UP TRAFFIC

Saturday, 23 February 2013

kaitan badminton dengan muka merah?

assalamualaikum..

setelah aku.kene.nganjing.tahap.dewa.dengan.rakan2.aku.selepas.habis.main.badminton.semalam.
aku rasa nak google pulak why muka aku keep kemerah-merahan after aku bersukan. so, this the answer yang aku dapat :

1. ROSACEA

salur darah di muka cepat membengkak dan menyebabkan muka kita kelihatan merah-merahan selepas bersukan. kebiasaanya berlaku di bahagian muka dan hidung.

2. KEBIMBANGAN

kebimbangan dan tekanan mencetuskan rekleks merah kemalu-maluan. Ia ialah isyarat darah naik kemuka dan terhasillah muka yang merah kemalu-maluan yang berlebihan. Atasinya dengan melakukan sedikit amalan pernafasan. Rawat ia melalui pernafasan terkawal dan teknik relaksasi. Ketahui perkara-perkara yang menyebabkan diri mudah bimbang. Elakkan perkara tersebut atau lebih senang, uruskan dengan baik.

3.PERANGAI

Rasa marah boleh menyebabkan muka kita jadi kemerah-merahan. Dan ia adalah tindak balas normal disebabkan kenaikan suhu badan. Cara terbaik ialah kawal emosi anda atau tarik pernafasan dalam kiraan 10 untuk mendapat ketenangan.

4. KEKURANGAN LATIHAN

Kurang latihan atau pergerakan boleh menyebabkan aliran darah lemah dalam badan. Senaman boleh membantu meningkatkan peredaran dan mengawal aliran darah yang berlebihan pada pipi kita. Dan ingat, satu senaman memerlukan pemanasan (sebelum) dan 'cooling down' (selepas).

5.MAKANAN

Kebiasaanya, amalan pemakanan yang betul membantu mendapatkan kesihatan tubuh yang baik. Dan jangan tak percaya, sebenarnya ada beberapa makanan yang menyebabkan muka kita mudah merah. Pengambilan kafein, minuman panas dan makanan pedas, serta alkohol dan nikotin adalah agen pencetus mudahnya muka mengalamai kemerah-merahan.

6.BLUSHER

Penggemar blusher. pipi jadi merah.

7.TERSIPU-SIPU

Tersipu-sipu malu sebab kene usik dengan orang yang kita suka. ohohohoho.


ok, antara banyak-banyak nie aku rasa aku penghidap NO 1, NO 2 (sedikit) dan NO 5. hihi. aku nie nampak rileks. tapi sebenarnya kadang-kadang kusut dekat dalam. aku rasa lah kot. haha.

frankly speaking, kafein+minuman panas adalah minuman yang memang tak boleh dipisahkan dengan diri aku. sebabnya aku memang suka gilak kafein (and i don't know why) dan wa tak suka minuman sejuk. fullstop.

ASLINER: fakta di atas diolah sedikit oleh aku tanpa mengubah maksud sebenar di website ini.







1 comment:

RynaHakimi said...

Takpe dik..muka kemerahan2an la comey..hehe..As long as semua tu normal =)