UP TRAFFIC

Wednesday, 7 September 2011

Belanja kahwin

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

semalam petang berbual-bual ada isi(bukan kosong) dengan ibu..
kedengarannya begini..

Asliner: Ibu, duit nie lina nak masuk bank tau. Nak kumpul duit buat belanja kahwin.

Ibu: ala..geli Ibu dengarlah.

Asliner: eh, nape pulak geli bu (saja buat-buat bertanya)

Ibu: ala na, tak payahlah fikir nak kahwin2 nie dulu. Belajar dulu. Lina belajar tinggi-tinggi. Nanti bila dah pegang duit sendiri. Baru boleh bina keluarga.(nada nasihat) Diri sendiri masih keluarga tanggung, boleh fikir nak kahwin pulak.

Asliner: Ibu nie, Lina main-main jer tadi. Duit tadi nak simpan untuk masa depan. Baru Lina tahu sekarang nie memang susah nak cari duit. (-___-")

Ibu: Hah, tau pun. Ingat senang nak cari duit. Dulu, masa zaman lina, balong, bangah dan shima kecik, dalam bank Ibu paling 'koman' pun ada RM30*** dalam bank. Tapi sekarang nie, susah nak simpan duit.

Bila fikir balik, betul lah..
Dulu kecik-kecik Ibu hantar anak sekolah dan sediakan untuk keperluan anak-anak je..
Tapi bila kami dah besar memang belanja besar..
Kami adik-beradik semuanya blajar lagi..

Sungguh 'aku' kata..
remaja sekarang(termasuk 'aku')..
bila dapat duit gaji(kerja sementara) tue..
esok dah fikir nak beli apa ek..

nak dapat duit memang senang..
korang keje ape pun dapat duit kan?..
tapi nak SIMPAN duit..
alahai..susah!

erm..
'aku' cakap berdasarkan pengalaman aku lah..

mungkin korang semua berbeza pendapat dengan aku..
marilah share! (^_^)

ASLINER KATE: Melayari bahtera perkahwinan bukan semudah yang kita sangka. Ia datang dengan tanggungjawab.

notabawahsekali: aik, cakap macam dah kahwin pulak..choi! (^_^")

notalagibawah: Maaflah, tak sempat nk BW. Ada kerja yang perlu disettelkan. Kalau dah siap nanti, asliner datang jengah ke blog korang ye..=)



5 comments:

RinsyaRyc said...

Haha.. mengadala ngan ibu tu... ^^

http://bulatmata.blogspot.com/
BulatMata

Prince Halilintar said...

plan utk mase depan tu dah bagus...mmg sukar klu xbiase saving..tapi klu dah selalu amalkan mmg boley saving banyak..

syahira yusof said...

belanja kawen??gatai,hehehe,..

Wanita2u said...

Jom join giveaway dari Wanita2u pula. :)
Hadiah mmg sangat menarik. Berbaloi-baloi join. Hehehe.

http://portalwanita2u.blogspot.com/2011/09/wanita2u-2nd-giveaway.html

asliner said...

RinsyaRyc:hehe, nak bermanja dengan ibu..^^

prince: betul, kalau tak biasa tue yang kata susah. nasib baik saya tak susah sangat. cuma ada cabaran2 juga nak kene hadapi masa tengah menabung..hehe

syie: hehe, mana ade gatai..=p

wanita2u: will hit ur portal back soon..