UP TRAFFIC

Monday 30 January 2012

12.40 malam

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

dah 12.40..
aku nak tidur..
tapi dari tadi bunyi firework tah henti-henti..

aku nak tidur weyh!
tolonglah!


Sunday 29 January 2012

2KM for 3000 calories burn?

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

pagi nie..
akhirnya..
bergerak jugak otot-otot setelah hampir sebulan lebih do heavy exercise..

pagi tadi, aku dan ayah cycling..
i think almost to 2.5KM..
not sure about it..
tak bawak pulak aku pembaris masa cycling..hehe

yang tercabarnya..
ayah aku boleh pulak cycling lalu bypass(like highway) cuma satu highway tue dibahagi dengan 8 traffic light(i think so)..
tak macam angin lintang pukang mengiringi pulakkan..haha

berbasikalkan basikal yang agak lembik tayarnya mendorong aku untuk cakap dengan ayah aku

aku: ayah, basikal nie lembikla..(-__-)

ayah: ayah dah pam tadi..

memang aku nampak ayah aku dah pam..
tapi macam tak pam..
sengaja atau bagaimana (?) haha

tak kisah pun..
at least, berpeluh jugak untuk minggu nie..=)


Saturday 28 January 2012

18/2-PART 1

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

empat hari lepas..
aku pergi JPN-Jabatan Pendaftaran Negara..

nak buat IC baru..
sebab dari darjah 6 tidak tukar kan..
sebab ingat nak perbaharui IC masa lepas SPM..
sebab ingat nak extend sikitlah, perbaharui masa umur 21 tahun..
eh, banyak pulak sebab (-__-")

disebabkan 14/12 lepas aku dah sampai umur 21 tahun..
itu yang pergi JPN nak buat IC baru..hihi

sampai di sana
aku hulur IC..

akak: awak nak renew IC ke? 18/2 nie IC baru dan baik punya(tipu) baru boleh start buat

aku: owh, maknanya kalau saya nak renew 18/2 nanti boleh lah eh, tak payah renew sekarang?

akak: haah, boleh.

aku: ok kak..(senyum)

aduss..
tak boleh renew lagi..
tapi bila fikir balik..
nasib baik aku tak renew time umur 18 tahun dulu..
kalau tak kene renew lagi sekali..LOL!

tapi, kalau kawan aku ada kata "eh lina, muke kau dalam IC comellah"
ok diam..
aku tahu, muka dalam IC masa umur 12 tahun masih hingusan..

hahahaha.


ASLINER: 18/2/2012 nie da boleh mohon IC yang baru tue..jangan lupe ye! (^_^)

p/s: 1/1/2012 hanya valid dekat Putrajaya je.

Thursday 26 January 2012

lada membawa pijau

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

tajuk post kali ini macam tak kene pulak..
nak nak perkataan 'membawa' tue..haha!

tadi tengahari..
aku nak masak..
dan berniat untuk guna lada merah dan lada hijau untuk di penyek lenyekkan dengan menggunakan batu lesung..

lepas tue..
basuh lada..
potong-potong basuh lagi..
tangan kene air lagi..
kau main-main lada dengan air..
tak macam kene pijau pulak tangannya nanti..

*pijau bermaksud tangan kau panas

dah asyik potong berulamkan air..
tiba-tiba aku teringat petua orang-orang tua dulu..

"kalau taknak tangan pijau masa potong lada, kita kene cakap 'aku pinam tangan kau ye nak potong lada nie"

uish..
macam seram je petua tue kan..
nak tak nak, aku try jugaklah..

aku: aku pinjam tangan ye nak potong lada nie..

ya, alhamdulillah tangan aku tak pijau walaupun bermain-main lada dengan air..
kebetulan barangkali, waallahualam..
aku tak tahu pulak tangan sapa yang pijau kalau tangan aku tak pijau..LOL!

ok, pastu hidung aku start sot..sot..
dengan berbekalkan tangan yang ada, aku hembuslah kan..

berkali-kali jugak aku buat..
tepi lepas tue hidung aku start panas..
pijau barangkali sebab guna tangan yang aku bermain-main ngan lada..

dalam hati aku cakap..
ala, asal aku tak cakap "pijam hidung ye, aku nak hembus guna tangan yang potong lada nie"
aduhai~


Wednesday 25 January 2012

malam-malam

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

tadi, ayah aku kata..

ayah: lina, keluarkan baju..ayah nak sidai?

*kebingungan*

ayah: ayah nak pergi tengok reban ayam kejap, lepas tue nak sidai baju. Nanti takdelah kelam kabut pagi-pagi.

*aku diam, tanda memahami*

ayah nak keluar gi belakang rumah nak tengok reban ayam..
aku apa lagi, ambik peluang itu untuk bermanja-manja dengan kucing dekat luar..
play with mummy and the babies..hik3
kononnya mahu temankan ayah sidai baju malam-malam (ceh lina!)

sedang syok aku main dengan kucing..
ayah aku datang..

ayah: na, tolong suluh ayam kat atas pokok..ayah nak tangkap nak masukkan ayam bEtina tue dalam reban.

