UP TRAFFIC

Tuesday 31 May 2011

langkah penjimatan yang hebat!

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

ingat nak update entri ini semalam..
tetapi dah terbongkang lebih awal daripada biasa..

ingat baby ke hapa nak tidur awal-awal?! (^_^")

ok..
berbalik kepada tajuk entri diatas..
dibawah ini merupakan senarai langkah-langkah penjimatan yang di jalankan di rumah saya..

  1. Membiarkan televisyen bersiaran dalam dua serentak adalah di larang sama sekali di rumah saya! Kalau tidak kene 'fire' dengan ayah saya..=)
  2. Ketika jam menunjukkan pukul 12 tengah malam, waktu ini bermaksud adalah waktu tidur kita. Bermulanya waktu itu dan waktu tidur semua anggota keluarga di rumah saya, maka tidak dibenarkan satu lampu pun berada dalam keadaan 'light on'! Maksudnya, setiap lampu yang berada di dalam rumah akan 'TER automatically' OFF during that time. NO LIGHT'S ON AT KITCHEN AND ANYWHERE IN OUR OWN HOUSE. Gelap gelitalah rumah saya. Tetapi masih ada bantuan lampu dari luar yang memungkinkan memancarkan sedikit cahaya ke bilik masing-masing..(^_^).
  3. Hah, yang ini peraturan baru! kalau mahu 'iron' baju, silalah iron baju masing-masing dalam SATU MASA! Kalau malam dah 'on iron' and then pagi esok nak 'on iron' lagi..alamatnya menjalani sesi ceramah untuk 1 minit! (^_^)
  4. This is common rule in any house. Kalau mahu keluar, kene kunci pintu sekunci-kunci nya! Maksudnya di sini, if u have a grill, please lock the grill. If you have 'pintu berkaca' before your grill, you have to lock too. If ada mangga besar untuk lock grill, you have to use it.


erm..
saya rasa setakat 4 ini sahaja..
kalau sebut yang lain mungkin rules itu adalah common to you all..=)

But only one thing that everyone of my family cannot follow..
WiFi dekat rumah ini will be open for 24 hours..(-___-")
tapi sikit2 try nak tutup balik Wifi when we are not using it.

Kat rumah korang pulak macam mana?
ada specific rule jugak ke?
jom share!

p/s: credits to google for the pictures


BICARA SYE: esok masuk dah 1 haribulan 6..(-__-)


Sunday 29 May 2011

hope for something...

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

dah nak sebulan cuti..
keje tak cari-cari lagi..
4 bulan duduk rumah n do nothing..
boleh membuatkan saya agak sawan..

kene cari duit..
kata nak berjalan-jalan 'atas laut'..

kalau tak cari duit..
bagi makan pasir je!
ahaha..

hope for job tomorrow..
nak ikut?

no jobless


BICARA SYE: ingat esok nak jogging..=)


Saturday 28 May 2011

kurikurita!

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..



kurikurita ini meramalkan MAN U bakal memenangi piala liga-liga juara..
tapi ternyata BARCA layak-selayak-layak nya...

the match was awesome!

congrates winners!
encik MESSI+D.VILLA+PEDRO memang superb..(^_-)

ROONEY and incik CHICHARITO pun superb..hihi


BICARA SYE: i was hoping that MAN u will be the winner..but then..it was just a hope..(-__-)







tak guna duit PTPTN?

