UP TRAFFIC

Thursday 29 December 2011

aku suke pengakhirannya..=)

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

aku suke ending drama Tentang Dhia..
dua-dua mati..
at least Zikir tak kene kahwin dengan si Tasya tue(maaf, aku tak ingat nama dia dalam drama nie)

p/s: mesti ada yang menangis tonton drama nie..kan..kan..kan? hik3


Wednesday 28 December 2011

tipikal senario dalam drama melayu

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

sape tidak tonton drama Tentang Dhia..
angkat kaki! haha

ok..
aku rasa, drama nie dah jadi kegilaan penonton2 sekalian..
termasuklah Ombak Rindu tue..

image google

berikut adalah sangkaan aku mengenai ending Tentang Dhia untuk hari esok..

  1. Dhia akan mati selepas beberapa tahun lepas itu dan Zikir akan rasa menyesal giler tahap dewa sebab salah sangka dengan Dhia. Then, mak zikir kene stroke diatas semua perbuatan jahat dia!
  2. Zikir akan menceraikan Dhia, hasil hasutan mak Zikir. Then Dhia kahwin dengan Raffi. At last, Raffi dapat juga bersama dengan Dhia. Zikir kahwin dengan si Tasha Shila(aku tak ingat nama watak dia) tue..
  3. Dhia terdapat 2 pilihan, sama ada diceraikan oleh Zikir atau bermadu dengan Tasha Shila tue.
  4. Dhia masih punya kesempatan untuk hidup dan akhirnya ditakdirkan untuk mengandung sekali lagi..happy ending!
dah..dah..
jangan mengarut..
andaian di atas adalah di antara yang aku rasa tipikal senario yang akan berlaku dalam ending drama Melayu..

tapi kalau ikutkan dekat TV dah tunjuk kesamaran-samaran ending dia kan?
untuk pengetahuan, 4 diatas hanya suka-suka..hehe

sekian~

ASLINER: Drama ini sangat best woo..sarat dengan pengajaran.. I LIKE!

Saturday 17 December 2011

IKAN naik harga!

Bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

aku baru baca paper online tadi..
ok..ok..aku baru baca..(outdated sungguh kau..haha)
dan aku dapat tahu harga ikan naik..

OMG!
kurang makan ayam..
sebab lebih gemar ikan..
kalau dulu seekor ikan goreng RM2.00..
sekarang RM2.50..(-_____-")

bagaimana harusku menerima hakikat bahawa aku akan kene makan ayam jugak..huk2

rujuk artikel di bawah...



ASLINER: esok ayam..lusa ikan..tulat mungkin ayam..langkat juga mungkin ayam..kok..kok..kok..kok..kok..kok..kok..kok..haha!

Wednesday 14 December 2011

hari semalam..=)

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

alhamdulillah..
masih bernafas ketika menerima angka 21 dalam hidup..=)

saya nak mintak tolong rakan-rakan semua..
doakan kebahagian dunia dan akhirat saya..
pray for my success too! (^_^)

p/s: sesiapa nak kirim ucapan, bolehlah drop komen..hik3


Monday 28 November 2011

percaya atau tidak..

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

ya..
percaya atau tidak jika aku kata hidup aku untuk minggu ini bagaikan 'architect wannabe'..
kenapa aku katakan begitu?

mana tidaknya..
kehidupan aku bagaikan di studio (bilik arkitek)..
bezanya studio itu adalah bilik aku sendiri..
di kecikkan lagi, adalah di kawasan meja belajar aku sendiri..

di meja belajar aku ini lah..
tempat aku buat kerja..
tempat aku tido (kalau dah penat dan tak mampu untuk bergerak ke katil, walaupun katil adalah bersebelahan meja sahaja..haha!)
tempat untuk aku makan (sarapan, mengerteh murtabak yang di beli kat pasar malam)
tempat aku letak kesemua buku-buku akademik+bukan akademik (haruslah kan..)
tempat aku buat air dan minum air..

cuma mujurlah bukan tempat aku berjogging kat sini (ok, terkeluar dari topik!)

bak kata rakan sekelas aku..
minggu ini adalah minggu PANDA SEDUNIA..
kome faham tak?
harap faham..=)

Tetapi aku sentiasa menekankan kepada diri bahawa..
ya! kerja banyak adalah norma kehidupan seorang pelajar merangkap mahasiswa..

orang kata, kalau kerja tak banyak..
hidup tak gembira (ade kaitan?)

cuma aku berharap rakan-rakan sekalian yang sama menghadapi situasi seperti aku..
especially my classmate..
PLEASE DON'T LEAVE YOUR MEAL..

kalau dah tiba masa untuk makan..
makanlah ye..
makanlah sebelum kamu dimakankan..kha3!

sekian~

ASLINER: aku berharap hidup aku seimbang..dunia dan akhirat..insyaAllah.

Sunday 27 November 2011

pandai kata, pandai buat

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

hari ini adalah pengganti kepada hari semalam..
tahun baru adalah pengganti kepada tahun yang lama..
azam yang lepas diganti dengan azam yang baru..
kalau tidak tukar pun azamnya..
renovate sikit pun jadilah..
asalkan ada nafas baru sikit..
barulah kene dan seiring dengan kemunculan tahun baru..

ape-apa pun..
kalau dah pandai tetapkan azam untuk tahun baru nie..
pandai-pandailah ambil inisiatif untuk merealisasikan ye..
jangan hanya pandai cakap..
tapi laksanakan..

*peringatan untuk diri sendiri* hak3

ASLINER: aku takde azam baru tahun nie..cuma mengharapkan yang terbaik, di kurniakan kesihatan yang baik sepanjang hayat di samping peroleh keberkatan hidup di muka bumi pinjaman ini..amin. (^_^)

(dah macam ucapan sempena hari kelahiran boleh tak?! haha!)


Tuesday 15 November 2011

aku tidak berani menghadapinya

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

ye..
aku rase..
dah berpuluh-puluh kali dengar orang kata..

"gagal sekali bukan bermakna gagal untuk selamanya"

"gagal hari ini, tak semestinya hari esok gagal"

"kejayaan bermula dari satu kegagalan"

"kita belajar melalui kegagalan dan pengalaman kita"

memang dah berkali-kali aku dengar..
kalau tak dengar dekat program-program motivasi..
boleh dengar ayat-ayat tue dari kawan sendiri..

semua orang di sekeliling aku..
percaya akan kebolehan aku..
percaya dengan usaha aku..
mereka berani untuk menasihati aku di saat aku rasa down..
mereka berani marah aku, di saat aku rase macam nak terjun bangunan kan..haha

ye..
aku percaya dengan orang sekeliling aku..
cuma mind set aku sekarang ialah..
aku takut+risau+tidak berani untuk menempuhi saat K.E.G.A.G.A.L.A.N..
entahlah..
bukannya aku tidak pernah menghadapi saat-saat kegagalan..
cume...

kawan-kawan, bantu aku, nasihatkan aku! (-____-")

ASLINER: syukur alhamdulillah di atas segalanya..

