UP TRAFFIC

Wednesday 29 June 2011

wordless wednesday @ 1

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..





entri tertunda: 'mukadimah' israk mikraj

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

semalam pergi dengar ceramah sempena malam memperingati israk mikraj..
jadi, nak kongsikan sedikit dari apa yang didengari..

seperti yang anda semua tahu..
israk dan mikraj adalah perjalanan nabi dari mekah naik terus ke langit ketujuh..

bak kata ustaz Siran semalam..

"kalau nak cerita tentang Israk dan Mikraj ni, semua orang dah tahu..sudah berulang kali setiap kali ceramah di adakan, disitulah pengulangan cerita akan berlaku"

"jadi hari ini, saya tidak mahu bercerita tentang perjalanan nabi ini, saya hanya nak sentuh mengenai beberapa perkara, pengisiannya"

senarai di bawah adalah serba sedikit 'mukadimah'..:

  • mulakan sesuatu perkara dengan menyebut 'bismillah'.
  • menyebut nama Allah itu dapat pahala.
  • Kalau sudah berilmu, mestilah kita mengamalkannya.
  • Perjalanan nabi kelangit yang ketujuh untuk bertemu dengan Allah merupakan satu keistimewaan kerana bermula dari situlah pensyariaatan SOLAT terjadi.
  • Peristiwa Israk dan Mikraj itu telah memberi pengajaran pada manusia supaya takutkan neraka dan juga suka(berkeinginan) untuk masuk kesyurga.
  • Menyebut perkataan bismillah sudah dapat pahala, apatah lagi jika kita membaca al-quran. Kalau dah sebaris sudah dapat 50 pahala(contoh) apatah lagi jika membaca satu muka surat.
  • Tunaikan solat pasti dengan hati yang khusyuk
  • Jika mahu mendapatkan solat yang khusyuk kita kena 'belajar'
  • Menunaikan solat sambil membayangkan bahawa Allah seolah-olah berada di depan kita(tanpa memikirkan zat Allah) untuk mendapatkan kekusyukkannya sambil mengingati bahawa Allah itu Maha Besar

serba sedikit diatas..
kalau tulis semalam, "pasti aku tak lupa dan banyak yang boleh aku kongsikan"
tetapi disebabkan semalam kepenatan..
hanya sedikit yang boleh dikongsi..(-___-)"

BICARA SYE: biasalah kalau pergi dengar ceramah mesti ada setan kat sebelah suruh lelapkan mata..haish..(-___-")




Monday 27 June 2011

having a fever

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

"assalamualaikum. Bos, lina nie"

"hah, ye kenape?

"saya tak datang kerja ye hari nie"
"saya demam"

"owh, demam eh?"

"haah."
"erm, tengoklah kalau petang nie da kebah demamnya, saya datang kerja"

(bos gelak)

"erm, ok"
"assalamualaikum"

"waalaikumussalam"

terdesak nak dapat duit..
tue yang kata kat bos kalau petang nie dah kebah demam nak datang kerja sana..haha!
hasilnya, petang nie pun saya tak datang..(^_^")

erm..
malam ini kot kerja..hehe

kerja sampai tak ingat dunia..
tue yang demam kot..
badan penat sangat..(-__-")


BICARA SYE: alhamdulillah, result sem 2 ok..(^_^)


Sunday 26 June 2011

TERsalah jugde ke?

