UP TRAFFIC

Friday 30 September 2011

nikmati kesihatan yang baik itu peluang kita

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

contoh perbualan:

SITUASI 1: "eh, kau dah kurus pun nak berjogging lagi ke?

SITUASI 2: "aik, amy kan dah kurus, itu pun nak jogging lagi ke petang-petang?" kata si ayah kepada anaknya ipah mengenai amy yang merupakan kawan anaknya.

ok..
enough..
kurus belum tentu sihat..

mungkin secara luaran kita kelihatan sempurna..
mungkin juga hakikatnya dalaman kita tidak begitu sihat..

2 senaman untuk dapat tubuh badan yang sihat dan punya kecantikan dalaman..

1) melakukan senaman setiap hari untuk mendapat tubuh badan yang sihat

2) makan makanan yang berbentuk santapan rohani untuk 'kecantikan dalaman' yang seterusnya boleh menyihatkan tubuh kerana dalaman badan yang tenang



ASLINER: dah lama tidak mengaktifkan badan..(-___-)

notabawah: sungguh, nota ini untuk diri sendiri..(T_T)

nota: pict dari google~


Wednesday 28 September 2011

wordless wednesday @ 5- cermin diri sendiri dahulu

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..



nota: hasil tangkapan sendiri menggunakan DSLR nikon KAWAN PUNYA..keh3

Saturday 24 September 2011

'rakan' saya datang menguji saya..

bsimillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

peringatan: sungguh tak tipu, entri ini panjang..(^_^)


betul, betul dan betul..
setiap ape yang kami rancang tidak semestinya dapat kami laksanakan..


sungguh..
semalam kami menghadapi ujian yang getir..
memulakan perjalanan keluar UTM seawal jam 7.30 pagi..
betul, menyewa kereta untuk membuat tugasan luar..
destinasi yang pertama menuju ke sebuah sekolah di daerah Skudai..
seperti yang telah di janjikan dan dipersetujui..
kami akan menemui Pengetua sekolah tersebut..





pergi dengan mendapat tunjuk ajar dari seorang rakan kelas berbangsa Cina..
dengan 'kondifent' dapat carilah sekolah tue..
tapi last2 sesat hoy..
itulah UJIAN GETIR kami yang PERTAMA..


sampai dekat sekolah tue pun dalam pukul 8.30..
sampai2, pengetua suda tiada dalam biliknya..
kata orang pejabat, dia ada meeting..
dan biasanya tidak akan naik ke pejabat semula..
kerana selepas mesyuarat dia ada kursus pulak..


ok, muke kami dah kelihatan agak kelat...
sebab kami sebenarnya sudah buat temujanji..
dan dia membenarkan kami untuk datang..
bersangka baik: "mungkin dia terlupe bahawa dia ada mesyuarat sebelum kene hadir ke kursus"
ya, itu UJIAN GETIR kami yang KEDUA..

hasilnya..

ketat je mukanya..(-___-)




petang tue..
masih menyewa kereta yang sama..
cadangnya untuk pergi ke JUSCO..
untuk membeli sedikit barang keperluan..
dan mengikut plan, kami ingin keluar pukul 5petang..
tetapi hakikatnya pukul 6.30petang baru dapat pegang stereng kereta..


masa ambil kereta..
terasa ade bau hangit..
sangka baik: "erm, mungkin kejap je kot bau hangitnya"
lepas nie dah tak bau hangit kot..


sesampai ke JUSCO..
dah pukul 7malam..
memandangkan lagi beberapa minit sahaja untuk masuk waktu maghrib..
jadi, decide untuk terus solat maghrib..
ok, agak penuh di situ..
mungkin ada yang baru nak solat asar..kot..wallahualam~


jadi kami decide untuk pergi stesen petronan yang berdekatan..
untuk tumpang solat..
ya, dari situ..
kami lihat sudah mula berasap bumper depan..
hangit sudah mula menyinggah hidung kami..


jumpa Petronas..
kami buka bumper depan..
berasap satu kereta..
enjin panas..
kipas sudah tidak berfungsi..
air sudah kering sungguh..
ya, UJIAN GETIR kami yang KETIGA
jawapannya: tunggu enjin kereta sejuk, baru masukkan air..


kebetulan malam tue kami ada open house..
jadi kami bergerak kesana terus sesudah masukkan air dalam tempat letak air tue..
ketika hampir sampai ke rumah teman..
ya, bumper mula berasap kembali..
sebabnya: isi air mineral ketika enjin kereta tidak sejuk betul2..
hasilnya: kereta seperti teratai layu di tasik madu
ya, menyinggah kembali UJIAN GETIR yang KEEMPAT..





mujur ayah teman kami datang kepada kami..
dan kebetulan seorang uncle berbangsa India datang untuk menghulurkan bantuan..