Monday 7 November 2011

AKU SOKONG INI!

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum...

USAH DI TANYA kemana aku menghilang..
USAH DI TANYA kenapa aku dah lama tak update blog..
USAH DI TANYA itu..
USAH DI TANYA ini..

PERLU DI TANYA "awak sihat? " hehe

eh, gurau!
berbalik kepada tajuk diatas..
aku bukan nak bincang pasal politik..
tetapi ini..

"
"GO GREEN!"



ye..
memang dah lama pun kempen nie..
tetapi ia masih berterusan kan?

one part of this go green campaign was no bag plastic!
dan seperti yang di ketahui..
setiap shopping mall sedang menyahut cabaran untuk tidak menggunakan beg plastik pada hari Sabtu..

but why only on Saturday..
why not carry on with the others day?
mari membudayakan diri untuk bawak beg kertas atau beg kain ke shopping mall..
so, NO BEG PLASTIC!

dan lagi satu ialah..
budaya mengitar semula barang yang telah di guna..

plastik.kaca.kertas..
alhamdulillah rumah aku telah di amalkan sejak dulu setelah ibuku mendapat kesedarannya terlebih dahulu sebelum anak-anaknya..hehe!

ya, at first you guys akan rasa "banyaknya barang kat rumah"
rasa semak yang amat..
but sebenarnya..
silalah sedar bahawa you guys sedang membantu alam sekitar..
yang secara tidak langsungnya you guys juga telah membantu menambah duit poket..
walaupun ia tidak seberapa, tetapi agak ternilai jugaklah hasil titik peluh you guys mengumpul semua barang-barang mengikut kategori..
hebat gitu!



betul..
million ways to go green!

car pooling
conserve the plants
no rubbish out of dustbin
replant the tress..
and so on..

adakah anda terlibat dan menyokong kempen ini?
tanya diri dan jawablah di sini..hehe!

ASLINER: beryukur yang amat kerana rumah di kelilingi dengan tumbuhan hijau..(^_^)

Thursday 3 November 2011

back to home!

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

ya..
perkara yang aku paling suka bila aku balik rumah ialah..
kerana ada makanan..hihi

balik je..
mesti ibu suruh pergi makan dulu..(dah semestinya kan lah!)
lepas tue..
ibu kata..
"lina, dekat dalam ice box tue ade betik, makanlah!)

hoy!
my fav tue..
i like2..

ya..
senang cerita..
memang balik rumah ada makanan lah..hehe!

parents LOVE us more than they LOVE themselves
so, LOVE them more than we love ourselves!

ASLINER: i'm coming home..coming home..tell the world that i coming home..(^_^)

Saturday 29 October 2011

kisah 2.30 pagi

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

jam sudah menunjukkan kearah pukul 2.30 pagi..
tetapi diri masih tidak ada nafsu untuk tidur lagi..
memaksa diri menutup mata sendiri..
ah! masih juga tidak 'berani'..


TIPS MELAWAN KUASA KAFEIN:

Perlukan suasana nyaman

Asingkan semua barang yang mengganggu waktu tidur kita seperti komputer, novel, permainan video. Suasana romantik akan timbul secara automatik. Diulang, suasana romantik datang secara tidak manualnya. Ya, dari situ mata mula tidak mampu bertahan lagi. Paling mudah, ambik bahan bacaan yang dah 'recycle' pembacaannya. Confirm, dan dengan yakinnya pembacaan yang recycle tadi akan membuatkan kita bosan, dan seterusnya mula naik menyampah dan mula untuk tutup mata. haha!

ASLINER: tolonglah mengantuk incik mata..(-_______-")

Friday 28 October 2011

TOLONGLAH!

bismillahirahmanirahim...
assalamualaikum..

aku rasa peniaga sekarang memang dah terlebih garam agaknya..
mau taknya..
lauk-pauk yang di masak terasa sangat kemasinannya..

bukan sekali..
bukan dua kali..
tetapi 3 kali..
hingga masuk 4 kali..
di tempat yang sama..




sungguh..
bukan tidak bersyukur dengan rezeki yang di beli..
tetapi garam banyak pun tak elok untuk kesihatan kan..

dalam Islam juga sudah di gariskan panduan untuk memilih makanan yang halal dan toiyyib(baik)..

ya..
amat memahami jika makcik dan pakcik perlukan kepantasan dalam memasak..
sampaikan sukatan garam pun main TERlebih rasa..
dan tak secukup rasa seperti masa dulu-dulu..

tetapi makcik dan pakcik
bantulah kami jadi warga yang bebas darah tinggi!

"kurang garam, kurang gula, kesihatan terjaga"

tamat~

ASLINER: harga gula pernah naik dulu, ape kata naikkan harga garam pulak. pasti peniaga guna sikit je garam nanti..LOL!

notabawahsekali: maaf kawan, tidak sempat BW. nnti akan di cari semula jejak..hehe

Wednesday 26 October 2011

Sunday 23 October 2011

ringkas

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

ya..
esok ada test finance..
subjek finance yang membolehkan diri belajar tentang share..bond..
apekah? (-___-")

doakan untuk saya ye!
"semoga dapat jawab dengan tenang esok..amin!"

ASLINER: esok..monday bluesss..(-___-)

Wednesday 19 October 2011

kaki gatal, bukan tangan yang gatal

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

orang kata..
kalau kaki gatal dan rasa nak garu..
maknanya nak berjalan lah tue kan..

tapi kalau kaki rasa selalu je nak garu macam mana ye?
banyak kali nak jalan agaknya..haha!

ASLINER: kes takde idea untuk post ape hari nie..hehe

Tuesday 18 October 2011

wordless wednesday @ 6 - Mari sertai!

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum...

Monday 17 October 2011

namaku unik, bukan tak unik..

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

ye..
nama ASLINER sering dipermainkan..

situasi:

A: asliner..asliner..

ASLINER: eh, macam mana awak tau name asliner tue? (sebab fikir mungkin dia baca blog saya)

A: erm..sebab ada bas MARA LINER..

*gelak*

situasi lain:
(lebih kurang macam nie bunyinya)

B: eh, kenape nama ko asliner? Macam nama bas PLUSLINER jer..

*gelak*

ASLINER: unik kan? nama asliner nie pun pengetua sekolah aku bagi. Orang lain panggil aku dengan nama Nur haslina, tapi pengetua aku je panggil aku dengan nama Nur asliner..


pelik..
tapi saya rasa unik kot..*wink* *wink*

sungguh..
saya suka nama komersial ne..
terima kasih Pn Pengetua..hihi

ASLINER: korang semua mesti ada nama lain kan? =)

Sunday 16 October 2011

'dia' datang..

