UP TRAFFIC

Tuesday, 15 January 2013

kisah seram tahap kampung.

assalamualaikum..

time subuh tadi. pagi tadi. ada orang ketuk pintu bilik aku. ketuk kuat gilak. tersentak aku bangun. bangun buka lampu. unlock pintu. bukak pintu aku tengok takde orang depan pintu. pasal tue aku tak kisah sangat, sebab aku agak kawan aku yang tolong ketukkan pintu akan beredar dari depan pintu selepas aku bukak pintu sikit.

jadi aku tutup pintu balik. macam nak baring balik. tapi tengok jam dah lewat. aku pun lincah majid pergi toilet. dan aku lihat ada seorang rakan aku pun kat toilet. sedang nak ambil wuduk sebab terbangun sedikit lewat jugak.

aku cakap..

"peh, fana ketuk pintu kuatnya"

"ketuk pintu?" fana jawab.

"yelah, awak kan yang ketuk pintu. kuat gilak kot. macam nak roboh pintu."

"eh, kita tak ketuk lah." fana jawab.

aku terdiam seketika. tapi tidak terlalu memikirkan sangat sebab yang penting kene tunaikan solat subuh dahulu. lepas selesai aku cuba fikirkan sape lah yang ketuk bilik aku nie. nak kata kawan aku yang sorang lagi macam tak mungkin. sebab dia akan ketuk kalau aku suruh je. kalau tak suruh tak ketuklah.

musykil dan musykil dan musykil dan musykil.

makhluk mana lah yang tolong ketukkan pintu bilik aku nie. haish.

notakecil: sape yang ketuk pintu aku nie?

2 comments:

muyazara said...

Lina..ade 'org lain' yg amek tugas ketuk pintu awak tu.hee

nabilah_2908 said...

uhhhuuuu...

takpe la..fikir positif...yang tolong ketukkan pintu tu sebab mahu kejutkan kamu tuk solat subuh.. :)