UP TRAFFIC

Monday 28 February 2011

kau iri hati dengan aku kan?

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

pernah dengar kata2 dari pakar bahawa..
kalau kita selalu tidak puas hati dengan seseorang itu..
kita sebenarnye IRI HATI dengan dia!

uish..
bahayanya..! (-_-)

erm..
mungkin boleh dikategorikan IRI HATI ini sebagai penyakit yang berkaitan dengan hati kita..
sifat ketidaktenteraman dalam hati..
kerana iri hati dengan diri orang lain..
iri hati dengan 'ramainya kawan dia'..
pendek cerita iri hati dengan segalanya lah tentang SI DIA..

bahaya2!..
jauhkan diri kita dengan penyakit ini..

jika IRI HATI pun dengan kawan kita itu, eloklah dijadikan sebagai motivasi buat diri kita..
sebagai contoh..
kalau kita iri hati dengan kejayaan dia..
jadikan iri hati kita itu sebagai satu pemangkin untuk kita mengatasi dirinya..
kerana secara tidak langsung akan mewujudkan persaingan sihat..=)

saya pernah mengalami 'perasaan' itu dengan kawan saya..
saya tidak pasti kenapa saya tidak boleh bercakap dengan dia..
macam ada sesuatu yang tidak kene yang pernah dia buat..
padahal tidak ada pun!

rasa jahat diri ini..(-_-)

tetapi bila fikir2kan kembali..
apesalah dia kan??

jadi, masa nak dekat time exam..
kami saling bermaafan..
ada yang menangis..
dan yang pasti orang yang menangis itu adalah saya..huhu

kecian kan?
padan muka..
buat lagi macam tue kat orang..
akhirnya diri sendiri yang menyesal..huk3...

ok..
itu kisah dulu..

beginilah..
yang penting..
tanamkan dalam hati bahawa kita sama2 adalah satu taraf..
dan mungkin dia berjaya adalah kerana datangnya dari usaha sendiri..
dan mungkin juga kerana rezeki dia..=)

dan bagaimana jika orang lain pula buat macam itu pada kita balik?
ape perasaan kita?

TEPUK DADA TANYE DIRI SENDIRI..(^_^)

BICARE SYE: sampai sekarang masih rasa bersalah dengan kawan saya itu..(*_*)



SUPERPOWER

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

saya nak superpower!
-gambar ihsan google-

eh2..
jangan pikir iklan yang kat TV tue..=)

ok..
kalau diberi pilihan..
saya nak sangat ada kuasa untuk MENGETAHUI APA YANG TERSIRAT DIHATI KORANG SEMUA..
erm..
mane tahu korang semua sedang 'mengumpat' kite ke..
sedang gelakkan kita ke..

kalau ada kuasa nie..
mesti best..
sebab boleh tahu apa yang orang sedang fikir pasal kita..
bab dalam cerita 'apa kata hati'..
kan?

kalau ada kuasa tue..
then saya dapat tahu ada orang 'cakap2' pasal saya..
cara terbaik untuk menyedarkan mereka bahawa saya juga dengar ialah dengan memperli mereka..
contohnya: mengiakan apa yang dikata oleh mereka tentang saya..

mesti bila mereka2 dengar akan terkejut..

"eh,macam mane dia boleh tahu apa yang ak cakap?"

hehe..
semua ini hanya 'impian' untuk memiliki superpower..

p/s: teringat pulak time kelas BI kat matrik dulu..sebab soalan " what type of superpower that you want to have?" inilah yang ditanya semasa kelas pertama BI


BICARE SYE: erm..korang tak pernah terfikir untuk ada superpower ke?
superpower macam mana yang korang nak?



Saturday 26 February 2011

semalam yang mengerikan..(*_*)

bismillah..
assalamualaikum..

semalam..
tercapai jugak hajat nak menderma darah..

mule2 dia tolak dia..
kita tolak dia..
dia tolak kita..
masing2 takot nak menderma..
sebab katanya jarum dye besar..(*_*)



erm..
tabahkan hati..
jarum je tue..
bukan lubang senapang...(nak sedapkan hati..^_^)

mesti ada procedure kan..

  1. Kene timbang berat..-erm..nasib baik lepas 45kg..bolehlah saya menderma..=)
  2. Kene check tekanan darah..-erm, nasib baik masih normal tekanannya...=)
  3. Jari tangan kene cucuk untuk ambil sample blood test..-darah saya jenis A+.. (hari tue masa kat matriks, darah A-..macam mane boleh bertukar tue..konfius..(-_-)
  4. Dapatkan buku derma darah warna merah kecik (macam buku 555)..comel sungguh buku tue..like2..(^_^)
  5. Time tue jugak dapatkan semua2 kantung untuk mengisi darah yang di sedut..=)
  6. Duduk atas kerusi yang disediakan..baring..dan MA mulakan operasi untuk meng'inject'..=)
  7. Masa MA keluarkan jarum untuk 'inject'..dalam hati berkata "la..jarum nie rupenye..jarum yang biasa..takdelah besar sangat.."
  8. Lepas dah 'inject' tue..ada lagi satu jarum untuk dicucukkan kedalam kulit untuk menyalurkan darah kedalam beg yang disediakan..masa tue dah cakap "owh..ada jarum lagi besar rupanya.."-nasib baik rasa biasa je..sebab macam dah terkena ubat bius..no sense at all! =)
  9. Lepas itu, mulalah operasi..ada seorang MA duduk disebelah saya..jadi saya mengambil kesempatan untuk berbual dengan mkcik MA nie..-UNTUK MENHILANGKAN NERVOUSKU!
"makcik, kenapa ye ada segelintir orang tidak mahu menderma darah? sebab takut eh?"