Alhamdulillah..
semua settle..
kami menjamu selera..
alhamdulillah kenyang..(^_^)


end of story~


ASLINER: kami hanya mampu bersabar (-____-). Dan sebenarnya ada hikmah disebaliknya, kerana kami sudah tahu selok belok enjin, air kereta dan sebagainya..=)


p/s: rupenya sebelum sewa kereta pukul 5petang(walupun dapat dalam pukul 6.30petang), kami dapat tahu bahawa orang yang menyewa sebelum kami telah bertindak membawa kereta sampai keMuar. "dah tahu nak bawak jauh keretanya, bukan nak check kuantiti air mahupun minyak hitam" (-_______-)

Friday 23 September 2011

Solat sumber utama kepada kecergasan diri

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

Nabi berkata..
"Amalan yang lebih mulia daripada bumi dan seisinya adalah BERZIKIR sesudah solat Subuh hingga terbit matahari"

Bangun dan mengerjakan solat Subuh dapat mencegah serangan angin ahmar dan serangan jantung.
Ini kerana gerakan dalam solat meningkatkan kadar nitrus oxide iaitu gas yang memastikan kekenyalan pembuluh darah.
Gerakan dalam solat yang sistematik dan dilakukan selepas enam hingga tujuh jam dalam posisi tidur juga dapat membantu melancarkan pengaliran darah.

sumber: 365 TIPS SIHAT GAYA RASULULLAH S.A.W


notauntukdirisendiri: Solat subuh memang cabaran besar buat diri sendiri. Jika senang hati untuk bangun, itu tandanya dosa kita diampunkan oleh Allah. Jika liat untuk bangun solat Subuh, itu tandanya meringankan dosa kita. Tetapi jika tidak bangun langsung untuk menunaikan solat Subuh, maknanya dosa diri kita sendiri terlalu beban untuk kita pikul. Nauzubillah.


Wednesday 21 September 2011

jamuan raya UTM

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

ok..
semalam dah describe mengenai jamuan raya..
hari ini nak masukkan serba sedikit gambar..


mereka masih mampu tersenyum untuk menunggu makanan..hehe


ya, memang kerja mereka untuk senyum..=)


eh, masih senyum..(^_^")


diantara gerai-gerai yang terlibat..
yang bermula dari sebelah kiri anda, adalah gerai sediakan sup+roti..
tengah-tengah gerai air..
yang sebelah kanan adalah gerai nasi minyak..kot..



eh, nie nasi minyak ke? (-___-")



maaflah, gambar terbalik..
lemang nie memang berlemak sungguh..
saya makan 5 ketul lemang..
itu pun dah mula rasa muak dan juga kenyang..
rendang nya sedap..
cuma agak kemasinan..



inilah makanan kami..
lihat, dekat atas tar kan?
sebab kerusi kami 'dicuri' ketika sedang asyik mengambil makanan..(-___-)


itu sahaja gambarnya..=)


ASLINER KATE: sekarang nie ada pesta konvo dekat UTM, "melayang, duit melayang" (^_^")

Tuesday 20 September 2011

sini sana makan

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

semalam..
UTM ada sediakan 7000 makanan untuk 'penduduk' UTM..
kiranya 'rumah' terbuka UTM..

bila dengar khabar tue..
eh, bestnya..
kene pergi nie..

ada juga yang kebetulan nak puasa hari semalam pun..
tangguhkan niatnya..
kerana mahu meraikan majlisnya..
erk betul ke? hehe

takpelah..
peluang makan free nie tak selalu datang..
kebetulan kami semua dalam sesi berjimat..
jadi kami ambil juga peluang nie..(^_^")

banyak juga makanan yang di provide..
sungguh!
bergerai-gerai..
gerai sana laksa penang..
gerai sebelahnya air..
gerai sini pulak ada lemang dengan rendang..

