UP TRAFFIC

Thursday 31 March 2011

kisah tadi..haha

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

owh..
hari ini 'berpoya2' sampai lupe nak update blog..hee

tadi baru je ambil laptop..
selepas menghantar ke 'workshop' untuk memberi 'ubat' kerana otaknya jam!
haha..

n luckily i got new software and new windows..
credits to abang computer...=)

sekian sahaje..

*thank you because read this entry*

BICARE SYE: lately ini, perutku masuk angin..dan selalu loya..padahal dan makan..huhu (-__-)

Wednesday 30 March 2011

maaflah ye..saya tak suka

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

one things that you must avoid to do it to me is don't spoilt my mood pagi2 bute..
seriously..
kalau mood dah tErefek pagi2..
jadi tak seronok nak pergi belajar..
nak buat kerja pun rase tidak best..


ya..
my fault..
but leave when i ask u to leave..
thank U..


nothing much i can say..
but agak bengang..

tapi nak buat macam mana..
mungkin salah diri sendiri jugak..hoho

BICARA SYE: take time to heal the pain..(-_-)

p/s: pictures credit to google..hehe

Monday 28 March 2011

pada suatu hari..

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

'pada petang isnin malam selasa..
terdapat 2 budak..
seorang budak bernama mida..
dan seorang lagi bernama linda..

menaiki bas bersama2..
dan turun bersama2 untuk pergi ke pusat kesihatan..

ketika sedang asyik menyusuri sisir jalan untuk ke pusat kesihatan..
terdapat seseorang sedang memanggil nama..
tidak pasti kedengarannya..
tetapi seakan2 memanggil:

"linda..linda.."

linda dan mida bertindak untuk memandang ke belakang..
tetapi berakhir dengan kekecewaan..
kerana tiada orang berada dibelakang mereka..

selepas beberapa saat mereka memandang kehadapan..
masih jelas kedengaran terdapat suara dibelakang..

kali ini..
semakin mereka berjalan laju untuk meninggalkan suara itu..
semakin dekatkedengaran pula suara itu mengikut..

debaran semakin memuncak..
dan mereka berdua bertindak untuk memandang kebelakang untuk buat kali keduanya..
semak2 bersebelahan mereka ditenungnya..
dilihatnta disebalik pokok2..

tapi masih hampa..
tiada orang disitu..
hanya mereka berdua..

mereka mempercepatkan langkah..
masih sama..
masih laju suara itu mengikut mereka,..

tiba2..
linda teringatkan telepon bimbitnya yang terletak dibahagian belakang..
dia teringatkan kembali hajatnya untuk menelefon ibunya..
alangkah terkejutnya ketika linda cuba untuk mengambil telefon bimbitnya..

kelihatan di skrin telefon..
IBUnya..
kelihatan disitu dia sebenarnya sedang menelefon ibunya..

dan kedengaran disitu..

"hello..hello..hello.."

tanpa sempat linda menjawabnya, ibunya menutup telefon itu..

sesudah itu...
linda berasa lega..
bukan lega kerana ibunya sudah meletakkan telefon..
tetapi lega kerana rupanya bukan suara 'hantu' yang diingatkan mereka tadi..
rupanya suara dari ibunya yang datang dari belakang begnya itu.FULLSTOP!'

BICARE SYE: kelakar ke cerita nie? =)

Saturday 26 March 2011

cerita hari ini..^_^

bismillahirahmanirrahim..
assalamualaikum..

ok...
hari ini adalah hari ahad sudah..

esok ada presentation..
wallauweyh!

tajuk presentation ialah Islam Hadhari..
tak macam perlukan pemahaman yang tinggi kan..
macam ada bayang2 untuk ditanya...ahaha..

so, what should i do?
so malam ini..misi berkurung diri dalam bilik untuk 5jam...
eceh!
dah macam time berkurung untuk study pulak..
ahaha..=P

yang penting jangan mengeluh ye..=)
hadapi ini dengan tenang okeh! (^_^)

baru lepas bersama-sama menganjurkan festexplorace..
banyak2 checkpoint..
eden n aida jer yang checkpoint nyer dalam bilik beraircond..