"ha ah, kebanyakan orang takut..mungkin tidak biasa tengok jarum" -lebih kurang begitu ayatnya

"hari ini kumpulan makcik target bape ramai ek?"

"30orang -sambil menujukkan jarinya 3 "

---

---

---

---

"cik..kenapa ek tetibe debar semacam je nie?" -saya berkata

"la..awak pulak ke nak pengsan?"

makcik ini pun panggil kawannya dan memanggil doktor..

masa tue mata dah berkelip2..bibir pucat giler(bak kata kawan saya)

lepas itu ada seorang makcik datang..

"ok dik..awak tutup mata tidur.."
(semetara yang lain sibuk membantu)

lepas itu, doktor perempuan datang..

sambil menepuk ditepi saya..
dan dia berkata..
"dik2..bukak mata dik..cuba bukak mata"

keadaan dah cemas dah time tue..
tapi masa itu memang konfius..
makcik nie cakap tutup mata suruh tidur..
yang doktor suruh bukak mata..
KONFIUS EDEN!

ada 2 doktor..
doktor lagi sorang ini cuba nak cucuk di tangan kiri saya..
untuk memasukkan air kedalam badan..
ekoran dah terlalu pucat muka +nak pengsan..

air soya+ air glukose diberikannya kepada saya..
untuk meningkatkan kembali tenaga..

kalau dah terlalu banyak air manis..
ape lagi..
perut mula nak generate..
tetapi tidak mampu menampung tahap keparasan gula yang terlalu tinggi..-hyperbola sikit! =)
dan kedengaran suara saya..
"doc..saya rasa nak muntah"
"cepat doc..dah tak tahan nie"

nasib baik doktor itu sangat pantas..
bermulalah episod vomit2 nie! (-__-)

dah mula dapat tenaga balik..
dan dapat buka mata dengan betul..
saya lihat ramai yang keliling saya..

kawan2 yang lain dah risau dah..
jadi..untuk mengawal situasi itu..
saya pun cakap..
"erm..maaflah ye..TERpengsan sekejap.." =)

makcik2 MA dan kawan2 kat situ gelak sekejap..
senang hati tengok mereka senyum dan ketawa..!
NO WORRY! (^_^)


itulah serba sedikit kisah semalam yang ngeri..hehe
terima kasih kerana membaca entri ini..=)


BICARA SYE: korang pernah derma darah tak? best? (^_^)

Friday 25 February 2011

entri tertunda: tiga golongan yang tidak diendahkan oleh Allah s.w.t

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

mari baca ini..

dari hadis riwayat Muslim, Abu Dzar, At Tarmizi, Nasa'i dan Ibnu Majah, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda : "(Ada) tiga golongan di hari kiamat nanti (di mana) Allah s.w.t tidak berbicara dengan mereka, tidak beroleh keampunan bahkan mendapat seksa yang pedih. Golongan yang rugi ini adalah orang-orang yang memanjangkan pakaiannya (kerana) sombong, orang yang mengungkit-ungkit pemberiannya (sehingga menyakitkan orang yang diberi) dan orang yang bersumpah palsu."

nauzubillah..
mari sama2 muhasabah diri kita..

"kurangkan berpoya-poya..tingkatkan kebaikan dalam diri"

BICARE SYE: hari ini niat nak derma darah..tidak tahulah menjadi atau tidak..=)

Thursday 24 February 2011

jangan minta begitu..

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

saban hari saban minggu..
kerja menunggu-nunggu untuk dipersiapkan..
biar banyak sekalipun..
ingatlah sememangnya ia tanggungjawab kita..

biar bertimbun-timbun kerja yang mendatang..
biar kerjanya bersilih ganti..
jangan dilupakan pesan ayah dan ibu..
JANGAN MENGELUH wahai anakku!

kalau ikutkan waktu sekarang..
saya pasti semua orang banyak kerja..
semua orang banyak assignmentnya..

tapi lebih elok disusuli dengan perkataan:
"alhamdulillah ya Allah kerana engkau masih beri ak kesempatan untuk melakukan semua ini..insyaAllah aku akan lakukan yang terbaik..amin"


jangan di pinta untuk dikurangkan ujian..
tetapi pintalah semoga kita dapat hadapi ujian yang mendatang..peace! (^_^)

sudah semestinya..
entri ini untuk peringatan diriku dan dirimu sekalian juga..