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

tengahari tadi ada tetamu tidak di undang telah masuk kebilik..
tanpa meminta izin..
'dia' sudah masuk ke bilik aku..

yang paling teruk..
dahlah tidak di undang..
tetapi datang-datang terus ke meja studyku mencari makanan..
apekah?
lapar sangat ke?

akhirnya jumpa kuih raya berbaki yang terletak molek di dalam tupperware..
insiden yang lebih menunjukkan ketidakmatangan 'si dia' ialah..
selepas dah makan..
buang macam tue sahaja bekas tupperware aku..

aku fikir dan lihat..
dan fikir kembali..
dan akhirnya aku berkata..

"buat ape nak marah dia, dia kan SEEKOR MONYET yang tidak punya akal"

ye betul..
waktu lunch tadi..
datanglah seekor monyet..
geladah bilik cari makanan..
akhirnya jumpe biskut raye..
kuih tart kot..
kelas sungguh!

ASLINER: nasib baik dia tak curi barang-barang yang lain..alhamdulillah=)

p/s: maaf kawan-kawan..diri tidak sempat untuk berBW dan membalas komen kamu semua..semoga kamu semua di rahmatiNya..amin~

Saturday 15 October 2011

tragedi 14/10/11

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

ya..
sesuatu telah berlaku..

niat di hati..
memang nak pergi ke Mydin untuk membeli barang keperluan..
sampai sahaja di tempat parking kereta..
diri sedia untuk mematikan enjin..
lalu keluar untuk menutup pintu..

entah kenapa..
setelah tutup pintu..
jari tangan asyik leka berada di tengah-tengah bahagian pintu pemandu dan juga pintu bahagian belakang pemandu..
sedang asyik leka jari jemari berada di situ..
dan sambil menjawab petanyaan kawan..

tiba-tiba..

AKU: "KAK JA, TANGAN KITA!"

kak Ja(bukan nama sebenar) kebingungan akan jeritanku sambil mengangkat bahu dan berkerut dahinya..

lalu..

AKU: Kak Ja, tangan kita tersepit...

semua orang mula panik melihat tangan aku berada di tengah-tengah 'sepitan'..

lalu Kak Ja membuka pintu kembali supaya aku boleh menarik kembali tangan dari 'sepitan'..

sungguh aku kata..
sakitnya hanya Tuhan sahaja yang tahu..
sakitnya bagaikan apabila ada seseorang menarik rambut korang(helaian rambut dalam kuantiti yang banyak) dengan sengaja tanpa kita sedari..
senang cerita..
bagaikan rentapan!

bila tangan dah keluar dari 'sepitan'..
ya, memang sungguh aku ingin meraung..
tapi aku mampu meraung dalam hati jelah kan..

macam nielah keadaan tangan yang tersepit mepit..(-__-)


takkan nak meraung tepi Mydin pulak..
nanti orang cakap mental ke ape..haha!

sepanjang perjalananku dalam Mydin..
aku hanya mampu tahan sakit..
tangan dah mula berparkinson..

tetapi..
masih sempat mengambil gambar..
khi3..


haish..
memanglah kecil je lukanya..
tapi dalam kot...
siyes..
sape yang takut tengok luke2 nie..
depa akan kata sungguh mengerikan..kah2

then..
jari mula membengkak..

tapi yang hanya aku terfikir masa tue..
kalaulah kesemua jari aku berada dalam darjah 270darjah(pusingan ikut arah jam)..
dan ketika itu kawan aku menutup pintu kereta dengan kuat..
mungkin..
mungkin..
mungkin..
jari aku akan t_rput_s..

ya Allah, sungguh aku bersyukur dengan ujian ini kerana ujiannya hanya kecil..
astagfirullah~

ASLINER: agak trauma ye..sebab kerap kali terfikir ayat yang atas tue..huhu (-____-)

Friday 14 October 2011

Entri tertunda:Termasukkah kita?

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

"Tujuh golongan manusia yang akan mendapat perlindungan Allah di hari akhirat, di mana tidak ada perlindungan melainkan Allah, pemimpin yang adil, pemuda yang taat perintah Allah, seseorang yang hatinya terikat pada masjid, dua orang yang saling mencintai kerana Allah, mereka berkumpul dan berpisah keranaNya, lelaki yang apabila di ajak oleh wanita yang kaya dan cantik (untuk melakukan zina) namun ia berkata, "Aku takut kepada Tuhan Semester Alam," seseorang yang bersedekah dan menyembunyikan dari tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya dan seseorang yang berzikir kepada Allah ditengah malam sehingga menitis air mata di pipinya.

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

muhasabahdiri: jauh perjalanan kita untuk menjadi diantara tujuh golongan ini..tepuk dada tanya iman kita..peace! =)

Monday 10 October 2011

what goes around comes around

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

"do good thing, you will get good thing..do bad thing, u will get bad thing"

itulah kate-kate pensyarah saya pagi tadi..

bila dengar ayat tue..
serta merta diri kata "ya, itu KARMA!"

dan diri teringat pula perkara-perkara 'jahat' yang pernah 'aku' buat dekat orang ramai..
paling ingat, buat onar dekat kawan-kawan lah..
especially kawan 'aku' yang sorang nie..

diri dah tahu..
yang dia takutkan gelap..
tapi kadang-kadang nafsu buat 'jahat' dah tiba..
ape lagi, bila keluar dari bilik dia..
'aku' tutup lampu..
reaksinya..menjerit..

khi3..
gelak jugak tengok gelagatnya..

bukan itu sahaja..
diri juga tahu..
bahawa si dia takut untuk melihat gambar-gambar yang mengerikan..
diri yang sememangnya penuh dengan kejahatan ..
mengambil peluang untuk kenakan si dia..
contohnya..
si dia takut untuk melihat hantu buatan malaysia..
biarpun 'aku' tahu, tapi aku masih mahu menunjuk gambar hantu pada si dia..

apa yang 'aku' buat ialah..
mengambil gambar hantu yang tertera di suratkhabar(hantu dalam filem hijab)..
dan mengatakan pada si dia..

"A, nak tengok gambar tak?"

A kelihatan seperti tahu bahawa 'aku' ingin mengenakan dia..
tetapi selepas beberapa saat, si A membuat keputusan untuk melihat gambar yang ingin 'aku' tunjukkan..

sejurus melihat gambar yang berada di dalam telefon itu..
si dia menjerit..
ya, itulah yang berlaku!

haha..
bila kenangkan balik..
"ya Allah, betapa jahatnya diriku!" (-________-")

sungguh..
'aku' baik sebenarnya..
cuma nakal sikit..hihi

ASLINER: dah macam minah s_tan pulak den..hee





Saturday 8 October 2011

kecewa dan kecewa..

