UP TRAFFIC

Monday 31 January 2011

perlukan jawapan anda!

bismillah...
assalamualaikum

saya perlukan jawapan korang..
saya ada masalah untuk meninggalkan komen2 diruangan beberape rakan blogger..
bila buka mereka punya blog..
tiada ruangan untuk tinggalkan komen..
then click lah kat entri tersebut supaya boleh letakkan komen...
tapi bila nak post komen dibahagian bawah..
click pada word POST COMMENT..
tapi,tiada pulak ruangan untuk mencatatkan komen..
maknenya saya tidak boleh post comment langsung..
sedangkan saya dah jadi follower mereka..
bagaimana ye?

perlukan bantuan korang semua..
triiimaasss..=)

BICARE SYE: dah lama berlaku,tapi baru nak tanye..hehe

Saturday 29 January 2011

yang sesuatu itu..adalah..

bismillah..
assalamualaikum..

dari hari ke hari..
hujan semakin rancak membasahi bumi..
semakin basah bumi dan diiringi deruan angin yang mengasyikkan..
semakin leka manusia sekarang menikmati kesenangan duniawi..

semakin leka dek kerana kesenangan yang menyinggah..
semakin leka bahawa terdapat titisan air datang menyinggah ke muka...
bukan kerana hujan yang membasahi diri..
tetapi air titisan yang direnjis oleh sang ayah untuk mengejutkan anaknya bangun subuh!

ahaha...
mungkin kejadian ini dialami oleh kita semua..
kerana terlampau nikmat tidur kerana menikmati kesejukan..
kita sebenarnya leka akan kewajipan kita terhadap Allah..
waallahulam~

BICARE SYE: menunggu kepulangan abang ke rumah..=)


What's Your Colour Contest

bismillah..
assalamualaikum..

ok..
tetibe mood mahu masuk contest!
contest mari mewarne!

eh..
contest colour feveret saye!
oyeh!

setiap negare ada undang2..
so kalau setiap contest pasti ada syarat2nya!

syarat-syarat yg perlu :
  • Mesti ade blog tau ! (YUP..SUDAH ADE! terbaek..)
  • Follow blog AMY and MIRA untuk korang update progress to this contest (BARU JER FOLLOW TADI..HEHE)
  • Buat entry ringkas with title What’s Your Colour Contest (SEDANG BUAT NIE..HEHE)
  • Letak banner yang colourful tu kat entry and sidebar korang. Jangan lupe link kan terus ke contest ni ! (DONE..OYEH!)
  • Hantar satu gambar yang paling menarik that related to/with your favourite colour.
    Submit url entry korang tu kat ruangan komen blog AMY (only)
    3 orang pemenang akan dipilih :) (based on the number of contestant, lagi ramai join lagi banyak la hadiah akan diberi ^^)
    Lastly, tag 3 blogger laen and make sure they know about it

OK..
Saya nak letak gambar ini..


*bukan untuk menunjuk..harap maklum*

ok..
gambar kat bawah ini adalah antara barang yang saya beli bedasarkan warna yang saya suke..
(tapi ini antaranya sahaja..ade banyak lagi..)

PENERANGAN GAMBAR:

1) selendang hitam dan merah (sahabat baik bagi) -warna hitam dan merah!
2) gelang tangan (beli sendiri+sahabat baik beri) -hitam dan putih!
3) jam tangan (beli sendiri+pemberian ibu) -merah+hitam!
4) rantai tangan (beli sendiri+pemberian sahabat) -berasaskan warna putih+merah!
5) kerongsang (pemberian ibu) - berasaskan putih+merah!
6) skirt labuh (beli sendiri) - pilihan warna adalah hitam!

yes!
done..
itulah penerangannya..
senang cite...
warne kegemaran saya adalah hitam+merah+putih
bagi saya..
hitam itu menawan..
merah warne keberanian saya..
putih warne kesucian..

senang cerita..
kalau mahu beli apa2..saya suke lihat yang warna hitam,merah dan putih dahulu..(^_^)

ok..
nak tagged 3orang..

(kejap lagi saya beritahu bahawa mereka di tagged!)

BICARE SYE: mintak maaf kepada sahabat2 yang ditagged..sebab TERtagged lambat..
banyak kali woo pk pasal nak join contest nie..hehe

Friday 28 January 2011

entri tertunda: akibat diri sendiri

bismillah..
assalamualaikum..

ok..
macam biasa..
entri tertunda..
untuk mengisi ruangan 'singgah jumaat'

Rasullullah berkata mengikut rekod Bukhari dan Muslim..
"Tidak masuk syurga orang yang hatinya merasa sombong sebesar biji sawi."

Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, adakah orang yang memakai baju dan kasut yang cantik dianggap sombong?"

Rasulullah menjawab "Sesungguhnya Allah itu indah dan sukakan keindahan. Sombong itu ialah menolak kebenaran dan menghina orang lain."

Tahukah anda semua..
sebenarnya setiap apa yang kita lakukan itu boleh mendatangkan penyakit terhadap diri kita..

  • Menolak kebenaran menyebabkan gangguan jiwa
  • Menghina orang lainm pula boleh menyebabkan penyakit gangguan pencernaan, angin ahmar,dan boleh menyebabkan serangan jantung
setiap sesuatu itu berpenyakit

BICARA SYE: sumber dari buku 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah..=)


tiada sifat belas kasihan

\bismillah..
assalamualaikum..

tadi sementara menunggu kedatangan bas di Seri Putri..
ada seorang lelaki..
keadaanya agak menyedihkan..
datang kepada beberape orang...
untuk meminta sedikit duit untuk membeli makanan..

destinasinya meminta dari sekelompok perempuan Melayu..
tetapi mereka mungkin mengatakan "tiada duit"
(hanye dapat lihat dari sudut yang jauh sedikit)

destinasi kedua..
pergi ke seorang lagi perempuan Melayu..
jawapan yang sama masih meniti dibibir mereka2..
menggelengkan kepala menunjukkan tiada duit..

destinasi ketiganya..
meminta wang dari seorang Cina..
dan Cina itu menghulurkan sedikit wang..

Hairan!
Orang bukan Melayu boleh menolong orang Melayu..
tetapi Melayu kita agak keberatan untuk menghulurkan sedikit wang..(-__-)

Memang dalam Islam kita tidak dibenarkan meminta sedekah..
tetapi apa salahnya kita sebagai manusia yang cukup makan pakainya menghulurkan sedikit wang kepada mereka yang tidak bernasib baik..waallahulam~

BICARE SYE: mungkin mereka takut dengan penampilan lelaki tersebut..sampai tidak dapat menghulurkan sedikit wang..

Thursday 27 January 2011

I hate myself!

bismillah..
assalamualaikum..

ok..
entri sangat ringkas..!

saya benci diri saya..
boleh tak?
boleh kan?
sebab boleh jadikan sebagai satu motivasi..

i hate myself, because
say nothing when lecturer asking..(-__-)

p/s: tidak tahu kenape minggu ini diri sangat pasif..