yang lain dibawah panas terik mentari..hee..

beraircond sekalipun..
checpoint ini membuatkan urusetia agak kelam kabut ok..
fuh..
jenuh jugak melayan karenah mereka2..
disamping berselang-selikan 'kebingitan' suara2 mereka yang berkareoke..

xpe2..
yang penting tugas kami sudah selesai..
having fun so much!

tapi untuk esok jer..
majlis penutup..


hope berjalan dengan lancar..
insyaAllah...
amin~

BICARA SYE: te3ah tunggu abes rehearsal..(T_T)

Friday 25 March 2011

entri tertunda:selesai sudah semuanya..(^_^)

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

al kisah untuk hari semalam..
saya perlu dan seorang lagi rakan-aida perlu menghandle program..
program pencarian TOP HOST kot..
tak macam gempaq je dengar kan? hehe



erm..
dan macam biasa..
saya mengharapkan perjalanan program itu akan berjalan dengan lancar..
tetapi kebiasaanya, bagi sapa yang baru pertama kali bertindak sebagai organizer..
pasti akan ada sedikit kekalutan kat situ..

dengan masalah juri..
masalah participant yang datang lambat (mungkin ada hal kot)
masalah participant yang lain menarik diri disaat akhir..
tak macam bende telah memberi satu kejutan buat kami
whoa!

but luckily..
we did it!
berjayalah juga mengharungi semua dugaan nie..-chewah!
itu pun selepas ditenteramkan oleh senior2 yang lain..
kami cool jer..
cool dalam kabut..hehe

but..
alhamdulillah selesai sudah..(^_^)

p/s: hari ini ade pertandingan movie pendek..
nak tengok kehebatan mereka2 petang ini..=)


Wednesday 23 March 2011

terkejut beruk den..(-_-)

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum...

kabare?
hehe..

woo..
nak cite pengalaman hari ini..
macam biasa..
what i did just now does not fit with what i expected..

presentationku..!
tidak seperti ape yang 'aku' harapkan
ape yang dirancang dan di latih untuk beberapa malam tidak sama dengan ape yang ''aku' present tadi..
whoa!
macam nak sepak diri sendiri je kan? haha

erm..
sama ada terlalu nervous atau terlalu confident boleh buat presentation dengan baik..hahaha..

moral of the storu: konfident sangat pun tak elok..
jangan nervous sangat jugak..
cool jer..
chill okeh! (^_^)

BICARA SYE:sebelum present jugak jangan lupe pkirkan risiko2 yang mungkin 'at sedden' berlaku..peace! =)


Tuesday 22 March 2011

geli woi..=P

bismillahirahmanirahim..
assalamulaikum..

pada pagi ini saya nak cerita pasal perkara yang menggelikan..
ok..
pacat..
kalau korang baca entri saya yang lepas..
saya ada cerita mengenai keberangkatan saya ke Gunung Senyum..

macam biasa, kalau dah hutan..
maknanya adalah 'binatang2 pelik' yang jarang sekali kita jumpa di UTM nie...

dan semestinya jumpe pacat..


woo...
geli..

ingatkan dah bersedia dari segi fizikal dan mental..
rupenya dah nak ke zero..
ahaha...

masa 1st time jumpe pacat..
pacat tue berjaya membuat percubaan memanjat ke kakiku..

dah namanya perempuan..
tak menjerit lah..
tapi saya terkejut sampai macam nak terjerit..

reaksi pertama:
"weyh syafiq..pacat nie warna ape?"

"warna coklat"

(nampak sangat tak pernah jumpa makhluk pacat nie..hehe)

reaksi kedua:
"hah..warna coklat?"
"weyh..ada pacat kat seluar nie..tolong2"
"tolong buangkan.."

