UP TRAFFIC

Saturday 29 October 2011

kisah 2.30 pagi

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

jam sudah menunjukkan kearah pukul 2.30 pagi..
tetapi diri masih tidak ada nafsu untuk tidur lagi..
memaksa diri menutup mata sendiri..
ah! masih juga tidak 'berani'..


TIPS MELAWAN KUASA KAFEIN:

Perlukan suasana nyaman

Asingkan semua barang yang mengganggu waktu tidur kita seperti komputer, novel, permainan video. Suasana romantik akan timbul secara automatik. Diulang, suasana romantik datang secara tidak manualnya. Ya, dari situ mata mula tidak mampu bertahan lagi. Paling mudah, ambik bahan bacaan yang dah 'recycle' pembacaannya. Confirm, dan dengan yakinnya pembacaan yang recycle tadi akan membuatkan kita bosan, dan seterusnya mula naik menyampah dan mula untuk tutup mata. haha!

ASLINER: tolonglah mengantuk incik mata..(-_______-")

Friday 28 October 2011

TOLONGLAH!

bismillahirahmanirahim...
assalamualaikum..

aku rasa peniaga sekarang memang dah terlebih garam agaknya..
mau taknya..
lauk-pauk yang di masak terasa sangat kemasinannya..

bukan sekali..
bukan dua kali..
tetapi 3 kali..
hingga masuk 4 kali..
di tempat yang sama..




sungguh..
bukan tidak bersyukur dengan rezeki yang di beli..
tetapi garam banyak pun tak elok untuk kesihatan kan..

dalam Islam juga sudah di gariskan panduan untuk memilih makanan yang halal dan toiyyib(baik)..

ya..
amat memahami jika makcik dan pakcik perlukan kepantasan dalam memasak..
sampaikan sukatan garam pun main TERlebih rasa..
dan tak secukup rasa seperti masa dulu-dulu..

tetapi makcik dan pakcik
bantulah kami jadi warga yang bebas darah tinggi!

"kurang garam, kurang gula, kesihatan terjaga"

tamat~

ASLINER: harga gula pernah naik dulu, ape kata naikkan harga garam pulak. pasti peniaga guna sikit je garam nanti..LOL!

notabawahsekali: maaf kawan, tidak sempat BW. nnti akan di cari semula jejak..hehe

Wednesday 26 October 2011

Sunday 23 October 2011

ringkas

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

ya..
esok ada test finance..
subjek finance yang membolehkan diri belajar tentang share..bond..
apekah? (-___-")

doakan untuk saya ye!
"semoga dapat jawab dengan tenang esok..amin!"

ASLINER: esok..monday bluesss..(-___-)

Wednesday 19 October 2011

kaki gatal, bukan tangan yang gatal

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

orang kata..
kalau kaki gatal dan rasa nak garu..
maknanya nak berjalan lah tue kan..

tapi kalau kaki rasa selalu je nak garu macam mana ye?
banyak kali nak jalan agaknya..haha!

ASLINER: kes takde idea untuk post ape hari nie..hehe

Tuesday 18 October 2011

wordless wednesday @ 6 - Mari sertai!

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum...

Monday 17 October 2011

namaku unik, bukan tak unik..

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

ye..
nama ASLINER sering dipermainkan..

situasi:

A: asliner..asliner..

ASLINER: eh, macam mana awak tau name asliner tue? (sebab fikir mungkin dia baca blog saya)

A: erm..sebab ada bas MARA LINER..

*gelak*

situasi lain:
(lebih kurang macam nie bunyinya)

B: eh, kenape nama ko asliner? Macam nama bas PLUSLINER jer..

*gelak*

ASLINER: unik kan? nama asliner nie pun pengetua sekolah aku bagi. Orang lain panggil aku dengan nama Nur haslina, tapi pengetua aku je panggil aku dengan nama Nur asliner..


pelik..
tapi saya rasa unik kot..*wink* *wink*

sungguh..
saya suka nama komersial ne..
terima kasih Pn Pengetua..hihi

ASLINER: korang semua mesti ada nama lain kan? =)

Sunday 16 October 2011

'dia' datang..

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

tengahari tadi ada tetamu tidak di undang telah masuk kebilik..
tanpa meminta izin..
'dia' sudah masuk ke bilik aku..

yang paling teruk..
dahlah tidak di undang..
tetapi datang-datang terus ke meja studyku mencari makanan..
apekah?
lapar sangat ke?

akhirnya jumpa kuih raya berbaki yang terletak molek di dalam tupperware..
insiden yang lebih menunjukkan ketidakmatangan 'si dia' ialah..
selepas dah makan..
buang macam tue sahaja bekas tupperware aku..

aku fikir dan lihat..
dan fikir kembali..
dan akhirnya aku berkata..