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

pada satu malam yang dingin..
terdapat 2 sahabat sedang menaiki motorsikal..
bertemankan 2 orang..
mereka bergerak ke kolej PURNAMA MERINDU(lawannya TERA!)

sedang dalam perjalanan ke sana..
terdapat sebuah motosikal..
yang dinaiki oleh 2 orang manusia yang membawa gen XY..

dari jauh menunjukkan 1 kopiah dan juga 1 songkok diatas kepala mereka..
memberikan tanda bahawa "owh, budak baru balik masjid ni"
lantas 2 sahabat perempuan tadi bertindak untuk tidak melihat 2 lelaki berkopiah+bersongkok..
kerana kononnya mahu menjaga pandangan..

sedang tiba saatnya kedua-dua motosikal berselisih..
tiba-tiba..
salah seorang daripadanya..
mengeluarkan suara.."woohooo"
sedang yang lagi satu seronok MEMpress enjin motosikalnya..

terkesima seketika kedua-dua sahabat perempuan tadi melihatkan aksi kedua-dua laki tersebut..
dan secara spontannya salah sahabat perempuan tadi berkata..
"aik, bukan baru balik dari masjid ke?"

kemudian tergelak besar mereka berdua..
mengenangkan kembali 'preparation' untuk menghadapi situasi sebelum berselisih dengan 2 jejaka tadi..

mereka sangkakan tidak ingin langsung memandang kedua-dua lelaki tersebut..
kerana kononnya ingin menjaga pandangan!
tetapi sangkaan mereka ternyata meleset sama sekali kerana..
yang berkopiah itulah yang memulakan dahulu...

the end~

BICARA SYE: kadang-kadang, impression pertama menipu pandangan mata kita..sigh~


Friday 24 June 2011

solat sah, tapi khusyuk tak?

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

ramai orang Islam yang solat..
ramai yang solat tetapi masih tidak berdisiplin..
pengurusan masa lintang pukang..
janji yang dah dijanji tidak pernah di tunaikan..
kadang-kadang kata-kata pun tidak seiring dengan perbuatan..

macam mana tue?

maknanya dekat situ..
ada 'problemo' dengan S.O.L.A.T. kita..
ritual yang selalu kita buat-iaitu SOLAT, tidak membina spiritual dalam diri..
SOLAT yang kita lakukan seolah-olah hanya satu rutin yang perlu kita selesaikan tetapi langsung tidak membina disiplin untuk diri..



seperti yang kita tahu..
setiap yang berlaku pasti ada sebab disebaliknya kan?

kalau dah SOLAT pun macam itu jugak gayanya..
maknanya perbuatan, pembacaan, dan penghayatan dalam solat tidak seiring dan tidak menampakkan 'hasilnya'..

badan rukuk, dahi sujud, tapi tidak ada rasa KEHAMBAAN..

RASA KEHAMBAAN yang di maksudkan menurut Imam Ghazali ialah rasa kagum, takut, harap, hina dan malu seorang hamba ketika menyembah Tuhannya ketika menunaikan solat..

"tiada rasa kehambaan dboleh diumpamakan jasad tanpa roh"

cuba bezakan antara 'solat yang sah' dengan 'solat yang khusyuk'..
pasti kita akan rasa hina kerana kita lebih banyak menuju kepada title 'SAH SOLAT' daripada memenangi hati Allah untuk mendapatkan title 'SOLAT YANG KHUSYUK'..(-__-)

sekian~
mari kita semua renungkan..
selamat beramal! (^_-)


sumber: diambik dari karya penulis Pahrol Mohd Juoi disamping diolah sedikit oleh penulis blog Bicara Seorang Insan tanpa mengubah maksud sebenar. ^,^

psst: tak dapat nak singgah blog kawan2 semua..tidak menyempat..huhu. Komen yang kawan semua tinggalkan pun tidak sempat nak membalas..(-__-) InsyaAllah esok saya BW..hehe


BICARA SYE: sudah semestinya entri kali ini untuk peringatan diri sendiri dan seterusnya sahabat2 yang sedang membaca! (^_^)



Thursday 23 June 2011

kongsi yang tidak berapa nak kongsi..