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

pagi bute pukul 3.45 update blog?
semata-mata?

mestilah tidak..
sambil2 watching fussball..(^_^)

ok..
berbalik kepada topik asal..

pagi tadi merupakan majlis pertunangan sepupu saya..
selepas majlis yang berakhir dalam pkul 1..
mulalah kerja merewang kembali..
merewang untuk kemas balik selepas acara makan-makan dah habis..hihi

petang pulak jenguk ibu saudara yang tidak berapa sihat..
dalam layan2 mendengarkan perkembangan terbaru ibu saudara..
topik 'TIDAK MENGGUNAKKAN DUIT PTPTN' yang diceritakan oleh sepupu saya sangat menarik perhatian..!

begini ceritanya..
sepupu saya menceritakan bahawa anak buahnya(merangkap 2 pupu) tidak guna langsung duit PTPTN yang dimohonnya..

jika RM2100(contoh) yang diterima untuk sem ini..
maka di akhir sem masih terdapat jumlah yang sama iaitu RM2100..


whoa!
dahsyat sungguh..

jika ketiadaan duit yang amat barulah si anak buahnya ambik sikit duit PTPTN tu..

bayangkan..
anak buahnya(merangkap 2 pupu) saya ini adalah seorang lelaki..
bertahan sungguh!

cuba tanya pelajar perempuan yang apply PTPTN nie..
kemana hilangnya duit mereka?

mestilah sebahagiannya ada di salurkan di gedung-gedung pasar raya..
paling 'koman' pun dapat beli sehelai baju tiap-tiap bulan pun cukup lah!

alah..
lebih kurang saya jugak..
tapi tidaklah tiap-tiap bulan ada sepasang baju baru..hihi

dengar cerita juga..
2 pupu saya ini juga hanya bermakan kan satu pinggan nasi+telur+sayur hampir tiap-tiap hari..
itu pun rm3.50!

huh!
mahal benor2 tue..
melampau sungguh! (-___-)

hurm..
no wonderlah 2 pupu saya asyik makan lauk yang sama sahaja..
sebab walau tak bermakan kan ayam atau ikan pun dah sampai RM 3.50..
lagikan nak ambik nasi berlaukkan ayam..
RM4.50 agaknya kot! (-___-)

apa-apa pun..
tabik spring dengan 2pupu eden ini!

dahlah budak pandaikan..
sanggup bekorban kot..
tidak mahu menyusahkan ibu bapanya..

dikatakan bahawa dia tidak mahu menggunakan duit PTPTN ini kerana tidak mahu berhutang..
yelah kan..
seperti yang pernah dilaporkan dalam surat khabar lama-lama dulu..
peminjam PTPTN liat nak bayar semula pinjaman..

do you want to be one of the blacklisted?

mintak kita semua dijauhkan! (^_^)


sekian~


BICARA SYE: tidak tertanya sepupu saya..kenapa 2pupu saya ini tidak mahu apply scholarships? (-___-")


Friday 27 May 2011

!Bersin!

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

hari jumaat..
maka..
saya nak kongsikan sesuatu..

Sabda Rasulullah, dari Abu Hurairah r.a:

"Sungguh Allah mencintai orang yang bersin dan membenci orang yang menguap, maka jika kamu bersin maka pujilah Allah, maka setiap orang yang mendengar pujian itu, menjawab untuknya; adapun menguap itu dari syaitan, maka lawanlah sekuat tenagamu. Dan apabila seseorang menguap dan terdengar bunyi: Aaaaa, maka syaitan pun akan ketawa." (Sahih Bukhari)


kita perlu mengucap alhamdulillah apabila kita bersin..
orang yang mendengarnya juga perlu menjawabnya balik..
dengan menyebut 'yarhamukallahu'

tetapi adakalanya kita tak perlu mengucap tahmid ketika bersin..
dengan bersyaratkan beberapa keadaan:

  1. Orang yang bersin tidak mengucap alhamdulillah.
  2. Orang yang bersin melebihi 3 kali. Ini menandakan seseorang itu diserang demam selesema. Diwaktu itu, ucapan 'semoga Allah merahmatimu' tidak bersesuaian melainkan orang tersebut didoakan supaya cepat sembuh dari penyakitnya.
  3. Orang yang bersin membenci ucapan tahmid.
  4. Orang yang bersin tatkala khutbah Jumaat disampaikan. Cukup bagi orang yang bersin sahaja mengucapkan kalimah alhamdulillah. Ini kerana ketika khutbah Jumaat berlangsung, dilarang seseorang itu untuk bercakap. Keadaan ini juga berlaku ketika di dalam solat.
  5. Tidak perlu mengucap tahmid ketika bersin bila seseorang itu berada di dalam tempat yang dilarang mengucapkan alhamdulillah, seperti di dalam tandas.



