UP TRAFFIC

Saturday, 28 July 2012

misteri bertongkat dua

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

hari tue aku port baik je motorsikalku dalam keadaan bertongkat satu..

tetapi, selepas balik terawih dari surau kolej..
tiba-tiba aku lihat motorsikalku sudah berada dalam keadaan bertongkat dua..

agak musykil dekat situ..
sungguh aku musykil..

sampaikan aku nak gi toilet ke..
nak gi basuh tangan(sebab rasa tek bersih) ke...
or nak gi basuh pinggan ke..
pasti aku lihat balik moto tue dengan seribu kehairanan dan kemusykilan...

hiasa semata-mata
ihsan google




monolog: erm..mungkin ada orang yang baik hatinya nak sedekahkan tenaga untuk double-stand kan moto aku time bulan puase nie kot..=)

Wednesday, 11 July 2012

radio rosak

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

aku bangun pagi..
nak pergi kerja..

sampai sana..
rasa happy sebab banyak kerja..

tetapi ada satu perkara yang membuatkan aku rasa tidak happy..

iaitu, dalam keserabutan..
radio berkumandang..

alunan lagu asal ditukarkan liriknya..
dan mengarut tahap dewa..

dengar suara mereka yang nyanyi lagi rasa sakit telinga aku..

notapedas: dah takde idea ke?

Sunday, 8 July 2012

alahai abang..

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

dalam pukul 8malam..
aku sampai skudai..

tahan teksi sebab nak 'tumpang' pergi skudai..

mula-mula senyap.diam seribu bahasa. tetapi radio kuat yang amat.

tetapi dalam beberapa minit lepas tue..
radio dislowkan..
dan abang teksi start buka bicara..

"awak ambil master ke?"

"eh, tak lah. degree"

"bukan budak2 degree tengah cuti ke?"

"haah, saya datang sini ada keje sikit"

"ooo.."

dipendekkan cerita..

ah, ak cakap ringkas ja..
abang teksi tue canang yang mereka2 ada buat meeting(mungkin betul)..
nak samakan rate harga untuk pelajar UTM yang teksi dalam ambil..

dicanangnye lagi bahawa mereka2 sebenarnye memahami perasaan para pelajar yang dikenakan tambang mahal oleh pemandu teksi..
kerana katanya mungkin perkara-perkara sebegini ada juga berlaku pada anak-anak mereka atau mungkin adik beradik mereka..
ape perasaan mereka apabila dikenakan tambang yang mahal..kan?

dipendekkan cerita..

"bang berapa ek?"

"rm15"

monolog sendiri: "ok, tadi canang kate nak samakan rate n tidak mengenakan tambang yang terlalu tinggi pada pelajar. at last, kau kenekan aku jugak. sebelum ni aku naik teksi dari tempat yang sama ke utm dan seterusnya ke kolej aku. tapi saya kene rm13 je bang! sekarang rm15?

apa macam?

tidak mahu memanjangkan cerita. lalu ak monolg lagi : takpe, rm2 aku sedekah.

lalu aku keluar dan berdoa supaya aku ada rezeki lebih untuk bawa kereta sendiri. EH?


tamat~