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

tadi tak kerja..
so ade peluang nak lipat baju(hehe!)

malam ini ingst nak layan movee..
dapat jugak..
tengok filem KONGSI..(ketinggalan kau!)

erm..
pada saya tak best..
mintak maaflah..
tapi rasa macam tak best..

memang pengarah nak masukkan elemen kelakar...
tapi pada saya..
sense of humor tak menjadi..

sorry to say..
but not best..(-__-")

tamat~

BICARA SYE: baru nak usha tengok cerita KL gangster! ^,^


Tuesday 21 June 2011

pentingnya kesulitan..

bismillahirahmanirahim..
assalamulaikum..

"Orang yang kurang ditimpa kesulitan,
jiwanya akan lemah, sebagaimana
orang yang kurang berjaya, badanya lemah.
Bersyukurlah apabila diuji kesulitan,
kerana dengan itu kita mempunyai jiwa yang kuat dan tabah"


BICARA SYE: jangan mengeluh, tetapi terima seadanya..(^_^)


Monday 20 June 2011

seringkali kita terlupa..

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

sesampainya satu pesanan ringkas yang berbunyi begini..

'selamat hari bapa.
Semoga ayah dan ibu..
dikurniakan kesihatan yang sempurna dan panjang umurnya'

fatimah menyedari pesanan ringkas ini yang dikirimkan oleh ayahnya kepada dia..
fatimah merasa hairan..
kenapakah bapanya memberi dia pesanan ringkas yang bertuliskan begitu?
kenapakah fatimah mendapat pesanan ringkas itu dari bapanya sendiri, sedangkan bapanya seorang bapa..
dan pesanan ringkas itu ditujukan buat semua bapa..

selepas berfikir 5saat..
fatimah tersenyum sendirian..
rupanya bapanya menyampaikan pesanan ringkas yang berbaur sindiran dan juga perlian..
kerana bapanya tidak mendapat pesanan ringkas dari fatimah sendiri untuk mengucapkan 'selamat hari bapa'..

terkesima fatimah sendirian..
dan dengan segera fatimah membalas kembali pesanan ringkas ayahnya itu yang berbunyikan
"hehe..selamat hari bapa!"


ayah merupakan insan yang seringkali kita terlupa untuk mengucapkan ucapan seperti itu..
eventhough SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU..
ayah masih seorang bapa yang bertanggungjawab kepada anaknya..
yang bermaksud, besar juga jasa bapa kepada kita..


so..
to my father..
(nama dirahsiakan)
SELAMAT HARI BAPA! (^_^)

masa ayah sedang cakap, snap gambar..so muke macam nak marah..hee

even cakap ayah seringkali masuk tak masuk juga(hehe!)..
i still hold your words! (^_^")

BICARA SYE: tadi masa dekat tempat kerja, ada seorang akak ini bercerita mengatakan suaminya menelefon rumah mengharapkan anaknya akan mengucapkan selamat hari bapa kepadanya..sedih je dengar..(-__-)




Sunday 19 June 2011

melatah

bismilahirahmanirahim..
assalamualaikum..

melatah..
"oh pocot!"

"intan, ade kucing!"
"eh kucing..kucing kecik,kucing besar! ea eh!"


ihsan google


sekarang nie
kalau tak orang tua yang melatah..
budak-budak sekarang pun melatah dah jadi tabiat..

kalau tak bendung dari kecik..
nanti tabiat melatah nie boleh bawah sampai ke tua..
kene ingat bahawa..
"perkara yang tidak biasa jangan dijadikan K.E.B.I.A.S.A.A.N!"

tetapi, yang peliknya orang kita..
yang melatah tue lah yang di kacaunya..

tetapi bila mereka kerap melatah..
ada pulak yang kata "kau nie, asyik melatah je!"

see..
pandai cakap..
tapi tak pandai ajar..

cuba ajar jika anak2 yang melatah nie..
biasakan mereka dengan mengucapkan ASTAGFIRULLAH(dalam nada melatah)
molek gitu! (^_^)

mintak dijauhkan melatah2 ini ye!