Thursday 26 May 2011

teringin nak cuba yang ini..

bismillahirahmanirahim..
asssalamualaikum..

tau tak game kat genting yang nama space shot tue..


gile ke nak naik bende nie?



"aku dah kata dah, jangan naik bende nie lah gile!"


space shot nie memang penah saya try..
tapi itu dulu-dulu lah..
memang berani mati time nak try tue..
sebab abang pertama saya pernah cakap..

"lina trylah naik..
abang memang taubatlah naik sekali..
tak nak naik lagi..hahaha"

macam extreme gile je dengar kan?
tapi masa tue memang hormon adrenaline memang push up habis..
lantak lah ape nak jadi lepas tue kan..hihi

sekali naik..
mak aih..
masa bende tue turun bawah..
tak macam jantung tertinggal kat ataslah kan..
itulah..
cakap besar lagi!
serve your rights! (-___-")

ladies negro yang naik space shot nie pun lepas game tue dah abes..
siap menangis..

saya tidak menangis..
kire kental lah kan? ahaha

dah2..
cukup..
sebenarnya nak cakap yang saya teringin nak cuba bungee jump!



tell the world that i can fly! (^_^)


oh yeah!


nak try weyh!

BICARA SYE: tetibe meroyan..hua2 (^_^")

Wednesday 25 May 2011

!bagaikan tidak biasa!

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

selepas seminggu mem'busy'kan diri diUTM..
terase diri yang amat kemalasan untuk mengupdate blog..

selepas terasa dah hampir 3 minggu dalam cuti..
terasa seperti mahu menghabiskan masa sepenuhnya bersama keluarga..
nak menyentuh laptop macam nak tak nak je kan..
wah penangan betul cuti kali ini..

tak macam 4 bulan itu lama lah pulak kan..
sebelum cuti..
diri sibuk dengan assignment, peperiksaan..
sekarang rasa macam tak biasa seperti biasa lah pulak..
rasa macam nak busy membuat kerja semula..
rasa naik turun tangga dekat kolej saya..
baru ada kurus sikit..hihi..(^_^)

sejak2 menjejakkan kaki dekat rumah nie..
nak pakai kasut untuk berjogging pun dan naik malas..
aiyoo..!

apa sudah jadi ni..
kembalikan mood daku!

BICARA SYE: lagi lambatlah saya waktu saya update blog kalau beginilah mood saya..(-__-")

Tuesday 24 May 2011

!masa!

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

rindu pada saya?
jauh2 kan..

kalau nak rindu..
rindu pada penulisan saya ok..
hehe..(^_^)

jom layan!

masa dengan manusia di ibaratkan seperti isi dengan kulit..
di mana ada manusia..
disitu juga manusia akan membawa masa bersama-sama dengannya..

pejam celik...
pejam celik..
cepat sahaja masa berlalu kan?

tanpa di sedari..
dan nak 3minggu menghabiskan masa cuti..
buku yang menjadi simpanan hanya di selak sedikit..

keinginan untuk membaca sangat tinggi..
tetapi keinginan untuk mencapai buku itu ke tangan amatlah susah..(-__-")

jadi..
bermainlah dengan masa..
supaya anda tidak menyesal di kemudian hari...
kerana MASA ITU EMAS!
(^_^)
eh, relate ke? hehe (^_^")

di kesempatan ini..
saya sangat bersyukur dapat melalui minggu 'ketat'(minggu lepas) ini dengan jayanya..
menjadi adat apabila bekerjasama dengan orang..
pasti ada sedikit perselisihan..
sekali di ingatkan..
itu adalah NORMAL!

masalah kecik hati dan juga sentap..
adalah sesuatu yang biasa juga..
sebab ia juga NORMAL!..


