UP TRAFFIC

Saturday 25 February 2012

kesihatan: tahan kencing

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

nah!
nak bagi sedikit tentang info kesihatan..
siapa yang suka tahan buang air kecil tue..
silalah ambik perhatian!

keburukan bagi mereka yang suka TAHAN buang air kecil:

  • akan menghidap INKOTINENS Yang boleh menyebabkan penghidap hilang kawalan untuk menahan kencing. Gejala inkotinens ialah 1) kencing boleh terkeluar sebelum sempat sampai ke tandas. 2) penghidap akan berasa tidak puas hati membuang air kecil. 3) pengaliran air kencing akan berasa lemah.
  • orang yang suka menahan kencing tidak akan mampu menahan kencing daripada terkeluar sendiri terutama ketika batuk, bersin, meneran.
  • air kencing yang tidak di keluarkan disebabkan suka menahan boleh menyebabkan peningkatan kadar jangkitan pada saluran kencing.
air kencing kan sesuatu yang kotor dalam bentuk cairan..
kalau tidak buangnye, kekotoran itu akan berkumpul kalau tidak dikeluarkan..

dekat atas ini hanya serba sedikit info..
nak baca lebih lanjut..

dan ingat ye..
kalau kekerapan korang pergi ke tandas untuk buang air kecil adalah 5 hingga 6 kali dalam sehari..
ia adalah sesuatu yang NORMAL!

melainkan kalau korang dah pergi ke tandas melebihi 8 kali sehari..
itu sumpah tak tipu yang ia sesuatu yang TIDAK NORMAL!
sila berjumpa dengan doktor kesihatan anda..

info tambahan:
warna air kencing anda boleh membongkarkan segala-galanya tentang anda samada anda PENCINTA AIR atau sebaliknya..haha

ASLINER: i used to have that habit before..tapi sekarang sedang berubah..KITA MAMPU MENGUBAHNYA! eceh..=P


Friday 24 February 2012

kenaikan yang hilang (eh?)

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

tahukah anda..
bile dah naik and masuk balik U..
saya kekurangan idea untuk di sampaikan..
ke saya nie pemalu orangnya (eh? ada kaitan?) ok,PANG!

kalau dekat rumah, ada aja yang nak mengarut..
tapi itulah, akan ku gigihkan diri untuk mencari idea..

sekian~

Wednesday 22 February 2012

kuaci

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..


akak dalam bahasa inggeris is sister..
pergi jusco, mesti ada rakan beli cool blog..
kalau dah namanya naik semester..
maaflah kalau jarang berblog..


ASLINER: tajuk tak sama dengan content..haha!

Friday 17 February 2012

ia 'rakus' dan aku terasa..haha

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

perkara yang aku tak suke bile aku jumpe doktor PAKAR gigi ialah..
doktor itu akan menggunakan kepakarannya dalam handle gigi pesakit dengan rakusnya..
anda tahu rakus?
ganas okeh?


kulit bibir aku ada mengalami mslh kekeringan sedikit..
tapi masa hari khamis jumpe doktor gigi..
masalah itu tidak pun yang timbul..
kerana doktor baru itu handle my teeth with care..
tarik2 bibir aku pun dengan sopan je kan..
sebab nak masukkan besi kedalam mulut untuk dapatkan acuan retainer aku..
sebab retainer lama aku patah dua..hehe
itu yang nak buat baru dengan ambil acuan semula


-retainer-
ihsan google



keesokkan harinya.
aku kene jumpe doktor pakar pulak..
tapi doktor pakar gigi tadi..
ouch!
berdarah kau aku nye bibir..
geseran tangannya yang pakai glove dengan bibir aku sangat-sangat kuat..
aku sendiri rasa pedih..
aku tak leh nak buat ape lah kan..
aku pesakit..
die doktor..
aku redha..(-__-) haha

tapi nasib baik doktor pakar tue comel..
and aku admire sangat die..hewhewhew..
nama die pun sedap..
Doc Ummu Iman..
boleh ambik nama nie untuk nama anak nie..lalalalala~

sekian~

p/s: aku mengatasi masalah kekeringan dengan guna vasaline..dan madu!

Thursday 16 February 2012

pantuns

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

siang pergi ke warong pak saat
makan nasi lemak di pagi hari..
hari ini khamis, esok dah jumaat..
maaflah, hari ini belum ada cerita untuk di kongsi
(eh, lain pulak bunyi..haha)

semalam makan berkotak-kotak kismis..
sedap hingga menjilat-jilat jari..
hari ini jumaat, semalam khamis..
esok(hari ini) ada appointment dengan doktor gigi weyh!
(lain bonar dah lirik..(-__-")


p/s: sedang lapar masa type post nie..(-_-')

Tuesday 14 February 2012

kisah perempuan

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..


"PEREMPUAN..
di ciptakan dari tulang rusuk lelaki..
dekat dengan hati untuk di sayangi..
dekat dengan akal untuk di fikiri..
dekat dengan tangan untuk di lidungi"


ASLINER: alhamdulillah, aku seorang perempuan! Ada orang yang sayang, orang yang selalu fikirkan aku dan orang yang akan lindungi aku..hehe

p/s: post untuk lepas syarat..hewhewhew

Monday 13 February 2012

pada firasat aku..