part yang kelakarnya..
selepas abes TNC berucap,
kami lihat yang lain dah serbu gerai makanan..
kami ape lagi..
faham2 lah..hehe

sedangkan sebenarnya majlis menjemput untuk menjamu selera belum lagi kedengaran..
sebab selepas ucapan TNC ada persembahan marhaban..
tapi kami daahhhhhhh....(^_^)

sungguh..
banyak makanannya..
mau tak TERgoncang pintu nafsu makan makanan kami..LOL!

insyaAllah esok kalau masih ada kesempatan..
akan diletakkan sedikit gambar yang berkaitan..

ok, itu sahaja..(^_^)


ASLINER KATE: alhamdulillah kenyang semalam..=)

notabawahsekali: eh, hari nie tak mahu buat wordless wednesday..^^


Friday 16 September 2011

PART 2 : TIPS kenali 'aku' dalam dunia blogging

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

ok, sambung part 2..
entri ringkas sahaja..
namun bersifat jujur..

jom kenali tanda-tanda 'aku' sudah suka jatuh cinta sama blog itu..
ada beberapa tanda:

Kalau 'aku' selalu je datang menyibuk bagi komen kat blog korang..
itu tandanya 'aku' suka baca blog korang..

Kalau 'aku' selalu drop comment dekat blog korang..
tetapi tiba-tiba tiada komen dari 'aku' sehari+2hari+3hari..
itu tandanya 'aku' masih belum berkesempatan melayari internet lagi..
atau masih tidak berkesempatan untuk BW..

kalau komen yang ditinggalkan seciput..
itu maknanya ada 2 tanda..
berkemungkinan entri yang di baca agak panjang..
dan penyakit M mula melanda diri..
dan juga berkemungkinan sebab diri tidak tahu nak komen apa..
tetapi 'aku' masih jujur dalam memberikan setiap komen..

kalau komen yang ditinggalkan agak panjang..
itu tanda i like dengan entri yang sedang di baca..
sebab itu maklum balas yang di beri adalah positif..(^_^)

ak, itu sahaja..
happy blogging! =)

ASLINER KATE: lepas nie jangan pulak condemn blog nie tau..hehe (^_^")

notabawahsekali: ahai, cakap kurang suka baca blog tulis berjela-jela. tapi blog sendiri agak berjela-jela..haish (-__-")


Monday 12 September 2011

PART 1 : TIPS kenali 'aku' dalam dunia blogging

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

maaflah ye..
dekat sini pakai wifi je..
jadi paham2 lah..(-__-)

berbalik pada tajuk diatas..
WOW!
macamlah 'aku' nie fofular sangat sampai nak buat tips kenali diri..haha

cuma ada basic things untuk korang semua kenali 'aku' dalam berblogging nie..
bukan apa..
hanya sedikit tips untuk blogger2 yang singgah sini..
tidak kiralah usia berbloggingnya muda ke..
usia berbloggingnya dah berumur ke..
usia berbloggingnya pertengahan..

mungkin, entri ini bertepatan dengan blogger-blogger yang sedang mencari follower dalam arena blogging..(^_^)
nak kenal pemilik blog ini bacalah tips kenali 'aku' nie..hehe

'aku' suka baca blog yang MENARIK..
tidak kiralah entrinya mengetengahkan isu-isu semasa, peribadi, bukan peribadi..
asalkan bahasanya elok..
ayatnya menarik..
background + header yang menawan..
punya unsur-unsur kiasan yang menarik dalam menyampaikan apa yang nak disampaikan..
SURE 'aku' follow blog tue!

'aku' suka baca blog yang TIDAK BERAT..
dalam erti kata lain..
dalam blog korang tiada beban yang boleh menjurus ke arah kelambatan loading ke blog korang..
kalau loading pun macam orang sakit sedang berjalan..
loadingnya pun macam hidup segan mati pun tak mahu..
SURE 'aku' bersedia untuk angkat kaki..