BICARA SYE: rasa simpati lihat mereka yang melatah nie..(-__-)


Saturday 18 June 2011

pelakon

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

tadi masa balik kerja pukul 11.45malam..
terpandang TV kejap..
tengok nasir bilal khan dan juliana evans berlakon..

uish...
lama betul(tak lama sangatlah) tengok nasir bilal khan berlakon..
paling minat tengok lakonan dia masa cerita CINTA SI PENGGALI KUBUR!
terbaek!

start dari situ terfikir..
"orang yang berlakon tue tak malu ke bile dia tengok lakonannya semula dekat TV?"
terciptanya persoalan itu apabila lihat ada pelakon yang masih
kaku lakonannya(masih baru kot!) dalam cerita cerekarama tadi..

dan masa tue jugaklah bermonolog..
"aku malu kot kalau jadi pelakon, sebab rasanya kalau tengok balik lakonan kat TV mesti bantai gelak punya..sebab lakonan macam 'batu' je kan! haha!"

daripada gelak akan diri sendiri..
lebih baik tak payah jadi pelakon..
sebab saya pun tak nak jadi pelakon!
hihi (^_^")

the end~


BICARA SYE: sangat suka dengan lakonan rita rudaini..=)




Friday 17 June 2011

12JAM

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

hari ini..
12 jam saya keje..
saje nak try kerja malam..

best jugaklah..
bawak motor sorang2 tengah malam..
ahaha..
bunyi macam seram jer..

tapi sekarang lampu kiri kanan dan ade..
insyaAllah tidak ada ape2..

end of entry~


BICARA SYE: kepale dah jadi ting tong hari ini..huhu

Wednesday 15 June 2011

sebuah basikal

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

setelah mencecah ke angka 21tahun(ikut tahun)..
inilah kali pertama saya naik basikal ke tempat kerja..
itupun kerana ketiadaan motor..
dan membawa kereta ke tempat kerja adalah not necessary(ayah kata)

betul jugak!
'awak tue tak layak jangan nak melaram nak bawak kereta ke tempat keje!'
naik basikal jer!

masa ayah kata, rasa nak tepuk pelahan-lahan je belakang dia..
huh! dia suruh saya bawak basikal..
haish, segannya..
kalau naik moto boleh cover muka guna helmet..
naik basikal apa yang boleh cover..

safety-100% memang letak kat tangan kita..
'kau bawak membab* buta memang senang orang nak langgar'
takda side mirror..
so, kepala kena main peranan untuk mengajak mata pandang ke belakang sebelum melintas..
risiko yang amat2!

ala, kata sejak lahir(tipu) boleh bawak basikal?
jadi 'ragam' pemandu motosikal mahupun kereta yang tidak mempedulikan keselamatan pembonceng basikal sepatutnya kau dah masak ye cik asliner..

end of entry~

thanks kerana sudi baca! (^_-)


credits to google~



BICARA SYE: basikal yang saya bawak ala-ala basikal chooper..sentimental value betul! (^_^")


Tuesday 14 June 2011

suara rakyat

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

tadi sibuk2 duduk dengan akak2 and mokcik2..
terdengarlah rintihan mereka mengenai kenaikan harga barang..
kenaikan harga minyak..
dan segala kenaikanlah..

"kerajaan mana tau kite nya susah"

"sikit naik harga"

"naik sini sikit..sana pun naik"

"kite nie yang susah"

"dieorang tak tahu kesusahan kita"

lebih kurang macam tue lah dialog2 mereka..
saya hanya sudi untuk duduk membatu..
dan kadang-kadang hampir nak tergelak..
dalam penyampaian tue ada jugak kelakarnya..
kerana mimik mukanya..
bahasanya..

nak tergelak saya..
tapi hanya ketawa kecil..
takut kalau ketawa besar nanti, habes semua nak pandang saya..
"awak nie kenapa?" haha!

ada lagi sambungannya..

