UP TRAFFIC

Wednesday, 13 February 2013

be the new one

assalamualaikum...

yeah. new semester begins. bernasib baik lah semester baru start pada hari rabu. kau pejam celik pejam celik tiba-tiba dah sampai hari jumaat. cepat kau. jadi minggu pertama naik nie tiadalah syndrome monday blues. haha

aku mulakan sem baru dengan harapan dapat memperbaiki diri dari segi pencapaian. pencapaian baik-baik sahaja. tapi kepuasan hati dengan pencapaian akademik masih rasa pada tahap biasa. biasalah, manusia tidak pernah rasa puas hati dengan apa yang dicapai. perlu sangat-sangat untuk aku tingkatkan lagi motivasi diri untuk ada rasa super seronok dengan belajar. rasa enjoy belajar. cukuplah aku dah lalui fasa segan hidup mati tak mahu dengan belajar. mak aih. pepatah tak macam tak kene pulak kan dengan situasi. haha

orang kata. masa belajar lah adalah masa paling seronok. banyak benda kau akan belajar. nanti dah keje, memang tak ada masa lah kau nak melepak. bergosip. jogging petang-petang. layan movie siang hari. memang tak dapatlah nak buat kalau dah bekerja. jadi, haruslah dimanfaatkan waktu belajar ini dengan sebaik mungkin. enjoy your study time while you still have time. jangan stresskan diri anda. nanti tak pasal-pasal ada niat nak main bungee jump(tak bertali) dari tingkat lima. haha

once again. i wish u guys luck untuk memulakan sesi pembelajaran di semester baru.

ASLINER: rasa teruja nak mula belajar balik. =)

3 comments:

mira_nas said...

selamat menghadapi cabaran baru juga...~ =)

aten! said...

semester baru...semangat baru kawan!

Unknown said...

btol2 masa belajar time paling best nk2 plak time belajar masa skola dlu... huhu kenangan2...