BICARA SYE: marilah bersangka baik dengan aturan yang telah ditetapkan oleh Allah buat kita..insyaAllah ada hikmahnya..=)


Wednesday 23 February 2011

sangat rindu mereka..(-_-)

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

ok..
kalau kira2 balik..
sebenarnya hampir sebulan tidak pulang kerumah..(eh,homesick ke!?)

rase nak balik..
huuwaaahhh..(-_-)

kelmarin..
ibuku menelefonku untuk menanyakan mengenai sesuatu perkara..
tetapi disebabkan waktu itu sedang melayan perasaan tido..
so saya bercakap dengan ibu dengan nada agak marah..

pagi esok rase sangat bersalah!
lalu menelefon ibu untuk meminta maaf..
seperti kebiasaan..
ibuku menjawab "ala..biasalah tu..lina kan memang macam tue.."
huk3..nak menagis dah waktu tue? hee

ok..
ini kisah ayah saya pulak..

semalam..
ayah saya telepon saya untuk menjawab pertanyaanku mengenai bagaimana untuk mendapatkan tajaan untuk GOP..

"hello,assalamualaikum.."

"waalaikumussalam-gaya pak arab"

kedengaran disitu ayah saya sedang mengunyah+makan sambil bercakap dalam telefon..

ok..
sangat sweet disitu..
sebab gaya macam anak kecil nak cakap dengan ibunya..-TERbalik sudah..=)

erm..
sebenarnya nak cakap yang sedang rindu ibu ayah..hehe

moral of the story : selagi ada ibu bapa..kita kene hargai waktu itu..^_^
i love both of u bebeh..=)

BICARE SYE: nak balik minggu nie..tapi ade pertandingan netball..nak balik minggu depan macam tak dapat jugak..sebab ada program futsal..macam mane ye? huhu




keyakinan diri yang rendah

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum...

uish..
lama tidak menjenguk ini blog..(-__-)

bagaimana ya untuk saya mencuri sedikit masa untuk mengupdate blog..?
ada cadangan? huhu

ok..
masalah untuk bercakap apabila ditanya oleh lecturer..
senang cerita..
masalah untuk menjadi volunteer dalam kelas sangat susah..

saya tidak tahu kenapa masalah ini seringkali menghantui diri..
adakah disebabkan ketiadaannya keyakinan untuk bercakap dikhalayak ramai..
atau sebenarnya pemalu? (yeke? haha)
atau sebenarnya takut mengahadapi kegagalan? (kadang2 terfikir apa yang akan kita cakap sebenarnya salah..-__-)

bagi yang punya keyakinan yang tinggi..
sila bagi cadangan bagaimana nak bagi saya keyakinan untuk bercakap dihapadan khalayak ramai tercapai? (0_0)

BICARE SYE: sedang mengalami fasa jiwa kacau..(-__-)

Monday 21 February 2011

aku bangkang!

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

eh!
tetibe tajuk kat atas nak "ak bangkang" ek!

mentang2 musim PRK..
ok..
tadi selesai menunaikan tanggungjawab sebagai seorang palajar di kampus..

oyeh!
it was my first time ok!
debarnya macam nak masuk dewan exam..
padahal nak masuk bilik untuk gi pangkah je..kha3-gelak jahat!

sesetengah orang suka kalau ada pilihan raya kampus nie..
sebab nanti tiba2 wifi yang superslow..
akan jadi wifi kinda laju giler-(hyperbola sikit!)

ape2pun..
itulah manifestasi masing2..

kita sokong dari belakang ye..

akhir kata..
"beli kanji sampai lapan.. jika dah janji,harap tunaikan.."
*aku mengharapkan kerjasama dari orang ramai..sokongan..dan bukan makian dan ungkitan*
~kata si A kepada B~


so..
saya bangkang..
eh,silap..
saya pangkah..
jeng3..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
UNDI ADALAH RAHSIA! ^_^


sumber google

BICARA SYE: rugi atau tidak orang yang tidak pergi mengundi???



Saturday 19 February 2011

penyakit yang berjangkit..

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

ok..
entri ringkas..

penangan hantu kak limah balik rumah (HKLBR) memang masih tak habis2 lagi..
walaupun dah dekat sebulan lebih kot dah tayangan..

balik bilik..

"(chu cite)2x"

datang kelas..

"(chu cite)2x

"siapa yang setuju dengan saya sile angkat tangan macam saya.." -sambil gelak jahat! haha

habis kelas-otw nak makan..

"sole..sole..solele"
(ade lagi yang menyambung tue)

di facebook..

ada orang siap letak 'pakcik tangan yang tak berape nak sotong tue' sebagai profile pict..


wah..nie memang kes penangan betul nie! =)

di blog..

ada yang buat review pasal HKLBR..
pasal hantu kop_k..

"pelawok..pelawok..pelawok.."


sahabat2 yang lain ada yang dah tengok sampai 4 kali..
empat2x kali itulah mereka ketawa..

agak rimas ye disitu!
tapi nak buat macam mane..
dah memang HKLBR best!

sebenarnye kat sini..
nak cakap tahniah kat MAMAT KHALID..
kerana berjaya membuat kami2 ini terjangkit+menjangkit+dan berpenyakit dengan HKLBR..

*haish..tak boleh cakap lebih2..nanti mamat khalid datang jumpe ajak saya berlakon ngan die pulak..haha - sile jolok tekak sekarang!* =)

BICARE SYE: esok mula musim PRK..nak undi sape ye? (^_^)




Friday 18 February 2011

ak nak jadi blogger sampai tua?

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

korang sihat?
kalau demam tue..
mesti sebab terkejut dengan perubahan cuaca kat malaysia nie..
aiseyman!
macam duduk oversea pulak sebelum nie..hehe

ok..
sapa yang ada blog ini..
saya rasa mesti 'addict giler' dengan blog sendiri kan..
tidak kisahlah cara tunjuk tue..
sama ada menunjukkan kegilaan dengan mem'post' enti setiap hari atau..
1st website yang akan anda masuk adalah blogger.com..

sampai bila kita akan berblog?
adakah sampai kita dah kawin?
selepas ada anak?
dah ada cucu pun?
dah sampai tahap "kubur kata mari..rumah kata pergi" (TER hyperbola pulak ayat!)

okeh..
sebenarnya..
yang penting..
niat kita berblogging...
jika ada perkara yang ingin kita kongsikan untuk kebaikan bersama..
eloklah dipercepatkan entrinya..

setiap orang berbeza2 entrinya..
dan yang penting.. "yang tidak elok jadikan sempadan, yang elok jadikan sebagai tauladan"
waallahualam~

BICARE SYE: sape nak teman saya makan nie..semua orang takde -__-


entri tertunda: kisah haiwan boleh melihat syaitan

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

erm..
semalam malam tidak sempat untuk buat entri singgah jumaat..
sebab kebetulan semalam fever at sudden..
flu semakin serius..
makan ubat mata jadi bengkak..
mungkin disebabkan alahan pada ubat (seperti yang pernah berlaku sebelum ini)

ok..
dah baca tajuk entri diatas?

jika haiwan boleh melihat syaitan..
apatah lagi manusia yang lemah akan dapat melihat syaitan..
mungkin hanya sekelingtir sahaja manusia ternampak syaitan (dalam bentuk jelmaan)

di kampung..
jika kita dengar ayam membuat bising..
bak kata orang kita "bila bertelur, riuh sekampung"..
ada ayam yang berlari seolah-olah ketakutan..

ada juga binatang lain yang berbuat demikian..
haiwan lain yang dimaksudkan adalah seperti keldai..
keldai juga ada yang turut berkelakuan sama seperti ayam..

tapi kata orang.."haiwan boleh lihat syaitan?"

menurut hadis riwayat Bukhari, Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

" apabila kamu mendengar ayam-ayam betina berbuat bising, maka mohonlah kurnia daripada Allah s.w.t kerana mereka sedang melihat malaikat datang. Dan apabila kamu mendengar teriakan khimar (keldai), maka berlindunglah kepada Allah s.w.t daripada syaitan, kerana sebenarnya khimar-khimar itu sedang melihat syaitan"


jadi..
ingat ye..
kalau ayam betina buat bising..
kita berdoa ye..
jangan kita ambil selipar dan balik kat ayam tue sebab bising..=)
waallahualam~

BICARE SYE: tidak berkesempatan nak jejak ke KL untuk menghadiri ekspo kerjaya..sebab mata tiba2 bengkak..-__-


Thursday 17 February 2011

entri tertunda: ada caranya

bismillah..
assalamualaikum

dah menjadi kebiasaa orang kita..(yang masih student)
untuk membuat aktiviti 'wakanabeb' kepada kawannya apabila rakannya akan menyambut hari kelahirannya..
istilah melayunya..
PRANK! ^_^

ok..
sebenarnya kalau nak buat 'aktiviti' ini..
korang semua kene follow tips ini..

  1. kene plan awal2..erm..kalau nak seminggu lebih awal pun boleh..=)
  2. untuk membuat PRANK ini..mesti mendapatkan kebenaran rakan terdekatnya+rumatenya sendiri (kerana hanya mereka yang mengetahui luar dan dalam diri target kita itu..^_^)
  3. sila dapatkan bahan yang bersesuaian untuk digunakan yang bertepatan dengan plan yang dirancang..(contohnya: tepung/bedak/air)
  4. tujuan PRANK ini mestilah ditujukan kepada si target itu..mesti..=)
  5. anda digalakkan mengenakan sekali rakan-rakan yang berada disekeliling (orang kedua yang perlu di PRANK adalah orang yang cuba mengenakan target kita..hehe)
  6. apabila PRANK sudah habis, semua yang terlibat hendaklah bersama2 mengemaskan kembali bilik/ruang yang telah digunakan untuk tujuan PRANK..(^_-)
  7. selepas selesai semua aktiviti mengemas, buatlah 'jamuan' kecil-kecilan dengan tujuan untuk bermesra dengan lebih dekat lagi bersama si target..hehe
  8. selesai 'jamuan' kecil-kecilan..baru anda dibenarkan balik..=)
  9. sebelum balik..sudi2 meminta maaf kat si target dengan berkata "maaflah ye..memang kami sengaja buat..hehe"
  10. doakan yang terbaik buat si target dan semua yang berada disana..=)
  11. ok..kini anda betul2 boleh balik..khi3 (^_^)

ok..
itulah tips yang perlu anda ikut..hehe

BICARE SYE: sebenarnya semalam baru je buat PRANK dekat nur aziera mohd yasin..dengan saya2 kene..hehe

p/s: selamat menyambut hari lahir cik azie!
semoga dipanjangkan lagi umur dan dimurahkan rezeki beserta ditetapkan imannya..amin~
segment jumaat saya akan buat petang ini atau malam ini...=)


Wednesday 16 February 2011

ingin kami berbuat demikian..tetapi..

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

seperti yang kita tahu..
banjir memang sudah mulai surut bermula dari minggu lepas..

tetapi masih ada terperangkap dengan 'kesusahan' membersihkan rumah...
atau mungkin mengalami masalah kesihatan dek kerana sumber air yang kotor akibat banjir..

oleh itu..
kami..
wakil seksyen ko-Q kami ingin bersama-sama dalam situasi itu membantu anda sekalian..

tunggu kami warga Seri medan, Batu Pahat..


*sekadar gambar haiasan*


*credit to google*

erm..
sebenarnya program ini kami tak dapat nak join..
sebab pergi career ekspo di KL..
sedey kan? (-__-)

erm..
takpe..
mungkin tiada rezeki kami nak join..
semoga orang yang dapat join dirahmati olehNya..=)

"misi membantu hanya disebabkan datang dari keihklasan diri"

BICARE SYE: hari esok saya ad test..doakan kami boleh jawab..hehe
p/s: macam biasa..tidak sempat BW..banyak keje -bukan mengeluh! =)

Monday 14 February 2011

utusan teragung

bismillah..
asalamualaikum..

entri ringkas..
hari ini..
seperti yang kita tahu..
merupakan hari sambutan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W....

Maulidur Rasul..
seperti kebiasaan..
umat Islam dari seluruh dunia akan berarak bersama-sama untuk berselawat keatas nabi..

moga dihari yang mulia ini kita sama2 memperbanyakkan selawat keatasnya..
(eh! bukan hari ini sahaja..esok..luse..tulat..langkat..setiap hari kita kene berselawat keatasnnya!)

FREE lagi HALAL pahala yang kita dapat tue! ^_^


sambil2 tue juga kita berzikir memuji kebesaran Allah! =)

Alahumma Solli'ala sayidina Muhammad..

BICARE SYE: nikmatnya kalau dapat join perarakan (-_-)


entri tertunda : kisah velentino

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

ok..
semalam tidak berkesempatan nk on9..
kalau on9 pun tidak dapat line..
so hari ini baru sempat nak post..(-_-)

jom baca kejap kisah velentino..

ahmad merupakan pelajar bersekolah agama..
disebabkan membawa title sekolah agama tersebut..
dia berusaha sedaya upaya untuk mempertahankan nafsunya untuk mencari awek..
selepas berjaya menamatkan pelajarannya di sekolah tersebut (lepasan sekolah agama)..
dia ditawarkan masuk ke satu universiti..
di situ Ahmad mla terpikat dengan seorang perempuan ini..
kebetulan..
perempuan ini juga merupakan lepasan agama..

masing2 malu..
tetapi mereka Ahmad memberanikan diri untuk meluahkannya kepada Siti(perempuan itu)..
dan Ahmad menyatakan hasrat untuk bercouple dengan si Siti..
tetapi Ahmad menyatakan untuk berCouple secara 'islamik'..
jika hendak kemasjid..
Ahmad akan berada didepan..
Siti berada dibelakang..

satu hari..
ada seorang mualaf datang kepada mereka berdua yang sedang kebetulan jalan bersama2..
mualaf itu bertanya kepada mereka berdua "are you married?"
ahmad menjawab "no..saya hanya bercouple dengan dia..secara islamik"

sebelum mualaf ini memasuki Islam..
dia gemar makan daging bab*..
jika tidak makannya..
dia akan dimasukkan ke hospital..

disebabkan dia kini telah menganuti agama Islam..
dia juga kini telah dimasukkan ke hospital..
kerana 'berhenti' makan daging bab*..

muallaf ini mula terpikir akan jawapan Ahmad..
"erm..couple islamik.."

mulai dari saat itu..
mualaf ini bertindak untuk membela satu ekor bab*..
seekor bab* yang baru lahir..
dari situ..
si mualaf ini men'syahadah'kan bab* tersebut..
mendengarkan ayat al-Quran..
dan segalanya diuruskan dalam bentuk 'islamik'..

apabila bab* ini sudah besar..
si mualaf ini bertindak untuk menyembelihnya secara Islam (walaupun sebenarnya bab* tidak ada leher)..
dan selepas penyembelihan dan sesi memasak daging tersebut..
si mualaf ini bertindak menjemput orang kampung untuk menjamu selera..

"mari..mari..
mari makan daging bab* ini..
saya telah islamik kannya!"

OK..
pasti sahabat semua dapat fikir apa pengajarannya disini..

"jika sebenarnya perkara itu memang haram..jika di'islamik' kan juga masih tetap haram"

*sila ambil peringatan semua..termasuklah saya!