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

aku...
aku..
aku..

sangat sedih..
kerana aku tidak mampu buat apa yang sepatutnya aku mampu untuk buat..
sedih dengan kekurangan diri..
walaupun sebenarnya diri ada kelebihan..

menanti untuk memperbaiki diri..
ya, aku tahu..AKU MAMPU!

ASLINER: sungguh sedang kecewa..(-____-)

nota: kawan, sungguh tidak sempat nak BW, lepas nie saya cube untuk luangkan masa ye..(^_^)

Wednesday 5 October 2011

habis sudah...

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

akhirnya...
lepas jugak test law tadi..

bayangkan..
kita perlu faham Akta Kerja 1955..
dan juga kene menghafalnya at the same time..

faham sendirilah kalau bab menghafal undang-undang nie..
kene ingat setiap seksyen..
ibaratnya..
jangan pecah perut..
biar pecah kepala(peribahasa sendiri)..

kalau lihat pada gelagat kami..
jangan cakaplah..
gelagat kami dah macam nak ambik exam akhir subjek undang-undang pulak..
padahal baru nak test JE KOT..haha

tapi, seriously..
lega..
syukur alhamdulillah dah lepas..

markah untuk test nie tak tahulah kan..
"ntah berapelah yang aku dapat untuk test nie"-monolog

habis~

ASLINER: sesiapa yang dah bekerja tue boleh lah rujuk saya mengenai Akta Kerja 1955...keh3
berangan hoi! (-____-")

Saturday 1 October 2011

seorang diri

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..


belum sempat cahaya menyinggah di pagi hari..
kedinginannya telah terasa di tulang jari-jemari..
angin yang sejuk benar-benar menyelubungi diri..
tetapi diri, tegas untuk bangun tegak berdiri..


ihsan google

saat diri bangun, ku sedar tiada orang di sisi..
hanya di temani meja, almari dan kerusi..
membuka pintu dan ku lihat sana dan ku lihat sini..
terfikir sendiri "eh, masih tiada orang yang melalui?"..

fikir sekali, fikir dua kali..
ingat sana dan ingat sini..
baru kini aku mengetahui..
oh, hari Ahad memang hari untuk orang mencutikan diri..


apelah nasib diri..
hari Ahad kene 'bekerja' pula..
part-timer worker..hihi

(untuk sedapkan hati)..
"eh, takpelah..ade kerja, duit pun ade"
boleh tampung laki dan anak sendiri (hiperbola) haha!


ASLINER: aiyoo, laparnye..(-__-")

Friday 30 September 2011

nikmati kesihatan yang baik itu peluang kita

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

contoh perbualan:

SITUASI 1: "eh, kau dah kurus pun nak berjogging lagi ke?

SITUASI 2: "aik, amy kan dah kurus, itu pun nak jogging lagi ke petang-petang?" kata si ayah kepada anaknya ipah mengenai amy yang merupakan kawan anaknya.

ok..
enough..
kurus belum tentu sihat..

mungkin secara luaran kita kelihatan sempurna..
mungkin juga hakikatnya dalaman kita tidak begitu sihat..

2 senaman untuk dapat tubuh badan yang sihat dan punya kecantikan dalaman..

1) melakukan senaman setiap hari untuk mendapat tubuh badan yang sihat

2) makan makanan yang berbentuk santapan rohani untuk 'kecantikan dalaman' yang seterusnya boleh menyihatkan tubuh kerana dalaman badan yang tenang



ASLINER: dah lama tidak mengaktifkan badan..(-___-)

notabawah: sungguh, nota ini untuk diri sendiri..(T_T)

nota: pict dari google~


Wednesday 28 September 2011

wordless wednesday @ 5- cermin diri sendiri dahulu

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..



nota: hasil tangkapan sendiri menggunakan DSLR nikon KAWAN PUNYA..keh3

Saturday 24 September 2011

'rakan' saya datang menguji saya..

bsimillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

peringatan: sungguh tak tipu, entri ini panjang..(^_^)


betul, betul dan betul..
setiap ape yang kami rancang tidak semestinya dapat kami laksanakan..


sungguh..
semalam kami menghadapi ujian yang getir..
memulakan perjalanan keluar UTM seawal jam 7.30 pagi..
betul, menyewa kereta untuk membuat tugasan luar..
destinasi yang pertama menuju ke sebuah sekolah di daerah Skudai..
seperti yang telah di janjikan dan dipersetujui..
kami akan menemui Pengetua sekolah tersebut..





pergi dengan mendapat tunjuk ajar dari seorang rakan kelas berbangsa Cina..
dengan 'kondifent' dapat carilah sekolah tue..
tapi last2 sesat hoy..
itulah UJIAN GETIR kami yang PERTAMA..


sampai dekat sekolah tue pun dalam pukul 8.30..
sampai2, pengetua suda tiada dalam biliknya..
kata orang pejabat, dia ada meeting..
dan biasanya tidak akan naik ke pejabat semula..
kerana selepas mesyuarat dia ada kursus pulak..


ok, muke kami dah kelihatan agak kelat...
sebab kami sebenarnya sudah buat temujanji..
dan dia membenarkan kami untuk datang..
bersangka baik: "mungkin dia terlupe bahawa dia ada mesyuarat sebelum kene hadir ke kursus"
ya, itu UJIAN GETIR kami yang KEDUA..

hasilnya..

ketat je mukanya..(-___-)




petang tue..
masih menyewa kereta yang sama..
cadangnya untuk pergi ke JUSCO..
untuk membeli sedikit barang keperluan..
dan mengikut plan, kami ingin keluar pukul 5petang..
tetapi hakikatnya pukul 6.30petang baru dapat pegang stereng kereta..


masa ambil kereta..
terasa ade bau hangit..
sangka baik: "erm, mungkin kejap je kot bau hangitnya"
lepas nie dah tak bau hangit kot..


sesampai ke JUSCO..
dah pukul 7malam..
memandangkan lagi beberapa minit sahaja untuk masuk waktu maghrib..
jadi, decide untuk terus solat maghrib..
ok, agak penuh di situ..
mungkin ada yang baru nak solat asar..kot..wallahualam~


jadi kami decide untuk pergi stesen petronan yang berdekatan..
untuk tumpang solat..
ya, dari situ..
kami lihat sudah mula berasap bumper depan..
hangit sudah mula menyinggah hidung kami..


jumpa Petronas..
kami buka bumper depan..
berasap satu kereta..
enjin panas..
kipas sudah tidak berfungsi..
air sudah kering sungguh..
ya, UJIAN GETIR kami yang KETIGA
jawapannya: tunggu enjin kereta sejuk, baru masukkan air..


kebetulan malam tue kami ada open house..
jadi kami bergerak kesana terus sesudah masukkan air dalam tempat letak air tue..
ketika hampir sampai ke rumah teman..
ya, bumper mula berasap kembali..
sebabnya: isi air mineral ketika enjin kereta tidak sejuk betul2..
hasilnya: kereta seperti teratai layu di tasik madu
ya, menyinggah kembali UJIAN GETIR yang KEEMPAT..





mujur ayah teman kami datang kepada kami..
dan kebetulan seorang uncle berbangsa India datang untuk menghulurkan bantuan..