"weyh..aku tak reti.."

seorang lagi member datang:

"meh2.."

akhirnya cubaan mengigit ku dapat dipatahkan!
oyeh!

ok...
macam biasa lah kan...
berjalan kat hutan sampai 4KM..
so probability untuk disinggah oleh pacat masih tinggi...

jadi...
sampai digua..
2 pacat telah naik ke kaki..

ouch!
very sakit ok..
erm..mungkin sebab dah lama dia hisap darah kat kaki..
dah namanya pun ada sucker!

memang memberi kesan dan juga meninggalkan 'nilai sentimental' lah..
huk3...(-__-)

moral of the story nya..

kalau nak msuk hutan..
  1. sembur dengan spray yang elak serangga tue..
  2. masukkan seluar dalam stoking..(kalau pacat naik pun, hanya naik kat seluar sahaja..hee)
  3. berjalan tengok bawah
erm..
tapi tak adventurelah macam nie..(^_^)

sekian sahaja cerita saya..

BICARE SYE: nnti saya nak msukkan enti mengenai trip kami ke GUNUNG SENYUM..=)

Monday 21 March 2011

saya,awak,dia dan ali tidak sempurna..semuannya tidak sempurna(-_-)

bismillahirahmanirahim...
assalamualaikum..

mencari kesempurnaan adalah sesuatu yang mustahil..
apatah lagi jika mahu menjadi seorang yang sempurna..

tetapi tidak salah jika membawa diri kearah kesempurnaan..
menjadikan diri lebih baik dari yang dulu..
menjadi diri lebih disukai ramai berbanding dulu..
mahu menjadi diri yang bukan plastik semata-mata..

manusia sekarang bertopengkan bukan siri sendiri..
manusia sekarang semakin berubah-ubah...

alim hanya sekadar nama..
baik hanya sekadar kata..
mesra hanya sekadar berlandaskan 'saje nak berbaik2'..
kebaikan yang dibuat hanya sekadar lakonan semata-mata..
wallahualam~

tidak mahu melalui zaman ini..
sama-sama tepuk dada tanya diri sendiri apa sebenarnya masalah kita dengan diri kita mahupun orang lain..

tidak mahu menunjuk..
salahkan diri sendiri..
salahkan diri 'saya'!

p/s:entri untuk peringatan bersama

BICARA SYE: saya tidak sempurna..sila percaya..=)


Friday 18 March 2011

bercampur-baur (^_^) (*_*)

bismillahirahmanirahim...
assalamualaikum..

malam ini saya nak pergi pahang!!
mahu naik gunung senyum..=)

mau ikut? hehe

ermm..
perasaan semua orang tidak tentu arah..
ada yang nak pergi..
ada yang tidak mahu pergi..
ada yang tidak bersedia..
tidak kurang juga ada yang excited..hehe

erm...
saya macam excited pergi..
tapi...
secara fizikalnya masih tak bersedia..
sebab masih tidak kemas beg! (*_*)
stamina tak kuat kot..
nak jog petang tadi..
tapi takde masa..
ada keje penting..huhu
redha je lar..(^_^)

secara mentallynya..
macam dah bersedia kot..hehe

erm...
nak buat flying fox lagi sekali! =)
nak merasa buat absceiling..=)

erm..
berharap agar aktiviti kami best2 belaka..^_^

BICARE SYE: korang semua doakan perjalanan pergi dan balik kami..(^_-)







Thursday 17 March 2011

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

"persiapkan dirimu..
persiapkan dirimu fizikal dan mental..
persiapkan dirimu untuk diuji olehNya..
persiapkan dirimu dari bisikan syaitan nirrajim..
persiapkan dirimu dari panggilan nafsu yang membunuh..
persiapkan diri segalanya..
kerana orang yang mempersiapkan dirinya itu adalah orang yang beriman"

untuk mengelakkan nafsu menguasai diri..
penuhi dada dengan ilmu..

agar kita tahu betapa pentingnya ilmu dikemudian hari..
generate iman kita setiap hari..

agar diri tidak leka menikmati kemewahan duniawi.. waallahualam~

*peringatan buat diriku yang sentiasa alpa dengan nikmat duniawi*


BICARE SYE: beringat2 dahulu sebelum terkena..=)

Wednesday 16 March 2011

akanku tempoh dengan tabah hari esok..(*_*)

bismillahirahmanirahim...
assalamualaikum...

oyeh..
sebelum tido..
wajib update blog untuk hari ini..hehe

hari esok hari yang perlu juga saya tempuhi..
memandangkan..
esok pagi ada speech spontant(in English) + meeting + 2test (belah petang dan malam)..
wow..
hari yang terbaik..=)

ish..
kecahlah cik asliner nie..
orang lain pun ade meeting+test kot..
bukan hang sorang jer...=P

erm...
muhasabah diri...
"adatlah tue..student kot" (^_^)

yang penting..
jangan mengeluh..

