UP TRAFFIC

Friday 30 November 2012

makan duri durian

assalamualaikum..

*entri berganti diri kan aku*

ok. Aku tengok minggu lepas ramai dok sibuk cari durian.  Ade yang buat creep durian lah.  Tak kurang jugak ade yang buat tempoyak.  Boleh pulak aku tengok dan berdiam diri sahaja kan... Mestilah tak kan...  Kalau dah hantu durian macam aku nie, memang aku sanggup pergi jauh dari UTM untuk cari durian segar.

Jadi terjadilah kisah aku TERTIBE pergi segamat, ke dusun Kak mira(classmate aku).  Tak mainlah beli-beli durian pastu makan.  Aku main macam nie, pergi dusun durian.  Kutip sendiri durian dan makan.  Tapi kat dusun kak mira aku tak buatlah macam tue.  Sebab aku datang datang, tengok durian semua dah terbuka. Tersedia untuk dimakan. superb!

Cakap banyak pun tak guna, meh layan gambar.

 hah, ambik kau


 nampak tak kebuluran kami terhadap durian
mulut aku dah macam ade 2 biji durian je kan dalam mulut tue..haha


 hah, yang nie memang hantu durian..
sanggup drive 2 jam ke segamat semata-mata untukmu durian..=)


 skill nak kopek durian guna parang haruslah ada kan..
fyi, itu durian baru gugur, that's why harus guna parang jugak untuk bukak..


 ini BUKAN BUAT-BUAT..
ulangan..ini BUKAN BUAT-BUAT..haha
seriously liat sangat-sangat nak kopek..
sebab durian baru gugur


 ok, next station..
manggis onestore..haha


 next..rambutans pulok


 next, lunch pulok..
super awesome..
tapi time nie,sebenarnye perut aku memang dah penuh..
tapi gagahkan diri sebab nampak lauk yang sedap2..
ade daging bersalutkan tepung..
ikan sardin..
sayur kangkung masak belacan..
tempoooyaaak!
sayur durian muda..
marvelllllloooouuusss!


 inilah sayur durian muda..
tak pedas..tapi awesome!

inilah akibatnya bile letak durian dalam kereta..
sampai perlu berniqab..hehe


sekian sahaja..=)

notaatasscreen: musim ini dusun ayah dekat rumah musim buahnya tak jadi, itu yang sanggup pergi segamat cari durian..hewhewhew

Monday 26 November 2012

kecuaian aku makin berganda-ganda..

assalamualaikum..

*entri berganti diri kan aku*

ah..
cuai..cuai..cuai...

macam mana boleh tercicir cermin mata..
ini dah masuk kali kedua kot ak hilang spek..
kalau buat spek lagi, maksudnya dah masuk kali ketiga aku buat spek...

kali pertama spek aku tercicir dari motorsikal dan kene langgar dengan kereta..
hancur berderai..
kali kedua aku buat spek..
ntah cicir kat mana, aku pun tak tahu..
habis ikhtiar aku pusing satu UTM kot..

sebelum nie aku tercicir retainer
2 ke 3 kali aku buat baru..

ok..
kalau bab kene marah memang tak payah nak sebut lah..
wuwuwu..

tapi, boleh tak kalau aku cakap "hurm, kalau bende dah nak hilang..nak buat macam mana"
lepas tue dalam hati cakap "pasti ade hikmah di sebaliknya" (-__-")

notaatasscreen: lepas nie, tolonglah triplekan tahap berhati-hati awak ye cik lina..(-_-)

Sunday 18 November 2012

sepatutnya..

assalamualaikum..

sepatutnya, aku sudah boleh tersenyum hari ini..
sepatutnya, aku dah boleh melapangkan dada hari ini..
sepatutnya segala kerja dan assignment dah settle before today..
sepatutnya aku dah tak payah fikir pasal semua assignment malam ini..
ye, sepatutnya semua dah settle..

tapi nak buat macam mana..

seminggu cuti aku tak sepatutnya banyak tengok cerita..
aku tidak sepatutnya tonton TV 24jam..
aku tidak sepatutnya membuang masa..
aku tidak sepatutnya salahkan assignment..

tetapi AKU SEPATUTNYA salahkan diri sendiri sebab tak pandai bagi masa dalam seminggu cuti ini..

arghhhhhhhhhhhhhhhh!

notabawah: aku tengah bengang+mengutuk dekat bebudak blok yang dok meroyan dari tadi..malam2 buat bising..memang nak kene pang tol.

notapalingbawah: u guys heard the news about Gaza right. Jadi, sama-samalah kita berdoa semoga selamatkan bumi Gaza daripada terus bermandi darah. Amin.

Tuesday 6 November 2012

tabiat dah tukar ke buang tebiat..

assalamualaikum..

sepanjang aku belajar, aku rasa tak pernah study selepas pukul 5. Sebab bagi aku selepas waktu asar (5 tepat) adalah waktu untuk riadah. Ye, riadah. Dan cara aku meriadahkan diri ialah dengan watching movie. Paling koman pun pergi jogging. Tetapi kebiasaanya aku ulang taang movie yang sama.haha. Sebab itu dah jadi tabiat aku sejak aku jadi budak U. kui3

Tapi semester ini agak kelainan sedikit. Sebab aku kekadang tetibe TERPAKSA belajar lepas pukul 5.
Seriously gilos ok. Pernah pulak aku. Tapi nak buat macam mane, sebab semester nie matapelajaran agak tough dan memerlukan study yang agak lebih. Eceh. Aku harap ilmu yang aku belajar petang-petang tue masuklah kan. Sebab kalau tak masuk, maksudnya aku kene baca belah malam. Erm, boleh pulak ak bersengkang mata lama-lama belah malam..haish~

nota: lepas post entri ni, aku nak tengok MJ yang dah 10x aku layan...kha3x



motip gambar: stress sampai rasa nak pergi Cameroon kali kedua..haha


Saturday 3 November 2012

agenda penting

assalamualaikum..

hey..hey..
esok aku ada family day..
company tempat aku buat part time berbesar hati menjemput daku join..
siap jadi AJK Cenderahati lagi..
kemain gitew..

aku harap esok berjalan dengan lancar..
nak tampal gambar kameranya nan ado weyh..
kene tunggu official pict dari pihak mereka lah kot nanti..

kalau ade rezeki aku tepek gambar k..=)

bui..bui..