BICARE SYE: erm..agaknya ada atau tidak orang melayu kita menyambut HARI KEKASIH pada hari semalam?! nauzubillah..(-_-)


Sunday 13 February 2011

jangan tengok orang berdasarkan judgement semata-mata

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..


ok...
bila bercakap mengenai manusia..
manusia memang tidak pernah lari membuat jugdement pertama bila berjumpa dengan orang yang tidak dikenalinya..


tidak kiralah orang itu tinggi atau rendah..
hensem atau tidak hensem..
lawa mahupun tidak lawa..


kita tidak kenal lagi..
kita dah sibuk nek membuat andaian bahawa dia ini sebenarnya tidak baik!
ingat kata2 ini..
"pandangan mata itu selalu menipu"


ok..
tutup pula kisah kita yang suka buat judgement pada orang kita tidak kenal lagi..
bagaimana pula kalau manusia membuat jugdement terlalu awal kepada orang yang dia hanya berkawan pada waktunya sahaja..


tidak kenal sepenuhnya..
tetapi membuat judgement bagaikan dah 'beribu tahun' mengenalnya - ish,TER hyperbola pulak!

pelik2..
manusia sekarang makin 'pandai'..


*peringatan buat diriku jua yang masih tidak sempurna..


BICARE SYE: Tadi main bola tampar dengan orang negro+putih..cuak okeh! sebab gaynye sangat profesional..abes yang saya nie dia katakan "she's too short"..(-__-)


Friday 11 February 2011

2 sekali tagged dari saidah manan

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..


ok..
entri kali ini adalah untuk menjawab tagged yang sekian lama telah 'terkubur' dalam box draft..
tapi gali punya gali dapat juga membawa 'jasadnya' balik..hehe

tag ini adalah dari sahabat saya yang bernama saidah manan

tag ini memerlukan saya menyatakan 5 perkara yang akan saya lakukan apabila bertemu dengan encik broadband..


ok..
disebabkan saya tiada broadband dan hanya bergantung kepada wifi..=)

5 perkara yang saya akan lakukan apabila bertemu dengan encik wifi ialah:

  1. mule sekali mesti cari website blogger dulu..pastu sign in
  2. sign in kat YM pulak..
  3. kalau YM ada 'buat iklan' mengenai terdapatnya email dalam inbox saya..maka nest website saya ialah email saya
  4. yang ke empat baru saya buka blog2 sahabt untuk buat BW..kire sesi drop comment la..(itu pun kalau sempat)
  5. erm..e-learning untuk pelajar UTM-website nie akan saya bukak bile saya memerlukan..hehe
macam bosan kan website2 yang saya bukak nie?
erm..secara jujurnya..
saya lebih suke membeli sesuatu yang dapat saya baca dan pegang sendiri..
maknenya kurang suke melayari internet untuk mengetahui sesuatu perkara itu..
sebab lebih suka baca melalui suratkabar+majalah+yang seangkatan dengannya..
macam pelik jer dengar..-__-

tag yang kedua dari saidah

KENAPA ANDA SUKE BER-BLOGGING?
sebab saya suke!
sebab saya tidak suka bende lain..
saya hanya suke berblogging sahaje..
senang cite blog addict! =)

APA MOTIF ANDA TARIK FOLLOWER? ANDA SUPERSTAR KAH?
hoho..
ayat apekah ini?
motif saya hanyalah untuk berkongsi semata-mate..
incase saya ade letak artikel yang berguna..
why not saya share with you all kan?

CERITA SEDIKIT PERANGAI ANDA
erm..
kalau saya buka blog..
maka anda semua dilarang berada disebelah saya! =)

PERNAH TERFIKIR NAK MASUK MAGAZINE DAN UAR-UARKAN BLOG ANDA? MENGAPA?
erm..
kalau nak msuk paper jer poleh tak..? hehe

TAGGED BLOGGER LAIN
saya suke tagged akak nabilah..
dan nick irfan..^_^

ok..
done!
oyeh..=)

BICARE SYE: rase macam ade tagged yang masih tidak diselesaikan..(-__-)

Thursday 10 February 2011

Wasiat seorang alim

bismillah..


assalamulalaikum..





macam biasa..


hari ini adalah hari jumaat kan?


jom kita hayati ayat dibawah ini..





Pada suatu ketika ada seorang ini meminta nasihat dari Ibrahim bin Adham r.a yang terkenal sebagai seorang yang zuhud. Kata orang itu, "Wahai Ibrahim, berikanlah kami wasiat yang dapat menjadikan seluruh kehidupan kami bermanfaat"


Ibrahim Adham pun memberikannya nasihat:


"kalau engkau melihat orang sibuk dengan dunia, maka sibukkanlah dirimu dengan soal akhirat.


Kalau engkau melihat orang sibuk memperindahkan lahirnya (luaran), maka sibukkanlah dirimu dengan memperindahkan batinmu (dalaman).


Kalau engkau melihat orang sibuk memperindahkan perkebunannya, maka sibukkanlah dirimu dengan memakmurkan kuburan.


Kalau engkau melihat oran lain sibuk mengabdikan diri kepada sesamanya, maka engkau sibukkanlah dirimu dengan mengabdikan diri kepada Robbul'alamin.


