UP TRAFFIC

Friday 27 May 2011

!Bersin!

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

hari jumaat..
maka..
saya nak kongsikan sesuatu..

Sabda Rasulullah, dari Abu Hurairah r.a:

"Sungguh Allah mencintai orang yang bersin dan membenci orang yang menguap, maka jika kamu bersin maka pujilah Allah, maka setiap orang yang mendengar pujian itu, menjawab untuknya; adapun menguap itu dari syaitan, maka lawanlah sekuat tenagamu. Dan apabila seseorang menguap dan terdengar bunyi: Aaaaa, maka syaitan pun akan ketawa." (Sahih Bukhari)


kita perlu mengucap alhamdulillah apabila kita bersin..
orang yang mendengarnya juga perlu menjawabnya balik..
dengan menyebut 'yarhamukallahu'

tetapi adakalanya kita tak perlu mengucap tahmid ketika bersin..
dengan bersyaratkan beberapa keadaan:

  1. Orang yang bersin tidak mengucap alhamdulillah.
  2. Orang yang bersin melebihi 3 kali. Ini menandakan seseorang itu diserang demam selesema. Diwaktu itu, ucapan 'semoga Allah merahmatimu' tidak bersesuaian melainkan orang tersebut didoakan supaya cepat sembuh dari penyakitnya.
  3. Orang yang bersin membenci ucapan tahmid.
  4. Orang yang bersin tatkala khutbah Jumaat disampaikan. Cukup bagi orang yang bersin sahaja mengucapkan kalimah alhamdulillah. Ini kerana ketika khutbah Jumaat berlangsung, dilarang seseorang itu untuk bercakap. Keadaan ini juga berlaku ketika di dalam solat.
  5. Tidak perlu mengucap tahmid ketika bersin bila seseorang itu berada di dalam tempat yang dilarang mengucapkan alhamdulillah, seperti di dalam tandas.



No comments: