UP TRAFFIC

Sunday, 31 July 2011

random selection: 5 orang TERsibuk

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

dah masuk bulan kemerdekaan nie..
ade beberapa senarai orang yang paling sibuk ..

  1. TAUKE BISKUT RAYE-hah! taukeh nie memang sibuk gilos. Sebelum puase pun dah sibuk, inikan lagi dah masuk bulan 8 yang bermulanya puase.
  2. TUKANG JAHIT- dah semestinya banyak tempahan yang perlu disiapkan. Orang kate tue sampai dah tahap menggigil nak menyiapkan baju-baju tempahan. Dahsyat!
  3. IBU-IBU- semestinya sibuk untuk menyiapkan juadah-juadah berbuka. Tidak kisahlah kalau beli kat bazar ramadhan, mesti nak kene 'prepare' kat atas meja makan.
  4. ANAK-ANAK MUDA- dah sibuk cari baju raya, kasut raya dan seangkatannya. Belum start puasa econsave(contoh) dah sesak dengan orang ramai. Orang kata kalau mempersiapkan awal-awal kan senang!
  5. KITA-kita sibuk tak?

peringatan untuk diri sendiri untuk mempersibukkan diri untuk mencari sebanyak-banyak pahala untuk di dalam bulan yang penuh keberkatan ini..

terfikir atau tidak bahawa pernahkan kita SIBUK UNTUK MENCARI KEREDHAANNYA atau tidak?

yang hanya kita terfikir mungkin 'mencari yang lain'..
waallahualam~

peringatan: nota untuk diri sendiri
dikesempatan ini saya ingin mengucapkan:

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 1432H


"wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"
(surah al-baqarah:183)


BICARA SYE: hari ini kene kerja..(^_^")





2 comments:

Prince Halilintar said...

kite sibukkan diri untuk tingkatkan ibadah berlipat ganda dlm bulan ni..insyaAllah..aminn

Unknown said...

wah! smua pakat sibuk nampaknya. skrg puasa dgn merdeka hampir2