"buat ape nak marah dia, dia kan SEEKOR MONYET yang tidak punya akal"

ye betul..
waktu lunch tadi..
datanglah seekor monyet..
geladah bilik cari makanan..
akhirnya jumpe biskut raye..
kuih tart kot..
kelas sungguh!

ASLINER: nasib baik dia tak curi barang-barang yang lain..alhamdulillah=)

p/s: maaf kawan-kawan..diri tidak sempat untuk berBW dan membalas komen kamu semua..semoga kamu semua di rahmatiNya..amin~

Saturday 15 October 2011

tragedi 14/10/11

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

ya..
sesuatu telah berlaku..

niat di hati..
memang nak pergi ke Mydin untuk membeli barang keperluan..
sampai sahaja di tempat parking kereta..
diri sedia untuk mematikan enjin..
lalu keluar untuk menutup pintu..

entah kenapa..
setelah tutup pintu..
jari tangan asyik leka berada di tengah-tengah bahagian pintu pemandu dan juga pintu bahagian belakang pemandu..
sedang asyik leka jari jemari berada di situ..
dan sambil menjawab petanyaan kawan..

tiba-tiba..

AKU: "KAK JA, TANGAN KITA!"

kak Ja(bukan nama sebenar) kebingungan akan jeritanku sambil mengangkat bahu dan berkerut dahinya..

lalu..

AKU: Kak Ja, tangan kita tersepit...

semua orang mula panik melihat tangan aku berada di tengah-tengah 'sepitan'..

lalu Kak Ja membuka pintu kembali supaya aku boleh menarik kembali tangan dari 'sepitan'..

sungguh aku kata..
sakitnya hanya Tuhan sahaja yang tahu..
sakitnya bagaikan apabila ada seseorang menarik rambut korang(helaian rambut dalam kuantiti yang banyak) dengan sengaja tanpa kita sedari..
senang cerita..
bagaikan rentapan!

bila tangan dah keluar dari 'sepitan'..
ya, memang sungguh aku ingin meraung..
tapi aku mampu meraung dalam hati jelah kan..

macam nielah keadaan tangan yang tersepit mepit..(-__-)


takkan nak meraung tepi Mydin pulak..
nanti orang cakap mental ke ape..haha!

sepanjang perjalananku dalam Mydin..
aku hanya mampu tahan sakit..
tangan dah mula berparkinson..

tetapi..
masih sempat mengambil gambar..
khi3..


haish..
memanglah kecil je lukanya..
tapi dalam kot...
siyes..
sape yang takut tengok luke2 nie..
depa akan kata sungguh mengerikan..kah2

then..
jari mula membengkak..

tapi yang hanya aku terfikir masa tue..
kalaulah kesemua jari aku berada dalam darjah 270darjah(pusingan ikut arah jam)..
dan ketika itu kawan aku menutup pintu kereta dengan kuat..
mungkin..
mungkin..
mungkin..
jari aku akan t_rput_s..

ya Allah, sungguh aku bersyukur dengan ujian ini kerana ujiannya hanya kecil..
astagfirullah~

ASLINER: agak trauma ye..sebab kerap kali terfikir ayat yang atas tue..huhu (-____-)

Friday 14 October 2011

Entri tertunda:Termasukkah kita?

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

"Tujuh golongan manusia yang akan mendapat perlindungan Allah di hari akhirat, di mana tidak ada perlindungan melainkan Allah, pemimpin yang adil, pemuda yang taat perintah Allah, seseorang yang hatinya terikat pada masjid, dua orang yang saling mencintai kerana Allah, mereka berkumpul dan berpisah keranaNya, lelaki yang apabila di ajak oleh wanita yang kaya dan cantik (untuk melakukan zina) namun ia berkata, "Aku takut kepada Tuhan Semester Alam," seseorang yang bersedekah dan menyembunyikan dari tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya dan seseorang yang berzikir kepada Allah ditengah malam sehingga menitis air mata di pipinya.