*huh? ok, terkejut*

layankan..
tapi masa tue mulut aku dah terkumat-kamit baca ayat kursi..
lampu suluh yang aku pegang pun aku pegang dengan hati-hati..
takut aku suluh bende yang tak patut..haha!
(ceh lina, cabul betul mulut kau!)

but at last, ayah aku dapat tangkap lah ayam tue..
dengan berbantu kan 'tetangga' yang di pegang molek oleh aku..
akhirnya dapat jugak tangkap si bEtina tue..haha.


tamat~

Saturday 21 January 2012

rain..rain..

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

akhir-akhir bulan 12..
bumi Malaysia sudah reda dengan hujan lebat..

erk, bumi Malaysia?
Johor je kot barangkali ..hehe

tetapi..
bulan satu nie..
hujan kembali menyinggah..
hujan rahmat..

tempat korang hujan tak?

p/s: aku tengok berita semalam, orang cina percaya tahun naga bawa hujan..kebetulan dengan cuaca sekarang yang kerap kali hujan..=)


Wednesday 18 January 2012

hey..hey!

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

selamat sejahtera..
selamat 1 Malaysia..
ececeh..=)

hey..hey..
wa dah habis jawap exam..
dah habis jawab exam macam dah habis buat thesis kan? haha

sangat-sangat-sangat gumbira semalam dah habis segalanya untuk sem ini..hihi
tetapi tidak boleh suka sangat..
kene berhati-hati keadaan result aku jugak! (-___-)

berusaha sudah..
tawakal sudah..
tinggal nak tunggu redha dan bersyukur je..
hope, everything's fine..
ya, really hope for that!

guys, please pray for my success..=)

tamat~

p/s: esok naik bas sorang-sorang weyh, ada sesiapa yang nak temankan aku balik? hehe

Tuesday 10 January 2012

kau mendengar, sebenarnya kau tidak memahami

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

minggu lepas...
sedang aku duduk baca buku Kaunseling di Tempat Kerja..
sekali lalu aku baca kemahiran mendengar..



fakta, persekitaran kita penuh dengan maklumat, perbualan, interaksi sesama dan kebisingan. Menurut kajian, hanya 25% sahaja daripada segala bunyi yang didengar melalui pendengaran di daftarkan masuk dalam diri masing-masing

Maksud ayat di atas ialah, manusia sebenarnya tidak memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pendengaran!

Manusia yang normal menggunakan hampir keseluruhan masanya untuk mendengar berbanding melihat atau berfikir.

TETAPI, terdapat perbezaan antara mendengar dan pendengaran..
PENDENGARAN lebih kepada istilah mengingati apa yang telah di dengari TANPA memperoleh dan memahami maklumat yang di sampaikan.

Contoh. Awak boleh mengulangi kata-kata yang di sampaikan oleh saya berulang-ulang kali apabila di minta berbuat demikian. Tetapi bukan bermaksud awak boleh memahami maksud setiap perkataan yang saya katakan tadi. Awak gagal sebenarnya, kerana melalui PENDENGARAN, awak hanya boleh mengingatinya sahaja tanpa memahami maksudnya.

itu sahaja faktanya..

ASLINER: lepas nie, tanya balik pada rakan kalian semula mengenai apa yang telah kalian katakan, kerana khuatir mereka gagal memahami maksud anda kerana mereka hanya mendengar sambil mengingati TANPA memahaminya! haha

Saturday 7 January 2012

NO JUDGE ANYMORE!

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

aku rasa terpanggil..
eh, bukan..
aku rasa aku ada hak untuk bersuara..

melihatkan orang sekarang cepat sangat judge orang..
aku rasa ia sesuatu yang tidak perlu dan tidak haruslah dilakukan oleh insan yang bernama manusia..

kalau tanya cerita hangat sekarang nie..
paham-paham jelah..

aku just tidak paham kenapa segelintir orang..
atau manusia-manusia yang minor kuantitinya suka mencari keburukan orang..
maksud aku..
keburukan orang tuelah yang dinampak walaupun ia hanya sebesar biji sawi..
kebaikan orang tak mahu pulak cerita..

yang buruk, busuk dan tak berapa nak sedap itulah yang nak di bangkitkan..
kenape ye?

hidup sebagai manusia yang dikelilingi dengan manusia-manusia yang lain..
haruslah hidup dalam keadaan tidak iri hati atau dengki atau cuba mengaibkan orang..

guys..
tolonglah..
aku kesiankan mereka..

kan lebih baik jika kita mendoakan yang terbaik..
dan semoga dia berubah mengikut jalan yang benar..

ya..
hanya itu yang terbaik..
stop talking bad things about people..
bersangka baik itu perlu..

end of story~


ASLINER: what happen to homo sapiens nowadays? (-___-)

p/s: peringatan untuk sendiri dan juga rakan-rakan lain.

Thursday 5 January 2012

Hari Jumaat

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

sampai juga hari Jumaat-penghulu segala hari..

beli barang di kedai Pak Saat
proton saga adalah kereta nasional
semalam Khamis, hari ini pulak hari Jumaat
hari ini hari exam untuk etika profesional

Georgetown terletak di Pulau Pinang
pergi sauna sampai berwap-wap
diharapkan jangan gelabah tetapi bertenang
doakan kami semoga boleh menjawab

hihi..
mood berpantun sudah tiba..=)


ASLINER: blues..blues..(-__-)