BICARE SYE: sangat jeles bile kawan2 boleh berinteraksi semula dengan lecturer..-__-
mintak maaf ye Puan,saya memang tidak paham langsung dengan ayat tadi..

Wednesday 26 January 2011

gangguan seksual secara halus

bismillah..
assalamualaikum..

hari ini entri ringkas je..
jom layan satu gambar kat bawah nie!


nampak atau tidak huruf yang kelihatan diatas nasi pattaya tue?
kalau tidak nampak sile lihat sekali lagi dengan betul2..
kalau tidak nampak jugak..
erm..tidak lama la tue..
TIDAK LAMA LAGI KENE PAKAI SPEK MATA LA TUE! (^,^)

ish!
ape nak jadi nie..
orang suruh sediakan makanan yang sedap..
makanan dah sedap..
tetapi ada 'perisa tambahan' pulak..

mungkin ade sesetengah orang tidak menganggap itu sebagai 'perisa tambahan'..
mungkin sebagai 'perkara yang menggelikan'!

ish!
tidak lalu saya nak makan..

BICARE SYE: nasib baik bukan nasi saya..haha (^_^)

Tuesday 25 January 2011

Melayu suke berniaga?

bismillah...
assalamualaikum..

ok!
memang lama tidak menjengah blog korang..
jadik..
malam nie pakat nak bagi komen bertimbun2 kat korang..
boleh? hehe

ok..
berbalik kepada tajuk diatas..
Melayu suke berniaga?

ye!
sekarang ini..
anak muda melayu kita berlumba2 untuk membuat perniagaan sendiri..
tidak kiralah sama ada berniaga secara kecil-kecilan mahupun secara besar-besaran..
pelajar Melayu sekarang..
membuat bisnes..
MENYEWA KERETA..
MEMBUAT KHIDMAT PENGHANTARAN..
MENJUAL KEREPEK..
MENJUAL MAKANAN BERAT..
mahupun MENJUAL MAKANAN RINGAN..

situasi ini berlaku di kebanyakkan U..
kenapa ye?
adakah mereka2 ini mahu menambah pendapatan..
atau..
mungkin berniaga memang minat mereka?

secara keseluruhannya sangat bersetuju jika orang Melayu kita berniaga..
selain dapat tambah pendapatan sampingan..
kita dapat tahu juga serba sedikit selok belok bisnes kecil-kecilan ini..

apa pula pandangan korang semua?
berniaga di U itu satu keperluan atau tidak?
Mungkinkah akan terjadinya kes keciciran dalam bidang pelajaran?

SAYA TANYA ANDA JAWAB! (^_^)


BICARE SYE: saya pun sebenarnya berniaga..sebagai seorang agent kecil-kecilan sahaja..hehe

Monday 24 January 2011

yang menjadi idaman kalbu?

bismillah..
assalamulaikum..

ok!
pasti semua punye impian masing2 yang korang hendak capai..

tadi masa kelas English..
lecturer kami bagi satu soalan...
dan dia suruh kami jawab..
soalannya..

"If you have RM1 million,3 things i would like to do. First.."

mari lihat jawapan saya..
selepas di translate..
  1. Saya nak guna duit itu untuk membuat satu pelaburan..kalau kita beli insurans,kita dikira membuat satu pelaburan kan? so, saya mahu beli insurans nyawa! ^_^
  2. Dengan duit itu juga saya mahu membeli barang2 yang merupakan KEHENDAK saya..contohnya, saya nak beli MINI COOPER! kereta idaman tue..=)
  3. Last, saya nak gunakan duit itu untuk bangunkan satu jabatan kebajikan. Kalau boleh nak namakan ASLINERIOUS HOME! (eceh! nak juga ada nama ASLINER..hehe)
itulah di antara 3 perkara yang saya nak lakukan..
tapikan..
kalau boleh nak gunakan duit itu untuk tujuan travelling..
tapi travelling yang berbentuk lasak..
macam aktiviti mendaki ke!
macam best!
teringin nak mendaki gunung..
jeles tengok abang selalu ada peluang mendaki gunung..(-__-)

korang pulak macam mana?
korang nak buat apa dengan duit 1juta tue? (^,^)

BICARE SYE: sudah 2 hari tak sempat nak berblogwalking..
maaf ye sahabat2..nanti saya singgah korang keesokan harinya..=)
oyeh!

Sunday 23 January 2011

minum susu?

bismillah..
assalamualaikum..

pagi tadi..
sebelum pergi ke kelas..
dah menjadi kebiasaan..
pasti ambil sarapan..
MESTI!

kelainannya pagi ini ambik sarapan dengan berminumkan minuman susu..
nak menukar selera..
asyik nescafe sahaja..
rumate marah! haha

tapi..
akibatnya..
minum susu membuatkan diri sangat mengantuk ye!
sampai nak tersembul mata ne...
kononnya nak besarkan mata untuk mengelakkan mengantuk..
tetapi lagi parah!

nasib baik tidak tersengguk2..
selamat..!

moral of the story: JANGAN minum susu pagi2..nanti mengantuk!


BICARE SYE: betulkan kalau minum susu pagi2 mengantuk? korang ada cara tak untuk mengelakkan rasa mengantuk di pagi hari?




Friday 21 January 2011

SATU perkara..

bismillah..
assalamualaikum..

ok, second entry untuk hari ini
sebab semalam tidak sempat nak upate..(-__-)

satu perkara yang anda perlu tahu mengenai saya..

kalau saya sedang menghadap laptop..
maknanya saya sedang membuka blog..
kalau saya sedang membuka blog..
maknanya saya sedang post entri dan jugak sedang berblogwalking..
kalau saya sedang post entri dan juga berblogwalking..
maknanya tiada siapa dibenarkan berada di sebelah saya..
kalau tiada siapa dibenarkan berada disebelah saya..
maknanya saya perlukan privasi..
kalau saya perlukan privasi..
maknanya itu cara saya..

eh!
terbanyak pulak perkataan 'kalau saya' dan 'maknanya'

hakikatnya itu saya..
kalau ada yang berkata "ala,nanti kiteorang baca juga blog awak'

ye..
memang korang semua akan baca blog saya..
tapi saya lebih suka saya sendiri yang baca blog saya dulu sebelum orang lain baca blog saya..
pelik kan?!
tapi itulah ASLINER..

oyeh!
sesiapa yang tidak selesa dengan attitude saya ini..
saya dahulukan ucapan mintak maaf..
bukan berniat untuk menyakiti, menghindari...
tapi ITU ADALAH SAYA..(^_^)

BICARE SYE: Ape pendapat korang..?
adakah cik asliner cik blogger yang kekwat? (^,^)



entri tertunda: bakhil

bismillah...
assalamulaikum..

BAKHIL..
kalau kita tanya sesama kita..
ape maksud bakhil..
mesti kita akan jawab kedekut+sombong dan seangkatan dengannya..

BAKHIL boleh dikategorikan juga sebagai penyakit hati..