Alhamdulillah..
semua settle..
kami menjamu selera..
alhamdulillah kenyang..(^_^)


end of story~


ASLINER: kami hanya mampu bersabar (-____-). Dan sebenarnya ada hikmah disebaliknya, kerana kami sudah tahu selok belok enjin, air kereta dan sebagainya..=)


p/s: rupenya sebelum sewa kereta pukul 5petang(walupun dapat dalam pukul 6.30petang), kami dapat tahu bahawa orang yang menyewa sebelum kami telah bertindak membawa kereta sampai keMuar. "dah tahu nak bawak jauh keretanya, bukan nak check kuantiti air mahupun minyak hitam" (-_______-)

Friday 23 September 2011

Solat sumber utama kepada kecergasan diri

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

Nabi berkata..
"Amalan yang lebih mulia daripada bumi dan seisinya adalah BERZIKIR sesudah solat Subuh hingga terbit matahari"

Bangun dan mengerjakan solat Subuh dapat mencegah serangan angin ahmar dan serangan jantung.
Ini kerana gerakan dalam solat meningkatkan kadar nitrus oxide iaitu gas yang memastikan kekenyalan pembuluh darah.
Gerakan dalam solat yang sistematik dan dilakukan selepas enam hingga tujuh jam dalam posisi tidur juga dapat membantu melancarkan pengaliran darah.

sumber: 365 TIPS SIHAT GAYA RASULULLAH S.A.W


notauntukdirisendiri: Solat subuh memang cabaran besar buat diri sendiri. Jika senang hati untuk bangun, itu tandanya dosa kita diampunkan oleh Allah. Jika liat untuk bangun solat Subuh, itu tandanya meringankan dosa kita. Tetapi jika tidak bangun langsung untuk menunaikan solat Subuh, maknanya dosa diri kita sendiri terlalu beban untuk kita pikul. Nauzubillah.


Wednesday 21 September 2011

jamuan raya UTM

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

ok..
semalam dah describe mengenai jamuan raya..
hari ini nak masukkan serba sedikit gambar..


mereka masih mampu tersenyum untuk menunggu makanan..hehe


ya, memang kerja mereka untuk senyum..=)


eh, masih senyum..(^_^")


diantara gerai-gerai yang terlibat..
yang bermula dari sebelah kiri anda, adalah gerai sediakan sup+roti..
tengah-tengah gerai air..
yang sebelah kanan adalah gerai nasi minyak..kot..



eh, nie nasi minyak ke? (-___-")



maaflah, gambar terbalik..
lemang nie memang berlemak sungguh..
saya makan 5 ketul lemang..
itu pun dah mula rasa muak dan juga kenyang..
rendang nya sedap..
cuma agak kemasinan..



inilah makanan kami..
lihat, dekat atas tar kan?
sebab kerusi kami 'dicuri' ketika sedang asyik mengambil makanan..(-___-)


itu sahaja gambarnya..=)


ASLINER KATE: sekarang nie ada pesta konvo dekat UTM, "melayang, duit melayang" (^_^")

Tuesday 20 September 2011

sini sana makan

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

semalam..
UTM ada sediakan 7000 makanan untuk 'penduduk' UTM..
kiranya 'rumah' terbuka UTM..

bila dengar khabar tue..
eh, bestnya..
kene pergi nie..

ada juga yang kebetulan nak puasa hari semalam pun..
tangguhkan niatnya..
kerana mahu meraikan majlisnya..
erk betul ke? hehe

takpelah..
peluang makan free nie tak selalu datang..
kebetulan kami semua dalam sesi berjimat..
jadi kami ambil juga peluang nie..(^_^")

banyak juga makanan yang di provide..
sungguh!
bergerai-gerai..
gerai sana laksa penang..
gerai sebelahnya air..
gerai sini pulak ada lemang dengan rendang..

part yang kelakarnya..
selepas abes TNC berucap,
kami lihat yang lain dah serbu gerai makanan..
kami ape lagi..
faham2 lah..hehe

sedangkan sebenarnya majlis menjemput untuk menjamu selera belum lagi kedengaran..
sebab selepas ucapan TNC ada persembahan marhaban..
tapi kami daahhhhhhh....(^_^)

sungguh..
banyak makanannya..
mau tak TERgoncang pintu nafsu makan makanan kami..LOL!

insyaAllah esok kalau masih ada kesempatan..
akan diletakkan sedikit gambar yang berkaitan..

ok, itu sahaja..(^_^)


ASLINER KATE: alhamdulillah kenyang semalam..=)

notabawahsekali: eh, hari nie tak mahu buat wordless wednesday..^^


Friday 16 September 2011

PART 2 : TIPS kenali 'aku' dalam dunia blogging

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

ok, sambung part 2..
entri ringkas sahaja..
namun bersifat jujur..

jom kenali tanda-tanda 'aku' sudah suka jatuh cinta sama blog itu..
ada beberapa tanda:

Kalau 'aku' selalu je datang menyibuk bagi komen kat blog korang..
itu tandanya 'aku' suka baca blog korang..

Kalau 'aku' selalu drop comment dekat blog korang..
tetapi tiba-tiba tiada komen dari 'aku' sehari+2hari+3hari..
itu tandanya 'aku' masih belum berkesempatan melayari internet lagi..
atau masih tidak berkesempatan untuk BW..

kalau komen yang ditinggalkan seciput..
itu maknanya ada 2 tanda..
berkemungkinan entri yang di baca agak panjang..
dan penyakit M mula melanda diri..
dan juga berkemungkinan sebab diri tidak tahu nak komen apa..
tetapi 'aku' masih jujur dalam memberikan setiap komen..

kalau komen yang ditinggalkan agak panjang..
itu tanda i like dengan entri yang sedang di baca..
sebab itu maklum balas yang di beri adalah positif..(^_^)

ak, itu sahaja..
happy blogging! =)

ASLINER KATE: lepas nie jangan pulak condemn blog nie tau..hehe (^_^")

notabawahsekali: ahai, cakap kurang suka baca blog tulis berjela-jela. tapi blog sendiri agak berjela-jela..haish (-__-")


Monday 12 September 2011

PART 1 : TIPS kenali 'aku' dalam dunia blogging

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

maaflah ye..
dekat sini pakai wifi je..
jadi paham2 lah..(-__-)

berbalik pada tajuk diatas..
WOW!
macamlah 'aku' nie fofular sangat sampai nak buat tips kenali diri..haha

cuma ada basic things untuk korang semua kenali 'aku' dalam berblogging nie..
bukan apa..
hanya sedikit tips untuk blogger2 yang singgah sini..
tidak kiralah usia berbloggingnya muda ke..
usia berbloggingnya dah berumur ke..
usia berbloggingnya pertengahan..

mungkin, entri ini bertepatan dengan blogger-blogger yang sedang mencari follower dalam arena blogging..(^_^)
nak kenal pemilik blog ini bacalah tips kenali 'aku' nie..hehe

'aku' suka baca blog yang MENARIK..
tidak kiralah entrinya mengetengahkan isu-isu semasa, peribadi, bukan peribadi..
asalkan bahasanya elok..
ayatnya menarik..
background + header yang menawan..
punya unsur-unsur kiasan yang menarik dalam menyampaikan apa yang nak disampaikan..
SURE 'aku' follow blog tue!