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

tadi makan malam..
aku makanlah dengan ayah dan ibu aku..

lepas tue ayah aku tetibe masuk topik..

"lina nie dulu time kecik2 kememe(kuat menangis+merengek)"

aku senyum..
sambil mengiyakan kenyataan ayah aku..

sebab dulu-dulu..
ada lah jugak aku belek gambar aku masa kanak-kanak yang berbekalkan wajah suci itu..hehe

dan banyaklah jugak aku lihat muka kememe aku..
sampaikan gambar dekat dalam pasport aku pun muka macam hidup segan mati tak mahu, tahu?

tapi itulah..
pada firasat aku..
manusia yang masa zaman kanak-kanaknya kuat kememe..
dah besar menjadi seorang yang kuat..
dan jugak pemalu(eh,ade ke?)..

eh, aku gurau je..
itu hentam punya firasat..haha


Saturday 11 February 2012

kisah mcD

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

aku rasa..
dah nak dekat setahun lebih aku boikot mcD tue..

semalam keluar dengan rakan..
dan dia offer..

DIA: weyh, jap agi gi mcD eh. Aku belanja kau

AKU: *pandang slek mcD dulu*. weyh, aku boikot mcD lah.

DIA: eh, kau masih boikot lagi eh? dari dulu lagi kan?

AKU: haah.

rakan aku senyap..

AKU: eh, jap2. hari tue kat UTM aku order burger ape ek?

DIA: hah! mcD kot..

AKU: jap2..hari tue aku kat kolej. dalam kul 3pagi lebih aku ngan dak2 nie lapar. Aku mintak delivery burger. Burger ape ek aku beli hari tue?

aku fikir-fikir-dan fikir..
aku rasa hari tue aku TERorder burger mcD kot..haha

last..last, masuk mcD
dalam mcD..

AKU: aku nak McChicken burger. Kau belanja kan..hehehehe

ASLINER: aduyai..lepas nie aku boikot balik eh! *berbaloi ke?* wahahaha.
ade ceq kisah (-__-")






Thursday 9 February 2012

pegumuman penting!

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

ingat tak entri ini?

hari tue saye salah bagi information..
bagi sesiapa yang nak renew IC..
8/2/2012 dah boleh renew..
bukan 18/2/2012..
di ulang..BUKAN 18/2/2012

ini untuk cawangan johor rasanya..
sesiapa yang rasa nak tukar muka budak hingusan ke muka yang lebih matang dan cun..
sila lah merajinkan diri untuk hadir ke JPN di tempat masing-masing bermula hari semalam..

ASLINER: ui...tak sabar benor diri nak tuka IC baru..hehe

Monday 6 February 2012

my new blackberry!

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

inilah blackberry saya!

my BB

okeh!
sudah-sudah..
ini hanya TIPU SEMATA-MATA..

saya takdak BB pun..hihi

cume teringat kembali conversation between my brother and me

abang: na, belilah BB..

saya: huh? nak buat ape?

abang: yelah, banyak aplikasi..

muka saya dah macam tak puas hati dan macam nak tanya balik "dah kenape tanye?!"

abang: ha ah..betul jugak, lina bukan ade kepentingan apa pun kalau guna BB..(somesort like that la bunyinya)

saya: tahu takpe, tempe boleh jugak

saya hanya ada email, fs(terminated), dan blog..
saya takde fasebooook..
twitter jauh sekali..

tapi tahukah anda,
'aku' macam berminat nak buat twitter pulak sejak akhir-akhir ini..haha
tapi tak kot..(-___-")

ASLINER: maaf kawan saya tipu..hewhewhew (^_^)

Saturday 4 February 2012

Kita sayang Rasulullah S.A.W

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

seperti yang diketahui..
esok merupakan hari sambutan Maulidur Rasul..
sempena memperingati hari kelahiran nabi junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W..

jika kita yang berdekatan dengan masjid..
rajinkan diri untuk menghadirkan diri untuk mendegar ceramah agama..

jika tidak berkesempatan..
mari berselawat banyak-banyak Rasulullah s.a.w

"Sesiapa yang berselawat keatas ku 1 kali, Allah akan berselawat sebanyak 10 kali keatasnya"


kita mengenali Rasulullah..
tanda kita menyayangi Rasulullah s.a.w ialah dengan mengikuti semua sunnahnya.

p/s: mari praktikkan sunnah rasulullah s.a.w dalam kehidupan seharian kita..=)

Friday 3 February 2012

doakan kesihatan aku

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

menggagahkan diri untuk taip sedikit kata-kata..

"doakan aku semoga cepat sembuh dari demam selesema ini"

ku doakan kalian semoga berada dalam keadaan yang sihat-sihat belaka..
amin. (^_^)

asliner: sakit sebagai kifarah dosaku..


Wednesday 1 February 2012

wordless wednesday @ 7 - tabiat aku


p/s: but sometimes can be up to 15 tabs in one time..haha!