Punca kita bersifat bakhil adalah kerana kita terlalu mencintai dunia secara berlebihan (terlalu memikirkan kenikmatan dunia yang sementare ini berbanding memikirkan kenikmatan yang akan kita peroleh diakhirat kelak), takut miskin dan hati selalu runsing serta tidak bahagia.
Akibatnya, diri mudah diserang gangguan seperti nyanyuk dan sukar tidur. Kesedihan yang berpanjangan menyebabkan kita mudah diserang penyakit paru-paru!

Firman Allah S.W.T:

"Ingatlah, kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit harta benda di jalan Allah. Tetapi ada diantara kamu yang berlaku bakhil, sesiapa yang berlaku bakhil, sesungguhnya dia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Ingatlah, Allah Maha Kaya sedangkan kamu semua orang miskin. Apabila kamu berpaling daripada beriman, bertakwa dan menderma, dia menggantikan kamu dengan kaum lain yang tidak lagi berkeadaan seperti kamu."

( Surah Muhammad: 38)

BICARE SYE: kehidupan di dunia ini hanya pinjaman dari Allah kepada kita yang bersifat sementara semata-mata..
Tepuk dada tanya iman kita..

p/s: peringatan bersama


Thursday 20 January 2011

aku malu!

bismillah..
assalamualaikum..

tadi petang..
pakat main bola tampar..
dalam kul 5.30 turun padang..
sedang on the way nak turun..
hujan dah start renyai2..

kami decide nak main jugak...
masing2 macam gian gile je kan..
padahal tiap2 petang turun main..haha

mase main tue..
hujan renyai2 still ada..

tapi bantai main jugak lar..
sebab kalau tengok kat padang tue..
semua orang tidak kisah pun hujan ke tidak..(^,^)

tapi setengah jam lepas tue..
hujan yang renyai2 mulai lebat..
mule2 semua buat2 tidak tahu..
kawan2 yang lain siap boleh pakat sembang pulak..
saye dah tergesa2 nak balik..
siap berlari nak balik lagi..
kelihatan disitu saya sorang jer yang berlari ye..-__-

budak2 lain masih meneruskan permainan..
lari2..bile sampai pintu belakang kolej je..
HUJAN BERHENTI!

whoa..
penat berlari..=)
'aku' malu!
'aku' sorang jer yang lari..
yang lain buat dunno jer dengan hujan!
maaaallllllluuuuuuuuuu! (-__-)

BICARE SYE: kisah ini diceritakan oleh seorang kawan ke seorang kawan lagi...haha

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

Wednesday 19 January 2011

dia tag saya lagi

bismillah..
assalamualaikum..

ok!
hari ini nak post 2 entri sebab ade satu hari terlepas,maknenye kosong dengan entri..
so, entri kedua ini bertujuan nak cover balik..
kate azam tahun baru nak update blog setiap hari kan! (^_^)

kali ini untuk menjawab soalan yang di tagged oleh NICK IRFAN..
sahabat nie memang suke bagi tag..
kalau tidak tag, mesti dapat award..ki3..

korang terjahlah blog dia..
best! macam2 ade..=)

BAGI TIGA MAKANAN YANG KORANG PALING SUKA DAN SILA BAGI SPECIFIC NAMA MAKANAN TERSEBUT
  • Nasi Lemak yang ibu saya masak bila anak2 dia semuanye ade dirumah
  • Nasi yang ibu saya masak bila tibe hari raya(tak kiralah hari raya haji atau hari raye aidilfitri)..tapi saya pasti ape name nasi itu..sama ada nasi minyak atau nasi tomato..hehe
(macam inilah nasi yang ibu saya buat tue..sangat suke!)
  • macam biasa..nasi goreng menjadi pilihan saya..tidak kiralah nasi goreng kampung ke atau nasi goreng biasa..
(see..pergi fastfood restaurant pun saya pilih nasi goreng kampung..hehe)


JENIS AIR APA YANG KORANG PALING SUKE?
saya suke air masak+suam..yang penting berasaskan air panas..sebab kurang suke dengan air sejuk..
tapi kalau makan luar dengan femeli,kalau tidak pilih air suam,saya pilih air barli suam atau air lobak panas..oyeh!

WHICH TYPE OF FOOD YANG KORANG PREFER?
MALAY,CHINESE,JAPANESE,WESTERN,ITALIAN,MEXICAN,ARABIAN?
Malay(terbaek!)
CHINESE(pernah makan saya kangkung ikut cara masakan cina..best giler!)
JAPANESE(erm..mungkin sebab saya boleh makan sushi..kawan2 tidak boleh masuk dengan sushi..^_^)

APE MAKANAN YANG KORANG PALING EXPERT MASAK? DALAM KATA LAIN TIDAK PAYAH TENGOK RESEPI..DAN BILE ORANG LAIN MAKAN,DYEORANG AKAN KATA SEDAP GILER!
erm..nasi gorenglah kot..hehe
boleh masak lauk yang lain..cume kene tengok resipi la..=)

SEMAHAL MANA KORANG BAYAR UNTUK MAKANAN KORANG?
huh! masa pergi makan nasi goreng kampung kat fastfood restaurant (IMANO'S CAFE) tue,sya kene charge RM7.90..hanya untuk sepinggan nasi goreng!
adatlah tue kan? nama pun makan kat fastfood restaurant..^_^

BERI NAMA RESTORAN FAVOURITE. APA MAKANAN YANG PALING SEDAP?
tak tahulah..
i'm flexible..
semua tempat boleh makan..=)

AYAM, ITIK, KAMBING, BURUNG PUYUH, BURUNG WAK2, RUSA, LANDAK, MERPATI, AYAM DENAK..
MANA SATU YANG MENJADI PILIHAN HATI? (KALAU TIADA DALAM LIST, BERITAHU KAT SINI JER..)
Saya sangat suke makan ikan!
kurang makan ayam..
kalau ade kambing panggang pun best jugak..(^_^)

RESTORAN/CAFE PERTAME KORANG DATING DENGAN PASANGAN ANDA. DAN MAKAN/MINUM APE? KALAU KORANG INGATLAH
Pasangan? Kalau tidak ade macam mane?
tapi pernahlah makan dengan kawan2..
kat KFC..
suke bawak adik kalau kuar jalan2..=)

APE MAKANAN YANG SELALU REMIND KORANG PADA PASANGAN KORANG?
KENAPE?
Takde pasangan..takde makanan..oyeh!


KALAU PERGI RUMAH ORANG, KORANG BERHARAP DIA AKAN HIDANG APE?
Tidak kisah pun..
fleksible..
eat anything..=)
kalau tuan rumah hidang air sejuk..saya mintak air panas..haha

MAKANAN YANG KORANG TIDAK BOLEH NAK TELAN LANGSUNG?
SAMA ADA TIDAK SEDAP/ TIDAK BOLEH TELAN LANGSUNG
Cencalok kot..sebab tidak pernah rase lagi..
(ade sesiapa orang Melake yang nak rekemenkan makan cencalok?hehe)
saya boleh makan budu! (^_^)

MENU RAYA YANG PALING DISUKAI?
Masakan ibu dipagi raye..
ketupat..
rendang..
lemang..
(eh..saya makan semuanye..hehe)

JAJAN/CEKEDES YANG KORANG SUKE?
Ntah..ikut mood..
tapi makan jajan akhir tahun je..
suke keropok ikan! (eh,jajan ke tue..hehe)

BERI 2 MAKANAN YANG EMAK KORANG MASAK DAN KORANG PALING SUKE
Nasi Lemak ibu
Nasi minyak/nasi tomato ibu..
oyeh!