'aku' suka baca blog yang TIDAK BERAT..
dalam erti kata lain..
dalam blog korang tiada beban yang boleh menjurus ke arah kelambatan loading ke blog korang..
kalau loading pun macam orang sakit sedang berjalan..
loadingnya pun macam hidup segan mati pun tak mahu..
SURE 'aku' bersedia untuk angkat kaki..

'aku' suka baca blog yang BANYAK GAMBAR..
di specifickan lagi, gambar macam korang adakan gathering ke..
gambar reunion ke..
tetapi gambar yang berpatutan..
sesuai dengan cara hidup kita sebagai seorang Islam..
dan mungkin bukan gambar tangkap lentok sorang-sorang kot..
kerana 'aku' tahu..
betapa penatnya kalau nak baca blog yang banyak tulisan yang berjela-jela...
banyak gambar, dan kena dengan syaratnya..
SURE 'aku' follow blog tue!

'aku' suka baca blog yang ADA WAJAH ISLAMIK..
tetapi punya entri yang ringkas..
biar ringkas tetapi padat dengan kata-kata nasihat..
paling koman pun diakhirnya ada ayat-ayat yang mungkin buat kita TERsentak untuk mencari kebaikan demi meraih keredhaanNya..
i like!
SURE aku follow blog tue!

oh, mungkin itu sahaja dulu kot setakat ini..
esok sambung part 2..
tapi tanda-tanda..........................................................................
tunggu esok..(^_^)

notabawaksekali: eh, blog nie berat tak? (-___-")


Saturday 10 September 2011

promosi ruang bilik

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

dah balik UTM weyh!

jejak je kaki ke dalam bilik nie..

'aku' kata WOW!
promosi 10 ke nie?

eh, tak..
'aku' hanya lihat..
ada..

meja baru..
katil baru..
locker baru..

and they all are in pink colour..
Choyyyy!
takde colour warna merah ke? haha

disebabkan sekarang kolej 'aku' diami nie telah menetapkan setiap pelajar dapat satu bilik seorang bermula sesi nie..
makanya di dalam bilik 'aku' ada 4 plug..
jadi tak payah bawak extension..
senang hati!

tapi sewa bilik naik lah..(-___-")

ASLINER KATE: 'aku' tengok depan pink, tengok kiri pink, tengok kanan pink, nasib baik tengok belah kiri ada warna oren..(^_^)

notabawahsekali: maaflah, gambar tidak pula dapat disertakan disebabkan beberapa alasan..hehe


Thursday 8 September 2011

otak jadi lembap

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

esok dah gerak ke Johor bahru..
nak beraya ke sana dulu..
lepas tue dah tiba masa untuk balik UTM..

3/4 hati kata cepatlah balik UTM..
tak sabar nak menempuh cabaran baru..(chewah!)

sebab selama 4 bulan duduk mencutikan diri..
saya rasa perkembangan otak makin slow..
sungguh, tak tipu punya!

bayangkan..
masa dekat tempat kerja dulu..
kadang-kadang bos kene terang kat saya 2-3 kali arahannya..
mula-mula bagi arahan macam biasa..
2nd time, bos elaborate sikit..
3rd time, bos elaborate lebih lebih banyak sikit...haha

bukan bermaksud ingin menyusahkan..
tapi saya benar-benar LAMPI disitu ye..
bayangkan, impact 4 bulan cuti tanpa buka buku..LOL!

tapi perasaan hati yang berbaki tue macam malas pulak nak balik..
sebab malas nak kemas barang...hehe

apepun, doakan perjalanan kami selamat..
maka dengan ini, mungkin blog ini bercuti untuk 2 hari..(-___-)

monolog: hancur harapan nak update setiap hari..wakaka

ASLINER KATE: saya tengok banyak barang yang kene bawak balik UTM result dari packing2 beg tadi..dah macam freshie yang baru nak daftar UTM pulak..(-____________-")




Wednesday 7 September 2011

Belanja kahwin

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

semalam petang berbual-bual ada isi(bukan kosong) dengan ibu..
kedengarannya begini..

Asliner: Ibu, duit nie lina nak masuk bank tau. Nak kumpul duit buat belanja kahwin.

Ibu: ala..geli Ibu dengarlah.

Asliner: eh, nape pulak geli bu (saja buat-buat bertanya)

Ibu: ala na, tak payahlah fikir nak kahwin2 nie dulu. Belajar dulu. Lina belajar tinggi-tinggi. Nanti bila dah pegang duit sendiri. Baru boleh bina keluarga.(nada nasihat) Diri sendiri masih keluarga tanggung, boleh fikir nak kahwin pulak.

Asliner: Ibu nie, Lina main-main jer tadi. Duit tadi nak simpan untuk masa depan. Baru Lina tahu sekarang nie memang susah nak cari duit. (-___-")

Ibu: Hah, tau pun. Ingat senang nak cari duit. Dulu, masa zaman lina, balong, bangah dan shima kecik, dalam bank Ibu paling 'koman' pun ada RM30*** dalam bank. Tapi sekarang nie, susah nak simpan duit.

Bila fikir balik, betul lah..
Dulu kecik-kecik Ibu hantar anak sekolah dan sediakan untuk keperluan anak-anak je..
Tapi bila kami dah besar memang belanja besar..
Kami adik-beradik semuanya blajar lagi..

Sungguh 'aku' kata..
remaja sekarang(termasuk 'aku')..
bila dapat duit gaji(kerja sementara) tue..
esok dah fikir nak beli apa ek..

nak dapat duit memang senang..
korang keje ape pun dapat duit kan?..
tapi nak SIMPAN duit..
alahai..susah!

erm..
'aku' cakap berdasarkan pengalaman aku lah..

mungkin korang semua berbeza pendapat dengan aku..
marilah share! (^_^)

ASLINER KATE: Melayari bahtera perkahwinan bukan semudah yang kita sangka. Ia datang dengan tanggungjawab.

notabawahsekali: aik, cakap macam dah kahwin pulak..choi! (^_^")

notalagibawah: Maaflah, tak sempat nk BW. Ada kerja yang perlu disettelkan. Kalau dah siap nanti, asliner datang jengah ke blog korang ye..=)



Tuesday 6 September 2011

layankan je..

