UP TRAFFIC

Saturday, 24 September 2011

'rakan' saya datang menguji saya..

bsimillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

peringatan: sungguh tak tipu, entri ini panjang..(^_^)


betul, betul dan betul..
setiap ape yang kami rancang tidak semestinya dapat kami laksanakan..


sungguh..
semalam kami menghadapi ujian yang getir..
memulakan perjalanan keluar UTM seawal jam 7.30 pagi..
betul, menyewa kereta untuk membuat tugasan luar..
destinasi yang pertama menuju ke sebuah sekolah di daerah Skudai..
seperti yang telah di janjikan dan dipersetujui..
kami akan menemui Pengetua sekolah tersebut..





pergi dengan mendapat tunjuk ajar dari seorang rakan kelas berbangsa Cina..
dengan 'kondifent' dapat carilah sekolah tue..
tapi last2 sesat hoy..
itulah UJIAN GETIR kami yang PERTAMA..


sampai dekat sekolah tue pun dalam pukul 8.30..
sampai2, pengetua suda tiada dalam biliknya..
kata orang pejabat, dia ada meeting..
dan biasanya tidak akan naik ke pejabat semula..
kerana selepas mesyuarat dia ada kursus pulak..


ok, muke kami dah kelihatan agak kelat...
sebab kami sebenarnya sudah buat temujanji..
dan dia membenarkan kami untuk datang..
bersangka baik: "mungkin dia terlupe bahawa dia ada mesyuarat sebelum kene hadir ke kursus"
ya, itu UJIAN GETIR kami yang KEDUA..

hasilnya..

ketat je mukanya..(-___-)




petang tue..
masih menyewa kereta yang sama..
cadangnya untuk pergi ke JUSCO..
untuk membeli sedikit barang keperluan..
dan mengikut plan, kami ingin keluar pukul 5petang..
tetapi hakikatnya pukul 6.30petang baru dapat pegang stereng kereta..


masa ambil kereta..
terasa ade bau hangit..
sangka baik: "erm, mungkin kejap je kot bau hangitnya"
lepas nie dah tak bau hangit kot..


sesampai ke JUSCO..
dah pukul 7malam..
memandangkan lagi beberapa minit sahaja untuk masuk waktu maghrib..
jadi, decide untuk terus solat maghrib..
ok, agak penuh di situ..
mungkin ada yang baru nak solat asar..kot..wallahualam~


jadi kami decide untuk pergi stesen petronan yang berdekatan..
untuk tumpang solat..
ya, dari situ..
kami lihat sudah mula berasap bumper depan..
hangit sudah mula menyinggah hidung kami..


jumpa Petronas..
kami buka bumper depan..
berasap satu kereta..
enjin panas..
kipas sudah tidak berfungsi..
air sudah kering sungguh..
ya, UJIAN GETIR kami yang KETIGA
jawapannya: tunggu enjin kereta sejuk, baru masukkan air..


kebetulan malam tue kami ada open house..
jadi kami bergerak kesana terus sesudah masukkan air dalam tempat letak air tue..
ketika hampir sampai ke rumah teman..
ya, bumper mula berasap kembali..
sebabnya: isi air mineral ketika enjin kereta tidak sejuk betul2..
hasilnya: kereta seperti teratai layu di tasik madu
ya, menyinggah kembali UJIAN GETIR yang KEEMPAT..





mujur ayah teman kami datang kepada kami..
dan kebetulan seorang uncle berbangsa India datang untuk menghulurkan bantuan..

Alhamdulillah..
semua settle..
kami menjamu selera..
alhamdulillah kenyang..(^_^)


end of story~


ASLINER: kami hanya mampu bersabar (-____-). Dan sebenarnya ada hikmah disebaliknya, kerana kami sudah tahu selok belok enjin, air kereta dan sebagainya..=)


p/s: rupenya sebelum sewa kereta pukul 5petang(walupun dapat dalam pukul 6.30petang), kami dapat tahu bahawa orang yang menyewa sebelum kami telah bertindak membawa kereta sampai keMuar. "dah tahu nak bawak jauh keretanya, bukan nak check kuantiti air mahupun minyak hitam" (-_______-)

7 comments:

aten! said...

banyak sungguh ujian getir yg korang2 lalui...syabas!!!

Unknown said...

banyak betul ujian..

encikfaiz.blogspot.com

Prince Halilintar said...

bagus2..banyakkan bersabar bila hadapi dugaan begitu..tapi nxt time periksa dulu kenderaan sebelum bergerak ye..=)

nabilah_2908 said...

takpe....ujian ini boleh dijadikan pengajaran tuk masa hadapan kan...? :)

SI MILLY'S said...

mak aih. bahaya tu. mujur xde pape :)

fa-in said...

takpe..setiap ujian ada hikmahnya. walau ujian remeh pun hikmahnya tetap ada :)

Aliesha Kirana said...

ujian sungguh! xpe2..ade hikmahnya buat org2 yg sabar.. dpt pahala lagi! heee..