MAKANAN YANG PALING PEDAS YANG KORANG MAKAN
SIAPE YANG MASAK!
kurang makan pedas..
kalau termakan makanan yang pedas sikit dah rase macam pedas giler!
(tapi kat rumah ibu masak jer masakan pedas..cume ambik sikit kalau tidak tahan pedas..haha)

KORANG KALAU JUMPE ORANG YANG TAGGED INI, APE AGAKNYE YANG KORANG AKAN HIDANGKAN?
Lakse penang boleh..(^_^)

Sila tagged 15 orang..dan PAKSE mereka buat tagged ini..

(owh..nmpaknye tidak sampai 15 orang..boleh kan NICK?)

BICARE SYE: Saya tagged kat sahabat2 kerap bagi komen membina+sahabat2 yang baru follow saya..disini tiada paksaan untuk menjawab tagged..kalau korang rajin..sile jawab..sangat menghargainya..oyeh! (^_^)


bukan malu dan tidak mahu..cuma..

bismillah..
assalamualaikum..

diri rase nak sangat nak join contest..
ramai kawan ajak join..

tapi tidak tahu kenape rase macam tidak berkesempatan
langsung untuk membuat entri tue..(-__-)

erm..
mungkin belum ade rezeki lagi..
mungkin hati belum terbukak kot..hehe

BICARE SYE: kesian pada sahabat2 yang telah ajak join contest..tapi tidak disertai oleh saya..tapi jangan serik tagged contest itu kat saya k..=)

Tuesday 18 January 2011

Oh tidak, dia menguasai diriku!

bismillah..
assalamualaikum..

kalau cakap pasal nafsu..
semua orang tahu ape itu nafsu..
nafsu amarah..
nafsu membeli belah..
nafsu makan yang kuat..
nafsu tido yang kuat..

erm..
boleh dikatekan semua yang kita buat adalah disebabkan nafsu kita..

jahat betul kan nafsu nie?! (^_^)

sekarang nie nafsu yang sedang menyerang pelajar(especially perempuan) ialah..

NAFSU MAKAN
NAFSU MEMBELI BELAH

tidak ketinggalan jugak diri ini! hehe
pantang ade duet dalam tangan..
pantang nampak bende yang cantik..
nampak makanan yang sedap..
semuanye rase mahu kasi sapu je!

aiyoo!
kalau macam ini, boleh berkurangan fulusnya!

macam mane ye nak elakkan daripada bersikap boros?

saya rase kalau NAFSU MAKAN tidak ade pape sangat..
sebab makan sebab nak hidup..hehe

tapi kalau nafsu nak membeli barang nie..
macam mane nak elakkan? (-__-)

BICARE SYE: carenye mungkin kalau singgah shopping complex atau exspo..kite berjalan tutup mate sambil pegang kawan!
ala, senang cerita..
JANGAN pergi! (^,^)




pelajar tidak hormat waktu?

bismillah..
assalamualaikum..

hah!
sekarang nie senang sangat nak jumpe pelajar2 yang tidak hormat waktu..
hormat waktu kat sini..
tidak lain tidak bukan adalah waktu maghrib..

waktu maghrib memang waktu yang 'paling seronok' bagi mereka..
tengok sahaja di padang2 bola sepak..
walaupun jarum jam sudah menunjukkan dekat no.7, tetapi mereka masih leka bermain..

kalau selagi itu tidak gelap, selagi itu mereka akan terus bermain..
mereka akan terus-menerus menyepak bola..
tanpa memikirkan bahawa mereka sebenarnye LUPE BAHAWA ITU WAKTU MAGHRIB!

bukan ke tidak elok kalau berada di luar kawasan rumah/kolej/seangkatan di waktu maghrib..
kate orang2 tua..
"banyak setan kat luar sane time maghrib2 macam nie!"

oh tidak!
manusia sekarang leka dengan kenikmatan dunia! (-__-)

BICARE SYE: mari kita sama2 manage our time dengan betulnye..nak main boleh..
tapi jangan sampai tidak ingat dunia....peace! =)

Monday 17 January 2011

terbaek!

bismillah..
assalamualaikum..

kalau ada masalah..
penyelesaian terbaik adalah bersemuke..

terime kasih kepada krew2 yang terlibat..
terima kasih juga kerana bersikap bijak..alhamdulillah..

akhirnye selesai..

BICARE SYE: sangat suke pada orang2 yang bijak..=)


Saturday 15 January 2011

kuatkan semangat anda dengan cara begini

bismillah..
assalamualaikum..

bagi spe yang suke cite thriller+ngeri+extremely violence..
sile tengok cite dibawah..


korang dah tgk ke?
komen?
tgk part2 yang tragik+suspen+extremely violence sudah..
tidak perlu tengok lebih2!

p/s: tidak pasti sama ada movee ini movee baru atau movee dah berzaman..haha


BICARE SYE: cerita2 yang ade unsur2 suspen sebenarnye baik untuk kesihatan jantung!
kalau tak percaye..sile try..(^_^)

Friday 14 January 2011

entri tertunda: generasi membaca sudah mati?

bismillah..
assalamualaikum..

bila berbalik kepada aktiviti pembacaan...
jarang2 sekali kita lihat generasi sekarang 'sangat rajin' untuk membaca buku...
jarang sekali kita lihat buku yang di pegang kita ini berbentuk ilmiah..
jika tidak majalah yang ada ditangan..
pasti novel yang beratus muka surat menjadi pilihan kita..

tidak kurang juga pengaruh internet..
kita semakin hari semakin selesa berada disisi internet dengan menghabiskan masa berjam2 untuk membaca satu episod siri anime(mengambil contoh secare rambang)..

sedangkan longgokan buku2 yang berilmiah dan bermotivasi sudah tersedia ada..
tetapi itu tetap bukan piliham kita!
kenape ye?

sebenarnye membaca ini banyak faedahnye..
jom lihat!
  • Mendapat dunia dan akhirat. Benarlah kata Imam al-Shafie, "Jika kamu inginkan dunia,hendaklah dengan ilmu, jika kamu inginkan akhirat, hendaklah dengan ilmu, jika seandainya kamu inginkan kedua-duanya,maka hendaklah DENGAN ILMU.
  • Membaca merupakan salah satu jalan kepada Allah. Imam al-Ghazali di dalam Minhaj al-Abidin menyatakan, dalam perjalanan seorang hamba menuju kepada Allah ialah TAHAP ILMU, kemudian barulah menyusul dengan tahap taubat.
  • Kalau membaca,dapatlah ilmunya. Jadi,kalau nak dapatkan ilmu anda WAJIB membaca. Dengan ilmu,tersingkaplah tabir kejahilan yang membelenggu akal dan jiwa manusia daripada mengenal Allah.
  • Melalui membaca juga, kita dapat membentuk jiwa raga untuk menjadi hamba Allah yang baik, disamping dapat menjalankan tugas sebagai khalifah Allah dengan sebenar-benarnya.
  • Membaca-dapat melindungi tuannya dan memelihara sebarang kemusnahan berbanding harta yang terpaksa dilindungi dan dijaga.
  • Berakhirnya proses pembacaan, sudah pasti umat Islam memperoleh hidayah, ilmu, iman dan takwa.