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

walaupun musim perayaan tahun nie tidak berapa nak meriah..
tapi 'aku' rasa drama atau filem2 yang ditayangkan boleh tahanlah..

walaupun some of the movie pernah tengok..
diri dah kata layan kan..
nak buat macam mana..haha

lagi-lagi tengah cuti 2 minggu untuk musim perayaan nie..
mau nya tak terlentang duduk depan tv..

kalau ada mood..
letak kerepek kat sebelah..
kalau rasa nak rehat..
rehat sebentar bersama kit kat...
eh, rehat sebentar bersama kerepek bawang..(^_^")

tapi tabiat makan macam nie jangan di amalkan selalu..
tidak elok untuk kesihatan..(-__-)

kalau nak sangat makan depan tv..
apa kata makan secawan oat depan tv..
terBAEK!



sekian~


ASLINER KATE:
suke layan cite DIE HARD..memang die hard fan movie aksi. Walaupun ibu kata, cite tipu nie pun lina suka tengok, tapi hati kata layankan jer..(^_^)

notabawahsekali: esok ada 2 appointment dengan doc..(-___-)


Monday 5 September 2011

persiapkan diri..

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

maaflah..
saya tiada gambar raya untuk dikongsikan..
jadi hanya cerita yang boleh dikongsikan..hehe

semalam petang..
adik meninggalkan rumah untuk pulang ke UiTM..

malam semalam..
abang yang kedua pula meninggalkan rumah untuk pulang ke UTHM..

petang tadi..
abang yang pertama pula meninggalkan rumah untuk pulang ke shah alam..
untuk menyambung kembali praktikalnya di PNB..

petang tadi pulak yang rasa sebak..
keluar air mata kejap..
choyyy..!

tak tahulah sedih sebab apa..
sedih sebab ramai dah meninggalkan rumah..
dan masih saya seorang yang tidak keluar dari rumah sejak cuti 4 bulan..
lama betul pihak Universiti bagi cuti..(-___-")

atau..
ada sebab lain yang membuatkan saya rasa sebak?

kalau lihat keadaan sekarang..
lebih-lebih lagi dalam musim perayaan nie(mungkin kebetulan)..
ramai pula sahabat kita yang seIslam pergi meninggalkan kita untuk menghadap Illahi..

"ya Allah, selamatkanlah kami dalam perliharaanMu"

sebak lihat keluarga yang menghadapi kematian ahli keluarganya..
esok lusa mungkin keluarga kita pula..

"Rasulullah S.A.W said, an intelligent person is one who is constantly thinking about and preparing for death"


BICARA SYE: Mari sedekahkan al-fatihah buat mereka yang telah tiada. Moga di tempatkan disamping orang-orang yang beriman. InsyaAllah.


Sunday 4 September 2011

'aku' bersyukur..

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

raye ke-5..
'aku' dan kawan-kawan..
berlari-lari(tipu) untuk pergi beraya ke rumah cikgu2 sekolah rendah kami..
bagi kami..
"dulu dia cikgu kami, sekarang pun cikgu kami"-bahasa senang

sampai sahaja dekat satu rumah cikgu nie..

cikgu: "sape nie" (lihat anak muridnya datang dari jarak jauh)

anak-anak muridnya hanya mampu melemparkan senyuman dari jauh..

cikgu: owh haslina...

aku(haslina): eh, cikgu kenal saya?

cikgu: kenal(sambil tersenyum)

nampak benar 'aku' anak murid yang baik, sebab cikgu yang dah bertahun-tahun tak mengajar aku, masih mengingati 'aku'...hehe

astagfirullah, kufur nikmat pulak..(-___-)

hanya mampu aku katakan alhamdulillah kerana cikgu masih mengingati 'aku'..^,^

sekian~

BICARA SYE: Tahun raya penuh sederhana. Takziah buat keluarga arwah Noramfaizul Mohd Nor(jurukamera BERNAMA TV). Al-fatihah.


Thursday 1 September 2011

Teman kemanisan dan juga kepahitan

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

kira genap seminggu kot tak buka laptop..
malas yang teramat..
kerana saat ini hanya untuk luangkan masa bersama-sama keluarga..
ui, kalau keluarga dengar nie memang berbunga-bunga sakura agaknya..ahaha

ok..
berbalik pada tajuk diatas..
saja nak senaraikan makanan-makanan yang kita rasa sedap gilos..
orang kata tue nikmat duniawi..
sampai TERmakan sekali dah rasa nak makan untuk seminggu(hyperbola)

entri ini untuk bikin kita semua takut+gerun+dan mungkin kecewa..
  1. SEPINGGAN NASI BERIANI - 448 KALORI
  2. 10 CUCUK SATE - 360 KALORI
  3. SEPOTONG DODOL - 217 KALORI
  4. SEKETUL RENDANG AYAM - 217 KALORI
  5. SEKEPING KEK BIASA - 161 KALORI
  6. 1/2 CAWAN KUAH KACANG - 129 KALORI
  7. SEKEPING REMPEYEK - 90 KALORI
  8. SEBUNGKUS KETUPAT NASI - 92 KALORI
  9. SEBIJI TART - 46 KALORI
  10. SEGELAS SIRAP BANDUNG - 63 KALORI
SUMBER: BERITA HARIAN 2006


dalam senarai-senarai diatas tue..
'aku' TERlayan rendang ayam(juadah raya dekat rumah orang)..

kek biasa memang 'aku' dah TERlantak banyaklah..
walaupun aku sedang BERPANTANG MAUT dengan makanan yang berasaskan coklat..
tapi hati 'aku' tetap kat "layankan je!"

nasib baik aku memang tak layan rempeyek..
sebab kacang memang musuh utamaku
kulit sensitif dengan benda-benda yang berminyak..

'aku' dah TERbantai ketupat(juadah raya rumah orang)..
lagikan rendang ayam kan? (-___-)

kuih tart memang tidak boleh bikin 'aku' STOP..
sebab diri adalah peminat kipas susah mati dengan kuih tart..
tak kiralah tat pai ke..
tat nona ke..
tat buah ke..
tat blueberry ke..
hati 'aku' kata layan je..senyap~

dalam perkiraan kasar 'aku'..
'aku' rasa aku dan telan sebanyak hampir 10K kalori kot..
sebab 'aku' TERbantai dalam 20 ketul rendang ayam(tak termasuk daging)..
mungkin 25 potong kek biasa..
kuih tat jangan di cakap..
memang dah berpuluh-puluh 'aku' TERbantai..
sama ada sebelum puasa mahupun sedang raya..

sigh (-____-")

tamat~

BICARA SYE: SALAM LEBARAN BUAT SAHABA-SAHABAT SEMUA..MAAF ZAHIR DAN BATIN..dan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE- 54..(^_^)

notabawahsekali: raikan raya kita dalam keadaan sederhana je ok..tidak mahu membazir ^,^

notalagibawah: jaga diri, jaga perlakuan, jaga kesihatan. Kene start jog nie..hehe (^_^)


Saturday 27 August 2011

yang boleh 'aku' katekan sekarang..

