assalamualaikum..
kenal ayat dibawah?
mesti tahu kan..
kelebihan ayat kursi ini banyak..
selain daripada dapat mengelakkan perkara yang tidak di ingini berlaku..
ada lagi kelebihan-kelebihan lain yang mungkin kita sendiri tidak sedari..
jom lihat:
- Barangsiapa membaca ayat kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah s.w.t mewakilkan dua Malaikat memeliharanya hingga Subuh.
- Barangsiapa membaca ayat kursi pada akhir setiap solat, tak menegah akan dia masuk syurga kecuali maut dan barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, Allah akan memelihara keatas rumahnya, jiran-jirannya dan sekeliling.
- Barangsiapa yang membaca ayat kursi sebelum keluar rumah, Allah mengutuskan 70, 000 malaikat kepadanya memohon keampunan dan mendoakan baginya.
- Barangsiapa yang membaca ayat kursi ketika dalam kesempitan, nescaya Allah berkenan memberikan pertolongan kepadanya.
- Barangsiapa yang membaca ayat kursi setiap akhir sembahyangnya, Allah menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur.
membacanya mestilah dalam keadaan yang ikhlas dan khusyuk beserta sebutan yang betul akan membawa kita kepada kebaikan-kebaikannya..insyaAllah.
"SESUNGGUHNYA SETIAP SESUATU PERKARA YANG BAIK ITU AKAN DIBALAS DENGAN KENIKMATAN"
BICARA SYE: kalau sebelum ni kita 'kira biri-biri' untuk melelapkan mata..apa kata kita ubah dengan mengamalkan membaca ayat kursi sebelum kita tidur..(^_^)
2 comments:
sukahati dimaklumkan bahawa anda telah ditag di http://www.masterfaiz.com/2011/05/bloglist-itik-kuning/
sukahati dimaklumkan bahawa anda telah ditag di http://www.masterfaiz.com/2011/05/bloglist-itik-kuning/
Post a Comment