HANYA DENGAN MEMBACA(YANG BERBENTUK KEBAIKAN)- UMAT ISLAM TERBANGUN AKAN AKALNYA, EMOSI, ROHANI DAN JASMANINYA. INILAH HIKMAH DISEBALIK IQRA'

Firman Allah s.w.t yang bermaksud Bacalah dengan nama Tuhanmu yang maha pemurah

BICARE SYE: jom membaca! (^_^)


tegas kene ade tempat?

bismillah..
assalamualaikum..

ok..
kalau nak bertegas kene ade tempat..
tidak perlu tegas setiap masa..


takut nanti anak buah takut pulak dengan ketua kumpulan..
memang tegas perlu jika anak buah tak buat keje atau seangkatan dengannya..
tetapi..
rasenye sebagai ketua perlukan pendekatan yang lebih mesra dengan anak buah..
supaya nanti pengurusan dan kegiatan kumpulan dapat dilaksanakan dengan baik..
percayalah!

p/s: ape pendapat korang?


BICARE SYE: eh! sejak bile blog saye suke post pendek2 nie..=)
(segment singgah jumaat akan di postkan kemudian..maaf diatas kesulitan -__-)

Thursday 13 January 2011

perkauman atau takde kawan?

bismillah..
assalamualaikum..

hoho..
macam biase..
kalau tak update semalam,maknenye diri sangat busy ye..=p

semalam pakat turun padang main bola tampar..
sedang main bola tampar..
baru perasan...
sebenarnye terdapat 3 komuniti..
MELAYU+CINA+INDIA..

pelajar Melayu pakat main bola tampar dan bola sepak..
pelajar Cina pakat main basketball..
pelajar India pakat main bola(tetapi di padang bola jaring)

erm...
kalau di ikutkan pemerhatian..
memang sah semua orang buat keje masing2..
nak cakap tak bergaul..
rasenye di kelas masih boleh berkata diantara satu sama lain..

cume kenape ye berlainan di padang?
hipokrasi berlaku ke?

BICARE SYE: masing2 malu kot..(^_^)

Monday 10 January 2011

indahnya..

bismillah..
assalamualaikum..

"hujan tidak berhenti-henti membasahi bumi..
deruan angin yang sejuk dan menyegarkan..
sangat mengasyikkan hambaMU ini..
yang kadangkala terleka dengan kenikmatan duniawi..

tiupan angin dingin yang menyapa ditingkapku..
yang seringkali disertai dengan cengkerik2 yang menyembahkan lagu-lagunya..
alangkah indahnya perjalanan hidup yang disusun olehMu ini
SUBHANALLAH!"

BICARE SYE: hari ini tibe2 nak buat puisi..eh,puisi ke? hehe (^_^)

kisah AJL

bismillah..
assalamualaikum..

erm..
tajuk entri kat atas nie merupakan entri tertunde ye..

kalau semua orang nak berkate pasal AJL..
saya pun nak cakap..
mari kita lihat..
ape yang dimaksudkan saya mengenai AJL..

AJL=AJAR diri JADI LEBIH baik

  • Jika selama ini kita terkadang terlupe pada Allah..kali ini mari kita selalu mengingati Allah
  • Jika selama ini kita tidak pernah merindui Rasullulah S.A.W, mari kita sama-sama merindui Rasullullah S.A.W dan banyakkan selawat keatasnya
  • Jika selama ini al-Quran tidak pernah dijadikan teman bacaan kita setiap malam,kali ini JOM! kita sama-sama jadikan kitab suci ini sebagai sahabat yang untuk didampingi setiap hari
  • Jika selama ini solat kita asyik celam-celum sahaja,kali ini mari kita kusyukkan lagi solat kita
  • Jika selama ini kita seorang yang pemarah,kali ini mari kita kurangkan sifat amarah itu
  • Jika selama ini asyik teringat-ingat dan rindu akan buayafriend dan gelifriend, kali ini lebih baik kita lebih mengingati dan merindui AYAH dan IBU kita
  • Jika selama ini telah memikir-mikirkan untuk melakukan PERUBAHAN/PENGHIJRAHAN/TRANSFORMASI kearah kebaikan, AYUH,MARI KITA LAKUKAN PERUBAHAN itu!

BICARE SYE: Mari bermuhasabah diri kita..(^_^)

saya BANNED Secret Recipe

bismillah..
assalamualaikum..

ok..
entri ringkas je..

minggu ni kelas kiteorang ade tugasan..
outstation weyh! ^_^

tugasan kami kene pilih satu restoran fast food..
then kene observe cara mereka bekerja..
kene perhatikan tabiat2 mereka..
so,kami decide nk pilih secret recipe..

kami
decide nak interview supervisor dyeorang..
nak tanye serba sedikit mengenai restoran dyeorang..

semalam datang sane gi jumpe promoter dan kata yang kami nak jumpe supervisor dyeorang..
dan promoter tue kate cube tanya akak tue..
mungkin dia boleh bantu..

so promoter tue pergi jumpe akak supervisor tue..
akak supervisor tue kate ok! datang 2.30ptg!
TAPI TANPA LIHAT SURAT YANG KAMI KEMUKAKAN KEPADA DIA!
(kalau korang berada ditempat kami,agak2 korang akan datang balik tak?)

tapi kami dengan rela hati datang balik kul 2.30ptg..
kami tanya kat counter..

"erm..saya nak jumpe supervisor awak..kami yang datang pagi tadi dan kami disuruh datang kembali kul 2.30ptg nie"

mamat promoter jawab:

"erm..manager tak datang lagilah..petang baru dia datang..itu pun kalau dia datang"

KELIHATAN DISITU BAHAWA SUPERVISOR MEREKA SEDANG MELARIKAN DIRI MASUK KE RUANGAN DAPUR!

ok..
kami dah bengang..
berlalu dengan perasaan kecewa..
dan rasa tidak puas hati..

KEPADA AKAK SUPERVISOR SECRET RECIPE cawangan XXXXXX:
"kalau tak mahu di interview..kami tidak kisah pun..tetapi at least SAY IT!
kita orang melayu ada budi bahasa kan?!"FULLSTOP!

