UP TRAFFIC

Sunday 31 July 2011

random selection: 5 orang TERsibuk

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

dah masuk bulan kemerdekaan nie..
ade beberapa senarai orang yang paling sibuk ..

  1. TAUKE BISKUT RAYE-hah! taukeh nie memang sibuk gilos. Sebelum puase pun dah sibuk, inikan lagi dah masuk bulan 8 yang bermulanya puase.
  2. TUKANG JAHIT- dah semestinya banyak tempahan yang perlu disiapkan. Orang kate tue sampai dah tahap menggigil nak menyiapkan baju-baju tempahan. Dahsyat!
  3. IBU-IBU- semestinya sibuk untuk menyiapkan juadah-juadah berbuka. Tidak kisahlah kalau beli kat bazar ramadhan, mesti nak kene 'prepare' kat atas meja makan.
  4. ANAK-ANAK MUDA- dah sibuk cari baju raya, kasut raya dan seangkatannya. Belum start puasa econsave(contoh) dah sesak dengan orang ramai. Orang kata kalau mempersiapkan awal-awal kan senang!
  5. KITA-kita sibuk tak?

peringatan untuk diri sendiri untuk mempersibukkan diri untuk mencari sebanyak-banyak pahala untuk di dalam bulan yang penuh keberkatan ini..

terfikir atau tidak bahawa pernahkan kita SIBUK UNTUK MENCARI KEREDHAANNYA atau tidak?

yang hanya kita terfikir mungkin 'mencari yang lain'..
waallahualam~

peringatan: nota untuk diri sendiri
dikesempatan ini saya ingin mengucapkan:

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 1432H


"wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"
(surah al-baqarah:183)


BICARA SYE: hari ini kene kerja..(^_^")





sikit

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

ohhoooyy!
bulan July hanya ada 10 entri yang masuk..
bad result ok..

takpe..
dalam bulan 8 ini insyaAllah ade perubahan angka entri..hehe

sekian~

BICARA SYE: tidak berjanji, hanya berusaha..(^_^")


Thursday 28 July 2011

meragam

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

aduusss...
paling lemah lutut bila komputer peribadi bertindak untuk bergerak macam siput..

loading bagai nak rak..
sikit-sikit keluar gambar..

blog kome berat ke laptop saya yang berat..?
terasa ingin tidak mahu menyentuh laptop ini untuk bertahun-tahun(melampau)..

tapi apekan daya..
cinta sama blogging sangat tinggi hoy! LOL!
at least kalau tak dapat mengarut dalam blog pun masih boleh kongsi-kongsi cerita baik-baik(keh3 ^,^)

itu sahaja~

BICARA SYE: Malaysia main baik ape..(^_^)



Sunday 24 July 2011

menerima seadanya

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

abang pernah cakap..

"adik hang tue ada akak angkat.."
"nampak sangat hang tak jadi akak yang baik"

"adik takde abang angkat.."
"maknanya abang nie baiklah..hehe"


oohhoooyyy..
sentap!

tapi nasib baik hanya 1 saat..

kalau di fikirkan balik..
apa salahnya adik ada akak angkat..
kalau akak angkatnya boleh mengajaknya ke jalan kebaikan..
memang 'kompom' bagi GREEN LIGHT..
takde kuning atau merah..

kalau akak angkatnya tidak mendatangkan kebaikan..
memang kene leter + hambat ( gile kejam..haha)

dan tidak bermakna diri sendiri tidak berjaya menjadi akak yang baik..
cuma mungkin tak berape nak baik sangat..hik3..


BICARA SYE: saya seorang yang tegas..(^_^")

nota: coretan berbaur peribadi penulis



Wednesday 20 July 2011

bila Iman tanya

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

*tin..tin..mood sedang datang*

one fine day..ohoooy!

Iman(bukan nama sebenar) bertanya:

"kak,cuba akak cakap dari lubuk hati akak, kita nie cantik tak kak?"

kak Ju(bukan nama sebenar) terdiam seketika..
memikirkan kerja yang sedang dibuatnya..
tiba-tiba diterjah soalan cepu gangsa..

memandangkan kak Ju sedang diam..
Farah(bukan nama sebenar) mengambil kesempatan untuk menjawabnya..

"Iman..mana ada manusia yang tidak cantik.."
"semua dilahirkan cantik-cantik"

Iman jelas kelihatan senyap mendengarkan kenyataan dari Farah..

sambung Farah lagi..

"Iman, kalau nak cantik di luar..kenelah cantik di dalam dulu"
"kalau cantik diluar, tapi kat luar tak cantik pun memang dan tak cantik dah"
"kalau muka tak secantik orang lain, kalau dalam kita cantik..orang luar akan pandang kita cantik"

tiba-tiba Iman mencelah..

"tapi kak, kita dah cuba nak berubah, tapi tak boleh lah kak"

kali ini Farah pula diam seketika..
Kak Ju bertindak mencelah..

"ikut diri sendiri Iman.."
"kalau kita cakap tak boleh, memang alamatnya tidak bolehlah..."

kak Farah menyambut..

"kita tak boleh lakukan perubahan drastik, kene perlahan-lahan"
"tapi berhenti berterusan!"


perbualan terhenti disitu..


BICARA SYE: muka hitam takpe, jangan hati hitam..

wordless wednesday @ 2

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..