'sesungguhnya..orang yang mengeluh itu tidak akan tenang hidupnya'
( kata Sarah kepada ku)

BICARE SYE: ok..nak tido dah..=)

Monday 14 March 2011

mencari konklusi..(^_^)

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

korang apa khabar?!
mesti sihat2 belaka sebab tiap2 hari update blog...=)

erm..
seperti biasa..
entri ringkas dari saya..

sebenarnya..
sedang saya sedang mencari jalan untuk keluar daripada stress...
erm..
stress ke?

tidak stress mane pun..
cuma sedikit tertekan..
biasalah..
harga yang perlu dibayar sebagai seorang pelajar..(^_^)

jalan terbaik untuk menghilangkan stress..
  1. jerit kuat2 dalam hati semasa dalam bilik - sebab takut ganggu rumate
  2. kalau boleh, banyakkan lagi masa mengacau rumate sendiri - sebab hanya dia(manusia) yang tahu bertapa stressnya diri ini (sebab dia rumate saya! haha)
  3. tengok movee untuk melepaskan tension juga merupakan idea yang baik- erm tengok cite hantu kak limah balik rumah kot! "kite bako je!" (^_^)
  4. menselimutkan diri anda dengan 'gebo' jugak ok..-itu salah cara untuk menunjukkan bahawa kita sedang 'mogok' dengan stress kita - kirenya melawan balik lah..=)
  5. dan sebenarnya..best way untuk mengelakkan stress kerana assignment2 yang tak siap adalah dengan membentuk satu 'action plan' - maksudnya, senaraikan waktu2 yang perlu untuk kita siapkan assignment, kerana KERJA LAST MINIT memang akan menambahkan stress anda ditahap yang lebih tinggi! (T_T)

BICARE SYE: belum cukup dengan penangan hantu2 malaysia, kini kolej saya dikejutkan dengan kehadiran 'oil man'..haha.
senang jer..kalau orang minyak buat kacau, kita backo jer! =) (ayat menyedapkan hati..huhu)


Wednesday 9 March 2011

berehat sebentar

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

diatas sebab2 kekangan tertentu...
blog ini akan sunyi seketika (dah memang sunyi pun sekarang)

ade sebab yang tidak boleh dielakkan..
mungkin mnggu depan dapat diaktifkan semula..
atau mungkin jumaat nie..hehe

BICARE SYE: semoga sihat2 semuanya..(^_^)

Sunday 6 March 2011

sabar jelah..(@_@)

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

ok..
hari ini serba ringkas..
dan entri kali ini mahu menanya korang2..
adakah mengambil gambar di supermarket merupakan satu kesalahan?

sebab tadi..
masa kami pergi ke jusco..
dan ke gerai cool blog...
saje2 mengeluarkan kamera telefon untuk mengambil gambar kami..

ada lah seorang pekerja disitu berkata:
"maaf kak..kat sini tak boleh nak ambik gambar"

kami pun tanye balik:
"eh..betul ke?"

dia menjawab kembali:
"betullah..saya(sambil menunjuk ke name tag dia ASSISTANT SECURITY)"

dalam hati sebenarnye nak kata..
"ada kami kisah"...hehe

tapi dia menjawab kembali:
"betul nie..takkan saya nak tipu"

ok..
time itu benar2 menSPOILT mood kami..
sabar je lah..
ok..
itu sahaja nak beritahu..hehe

BICARE SYE: penat hari ini..(-__-)



Friday 4 March 2011

sememangnya surrender..(*_*)

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum...

surrender..
tak dapat nak menunaikan azam untuk mengupdate blog tiap2 hari..huhu

nak buat macam mane..
masa begitu mencemburui diriku..

kalau tidak sebab masa..
faktor2 lain sangat 'membantu' dan begitu 'menyumbang' dalam diri untuk tidak mengupdate blog..