*saya banned!*


p/s: tapi takkanlah kerana nila setitik,rosak susu sebelanga? haha


BICARE SYE: hadapilah ujian dengan tabah..(-__-)


Friday 7 January 2011

sewa kete

bismillah..
assalamualaikum..

entri kali ini agak panjang..
tapi berkisar pasal hari ini..
hari memenatkan..T_T

hari nie plan baik punye nak gi jusco taman U..
sebab ade assigment yang perlu dilakukan disana..
ingat nak naik bas jer..
tambang free..
keselamatan pun terjaga(insyaAllah)..
tapi bile rumate saya cakap nak gi kempas sebab nak tuka tiket train..
so kiteorang decide nak sewa kete..

macam biasa..
name2 yang top list akan ditelefon dahulu untuk mendapatkan kereta sewa..
dan macam biaselah..
kereta mesti penuh kene booking..
sebab lambat booking..
kalau nak booking..
kene booking 3hari sebelum..(dah macam nak beli tiket bas lar pulak..kene awal2..huhu)

jadi..
usaha mencari nombor2 telefon kereta sewa masih berjalan..
dan dapat satu kete!
saga manual..ok,on jelah..
manual tak manual..
janji boleh keluar hari ini..

so, sebelum nak ambik kereta tue..
saya kompemkan balik..
bagi mesej kat nombor tue..
tapi tiada respon..
so..telefon..

masa telefon:
(kawan yang tolong menelefon)

"hello,erm..saya yang telefon tadi..saya just nak kompemkan balik sama ada boleh ke tidak saya sewa kete awak?"

dia jawab:

"oh..sori,can you speak in English?"

kawan saya tercengang seketika..
(kalau die tercengang,saya lagilah..hehe)

dalam hati saya dah fikir..
erm,nie mesti saje2 nak speak BI..nak lawan balik lah kot saya cakap BI(perasan!)
sebab masa mesej dia saya speak BI..

kawan saya jawab:

"err..i'm the one who message u just now..i want to rent ur car for 4hours start at 11a.m..can I?"
(lebih kurang macam tue kawan saya jawab)

dia jawab:

"can..ok,I'll send the car to kdse 13 by 11.am..tq"

perbualan habis terus letak telefon..

PUKUL 11 TIBE:

dapat mesej..
"I already reach at your college..can you take the car in front of the bustop?"

so..dengan muke happy..pergilah ambik kereta tue kat bustop..

tup2..

saya cakap:

"weyh..mat salleh!"
"fana kene ikut kite..kot2 kalau kita tak faham die cakap ape,fana kene tolong jawabkan..tau!"
(nampak sangat takde confident nak cakap BI..-__-)

fana jawab:

"ye2.."

dah jumpe mat salleh tue..maknenya bermulalah perbualan kami..
lebih kurang macam nie lar..

"hi,i'm the one who want to rent ur car"

mat salleh jawab:

"ya2..the car..someone has broke the handbrake(sambil menunjuk kearah handbreak tue)
"so,if you want to park your car,you need to put ur car in gear 1..to make sure the car will not moving while u park it"

saya jawab:

"owh yeah?..ok2"

muke time tue kompem dah berubah giler..
dalam hati dah kata..

what! takder handbreak? kentanglah!

tapi sebenarnye time mat salleh tue cakap saya tak faham pun dyeorang cakap ape..
sebab dieorang cakap memang giler babas punye laju!
satu ape pun tak dapat nak catch up..(-__-)

3kali dieorang explain..
pastu baru dapat catch up! haha

fana yang ikut saya tadi tue diri jauh dari saya..
memang terkapai2 lah saya kat situe..huk3

so..
masuk kereta..
start engine..
tetapi kereta macam terkejut..

dalam hati..

"eh,pesal nie?"

jadi,decide nak start lagi sekali..
dan perkara yang same berlaku..kereta terkejut..

mat salleh tue cakap:

"sis,u need to free ur gear first.."

(eh,lupe pulak kereta nie handbreak die patah!)

saya jawab:

"owh..ok2"

kalau dah depan bustop ambik kereta..
mesti lah ramai yang tengok..
ok..malu giler! (-___-)

then,bawak kereta tue parking depan blok..
keluar dan terus cakap..

"weyh korang..siyes kite tak nak bawak kereta nie..kita tak beranilah..dengan handbreak yang patah..takde sticker UTM..no flat depan tercabut..woowoo..tak mahu!"

mereka2 menjawab:

"tau takpe..kite pun macam tak berani je nak naik kereta nie"


PENGAJARANNYA:

  1. Sebelum nak sewa kereta,tanya dulu condition kereta tue baik ke tak!
  2. Agak2 kalau macam mat salleh yang sewakan..cepat2 batalkan booking korang! haha (sebab mesti dieorang punya kete tak berkeadaan baik..kot)
  3. Kalau nak tempah..sile tempah awal ok!
BICARE SYE: dah la 1jam=RM5..mahal..-__-







Mari tutup mulut

Bismillah..
Assalamualaikum..

Jika dilihat dengan perkembangan dunia sekarang..
Malaysia mungkin boleh dikategorikan sebagai salah satu Negara yang sedang pesat membangun..
Malaysia kini berlumba-lumba dengan negara luar yang lain demi mencapai tahap sebuah negara maju..
senang cita..
berdiri sama tinggi..duduk sama rendah!

ok!
sebenarnya intro kat atas tiada kene mengena dengan isi yang ada dibawah ini..hehe
macam biasa..
hari ni hari jumaat..
entri berbaur kata2 nasihat akan diselitkan..oyeh!

ok..bercakap pasal menutup mulut..
sememangnya kita BOLEH..
menutup mulut kita yang sedang menguap..
menutup mulut kita untuk mengelakkan bende asing masuk kedalam mulut..
tetapi..kita sedar bahawa..

MULUT MANUSIA YANG BERKATA-KATA KITA TIDAK BOLEH TUTUP!

memang sudah menjadi kebiasaan dan lumrah hidup dan juga tabiat orang kita
bahawa kita(segelintir) sebenarnya tidak boleh lihat kesenangan mahupun kesusahan orang lain..
jika ada kesenangan disebelah sana..
pasti yang disini akan mengata..
jika ada kesusahan disebelah sini..
orang disebelah sana pasti tidak berpuas hati dengan kesusahan kita(mungkin kes2 terpencil)

tidak percaya..?
sile lihat sekeliling anda dan perhatikannya!

see!
susah betul nak memuaskan hati semua pihak..

erm..baiklah..
mari kita baca kisah dibawah..
untuk dijadikan teladan..