Kalau engkau melihat orang lain sibuk memperkatakan tentang keburukan orang lain, makan sibukkanlah dirimu dengan keburukan dirimu sendiri"


sumber: al-islam

kosa kata :


orang zuhud bermaksud orang yang melebihkan akhirat daripada urusan dunia



BICARE SYE: satu perkongsian yang membolehkan diri tersentak seketika ketika kita membacanya.."kurangkan ketidakmanfaat..tingkatkan peribadi kita"


giatmara VS khurafat

bismillah..

assalamualaikum..


uish..

lama betul tak update blog nie..

nak buka blog..

line tak betullah..

dan minggu ini sangat sibuk..-_-

jangan mengeluh! =)


ok..

semalam..

saya dan ahli kumpulan pergi menjalankan sati interview..

ke giatmara..


fuh..

mula2 cuak..

sebab nak interview orang yang kita tak pernah jumpa..

tapi at last oklah..

sebab encik rudy sangat aktif menjawab soalan kami ye..

profesional lagi..

sangat cermat menjawab..

macam cara nak menjawab soalan terjahan melodi!

ahakz! ^_^


habis interview..

kiteorang dapat seorang satu kelander..

tapi sebelum menjejakkan kaki ke luar giatmara..

kami bergambar dahulu.. (nak jugak tue! ^_^)


ok..

habis interview..

gi layan khurafat kejap..


erm..

overall..

oklah..

tidak kinda thriller lar..

just banyak elemen suspens!


fuh..

sangat tekejut bile jenazah 'sabrina ali' menjenguk dari dalam keranda dengan keadaan muka yang sangat mengerikan..!


the best part is..

scene dyeorang memang banyak dalam gelap jer..

nak dijadikan ceritalah kononnya!

(sakit mata tgk gelap sangat)


so,moral of the story..

jangan amalkan bende2 yang khurafat nie..=)


p/s: korang dah tengok tak cerita seram nie?


BICARE SYE: ish..tak menyedar betul yang minggu depan banyak test! (-__-)
asal masuk gambar..ade spacing pulak..kenape ek?

Wednesday 9 February 2011

jom kenal diri

bismillah..
assalamualaikum..

"kenali diri..
bermakna kita kenali personaliti kita..
kenali kawan kita..
bermakna kita akan tahu personaliti kawan kita..

pandangan pertama selalu menipu diri..
kerana tidak adil dalam melakukan penilaian..

oleh itu, K.E.N.A.L.I dia..
untuk mengetahui OH, MACAM ITU RUPANYA DIA!"

BICARE SYE: terpengaruh dengan subjek OB..HEHE

p/s: tidak sempat BW lagi..busiest week..-_-



Tuesday 8 February 2011

masih sama seperti semalam..

bismillah..
assalamualaikum..

macam biase..hehe

"tika diri sibuk dengan urusan dunia..
urusan akhirat makin dilupakan..
tiada lagi kata-kata pujian buat sang pencipta..
tiada lagi kata-kata terima kasih dari kita buat DIA..

ya Allah..
ampunilah dosa kami yang leka ini..
bukan kerana ketidaksempatan kami mensyukuri nikmat kurniaanMu..
tetapi kerana K.E.L.A.L.A.IA.N kami dalam menghayati nikmat kurniaanMu!"

p/s: tak sempat nak BW..internet sangat lembap macam bot ok..! nanti saya singgah kat blog korang semua..=)

BICARE SYE: bukan ku pinta dilahirkan sebagai pemuisi..tetapi oleh kerane masa yang bergitu terhad sekarang..ku hanya mampu berpuisi sahaje..chewah! ahaha (^_^)


Monday 7 February 2011

tiba-tiba..

bismillah..
assalamualaikum..

"hari demi hari kian berlalu dan meninggalkan kita..
tanpa kita sedar,sebenarnya diri kita sangat dicemburui oleh masa!..
pandang sini tidak sempat..
apatah lagi mahu pandang sebelah sana..
memang tidak sempat!"

oleh kerana tiadanya masa nak memandang ke sana sini..
marilah pandang keatas..
bukan kerana tidak boleh memandang ke bawah..
tetapi marilah sama2 merenung hikmah disebalik diri kita yang dihimpit dengan masa..

jika bukan kerana masa yang sentiasa menghimpit kita..
sudah pasti kita tidak akan kenal apa itu masa..
adakah masa itu hanya 'kaca' atau masa memang betul2 emas!"
waallahualam~

khi3..
oleh kerana tiada idea untuk membuat entri kali ini..
maka 'idea2 kinda extreme lemah-gemalai' telah dapat dihasilkan seperti yang diatas..hehe

BICARE SYE: got flu at sudden..adakah ini kifarah dosa2ku? (-__-)




Saturday 5 February 2011

entri tertunda : day 2 - day 4

bismillah..
assalamualaikum...

ok..
entri kali ini panjang kot..
sebab..
ade kombinasi entri 2 hari lepas...=)

DAY 2: Kuala Kangsar

kami gerak ke KK..
eh..
Kuala Kangsar..
nanti marah miss faten..hehe

kami tido di..

RM90 je..
sangat berbudget..=)


bilik kat hotel ini sangat comel..
sebab sebelah katil ada macam rak buku..^_^

lepas check in..
kami decide nak makan pulak..
tapi oleh kerana dah nak masuk waktu maghrib..
kami..
singgah sini..

masjid Ubudiyyah..
sangat lawa..
tapi sayangnya dalam masjid ruangannya agak kecik..(-__-)

betul tak prince?