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

muhasabahdiri: jauh perjalanan kita untuk menjadi diantara tujuh golongan ini..tepuk dada tanya iman kita..peace! =)

Monday 10 October 2011

what goes around comes around

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

"do good thing, you will get good thing..do bad thing, u will get bad thing"

itulah kate-kate pensyarah saya pagi tadi..

bila dengar ayat tue..
serta merta diri kata "ya, itu KARMA!"

dan diri teringat pula perkara-perkara 'jahat' yang pernah 'aku' buat dekat orang ramai..
paling ingat, buat onar dekat kawan-kawan lah..
especially kawan 'aku' yang sorang nie..

diri dah tahu..
yang dia takutkan gelap..
tapi kadang-kadang nafsu buat 'jahat' dah tiba..
ape lagi, bila keluar dari bilik dia..
'aku' tutup lampu..
reaksinya..menjerit..

khi3..
gelak jugak tengok gelagatnya..

bukan itu sahaja..
diri juga tahu..
bahawa si dia takut untuk melihat gambar-gambar yang mengerikan..
diri yang sememangnya penuh dengan kejahatan ..
mengambil peluang untuk kenakan si dia..
contohnya..
si dia takut untuk melihat hantu buatan malaysia..
biarpun 'aku' tahu, tapi aku masih mahu menunjuk gambar hantu pada si dia..

apa yang 'aku' buat ialah..
mengambil gambar hantu yang tertera di suratkhabar(hantu dalam filem hijab)..
dan mengatakan pada si dia..

"A, nak tengok gambar tak?"

A kelihatan seperti tahu bahawa 'aku' ingin mengenakan dia..
tetapi selepas beberapa saat, si A membuat keputusan untuk melihat gambar yang ingin 'aku' tunjukkan..

sejurus melihat gambar yang berada di dalam telefon itu..
si dia menjerit..
ya, itulah yang berlaku!

haha..
bila kenangkan balik..
"ya Allah, betapa jahatnya diriku!" (-________-")

sungguh..
'aku' baik sebenarnya..
cuma nakal sikit..hihi

ASLINER: dah macam minah s_tan pulak den..hee





Saturday 8 October 2011

kecewa dan kecewa..

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

aku...
aku..
aku..

sangat sedih..
kerana aku tidak mampu buat apa yang sepatutnya aku mampu untuk buat..
sedih dengan kekurangan diri..
walaupun sebenarnya diri ada kelebihan..

menanti untuk memperbaiki diri..
ya, aku tahu..AKU MAMPU!

ASLINER: sungguh sedang kecewa..(-____-)

nota: kawan, sungguh tidak sempat nak BW, lepas nie saya cube untuk luangkan masa ye..(^_^)

Wednesday 5 October 2011

habis sudah...

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

akhirnya...
lepas jugak test law tadi..

bayangkan..
kita perlu faham Akta Kerja 1955..
dan juga kene menghafalnya at the same time..

faham sendirilah kalau bab menghafal undang-undang nie..
kene ingat setiap seksyen..
ibaratnya..
jangan pecah perut..
biar pecah kepala(peribahasa sendiri)..

kalau lihat pada gelagat kami..
jangan cakaplah..
gelagat kami dah macam nak ambik exam akhir subjek undang-undang pulak..
padahal baru nak test JE KOT..haha

tapi, seriously..
lega..
syukur alhamdulillah dah lepas..

markah untuk test nie tak tahulah kan..
"ntah berapelah yang aku dapat untuk test nie"-monolog

habis~

ASLINER: sesiapa yang dah bekerja tue boleh lah rujuk saya mengenai Akta Kerja 1955...keh3
berangan hoi! (-____-")

Saturday 1 October 2011

seorang diri

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..


belum sempat cahaya menyinggah di pagi hari..
kedinginannya telah terasa di tulang jari-jemari..
angin yang sejuk benar-benar menyelubungi diri..
tetapi diri, tegas untuk bangun tegak berdiri..


ihsan google

saat diri bangun, ku sedar tiada orang di sisi..
hanya di temani meja, almari dan kerusi..
membuka pintu dan ku lihat sana dan ku lihat sini..
terfikir sendiri "eh, masih tiada orang yang melalui?"..

fikir sekali, fikir dua kali..
ingat sana dan ingat sini..
baru kini aku mengetahui..
oh, hari Ahad memang hari untuk orang mencutikan diri..


apelah nasib diri..
hari Ahad kene 'bekerja' pula..
part-timer worker..hihi

(untuk sedapkan hati)..
"eh, takpelah..ade kerja, duit pun ade"
boleh tampung laki dan anak sendiri (hiperbola) haha!


ASLINER: aiyoo, laparnye..(-__-")