Telah berlaku satu peristiwa ketika Lukman al-hakim(sahabat nabi) ketika Lukman sedang membawa anaknya keluar berjalan bersama-sama dengan seekor keldai. Di awal perjalanan, Lukman menaiki binatang tunggangan itu, manakala anaknya dibiarkan berjalan kaki. Perlakuan mereka diperkatakan oleh orang-orang yang melihat. Kemudian Lokman memerintahkan anaknya menaiki kenderaan itu, manakala Lukman berjalan kaki. Tetapi masih ada orang yang mengata perbuatan mereka. Seterusnya mereka berpakat untuk kedua-duanya menaiki keldai tersebut, dan masih juga diperkatakan oleh orang sekeliling. Akhirnya kedua-dua ayah dan anak ini mengambil keputusan untuk berjalan kaki tanpa menunggang keldai tersebut. Walaupun mereka berbuat begitu, orang yang melihat masih tidak lepas untuk berkata-kata.
Situasi ini dilihat oleh Lukman sebagai satu yang lumrah,kerana walau apa sahaja perlakuan manusia, pasti orang yang melihat dan yang berada disekeliling akan berkata-kata kerana untuk menutup mulut manusia bukanlah sesuatu yang mudah. Lantas Lukman memberikan pengajaran dan pendidikan kepada anaknya, iaitu seseorang itu pasti tidak terlepas dari percakapan manusia. Justeru orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T jua.
Sambung Lukman lagi "wahai anakku, tuntulah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya orang yang fakir itu akan ditimpa dengan tiga perkara iaitu tipis imannya, lemah akalnya dan hilang kemuliaan hati. Lebih malang lagi jika ditimpa dengan selain dari tiga perkara itu, iaitu mereka yang merendah-rendahkan dan meringankan-ringankannya(tiga perkara itu:iman, akal dan hati)."

BICARE SYE: kita tak tahu yang berkemungkinan orang lain akan cakap dibelakang kita..tetapi kalau kita tahu..just pekakkan telinge je k..n say to them "HEY, I KNOW MYSELF BETTER THAN U OK?!" (^_^)

p/s: cerita Lukman al-hakim tue dapat dari majalah al-Islam

Thursday 6 January 2011

sampai bile nak jadi macam tue je?

bismillah..
assalamualaikum..

Seringkali kita lihat bahawa pelajar Melayu pasti mengeluh bila disuruh berbahasa Inggeris..
Tidak kiralah disuruh untuk bercakap..mahupun menulis..
pasti bibit kegelisahan akan terbit..
kalau tak banyak pun pasti ada sekelumit..
betul tak?

Situasi ini sering berlaku di peringkat rendah lagi..
tetapi..tidak kurang juga diperingkat tinggi..
diperingkat universiti..sambutannya sangat 'memberangsangkan'...
Mahasiswa dan mahasiswi masih takut untuk berdepan dan menyahut cabaran ini..

Seperti yang kita ketahui sebelum ini..
kerajaan telah menetapkan beberapa subjek diperingkat rendah terlebih dahulu untuk diajarkan didalam bahasa Inggeris..
dan seperti biasa..
pasti terdapat respon yang baik dan juga yang sebaliknya..
Respon positif lebih kearah menyokong usaha kerajaan untuk membantu pelajar2 mahir dalan berbahasa Inggeris..
manakala respon negatif lebih kearah untuk mempertahankan bahasa ibunda masing2..

bagi saya, mengajar beberapa subjek didalam bahasa Inggeris(diperingkat rendah) dan mengajar sepenuhnya bahasa Inggeris(diperingkat tinggi) mempunyai relevannya dengan tuntutan kerja sekarang..
Keperluan berbahasa Inggeris pasti memberi manfaat untuk jangka masa panjang nanti..
senang cite, "belajar bahasa Inggeris bukan satu kewajipan,tetapi ia satu keperluan"
siapa setuju? sila angkat tangan!
terima kasih..(^_^)

bak kata kawan saya..
"kalau tak belajar sekarang..
sampai bila nak pandai cakap BI?!"

Ok..penulisan kali ini hanya penyataan pendapat dari cik blogger semata-mata..tidak bermaksud untuk merendahkan martabat bahasa Melayu..peace!

BICARE SYE: sem 2 nie saya ambil BI..1st hour of our class,we got MR JACK(Canadian) as our lecturer..awesome! (^_^)




Wednesday 5 January 2011

individualistik

bismillah..
assalamualaikum..

entri kali nie pun ringkas..
tak dapat nak buat panjang2..-__-

adakalanya..
sebenarnya kita tak perasan yang kita bersikap INDIVIDUALISTIK

biler same2..
nanti kata berGENG..

bile nak carik kumpulan..
tibe2 jadik individualistik..
"yang penting ak dapat masuk kumpulan tue"

macam mane tue..?
orang lain akan rase tak senang dengan kita..

jadik pokok pangkalnya..
sile ubah diri..
sile jangan ikut sikap ini!
fullstop!

*eh..!macam entri untuk saya lah..haha*

BICARE SYE: bagi sesiape yang terase dengan saya hari ini..saya mintak maaf..-__-

Monday 3 January 2011

sebuah jawapan..

bismillah..
assalamualaikum..

entri ringkas dari saya..
hanya untuk menjawab tagged yang tertangguh dari saidah..

1) WHAT IS MY NAME IN YOUR HANDPHONE
Saidah Cel..^_^

2) WHO ARE ME TO YOU
Sahabat dunia akhirat..insyaAllah

3) WHAT YOU LIKE BEST IN ME
Saidah suka meyampaikan/memanjangkan message kebaikan..i like!

4) WORD TO DESCRIBE ME
Seorang yang manja

5) I LOVE/LIKE/HATE ME?
Ofkos kita sayang sahabat dunia akhirat kita

6) SONG FOR ME
Akrab Persahabatan-In Team

7) COLOUR FOR ME
Biru kot..
mengambarkan saidah seorang yang tenang..=)

8) ADVICE FOR ME
Saidah..belajar rajin2 ye..
Ingat Allah dan keluarga selalu..
rajin2kan tangan bagi kite mesej tazkirah..hehe
Kejar cita2 sebelum cinta..insyaAllah..(^_^)

erm..
kali nie hanya mahu tagged aten


berGENG perlu setiap masa?

bismillah..
assalamualaikum...

huh!
semalam tak dapat nak update blog disebabkan wifi yang tidak berape nak membantu..-__-

so,hari nie bercadang nak update 2sekali..(^_^)

ok..berbalik kepada tajuk entri..

PERINGATAN: sile baca dulu sebelum berkata apa2..time kasih (^_^)

bile bercakap mengenai kerja berkumpulan..
pasti ramai yang akan gelabah bila pensyarah mengarahkan studentnya untuk cari ahli kumpulan..
dan pasti ramai juga yang akan cari geng masing2 untuk satu kumpulan dengan kita...
mungkin akan ada yang berkata..
"eh! ak dah cop dye dulu.."
"yana,nanti sem 2 saya nak berkumpulan dengan awak ye..jangan lupe"
"weyh,kau ingat ea..sem depan aku nak satu kumpulan dengan ko..nanti senang sikit"

wah..
famous betul sape yang ditempah tue..
untung sape yang dapat bekerjasama dengan dia..

orang yang dah di cop mesti pening..
sebab semua orang nak dengan dia..

tapi macam mana pula bagi orang yang tak SEfamous dia..
tak SEramai peminat macam tue...
pasti dia akan berkecik hati sebab mesti dia fikir orang lain tak mahu satu kumpulan dengan dia sebab ramai tak suka kita..
sebab ramai tak senang dengan kita..
sebab ramai benci dengan kita..