DAY 3 : Ipoh

kemas2..
lepas itu check out!
sebelum bergerak..
kami decide mahu makan cendol dan laksa Kuala Kangsar..

ape ye name tempat ini?
tidak ingat..hehe


cendol+pulut@kacang


laksa kuala kangsar..=)
overall..
oklah..

lepas habis makan..
terus bergerak ke Ipoh..

sampai Ipoh terus pergi ke rumah pengantin..(sepupu perempuan kahwin)
jumpe saudara-mara..

malam itu..
majlis akad nikah..
ini adalah barang hantaran pihak perempuan dan pihak lelaki..


sangat lawa!

bak kata orang..
masa akad nikahlah paling berdebar2..
tunggu punya tunggu nak dengar suara lelaki menerima akad nikah dari wali pihak perempuan..
tetibe..
siap dah!

tidak kedengaran suara lelaki..
perkataan SAH jauh sekali..
orang2 perempuan semua saling pandang..
then berkate:
"eh,dah sah ke?"
"tak dengar pun.."
geli hati betul dengar..!(^_^)

DAY 4 : Ipoh (di majlis kahwin)

rewang2 lah sikit..=)
sebelum balik..

ambik gambar bersama pengantin..

lighting is not good!
so agak kecewa disitu! (-__-)
untuk pengetahuan korang..
pelamin itu hanya untuk sesi bergambar bersama keluarga sahaja..
tiada persandingan!
alhamdulillah =)


sedang tunggu mahu salam keluarga pengantin..
kami 4 beradik ambik gambar..



dulu..
kalau time raya je..
mesti keluarga masing2 pakat nak ambik gambar..
tidak terkira juga si 4 jejaka dibawah..
kalau time kecik2..
mereka2 lah yang sibuk gambar berempat..
dah besar nie..
salah seorang daripada mereka berkata

"weyh, kau dua orang..mari sini gambar ngan kiteorang"
"dulu time kecik2 gambar sama2"
"jom ambik gambar masa dah besar nie"


masa bergambar time kecik sangat nerd ok..
sekarang semua macam nak tunjuk stylo! haha

sebelum bergerak..
ternampak kelibat cousin perempuan sedang rewang bungkus nasi untuk sedare yang lain..
ape lagi..
snap lagi..
untuk kenang-kenangan..=)

mereka sangat happy..
walaupun sedang penat..=)

sekian sahaja percutian kami..haha


BICARE SYE: seronok bercuti..assignment masih ada yang belom siap..(-__-)


Thursday 3 February 2011

aih..same betul konsep cara komen!

bismillah..
assalamualaikum..

ok!
entri untuk perjalanan di hari kedua saya tertunde..
sebab gambar tidak boleh update ke laptop..
sabar ye! =)

ok..
entri ini hanya untuk membuat survey..
chewah!

saya lihat..
ada sesetengah orang menjadikan ruangan komen di blog ini sama dengan ruangan komen di FB..
contoh: saya buat entri..
si A bgi komen..
selepas beberape hari, saya balas komen si A..
then bile si A perasan saya komen balik..
si A bertindak mengomen balik di ruangan yang sama..

dah sama macam FB kan?

ala..
dah sama pulak caranya..(-__-)

korang macam mane?
tidak kisah atau ok jer..?

p/s: hanya pendapat saya semata-mata..lepas nie jangan tidak komen entri2 saya ye..hehe

BICARE SYE: kadang2 saya pun terbuat macam tue..tapi bile pikir balik..macam tidak mahu buat lagi..sebab nak kekalkan identiti blog..=) HAPPY CHINESE NEW YEAR buat kawan2 saya yang berbangsa cina..! ^_^

Wednesday 2 February 2011

Day 1 : Homestay in Shah Alam

Bismillah..
assalamualaikum..

oyeh!
sampai sudah di shah alam..
kami decide tido homestay
by Anugerah Muara Trading

jom lihat bilik!

ini bilik saya dan adik saya..^_^


meja untuk perempuan..hehe


wardrobe yang ada dalam bilik kiteorang..(ceh,bunyik macam mewah..haha)

bilik untuk abang2 saya..katil bujang sudah..=)

saya suka design cermin yang ada dalam bilik single bed ini..^_^

ade tangga sebab rumah 2 tingkat..

ok..
secara sekeluruhan...
homestay ini best..
sebab tempat dia sangat strategik..
tgk depan ada taman permainan merangkap padang bola merangkap court futsal merangkap ape lagi? haha..
senang cite serba serbi lengkap...
petang2 dapat riadah...
tadi petang jog ngan ayah+ibu+adik..
oyeh!
lelaki 2 orang itu tidak mahu jog...(-__-)

takpelah..
yang penting dapat riadah..

dan yang bestnya..
dapat masak kat sini..
tidak payah susah2 untuk pergi luar membeli makanan..=)

kalau nak maklumat lanjut pasal homestay ini..
aiseyman...
promote pulak..hehe

p/s: semalam rm200..mahal ke?

p/s: esok nak berangkat ke Kuala Kangsar..oyeh!

BICARE SYE: petang tadi saya jog berseluarkan seluar jeans hitam dan bersweater..buang tebiat ke? haha - tak bawak tracksuit..-__-