jadi..
sama2 lihat personaliti masing2..
untuk membina personaliti kumpulan..
ececeh!
so, thanks a lot to my group members during PEMADAM convention..=)


BICARA SYE: i fell like to share everything..but then..let it be my personal things..=)






Wednesday 18 May 2011

sementara sahaja..=)

bismillahirahmanirahim
assalamualaikum..

rindu?

sabar..
tengah ada keje..

minggu depan kita jumpa di blog ya..! (^_^)


BICARA SYE: uish..minggu ini minggu 'ketat'..tetapi best! tak sabar nak habiskan..(^_^")


Sunday 15 May 2011

!UNTUK SEMUA WARGA PENDIDIK!

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

gile pagi kau update cik asliner!
ahaha..

pagi2 kan best..(^_^")

"profesyen perGURUan dilihat tidak menarik dari segi ganjaran..
Ganjaranya masih di belakang bidang-bidang lain..
yang lebih hebat dari jurutera, doktor, akauntan dan sebagainya..
sedangkan TANGGUNGJAWAB, PERANAN DAN TUGASNYA amatlah besar..
Ilmu yang di sampaikan oleh warga GURU aka PENDIDIK ini merupakan amal jariah..
pahalanya berterusan selepas kematian..
PENDIDIK adalah golongan yang paling dekat dengan tugas para rasul..
Kerana dia mendidik modal paling berharga -MODAL INSAN..
JURUTERA hanya berdepan dengan mesin dan alat-alat teknologi..
tetapi PENDIDIK berdepan dengan sikap dan peribadi teknokrat itu sendiri..
DOKTOR menangani penyakit lahiriah..
PENDIDIK menangani penyakit rohani.."

(PENULIS : PAHROL MOHD JUOI)


seperti yang kita dapat lihat sekarang..
bukan senang untuk seseorang itu menggalas tanggungjawab sebbagai seorang GURU merangkap sebagai seorang PENDIDIK..

melihatkan kepada masalah disiplin anak-anak muda sekarang yang 'bertugas' sebagai seorang pelajar..
membuatkan bakal-bakal GURU mungkin agak sedikit ketakutan untuk menggalas profession ini..
tetapi percayalah..
warga PENDIDIK ini punya HARGA DIRI yang tersendiri untuk membangunkan satu ummah yang berguna..(^_^)


ihsan google


"SELAMAT HARI GURU buat GURU yang merangkap sebagai PENDIDIK saya ketika di :
  1. SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN SERI JONG
  2. SEKOLAH MENENGAH (P) SULTAN ABU BAKAR
  3. KOLEJ MATRIKULASI JOHOR
  4. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
  5. SEMUA WARGA PENDIDIK DI MALAYSIA
(^_^)


BICARE SYE: teringat dulu2 masa tiba hari GURU je, berebut2 nak beli hadiah untuk cikgu..bunga sekuntum(yang ada minyak wangi) pun jadilah..hehe

p/s: tak jadi gerak ke UTM..ade problemo sedikit..(-___-)



welcome back UTM

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

name je peperiksaan dah habis..
tetapi kertas2 masih di tanganku..




tomorrow..
i'll be going to UTM back..
to settle our task regarding on 'konvensyen PEMADAM IPT 2011'

dan di beri tugas untuk handle explorace..
ala2 amazing race!

mahupun bukan AJK tertinggi..
tetapi tempias nya dah macam AJK tertinggi..(^_^)


hope for safe journey tomorrow..=)


BICARA SYE: explorace start 21hrbulan..tapi esok awal2 dah kene balik..ada barang yang nak di beli..hehe







Saturday 14 May 2011

entri tertunda: kelebihan ayat ini

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

kenal ayat dibawah?
mesti tahu kan..



kelebihan ayat kursi ini banyak..
selain daripada dapat mengelakkan perkara yang tidak di ingini berlaku..
ada lagi kelebihan-kelebihan lain yang mungkin kita sendiri tidak sedari..