'aku' suka baca blog yang BANYAK GAMBAR..
di specifickan lagi, gambar macam korang adakan gathering ke..
gambar reunion ke..
tetapi gambar yang berpatutan..
sesuai dengan cara hidup kita sebagai seorang Islam..
dan mungkin bukan gambar tangkap lentok sorang-sorang kot..
kerana 'aku' tahu..
betapa penatnya kalau nak baca blog yang banyak tulisan yang berjela-jela...
banyak gambar, dan kena dengan syaratnya..
SURE 'aku' follow blog tue!

'aku' suka baca blog yang ADA WAJAH ISLAMIK..
tetapi punya entri yang ringkas..
biar ringkas tetapi padat dengan kata-kata nasihat..
paling koman pun diakhirnya ada ayat-ayat yang mungkin buat kita TERsentak untuk mencari kebaikan demi meraih keredhaanNya..
i like!
SURE aku follow blog tue!

oh, mungkin itu sahaja dulu kot setakat ini..
esok sambung part 2..
tapi tanda-tanda..........................................................................
tunggu esok..(^_^)

notabawaksekali: eh, blog nie berat tak? (-___-")


Saturday 10 September 2011

promosi ruang bilik

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

dah balik UTM weyh!

jejak je kaki ke dalam bilik nie..

'aku' kata WOW!
promosi 10 ke nie?

eh, tak..
'aku' hanya lihat..
ada..

meja baru..
katil baru..
locker baru..

and they all are in pink colour..
Choyyyy!
takde colour warna merah ke? haha

disebabkan sekarang kolej 'aku' diami nie telah menetapkan setiap pelajar dapat satu bilik seorang bermula sesi nie..
makanya di dalam bilik 'aku' ada 4 plug..
jadi tak payah bawak extension..
senang hati!

tapi sewa bilik naik lah..(-___-")

ASLINER KATE: 'aku' tengok depan pink, tengok kiri pink, tengok kanan pink, nasib baik tengok belah kiri ada warna oren..(^_^)

notabawahsekali: maaflah, gambar tidak pula dapat disertakan disebabkan beberapa alasan..hehe


Thursday 8 September 2011

otak jadi lembap

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

esok dah gerak ke Johor bahru..
nak beraya ke sana dulu..
lepas tue dah tiba masa untuk balik UTM..

3/4 hati kata cepatlah balik UTM..
tak sabar nak menempuh cabaran baru..(chewah!)

sebab selama 4 bulan duduk mencutikan diri..
saya rasa perkembangan otak makin slow..
sungguh, tak tipu punya!

bayangkan..
masa dekat tempat kerja dulu..
kadang-kadang bos kene terang kat saya 2-3 kali arahannya..
mula-mula bagi arahan macam biasa..
2nd time, bos elaborate sikit..
3rd time, bos elaborate lebih lebih banyak sikit...haha

bukan bermaksud ingin menyusahkan..
tapi saya benar-benar LAMPI disitu ye..
bayangkan, impact 4 bulan cuti tanpa buka buku..LOL!

tapi perasaan hati yang berbaki tue macam malas pulak nak balik..
sebab malas nak kemas barang...hehe

apepun, doakan perjalanan kami selamat..
maka dengan ini, mungkin blog ini bercuti untuk 2 hari..(-___-)

monolog: hancur harapan nak update setiap hari..wakaka

ASLINER KATE: saya tengok banyak barang yang kene bawak balik UTM result dari packing2 beg tadi..dah macam freshie yang baru nak daftar UTM pulak..(-____________-")




Wednesday 7 September 2011

Belanja kahwin

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

semalam petang berbual-bual ada isi(bukan kosong) dengan ibu..
kedengarannya begini..

Asliner: Ibu, duit nie lina nak masuk bank tau. Nak kumpul duit buat belanja kahwin.

Ibu: ala..geli Ibu dengarlah.

Asliner: eh, nape pulak geli bu (saja buat-buat bertanya)

Ibu: ala na, tak payahlah fikir nak kahwin2 nie dulu. Belajar dulu. Lina belajar tinggi-tinggi. Nanti bila dah pegang duit sendiri. Baru boleh bina keluarga.(nada nasihat) Diri sendiri masih keluarga tanggung, boleh fikir nak kahwin pulak.