sedangkan faktor yang lebih menyumbang kepada berlakunya macam ni kerana mind set kita sendiri bahawa jika nak berkumpulan,eloklah satu kumpulan dengan geng kita..nanti senang sikit!

sebenarnya..
apa yang diceritakan ini merupekan senario sekarang yang berlaku di universiti..
senario bahawa student sekarang lebih suka membentuk kumpulan yang terdiri daripada geng masing2..

jika kita berfikir balik..
adakah setiap masa kita perlu berGENG?
sedangkan..
dimasa hadapan GENG yang kita harapkan selama ini tak akan satu tempat kerja dengan kita..
jika ada yang satu tempat..
mungkin itu semua hanya satu kebetulan..

tetapi pada pendapat saya..
jika kita berani mencari teman baru untuk bekerjasama...
kita akan dapat satu pengalaman yang mungkin orang lain tidak akan merasainya..
"NOT ALL PEOPLE WILL EXPERIENCE THE SAME THINGS"

waallahualam~

p/s: saya sangat respect pada siapa yang sanggup bekerjasam dengan orang lain tanpa melihat pada paras rupe dan perwatakannya..

PERTANYAAN:
apa yang korang rasa bila tidak ade orang yang tak mahu bekerjasama dengan kita..?
geng? perlu setiap masa?

BICARE SYE: entri kali ini hanya sekadar menterjemahkan kembali setelah melihat keadaan sekeliling yang berlaku di universiti..
tidak ada perasaan kecik hati mahupun dengki..sekian~ (^_^)

*peringatan untuk diri sendiri*


Saturday 1 January 2011

SMART LEADERSHIP CAMP- SLC

bismillah..
assalamualaikum..

hah!
dah masuk tahun 2011 nie..
nak jugak masukkan entri pertama untuk tahun baru..^_^

kalau korang baca entri saya lepas..
saye ade cerita pasal camp...
so,entri kali ini nak kongsi sedikit pasal camp tue..

jom layan!

kalau bercakap mengenai beg..
pasti beg yang perempuan bawak mesti lebih besar dari beg yang lelaki bawak..
erm..
betul lar nie..hehe


erm..
daftar2 dapat file warne kuning nie..
siap tertera lagi name saye..
cayalah SMART! ^_^


erm..
kat bawah nie schedule kami...=)
banyak tak programnye..=)


time daftar tue..
kami berkumpul di main place untuk kiteorang sembahyang..
wah..
ader komputer..
siap dengan wifi lagi..
(tapi wifi tue dapat tahu selepas hari yang ketiga..big bos tak beri awal2 sebab nanti anak buahnya asyik nak on9 jer..hehe)



khemah kami macam nie...
tapi nie khemah urusetia..
khemah kami dekat luar sane..
best!


rutin pagi2 kami ialah bersenam..
eaeh..
macam gelap lagi jer gambar kat bawah nie...
semangat giler lar pulak kita2 nie kan..hehe

untuk 1st day..
lepas bersenam..
kiteorang pergi berjalan naik balai cerap..
bagi siapa yang belom pergi mungkin akan teruje (like me!)


gambar kat bawah nie merupakan tugasan pertama kami..
SLOT 1-KAK AMALINA
kiteorang kene lukis gambar sendiri..
betol2 lukis punye..
kalau ade tahi lalat..
kene lukis jugak..
lepas tue fasi akan kutip..
then setiap orang dapat muke orang lain..
then kene cari muke yang kita dapat tue..
gambar 4 orang yang berdiri tue merupekan denda bagi kami yang salah teka..
kantoi! haha


tugasan kedua..
masih SLOT 1..
kene cite pasal FAKTA BETUL da FAKTA SALAH..
nie kire sesi kenekan orang balik..hehe


gambar di bawah merupekan suspek2 untuk SLOT 2..
tugasan kali ini memerlukan lelaki menutup matanya...
yang perempuan bagi direction untuk mendapatkan telur yang tersorok..
telur2 yang dicari mestilah mempunyai huruf yang boleh membentuk LEADERSHIP CAMP
best tugasan nie!


hah!
siap jugak akhirnye tugasan kami...
tapi huruf R kami pecah...
kak ati kot yang pecahkan..-__-
muke2 gembira dapt selesaikan tugasan..
(ingat senang ke?! haha)



gambar bawah masih SLOT 2..
kiteorng kene buat tugasan membina satu bangunan yang tinggi dengan menggunakan PERANGKAP TIKUS!
diulang sekali lagi..
PERANGKAP TIKUS!
wooo..
tugas berani mati punye..
haha..
tersalah pegang boleh terkepit tangan..
mau tak bengkak tangan..
haha..=)
but at last we still can make it!
see..gambar kat bawah menunjukkan ketidakpuasan hati kami terhadap PERANGKAP TIKUS yang boleh 'membawa maut'..keh3


tugasan terakhir kami..
kene pijak nombor2 mengikut turutan..
(but make sure time tue seorang sahaja yang memijak nombor tersebut)
finally we can make it!
dapat pijak kesemua no dalam mase 12saat!
awesome! ^_^
ader satu gambar kat bawah pasal tarikh 14.12..
tarikh apekah itue? hehe
gambar kanan sekali merupakan gambar tarikh kami menyiapkan tugasan ini!


erm...
nie SLOT 4..
dari kak ati..
tugasan kami perlu membalut telur menggunakan barang yang diberi(bab 1) dan menggunakan barang disekeliling semulajadi(bab 2)..
lepas tue..
kene jatuh kan telur dari aras kepale salman..
OMG! si salman tue dh lar tinggi giler...
tinggi dalam lebih 170cm kot...
cabaran betul!
tapi akhirnya..
task 2 baru kami berjaya tidak memecahkan telur yang diberi..
yeehhhaa!



gambar kat bawah nie merupekan tugasan bagi SLOT 4..oleh kak ati..
salah seorang perlu menjadi bos..
lagi seorang perlu menjadi follower...
uish..ingat senang ke tugasan nie..
boleh pecah kepale nak bagi arahan yang betul dekat anak buah..
thiz time..
i'm the bos..
pandi n kak nani are my follower...
"but i still treat them as my senior ok..cakap pun kene lembut2 dan slow2 gitue..hik3"


malam ketiga merupakan sesi BBQ kami..
pada malam terakhir di hutan..=)
(maaflah..tak dapat nak sertakan gambar BBQ..internet macam siput sedot!)

baiklah..
tidak dapat nak sertakan banyak gambar..
nanti takut korang muak..=)
lagipun banyak gambar untuk personal..
bukan buat tatapan semua..maaf ye..

ape2pun..
i really enjoyed this camp..
mungkin rugi kot bagi siape yang tak dapat pergi..(just my opinion)
nak buat macam mane..
masing2 ade komitmen masing2..
tak mengape..
next time join ramai2 k! (^_^)

p/s: slot 3 tak dapat nak sertakan gambar,sebab time tue kami tak bergambar..huhu


BICARE SYE: dah nak naik sehari sye prepare entri nie..kes internet tak gagah! T_T