jom lihat:

  • Barangsiapa membaca ayat kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah s.w.t mewakilkan dua Malaikat memeliharanya hingga Subuh.
  • Barangsiapa membaca ayat kursi pada akhir setiap solat, tak menegah akan dia masuk syurga kecuali maut dan barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, Allah akan memelihara keatas rumahnya, jiran-jirannya dan sekeliling.
  • Barangsiapa yang membaca ayat kursi sebelum keluar rumah, Allah mengutuskan 70, 000 malaikat kepadanya memohon keampunan dan mendoakan baginya.
  • Barangsiapa yang membaca ayat kursi ketika dalam kesempitan, nescaya Allah berkenan memberikan pertolongan kepadanya.
  • Barangsiapa yang membaca ayat kursi setiap akhir sembahyangnya, Allah menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur.

membacanya mestilah dalam keadaan yang ikhlas dan khusyuk beserta sebutan yang betul akan membawa kita kepada kebaikan-kebaikannya..insyaAllah.

"SESUNGGUHNYA SETIAP SESUATU PERKARA YANG BAIK ITU AKAN DIBALAS DENGAN KENIKMATAN"


BICARA SYE: kalau sebelum ni kita 'kira biri-biri' untuk melelapkan mata..apa kata kita ubah dengan mengamalkan membaca ayat kursi sebelum kita tidur..(^_^)





Thursday 12 May 2011

berpenghuni, tetapi seolah-olah berhantu..

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

blog cik asliner nie..
nama je update tiap-tiap hari..
tapi macam tak rupa update..
tengok sini..



CASE 1:


rujuk pada tanda arrow itu..
current mood sekarang bukan study ye..
current mood sekarang adalah sedang happy duduk dekat rumah..
goyang kaki masa tengok movie..
rase malas nak makan..-pelik dah nie?
rase nak kemas rumah habis-habisan..
rase nak pergi jog tiap2 hari..-tapi tak kesampaian..(^_^")


CASE 2:


blog 1001 KISAH itu adalah kepunyaan incik nick irfan
beberapa bulan yang lepas..
incik nick telah menukar nama blog dia sebagai MY NAME IS NOBODY..
tahu memang tahu..
selalu komen lagi kat blog dia..
tapi kat blog list masih tak update!
ape nak jadi lah cik asliner ini..(^_^")

CASE 3:


hah!
arrow yang ditujukan merujuk kepada blog cik aten
kes nya sama dengan kes incik nick tadi..
dah tuka nama blog..
tapi saya masih tak update dalam blog list sama..hehe


CASE 4:



ok..
arrow yang seterusnya merujuk kepada blog encik faiz..
kelihatan dekat situ menunjukkan encik faiz tidak update sudah sebulan lebih..
eh, mana mungkin..?
dia nie suka update blog kot..
mana mungkin dia dah tak update sampai sebulan..
pelik2..
korek punya korek cerita..
baru tahu dari kawannya(merangkap cik gula hatinya..=)) mengatakan dia sudah tukar dari blogger ke wordpress..
dah lama gak tahu pasal pertukaran tu..
tapi masalahnya dekat sini ialah..
saya masih tak update lagi dekat bloglist..=)


CASE 5:



blog hlovate ini adalah kepunyaan rakan baik saya iaitu syahira aka syie..=)
ini lagi dahsyat kesnya..
syi siap tukar nama blog..
tukar URL blog..
tukar layout..
background..
dari tak boleh komen kepada boleh komen..
tapi masalahnya disini ialah saya masih tak update bloglist..!
itu sahaja! (^_^")


ini semua gara2 bloglist..