Asliner: Ibu nie, Lina main-main jer tadi. Duit tadi nak simpan untuk masa depan. Baru Lina tahu sekarang nie memang susah nak cari duit. (-___-")

Ibu: Hah, tau pun. Ingat senang nak cari duit. Dulu, masa zaman lina, balong, bangah dan shima kecik, dalam bank Ibu paling 'koman' pun ada RM30*** dalam bank. Tapi sekarang nie, susah nak simpan duit.

Bila fikir balik, betul lah..
Dulu kecik-kecik Ibu hantar anak sekolah dan sediakan untuk keperluan anak-anak je..
Tapi bila kami dah besar memang belanja besar..
Kami adik-beradik semuanya blajar lagi..

Sungguh 'aku' kata..
remaja sekarang(termasuk 'aku')..
bila dapat duit gaji(kerja sementara) tue..
esok dah fikir nak beli apa ek..

nak dapat duit memang senang..
korang keje ape pun dapat duit kan?..
tapi nak SIMPAN duit..
alahai..susah!

erm..
'aku' cakap berdasarkan pengalaman aku lah..

mungkin korang semua berbeza pendapat dengan aku..
marilah share! (^_^)

ASLINER KATE: Melayari bahtera perkahwinan bukan semudah yang kita sangka. Ia datang dengan tanggungjawab.

notabawahsekali: aik, cakap macam dah kahwin pulak..choi! (^_^")

notalagibawah: Maaflah, tak sempat nk BW. Ada kerja yang perlu disettelkan. Kalau dah siap nanti, asliner datang jengah ke blog korang ye..=)



Tuesday 6 September 2011

layankan je..

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

walaupun musim perayaan tahun nie tidak berapa nak meriah..
tapi 'aku' rasa drama atau filem2 yang ditayangkan boleh tahanlah..

walaupun some of the movie pernah tengok..
diri dah kata layan kan..
nak buat macam mana..haha

lagi-lagi tengah cuti 2 minggu untuk musim perayaan nie..
mau nya tak terlentang duduk depan tv..

kalau ada mood..
letak kerepek kat sebelah..
kalau rasa nak rehat..
rehat sebentar bersama kit kat...
eh, rehat sebentar bersama kerepek bawang..(^_^")

tapi tabiat makan macam nie jangan di amalkan selalu..
tidak elok untuk kesihatan..(-__-)

kalau nak sangat makan depan tv..
apa kata makan secawan oat depan tv..
terBAEK!



sekian~


ASLINER KATE:
suke layan cite DIE HARD..memang die hard fan movie aksi. Walaupun ibu kata, cite tipu nie pun lina suka tengok, tapi hati kata layankan jer..(^_^)

notabawahsekali: esok ada 2 appointment dengan doc..(-___-)


Monday 5 September 2011

persiapkan diri..

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

maaflah..
saya tiada gambar raya untuk dikongsikan..
jadi hanya cerita yang boleh dikongsikan..hehe

semalam petang..
adik meninggalkan rumah untuk pulang ke UiTM..

malam semalam..
abang yang kedua pula meninggalkan rumah untuk pulang ke UTHM..

petang tadi..
abang yang pertama pula meninggalkan rumah untuk pulang ke shah alam..
untuk menyambung kembali praktikalnya di PNB..

petang tadi pulak yang rasa sebak..
keluar air mata kejap..
choyyy..!

tak tahulah sedih sebab apa..
sedih sebab ramai dah meninggalkan rumah..
dan masih saya seorang yang tidak keluar dari rumah sejak cuti 4 bulan..
lama betul pihak Universiti bagi cuti..(-___-")

atau..
ada sebab lain yang membuatkan saya rasa sebak?

kalau lihat keadaan sekarang..
lebih-lebih lagi dalam musim perayaan nie(mungkin kebetulan)..
ramai pula sahabat kita yang seIslam pergi meninggalkan kita untuk menghadap Illahi..

"ya Allah, selamatkanlah kami dalam perliharaanMu"

sebak lihat keluarga yang menghadapi kematian ahli keluarganya..
esok lusa mungkin keluarga kita pula..

"Rasulullah S.A.W said, an intelligent person is one who is constantly thinking about and preparing for death"


BICARA SYE: Mari sedekahkan al-fatihah buat mereka yang telah tiada. Moga di tempatkan disamping orang-orang yang beriman. InsyaAllah.


Sunday 4 September 2011

'aku' bersyukur..