Sunday 17 July 2011

ulasan drama STANZA CINTA @ edisi TERlambat sikit

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

busy yang melampau (tipu) sampai tak sempat nak update blog..
biaselah..
penyakit M mula menyerang diri..

takpe..
hari ini rase nak update..
tadi tengok stanza cinta..
mulanya nak ulas pasal drama nie masa awal-awal tayangan..
tetapi asyik kerja bertangguh..
sampai hari ini baru dapat nak ulas..hehe

memang target setiap minggu nak tengok cerita ini..
sebab tahu mesti ada banyak pengisian..
cuma yang diharapkan..
agar cerita Stanza Cinta ini seiring dengan novel STANZA CINTA..

rugi yang amat besar kalau kita tak baca novel STANZA CINTA..


kalau siapa yang kipas susah mati novel-novel ini..
saya syorkan awok2 semua bacalah novel ini..
insyaAllah awok2 semua akan menangis..(-____-)

teringat masa tengok drama tadi..

"isteri yang solehah akan jadi ketua bagi bidadari di syurga"

subhanaallah..
besarnya nikmat yang akan dinikmati oleh isteri solehah..
impian untuk dikecapi..
insyaAllah..

BICARA SYE: Stanza Cinta merupakan novel pertama kalinya di beli dalam hidup..hihi (^_^)

Thursday 14 July 2011

tanam pokok yang ada buah

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

ayah kata..
kalau ada tanah jangan tanam pokok bunga..
tanam lah pokok yang boleh 'mendatangkan' hasil..
contohnya pokok yang berbuah..

ade pokok duku..ada pokok manggis..pisang pun


jauh perjalanan, luas pemandangan..


tingginya..


sebelum ini: hanya sebesar tapak tangan


sekarang: sebesar saiz biasa durian..hehe


hasilnya, alhamdulillah


dulu masa kecik-kecik suka panjat pokok manggis..
sampai sekarang pun sanggup panjat pokok manggis..
nak cari duit poket lebih..
gigil punya pasal..
naik kejang kaki masa nak panjat..
at last, dirikan tangga..
naik atas tangga..
jolok manggis dari bawah..hehe


BICARA SYE: kan Allah kata, kalau kita berbakti dengan tanah, adalah hasilnya..insyaAllah.

Monday 11 July 2011

tidak perlu bawak jika....

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

pagi-pagi dah bangun Subuh(takdelah pagi sangat)..
lepas itu, sempat lagi 'landing' atas sejadah..
kononnya nak menghilangkan rasa mengantuk..
tetapi ternyata dengan mandi di waktu pagi adalah jalan terbaik untuk menghilangkan rasa mengantuk..

bersiap-siap..
lepas itu sarapan sekejap..
ada nasi himpit dan sup ayam..
buat air milo panas..
peh, ho liao wa cakap lu..(^_^")

selesai sudah sarapan..
mulakan sesi bersiap sedia untuk pergi ke kerja..
keadaan menjadi kelam kabut apabila botol air yang sepatutnya disediakan lebih awal pada waktu malam hanya di lakukan pada waktu pagi ketika betul-betul hendak pergi ke kerja..

ingin ku capai beg yang berisikan lesen untuk di bawa bersama..
tetapi ternyata tidak perlu kerana hari ini aku MENAIKI BASIKAL LAGI..
dan bertuahnya kerana TIDAK PERLU MEMBAWA LESEN SEPANJANG PERJALANAN..hehe

sekia sahaja~

BICARA SYE: pagi-pagi naik basikan sejuk hingga sampai ke tulang sum-sum..(^_^")

Sunday 10 July 2011

pecah rekod!

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

fuyyoo..
seminggu tak melayan nafsu membuka internet untuk berjam2..
terima kasih kepada diri sendiri yang gile terdesak nak cari duit..
memang tak sempat langsung nak sentuh papan kekunci ini..

hajat nak tukar wajah untuk blog ini pun masih belum dimulakan lagi..
nak minta perkhidmatan kawan membuat header nampaknya macam tak tercapai jer..
sebab kawan dah bekerja..

tidak ada lakaran header..
tidak ada lah headernya.. (-___-)

BICARA SYE: rindu berblogging..boleh tak? hee (^_^)


Sunday 3 July 2011

sebelah petang hari sabtu

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

semalam kata hari sabtu petang ada akad nikah sepupu..
dan sebelah malam pun ada..
hanya yang sebelah petang dapat di snap..
jadi, marilah layan gambar..

MAJLIS NIKAH-sebelah petang

lafaz nikah dilakukan 2x..
seram sejuk pengantin lelaki..hehe



MAJLIS PERSANDINGAN-hari Sabtu

pelamin pengantin
(gambar senget masa tue nak cepat, kalau tak dah ambik dari side BAIK PUNYE!)



orang Johor adatnya memang kene mintak tol..hehe



encik pengantin lelaki..kecil je orangnya



pengantin perempuan ditutup mukanya..=)



kedua-dua mempelai..(^_^)



sesi makan beradab..



pengantin perempuan bersama dengan adik beradiknya(merangkap sepupu) dan abang iparnya
LIKE gile gambar nie..(^_^)

catatan penulis: gambar ini semuanya diambil oleh abang saya(kecuali gambar pelamin)..bukannya pemilik blog..hehe

BICARA SYE: nak tema ape kahwin nanti? hehe





Saturday 2 July 2011

sebabnya menghilang

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

blog senyap..?
nak buat macam mana..
tiada masa yang lapang untuk menyentuh keyboard untuk meluahkan kata-kata..
semalam sebelah pagi pergi Kluang..
sedara kahwin serentak dekat sana..
petang ada nikah, malam pun ada nikah..

tapi balik jugak malam tue..
pukul 12 sampai rumah..
pagi esok gerak ke Putrajaya..
sampai tengahari..
pukul 1.30 perjalanan kembali ke rumah..

sampai rumah pukul 7malam..
sebab sebelum pulang ke rumah, sempat pergi buat rawatan homeopathy..

konklusinya: jauh perjalanan, penat badan..(-___-)

BICARA SYE: nasib baik esok cuti kerja..(^_^)