"kalau aku boleh putarkan masa ke masa dulu-dulu..
aku nak cari sapa yang wujudkan sistem bloglist ini..
aku nak tonyoh2 dia..
sebab gara2 kewujudan bloglist ini..
blog aku jadi macam tak berpenghuni!"
(erk! boleh pulak macam tue..hehe)


apa2 pun..
selepas ini cik asliner akan update semua bloglist ye..
bile?
tengok keadaan cuaca..
kalau siang esok tidak hujan..(erk,ade kene mengena ke?)
saya update esok..
insyaAllah..hee
dah pemalaslah katekan..hehe

sekian sahaja~ (^_^)


BICARA SYE: hidup ke tak blog nie ek? haish..(-___-)


Wednesday 11 May 2011

persamaan?

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

sebelum masa royale wedding prince william tue..
ade sedikit ura-ura mengatakan yang kate adalah pasangan paling serasi dengan william..

kenapa dikatakan begitu adalah disebabkan cara lambaian yang sama ketika bertemu dengan orang luar..

cuba tengok di bawah..


see..
sama kan?

takkan lah dieorang merancang untuk membuat lambaian yang serentak lagi sama kan bentuknya..
for sure mestilah kebetulan yang secara tidak langsung menunjukkan keserasian mereka berdua..

erm..
cuba tengok gambar kat bawah nie..
ada persamaan tak?


ada gaya royal tak..wakaka!

nasib baik kami berdua perempuan..
kalau seorang perempuan..
seorang lagi lelaki..
mau nya tak jadi gosip..haha

disebelah saya itu adalah rumate saya..
adakah saya dan dia serasi?
sudah tentulah tidak..(^_^")

dalam sehari tue kalau tak bertekak memang tak sah hidup!
'ujian' keserasian kami pun mengatakan kami kurang serasi..(-__-")

tapi setakat nie tidak ada pergaduhan besar..
kecik hati tue biasalah..
tapi masing2 mintak maaf..=)

eh..
rindu kat rumate ke kita nie? (^_^)


BICARA SYE: thanx for reading this entri..=)





Tuesday 10 May 2011

Mahasiswa sekarang cetek ilmu pengetahuan

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

"..nama je mahasiswa..
tapi bila tanya tentang pengetahuan am..
tak tahu apa-apa langsung.."


haip2..
pedas tak lontaran kata-kata tue?

tapi, kalau melihatkan keadaan sekarang..
boleh di persetujui jugaklah statement itu!

tak merujuk kepada seluruh mahasiswa..
tetapi mungkin ada segelintir mahasiswa mengambil sikap sambil lewa mengenai perkara ini..

segelintir itu adalah golongan yang tidak berminat untuk mengambil tahu perkembangan negara..
perkembangan sukan negara..
perkembangan politik negara..
perkembangan luar negara..


yang ditujui hanyalah perkembangan hiburan semata-mata..

"eh2..betul ke rozita che wan main cinton dengan shahir?"

kalau tanya:

"eh, dengar kata agama kristian nak dijadikan agama
persekutuan? betul ke?"
(sekadar contoh)

bernasib baik kalau ada mahasiswa yang menyedari hal ini..
macam mana pulak kalau kedengaran mahasiswa berkata begini:

"eh, betul eh? asal aku baru tahu"


kadang-kadang..
mahasiswa sekarang lebih arif mengenai artis2..
jika tidak arif mengenai artis dalam negara..
artis luar negara pun jadilah..
semuanya ada di poket!

tanya saja pasal artis K-POP..

"mestilah I tau..!"


cuba sebut nama Dato' Seri Mohd Khalid Nordin..


"siapa itu? macam pernah dengar lah..=)"


oleh kerana internet sekarang boleh didapati di hujung jari sahaja...
yang tradisional letak tepi je..

"jom berfasebook..nanti2 lah baca paper tue.."


pokok pangkal..
biar jadi mahasiswa yang nampak macam kosong diluar..
tetapi berisi penuh di dalamnya..



-majulah mahasiswa demi masa hadapan-


p/s: artikel ini pastilah ditujukan kepada saya dahulu sebagai peringatan kerana kadang kala bertindak untuk tidak bertindak bijak untuk penuhi ilmu pengetahuan di dada! (^_^)


BICARA SYE: pengetahuan am saya agak rendah..jadi, rajin2lah membaca ya! (^__^")



Monday 9 May 2011

berakhirnya..

