UP TRAFFIC

Monday 31 December 2012

jangan tuduh aku.

Assalamualaikum...

Ku ingatkan kau baik dengan aku kau tak cakap belakang aku kan..ya,itu hanya sangkaan aku. 

sangkaan aku pada orang selalunya salah. kali pertama aku jumpa aku akan fikir orang nie baik. tapi ternyata sangkaan ak salah. dan bila aku fikir orang ini tak baik, rupanya setelah dah kenal baru aku tahu orang nie lagi baik dari yang aku sangkakan kau yang baik awalnya.

ok,lepas ini aku akan lebih berhati-hati dengan kau. dulu aku rasakan aku boleh ngam dengan kau sebab kau datang dari tempat yang sama aku tinggal. tapi bila aku tahu kau mempersoalkan tujuan aku datang situ untuk mencari rezeki, aku dah rasa sentap. kenapa baru sekarang nak pertikaikan. aku kecik hati. ikhlas aku cakap, ak datang kerja sebab nak cari duit.

notadiriyangkecilhati: penghujung tahun yang tak awesome disebabkan kau.

Wednesday 26 December 2012

hilang.pergi.datang balik

assalamualaikum..

mari,mari,datang sini wahai mood untuk belajar.Tinggal lagi berapa jam jer nie. Kalau nak ikutkan, aku nie berbual je lebih. aku nak balik UTM awal sebab nanti boleh belajar. duduk rumah memang tinggal harapan lah dekat rumah. Kalau dah namanya study atas meja, tapi mata masih tengok ke arah tb. tak ke namanya nafsu nak tengok tb lagi tinggi dari nafsu nak belajar. haish.

sebelum nak kembalikan mood belajar, aku berblog jap. hah! ini lagi satu, nafsu nak melayari internet.haha.

notabawah: berblog sambil dengar radio Sinar pagi-pagi nie. klasik kauu..LOL!

Friday 21 December 2012

Story of last week...

assalamualaikum..

Pejam celik pejam celik..dah seminggu tarikh lahir aku meninggalkan aku..My date of birth is 14DIS. Same with Micheal Owen.wahahaha.

ya.ape yang aku harapkan sekarang ialah moga dipanjangkan lagi umur aku.dimurahkan rezeki.dan di tetapkan imanku.

tahun nie ramai yang tak wish birthday aku. mungkin sebab tahun nie juga ramai birthday rakan aku, aku tak wish.haha. tak mengapa,tidak mengharapkan apa-apa,cuma mahu kalian semua mendoakan kesejahteraan aku.

tetapi tahun ni punya birthday,ramai pulak berpakat belanja makan dan prank aku pulak kan. tak lain tak bukan adalah rakan-rakan tempat aku wat part-time work. On the day of my birthday, about 10 people are gathered in Pizza Hut (during lunch hour) untuk belanja aku makan.Ok, datang kat situ macam rasa nak menangis,seriusss aku terharu. They not only ordered pizza, tapi order jugak set nasi sebab mereka tahu aku 'budak nasi'. LOL! Mereke kenekan aku dengan cara suruh aku abiskan nasi, bubur, pizza. Oh mak,gilo namonyo tue. Semestinyalah aku tak dapat habiskan kan. Nasib baik mereka bijak,bungkus dan bagi budak pejabat yang lain.whahahaha.

I was like, 'eh, thank you korang belanja makan'. Tetapi rupanya, after a week. depa pakat prank baling guna tepung dekat aku after waktu kerja (around.5.15 p.m). Peh! I was like 'eh, thank you korang sebab baling tepung dekat aku!'..ahahaha. Tapi itu semua diantara kenangan manis, Ya, aku takkan lupakan hari itu.

Malam pun dah berganti siang. Semalam yang hujan kini tidak hujan lagi kerana I now in Kuala Lipis,Pahang.Take train (KTM) from Segamat with my dad n my ibu. Untuk kali keberapa naik KTM setelah sekian lama tak naik  train since dah fully pindah Malaysia  time I was 4 years old.

OK,itu saje. da~


Saturday 8 December 2012

umur hanya angka

assalamualaikum..

kadang-kadang. aku percaya, umur memang takkan mampu menggambarkan perangai kita. contohnya,nama je dah 22 tahun, tapi perangai macam budak-budak. Nama je dah 22 tahun, tapi still nak bermanja dengan keluarga. erm, nama je 22 tahun. tapi masih baca bahan yang tak setaraf dengan umur.

macam dekat bawah nie, nama je dah 22 tahun, tapi masih....

baca komik..
komik conan pulak tue..
nasib baik tak baca komik doremon..


shame on you lina..(-____-")

notawawahsekali: tapi aku masih percaya, ada sisi kematangan dalam diri aku..eceh!!  (statement mintak buku lima..LOL!)

Tuesday 4 December 2012

sigh (-___-)

assalamualaikum..

huuuuuu..
aku tak pernah rasa tahap kemalasan seperti ini..
kenapalah sem ini aku rasa diri 'rajin' dalam serba-serbi..

nak berfikiran kritis memang tak lah kan..

perlu ubah ye!

notabawahsekali: 3 weeks more (including this week) to work harder before come to the toughest things ever which is examination..silent mode (-___-")