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

raye ke-5..
'aku' dan kawan-kawan..
berlari-lari(tipu) untuk pergi beraya ke rumah cikgu2 sekolah rendah kami..
bagi kami..
"dulu dia cikgu kami, sekarang pun cikgu kami"-bahasa senang

sampai sahaja dekat satu rumah cikgu nie..

cikgu: "sape nie" (lihat anak muridnya datang dari jarak jauh)

anak-anak muridnya hanya mampu melemparkan senyuman dari jauh..

cikgu: owh haslina...

aku(haslina): eh, cikgu kenal saya?

cikgu: kenal(sambil tersenyum)

nampak benar 'aku' anak murid yang baik, sebab cikgu yang dah bertahun-tahun tak mengajar aku, masih mengingati 'aku'...hehe

astagfirullah, kufur nikmat pulak..(-___-)

hanya mampu aku katakan alhamdulillah kerana cikgu masih mengingati 'aku'..^,^

sekian~

BICARA SYE: Tahun raya penuh sederhana. Takziah buat keluarga arwah Noramfaizul Mohd Nor(jurukamera BERNAMA TV). Al-fatihah.


Thursday 1 September 2011

Teman kemanisan dan juga kepahitan

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

kira genap seminggu kot tak buka laptop..
malas yang teramat..
kerana saat ini hanya untuk luangkan masa bersama-sama keluarga..
ui, kalau keluarga dengar nie memang berbunga-bunga sakura agaknya..ahaha

ok..
berbalik pada tajuk diatas..
saja nak senaraikan makanan-makanan yang kita rasa sedap gilos..
orang kata tue nikmat duniawi..
sampai TERmakan sekali dah rasa nak makan untuk seminggu(hyperbola)

entri ini untuk bikin kita semua takut+gerun+dan mungkin kecewa..
  1. SEPINGGAN NASI BERIANI - 448 KALORI
  2. 10 CUCUK SATE - 360 KALORI
  3. SEPOTONG DODOL - 217 KALORI
  4. SEKETUL RENDANG AYAM - 217 KALORI
  5. SEKEPING KEK BIASA - 161 KALORI
  6. 1/2 CAWAN KUAH KACANG - 129 KALORI
  7. SEKEPING REMPEYEK - 90 KALORI
  8. SEBUNGKUS KETUPAT NASI - 92 KALORI
  9. SEBIJI TART - 46 KALORI
  10. SEGELAS SIRAP BANDUNG - 63 KALORI
SUMBER: BERITA HARIAN 2006


dalam senarai-senarai diatas tue..
'aku' TERlayan rendang ayam(juadah raya dekat rumah orang)..

kek biasa memang 'aku' dah TERlantak banyaklah..
walaupun aku sedang BERPANTANG MAUT dengan makanan yang berasaskan coklat..
tapi hati 'aku' tetap kat "layankan je!"

nasib baik aku memang tak layan rempeyek..
sebab kacang memang musuh utamaku
kulit sensitif dengan benda-benda yang berminyak..

'aku' dah TERbantai ketupat(juadah raya rumah orang)..
lagikan rendang ayam kan? (-___-)

kuih tart memang tidak boleh bikin 'aku' STOP..
sebab diri adalah peminat kipas susah mati dengan kuih tart..
tak kiralah tat pai ke..
tat nona ke..
tat buah ke..
tat blueberry ke..
hati 'aku' kata layan je..senyap~

dalam perkiraan kasar 'aku'..
'aku' rasa aku dan telan sebanyak hampir 10K kalori kot..
sebab 'aku' TERbantai dalam 20 ketul rendang ayam(tak termasuk daging)..
mungkin 25 potong kek biasa..
kuih tat jangan di cakap..
memang dah berpuluh-puluh 'aku' TERbantai..
sama ada sebelum puasa mahupun sedang raya..

sigh (-____-")

tamat~

BICARA SYE: SALAM LEBARAN BUAT SAHABA-SAHABAT SEMUA..MAAF ZAHIR DAN BATIN..dan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE- 54..(^_^)

notabawahsekali: raikan raya kita dalam keadaan sederhana je ok..tidak mahu membazir ^,^

notalagibawah: jaga diri, jaga perlakuan, jaga kesihatan. Kene start jog nie..hehe (^_^)