"ala yan(bukan nama sebenar), kan PM tue ade personal email dye..ko email je dia"

"ala, email ke tak email ke..sama je"

"mereka nie bukan tahu susah kita"

"alih-alih suruh sebut..1 Malaysia!"
(sambil menunjukkan aksinya)


haish akak nie..
boleh tahan lawak jugak..hihi

yang ingin ditekankan di sini..
WAHAI 'PARA PEMBESAR' DENGARLAH RINTIHAN KAMI!


BICARA SYE: eh, saya pulak yang tERemosi..hihi



Sunday 12 June 2011

dia..

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

dah sebulan dia balik rumah..
lihat dia membesar depan mata..
lihat bagaimana dia menguruskan diri..
bagaimana dia selesaikan tugas yang telah di amanahkan oleh ayahku..

tapi semalam..
sebulan yang itu sudah berlalu..
dia pergi meninggalkan kami sekeluarga..
kerana masuk belajar semula..=)

ambik!
ayat tak macam nak hyperbola pulak..
padahal abang pergi sambung belajar balik jer..hihi

tinggallah daku seorang di rumah..(^_^)
memang banyak layan movee lah agaknya..
buku2 yang di beli tue masih tak di baca lagi..
haish..(-___-")


BICARA SYE: kelmarin nak wat entri speechless saturday..tapi lupe..huhu


Friday 10 June 2011

penangan title seorang DOCTOR

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

kedengaran suatu petang..
ketika sesi pertunangan berlangsung..

"erm, boleh saya tahu yang mana bapanya Suraya?"-tanya bapa Ikhwan

"eh, terlupa pulak saya nak kenalkan."

"sibuk sangat bercakap"

"yang ini lah bapanya Suraya"-kata bapa saudara Suraya
(sambil menunjukkan ke arah bapanya Suraya)

"yang ini pula Ibunya, Siti Aminah"

"yang itu pula adiknya, Saidah"

"InsyaAllah, kalau tiada apa-apa halangan, akan ada seorang doktor dalam keluarga ini nanti"

"jadi tak perlu pergi ke doktor luar"-seloroh bapa saudara Suraya
(sambil merujuk kepada Saidah)

kedengaran suara yang bernada ketawa memecah kesunyian seketika


wah, penangan betul bakal doktor tue..
untung siapa yang bakal jadi doktor..

sesekali teringin dengar jugak...
"hah, yang ini bakal HUMAN RESOURCE(HR) manager kalau tiada aral melintang"

aik..
cemburu ke dengan course orang lain?

'nehi'..'nehi'!
cuba tanamkan dalam hati sifat bersyukur dengan apa yang telah kita lalui..
jangan sesali apa yang kita sedang lalui..
percaya bahawa pasti ada hikmah disebalik semua ini..

tamat~
thank you for reading this entry..(^_^)


BICARA SYE: sedang praktikkan dalam diri..




muka tidak seiring dengan kata-kata

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

tadi pergi pasar raya dot..dot..
misi cari kerjalah kononnya..

molek dah duduk satu tempat nak isi borang..
alih2..
dengar suara-suara yang menggunakan bahasa yang kurang enak..

B*B*..
P*K*..

astagfirullah..

angkat sikit muka nak lihat siapa yang berkata itu..

sikit punya lawa muka akak tue..
seorang molek bertudung..
seorang lagi molek rambutnya panjang mengurai..
tetapi 'bertenaga' sungguh menyebut perkataan-perkataan sensored macam nie..

hanya mampu menundukkan kembali kepala..
dan memekakkan telinga..

orang kata, kata-kata kita menggambarkan diri kita..
kalau buruk perkataan..
mungkin buruk jugak perlakuan kita..
waallahualam~

BICARA SYE: mudah-mudahan diri ini tidak membesar dengan perkataan2 sebegini..mintak di jauhkan..=)



Wednesday 8 June 2011

barang yang lama usah di buang..

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

minggu lepas..
lihat abang kemas stor..
tahu-tahu je lah kan..
kalau dah namanya stor..

segala macam barang ada dalam tue..
tetapi akhirnya berjaya jugak lihat abang kemas stor tue dengan jayanya..hihi

abang cerita..
dia kata..
banyak 'giler' barang ibu dalam stor lama..
barang lama-lama..

abang kata:

"na, kat dalam stor tue siap ada oven lama"

"tahun 1985"

saya tanya:

"wohoo..hadiah kahwin ibulah tue"

abang jawab:

"ha ah..dah lama 'giler' kot.."

"jimat betul ibu!"

abang buka cerita lagi:

"na, kat dalam stor tue pun ada troli baby"


saya cakap:

"hah? biar betul?"

"elok lagi tak?"

abang jawab:

"ibu dah sampul dalam plastik"

"tapi dah berkarat sikit"

saya tanya:

"bangah dah tanya ibu, nak buang ke tak nak troli tue?"

abang jawab:

"dah"

"ibu kata simpan je dulu, nanti anak2 hadi(nama abang) dan lina boleh guna"

"boleh spray balik troli tue"

abang kata:

"hu..jimat betul ibu nie lina"


beberapa hari selepas itu..

saya tanya:

"ibu, mainan lego nie tak nak buang ke?"




ibu jawab:

"eh, jangan buang"

"nanti anak-anak lina boleh guna balik"

"sayang woo nak buang"

"kan itu mainan lina n shima(nama adik) masa dekat singapore dulu"

kata hatiku kecil:

"jimat betul ibu nie.."

kedengaran suara abang:

"na, abang ingat kereta hijau kecik dalam plastik tue"

"abang selalu main bende tue time kecik2"


hurm..
maksudnya disini..
tidak semua barang yang lama-lama boleh di buang..
if bolehd di pakai lagi oleh generasi akan datang..
tidak salah kalau kita tidak buang semua tue..
orang kata ITU KENANGAN!

ada nilai sentimental semuanya..
patutlah ibu saya sayang nak buang semuanya..hihi

korang pula macam mana?
ada ke barang-barang yang punya nilai sentimental yang tinggi?
kongsi sini!

BICARA SYE: saya pun jimat..hihi


Monday 6 June 2011

kepenatan

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

hectic day today..
keluar rumah pukul 7.30 lebih..

teman ayah pergi buat test blood..
current no. masa tue adalah 30keatas kot..
ayah pula dapat not 71..
fuh..
jauh benor..

kesempatan gap itulah kami ambik masa untuk settelkan appoinmnt saya..
ayah pergi bahagian sini..
jumpe doktoe bahagian sana..

balik semula dekat tempat test blood tue..
masih tak kesampaian lagi no 71 tue..
fuh!

dalam 10.30 nak ke 11.00pagi..
baru sampai..
masuk2 dapat 3 cucuk pulak..
sebab tak jumpe urat darah..
kelakar betul!
agaknye te tekan sangat sampai tak jumpe urat darah..hihi

lepas dah selesai situ..
kene settelkan yang sana pulak..

tup2..
dah pukul 12lebh..
pastu kene pergi mall..
nak tukar susu omega ke susu anlene..=)

bali rumah terus pukul 1 lebih..
sampai2 tumbang..
selesema sampai naik ke kepale..(-___-)

kul 3 kuar balik..
nak buka akaun kat bank2..
huish..
menguji badan betul kali ini..(^_^")

BICARA SYE: hari nak tidur awal..hoho


Sunday 5 June 2011

!Puteri Kasih Ajak Berangan Jadi Jutawan!

bismillahirahmanirahim..
assalamulaikum..

cik nur fatin tag saya untuk join segmen ini..
yeay!


PUTERI KASIH ajak saya dreaming..hihi

ok..
andai diri ditakdirkan menjadi jutawan..

ada lah jugak beberapa perkara yang terpikir untuk dilaksanakan..

  • Mahu menghantar diri sendiri pergi ke Mekah..tunai rukun Islam yang kelima. Tetapi sebelum berangkat tue, menguasai ilmu-ilmu berkenaan menunaikan haji adalah sangat penting untuk diri. Jika di takdirkan berangkat ke Mekah selepas mendirikan' masjid', wajib bawa bersama dengan keluarga baru. Ingin merasai pengalaman yang pernah di lalui oleh ibu serta ayahku..insyaAllah..(^_^)
  • Berkeinginan untuk membeli segala kehendak/kemahuan yang melebihi keperluan..Kalau esok di takdirkan jadi jutawan(melampau benar!), esok jugak nak beli ipad 2, DSLR, telephone invisible..hihi
  • Mahu beli MINI COOPER dengan cash woi! Orang lain nak BMW, Porsche dan seangkatan dengannya tapi saya lebih memilih untuk beli MINI COOPER! Lebih feminin dan sesuai untuk insan comel macam saya nie..hihi (^_^)

  • Mahu beli camera LEICA with cash woo!. LEICA S2 DSLR. Tak tahu kenapa, tetapi design camera ini begitu comel buat saya..=). Design comel, harga pun comel! setelah di godek2 kat google..di convert dan di tambah dan tolak, harga untuk sebuah LEICA S2 camera ini hampir mencecah berbelas ribu woi! Kalau dapat beli cash kan besh! hihi. Tapi jika belum ditakdirkan menjadi jutawan lagi, bli yang NIKON atau CANON punya sudah! (^_^")

  • Mahu bina sebuah rumah untuk diri sendiri dan juga keluarga. Design rumah takdelah mewah sangat! Cuma cukuplah dekat sebelah kiri ada lanskap taman bersama kolam ikan yang boleh memberi inspirasi dan di sebelah kanannya di lengkapi dengan kolam renang untuk kanak-kanak dan juga dewasa! Keadaan dalam rumah mestilah bertingkatkan 2 tingkat, dan ada lift. Kemudahan lift itu untuk kemudahan warga-warga rumah yang mungkin 'rajin' untuk menggunakan tangga..hihi (^_-)
  • Mahu guna duit ini sebagai modal untuk memulakan perniagaan homestay keluarga! Abang yang pertama sebagai bussinessman yang merangkap sebagai creator and innitiator , abang yang kedua sebagai designer untuk homestay ini, saya sebagai 'HR manager' untuk bussines keluarga ini, adik sebagai promoter untuk perniagaan homestay keluarga ini dengan menggunakan ruangan multimedia. ^_^
  • Tidak punya niat untuk menggunakan perkhidmatan kad kredit. Jadi kalau nak beli barang kenelah cash!

erm..
rasanya kalau dapat tunaikan semuanya memang sangat awesome!

TETAPI cukup-cukuplah berangan cik asliner oi..hihi

Pagi-pagi ke kedai bersama Marsha
singgah ke kedai Mak Limah membeli beringin
berangan-angan tidak ada salahnya
asalkan jangan jadi seperti Mat Jenin!

ok..
dengan ini saya ingin tag..



sekian sahaja..
thank you for reading!

BICARA SYE: hampir sejam jugak saya buat entri nie..haha!



kenangan dulu-dulu..

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..


keretapi tanjung pagar



umum sudah tahu..
bahawa STESEN KERETAPI TANJUNG PAGAR akan ditutup operasinya..
iaitu akhir bulan JULAI..

secara peribadi..
stesen ini juga ada kenangan buat saya dan juga keluarga..

kedengaran..

"bu, lina pernah naik tak keretapi nie?"-tanya saya dengan penuh semangat

ibu saya kata..

"ape pulak tak pernah naik..lina kan pernah naik masa kecik2 dulu"

tanyaku lagi..