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

dah 4 hari berlalu..
semenjak hari jumaat lalu..

tiada kata-kata gembira setelah berakhirnya peksa untuk sem 2 nie..
ceh, macam abes exam selam-lamanya pulak! (^_^")

"banyak cakap pun tak guna..
tendang pun tak kena.."
-ayat johan RL-

jadi marilah layan gambar di bawah!


sejurus habis peperiksaan!


captured from the bottom side~


good means bagusnya dah habis exam!


satu merah mak ngah..satu pinky!


siyes candid! (^_^)

actually, bustop was our possing site! (^,^)


nak tau tak..
masa kami captured2 gambar nie..
pak negro kat bustop tue duk gelak kat kami jer..
mungkin kelakar lihat gelagat kami yang teruja tak tentu pasal..haha

but petang tue memang abang2 negro yang conquer bustop tue..
see..kaki siap naik atas bangku bus stop tue..
haish! (*__*)

BICARA SYE: lepas dah usaha..tawakal..tapi doa mesti sentiasa..jom praktikkan! =)


Sunday 8 May 2011

!we are lucky!

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

we won today's match!


bak kata abangku..

"sebelah piala MU dah pegang!"

amboi abangku ni..

dalam hati dah sebut..


ya..saya pun tak arrogant..hehe


big applause to chicharito..

incik chicharito (^_^")



BICARA SYE: dapat tidur lena lah nampaknya hari ini..hehe




satu-satunya Ibu di dunia..

bismilahirahmanirahim..
assalamualaikum..

owh..
terlewat ke?

pastilah tidak..
setiap hari adalah hari ibu ye!

dan semestinya saya antara yang malu untuk menyatakannya..
bayangkan..
macam ini ucapan yang dinyatakan buat insan tersayang..

"selamat hari ibu, ibu!"

sambil tersengih2..
dan mengenangkan dosa yang banyak dilakukan terhadap ibuku..(-___-")

tapi diri tahu..
ibu pasti maafkan kesalahan anaknya..(^__^")

kedengaran Ibu ku berkata sejurus mendengar ucapanku..

"Ibu tak mintak hadiah, hanya doa kesejahteraan yang Ibu mintak"

ya!
doa yang pasti mengiringimu Ibu..

pintaku ya Tuhan..
semoga dipanjangkan lagi umur Ibuku dan sekeluarga..
dimurahkan rezekinya..
dikembalikan diri kami kepadaMu dalam keadaan yang beriman..
insyaAllah..=)


wah! Ibuku tersenyum..(^_^)
(abang yang kedua tiada..jadi siapa yang ambik gambar?)
gambar ini adalah hasil refleksi dari cermin di lift..TAK MENAHAN! (^,^)

credits to shima yang capture this pict..agak awesome! =)

BICARA SYE: minggu ne nak buat sardin puff lah..=)


Saturday 7 May 2011

!whoa!

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

seminggu yang pergi tidak akan kembali..
akhirnya pada hari ini dapat juga berinternet dijari..

eh..ade kene mengena eh?! (^_^")

minggu exam pun dah berlalu untuk sehari yang lepas..
jadi sekarang minggu bersantai..

penat perah otak dalam 3 minggu tue..
tiap2 hari perah otak..
tiap2 hari layan movee!
sempoi yang amat! =)

insyaAllah minggu ini dapat update blog..
oleh kerana masa sangat lapang ye!

ingat mahu share sedikit gambar..=)
tetapi telah ku buang USB!
netbook tiada perkhidmatan bluetooth!

jadi bagaiman mahu masukkan gambar?
(-________-") sigh

*sekian untuk hari ini*

BICARA SYE: hari ini nak jenguk semua blog yang tak terjenguk sepanjang seminggu ne..(^_^)