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

hurm..
ape yang 'aku' boleh katekan sekarang..

'aku' hanya sempat menyentuh papan kekeunci ini hanya untuk 5 minit..

ok, tata (-___-")

BICARA SYE: semalam last keje, hari minggu dah start kene kemas rumah weyh..^^

notabawahsekali: having flu saat-saat akhir nie..(-___-)

notalagibawah:tak sempat nak BW, maaf kawan2..


Tuesday 23 August 2011

masih aku tidak terasa..

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

aik..
tajuk entri dah macam bait lagu pulak..hehe

ok..
pejam celik..
pejam celik..
sado2 lagi 6 hari untuk sambut ketibaan aidilfitri..

jangan kata kan lagu2 raya dah berkumandang dekat radio..
kalau lihat orang sekeliling pun dah tahu bahawa mereka2 ini memang beriya-iya nak menyambut hari perayaan..

lagu raya yang berkumandang memenuhi setiap ruangan radio(metafora)..
lagu kemerdekaan hanya sedikit yang diputarkan..
kenapa ye?

orang lain dah mula menyibuk diri untuk persiapan hari raya..
tapi 'aku' masih tidak terasa kehangatannya..

bak kata akak di tempat kerja..
"hah, dah tak lamalah tue!"

syukur kerana aku masih rasa kehangatan ramadhan..

ok, itu sahaja untuk dikongsikan hari ini..

BICARA SYE: mungkin sebab adik beradik masih tidak pulang kerumah, itu yang 'aku' rasa macam lama lagi nak raye..(-____-")

notabawahsekali: 2 hari lepas baru dapat kad raya dari rakan blogger..tenkiu kawan! ^^

notalagibawah: jom qiam malam nie! ^^


Saturday 20 August 2011

kesan cuaca di Malaysia

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

cuaca sejuk rasa COOL jer..
cuaca panas, ada 2 situasi yang mungkin membuatkan 'aku' berfikir banyak kali untuk lakukan:

  1. TIDAK BOLEH PAKAI BAJU HITAM SIANG HARI- kerana, baju yang bertemakan gelap especially HITAM, boleh meresap haba dan membuatkan badan berpeluh-peluh. Jadi eloklah pakai pakaian yang cerah, walaupun diri tak berapa nak cerah. (mood:terpaksa)
  2. TIDAK BOLEH PAKAI BAJU HITAM DI MALAM HARI- kerana, cuaca panas telah menyebabkan populasi nyamuk semakin meningkat. Kalau pakai baju hitam juga di malam hari, waktu tidur akan di ganggu akan kehadiran nyamuk spesis tak sedar diri nak hidap darah manusia! LOL

BICARA SYE: dahlah diri pencinta warna hitam..(-____-)

notabawahsekali: semburan shieldtox hanya boleh bertahan untuk beberapa jam je 'aku' rasa




kesinambungan..

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

maaf-maaf..
2 hari tidak berupdate..
terdapat beberapa sebab tertentu yang muncul..(-___-")

ok, berbalik pada gambar di bawah..
sebenarnya..
ada cerita di sebalik nya..

dekat tempat keje..
akak+makcik2 disana yang gusar dengan situasi minah indon yang cuba (berkemungkinan) merampas suami masing2..

mereka kata..
minah indon nie tergedik2..
memang tidak dinafikan mereka punya 'aset' yang mantap(mereka kata)..
lelaki mana yang tak goyah kan (mereka kata)..

ada akak kata dia takut jugak ayahnya terpikat..
memandangkan minah indon tue bekerja dihadapan rumahnya (sebagai orang gaji)..
akak tue risau sebab minah indon yang dulu yang bekerja sebagai orang gaji dihadapan rumahnya kini sudah menjadi isteri kepada tuan rumah..

sekian sahaja~

BICARA SYE: ayat macam tunggang terbalik. tapi, layankan jelah...LOL ^^


Wednesday 17 August 2011

WW@5- keluhan sang isteri (akan di 'kupas' esok)

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..






Tuesday 16 August 2011

saya rasa macam..

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

"sebulan tidak pulang ke kampung..
lihat dah ada perubahan dekat kampung..
3 bulan tidak pulang ke kampung..
ea eh, dah ada 2 bangunan barulah!
kalau 9 bulan tidak pulang..
rasa-rasanya siap satu unit rumah taman kot!"

banyak betul pembangunan sekarang...
projek perumahan sana sini..
cuaca di Malaysia macam dah jadi lebih hangat daripada biasa kan?


wajah bumi kita yang penat melayan karenah manusia


kalau nak usulkan projek BUMI HIJAU boleh tak?
lebih hijau daripada biasa..

alhamdulillah rumah kami di kelilingi dengan pokok..
pokok bunga..
pokok buah-buahan..
ada haiwan2 yang boleh menceriakan dan menyejukkan kami semua..
syukur..(^_^)

BICARA SYE: saya rasa Malaysia semakin hangat daripada hangat dulu-dulu..atau sebenarnya diri banyak dosa...(-____-)


nota bawah sekali: selamat berpuasa esok! (^_^)



Monday 15 August 2011

saya peliklah!


bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

orang kate..
dashboard kat blog nie tak boleh percaya..

mula-mula saya tak percaya dengan statement tue..
sebab saya tengok OK je kot..
blog sapa yang saya komen tue..
maknanya blog dia selalu appear kat dashboard..

tapi bile tengok balik..
saya rasa dah banyak orang saya follow..
tapi yang latest follow itulah yang tidak appear..

haru betul lah..
kalau banyak yang di display kat dashboard tue..
saya rasa banyak blog yang ade jejak komen saya..hehe

BICARA SYE: Korang tahu ke memang dashboard blog tak boleh di guna pakai? Kalau tahu, kenapa jadi macam tue ek?

Sunday 14 August 2011

Pemangku yang dihormati..

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

dulu


pemangku


next
credit to google~



jadi rakan blogger yang (mungkin) letak blog ini dalam bloglistnya..
minta tolong tukarkan nama blog..hehe

BICARA SYE: maaf zahir batin kerana menyusahkan..(^_^")

notabawah sekali: pakai khidmat paint sahaja.
Masa tidak mengizinkan..(-______-)