"pernah naik eh? tak ingat pun"-selorohku

ibuku menjawab..

"masa tue lina kecik lagi, mane nak ingat"-jawab ibuku selamba

ayah pula kata..

"lina merasa kan naik keretapi kat singapura nie..?"

"dulukan lina selalu naik.."

"masa ayah dan ibu tinggal kat singapura"

owh..
pernah naik juga rupanya..
dapat merasa 'kereta tradisional'..

yang masih jelas kenangannya..
ibu saya mengambil kesempatan untuk membuat 'karpet alas kaki' menggunakan tali kain dalam keretapi kat tanjung pagar nie..
kata ibu saya untuk mengisi masa lapang..(^_^)

sampai sekarang karpet alas kaki tue masih ada dekat rumah saya..
berstock2 dulu..
tapi tinggal sikit dah..
sebab 'bukak' karpet tue balik untuk guna tali kain tue..hihi



lawa kan?


kaunter tiket


seingat saya..
usia saya ketika berada di singapura ialah ketika lahir sampai umur dah masuk 3 tahun kot..
memang dah lama sangat..(-__-")

korang pulak macam mana?
pernah merasa naik keretapi?


BICARA SYE: dulu keretapi..naik sikit dah jadi komuter..transit lah..'innovasi' teknologi..(^_^")



Saturday 4 June 2011

!speechless saturday!

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum





BICARA SYE: nasib baik terselit jugak saya kat tepi tue..hihi




Friday 3 June 2011

!Nota untuk hari ini!

Bismillahirahmanirahim...
assalamulaikum..

"Jalan rohaniah mukmin bermula dengan..
sikap SABAR pada segala ujian yang dihadapi..
BERSYUKUR atas segala kurniaannya...
IKHLAS dengan ketentuannya.
Sikap SABAR pula di manifestasikan dalam bentuk usaha..
yang dilakukan bagi mengatasi masalah yang dihadapi..
berdoa memohon kekuatan dan pertolongannya yang berserah diri kepadanya. Perkembangan rohani yang baik dapat menyihatkan DIRI ANDA!"


sumber: 365 tip sihat gaya Rasulullah S.A.W


BICARA SYE: sakit perut..(-___-")

Wednesday 1 June 2011

FREE call!

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..


hari ini hari lahir saya?

eh, mestilah tidak..
saya 'sagitarius'..
maknanya akhir-akhir tahunlah..(^_^)

macam yang korang semua tahu..
asal birthday je..
mesti dapat free call..
kalau tak dapat free call pun mesti send message free for one day!

tapi sekarang nak fokus pada free call..

gambar ihsan google


sesiapa yang menggunakan perkhidamatan free call sepenuhnya..
maknanya dia telah memberi 'KERUGIAN' kepada syarikat telekomunikasi mereka...
tak kiralah MAXIS..CELCOM..DIGI..U-MOBILE..

tapi saya adalah antara pengguna telefon yang akan 'MENGUNTUNGKAN'..
kerana tidak menggunakan perkhidmatan FREE call secara total!

"kau jumpe dia pagi tengah bergayut..time lunch pun sempat bergayut..malam lagi lah!" (^_^)

sebab saya tidak suka cakap lama dalam telefon..
lebih prefer berMSG..

mau taknya..
bercakap dalam 5 minit pun dah rasa panas telefon..
lagikan nak bercakap dalam 10 minit..
mau tak terbakar telinga..hihi

andai kata..
ada yang telefon saya lama-lama..
mungkin dalam hati saya akan berkata..
"lama lagi ke? dah TERbakar kot!"- giler jujur ayat!

tabiat yang pelik ke?
ke itu normal bagi korang semua?

JOM share!


BICARA SYE: buat suami(lepas dah kahwin) saya nanti..jangan BERGAYUT dengan saya lama-lama..tapi berSMS lah dengan saya selama mungkin..hihi (^_^")