BICARE SYE: maaf kepada sahabat2 yang telah meninggalkan komen diruangan entri..tetapi tidak sempat nak membalas kembali..maaf juga kepada sahabat2 yang memfollow saya..dan saya masih tidak sempat untuk menjenguk dan drop komen di blog korang..sedey kan? huhu


entri tertunda: selamat sejahtera ke atas kamu

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

mari baca kisah kat bawah nie..

Rasulullah s.a.w menganjurkan kepada para sahabat supaya melakukan amalan yang jika diamalkan, akan menimbulkan rasa kasih dan sayang diantara mereka. Lalu para sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w apakah amalan tersebut?. Baginda menjawab: "sebarkanlah salam diantara kamu"
Antara adab-adab salam ialah orang muda yang memberi salam kepada orang tua, orang yang berjalan kepada orang yang duduk, orang yang menaiki kenderaan kepada orang yang berjalan kaki dan kumpulan yang kecil kepada kumpulan yang ramai.
Adalah tidak sepatutnya kita hanya menunggu orang lain untuk memberi salam kepada kita. Sepatutnya kita yang merebut peluang untuk memberi salam. Sabda Rasulullah s.a.w : "barangsiapa yang memulakan memberi salam, maka dia adalah lebih utama di sisi Allah dan rasul-Nya"

subhanallah..
lihatlah..bertapa kasihnya Allah dan rasul kita terhadap kita..
sedangkan kita? (-__-)

BICARE SYE: sedang memperbaiki diri..yang ternyata memang banyak kelemahannya..(^_^)


untuk diri kita..

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

minggu lepas..
time lecturer mengajar..
mesti ada diselitkan dengan soalan untuk ditanyekan kepada student..
tapi student hari itu sangat pasif..

no response..
oleh kerana itu..
leturer saya bertindak untuk menanyakan kepada kami semua..

"kenape hari ini semua lembik jer?"
"ada yang mengantuklah..macam ada masalah..jiwa kacau..macam2lah" -lebih kurang macam tue ayatnya

lepas itu..
lecturer kami pun tanya..

"kamu semua nie sebenarnya datang kelas untuk ape?"
"kamu semua nie datang kelas sebab routine kamu(untuk mendapat markah kehadiran penuh) atau kamu datang kelas untuk belajar?"

time tue..
masing2 tersengih2..
senyum2 kan..

dan tibe2 hari ini teringat..
macam mana dengan solat kita..
adakah setiap hari yang kita solat itue adalah hanya untuk memenuhkan 'kuota' 5 kali sehari..
atau kita sebenarnya terpakse..
atau sebenarnya kita suka dan cinta untuk menunaikan solat kita..?

tepuk dada tanya IMAN dan DIRI KITA SENDIRI..

bagai sindiran:


'dirikanlah sembahyang sebelum kamu disembahyangkan'

'solat ibarat tiang agama..sama juga diibaratkan tiang rumah..jika tiangnya tidak kukuh..maka bila2 masa sahaja rumahnya akan runtuh'

BICARE SYE: betulkan diri sendiri dahulu jika mahu orang lain ikut kita..=) -peringatan untuk saya..=)



Wednesday 2 March 2011

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

yang dilihat bukan untuk dijadikan tatapan..
yang diingati juga bukan untuk dijadikan kenangan..
kerana yang dilihat dan diingati itu bukan sesuatu yang kekal..
kerana sesungguhnya ia hanya perancangan semata-mata..

mengingatkan diri bahawa kita hanya mampu merancang..
adalah lebih baik daripada mengingatkan diri bahawa rancangan yang dibina akan dapat dicapai..
kerana sesungguhnya sebaik2 perancang adalah yang DIATAS SANA..


dua rangkap yang memberi maksud yang berbeza..
hanya tuhan yang tahu..
sekadar luahan yang tidak terluah..(^_^)

BICARE SYE: jiwa kacau ke?