)