UP TRAFFIC

Friday, 22 March 2013

perempuan dan imaginasinya

assalamualaikum..

semalam.makan pagi.tibe-tibe cite pasal hantu. eh, silap. kawan-kawan cerita dekat aku kisah imaginasi mereka.aku ingat aku sorang je berimaginasi tinggi. tapi ada yang lebih tinggi imaginasinya dari aku.siyes tak tipu. :)

ini imaginasi mereka yang pertama. sebelum tidur dan naik atas katil. mereka akan check dulu apa yang ada di bawah katil. kot-kot ada 'seseorang' disitu. mereka takut time nak naik atas katil tetiba ada tangan atau kepala yang menghulur hoi,ingat cerita JU ON ke ape.itu yang mereka check dulu.
aku gelak.

imaginasi mereka yang kedua. kawan aku nie sebelum kelas esok,malamnya dah siap-siap gosok baju dan tudung. tudung tue dah siap-siap gantung dekat hanger(rujuk gambar bawah). dah siap gosok semua. dia pun tutup lampu dan tidur. tidur-tidur tiba-tiba tersedar. dan nampak tudung tue berkibaran+bergerak-gerak. kawan aku terkejut. sebab dia ingatkan ada makhluk sedang bergerak. die habis cerita. aku gelak lagi.



imaginasi mereka yang ketiga. ini aku rasa dah tahap kronik dah. salah seorang kawan aku nie akan selak langsir dan juga buka tingkap (bila perlu). untuk survey kat luar beranda. kot-kot ada ponti duduk bertenggek dekat beranda tue. dia kata baik dia pastikan dahulu selamat sebelum dia tidur.

pastue aku tanya dia:

"abes kalau awak bukak tingkap dan kebetulan ade ponti..?"

dia jawab "kalau terjumpe cepat-cepat lah kita lari"

aku jawab "erm, kalau kita. lebih baik bia ponti tue duduk kat luar tingkap. daripada kita bukak tingkap, pastue kita terkejut dan lari. kompem-kompem ponti tue masuk bilik dah. lagi susah"

semua bantai gelak.
serius aku agak bantai gelaklah jugak bila dengar dieorang cerita macam nie. honestly, kadang-kadang aku pun macam nie jugak. tapi takde lah sampai paranoid macam nie.

cuma kesan cerita-cerita nie pada aku ialah.
semalam aku tetiba tak boleh masuk bilik air kolej aku sorang-sorang. fyi, dah 2 hari bilik air kolej aku blackout. hari pertama blackout, aku masih boleh slumber kodok je masuk toilet gelap2(selepas pukul 12malam)  tanpa perlukan bantuan torchlight. iyelah, masuk bilik takyah fikir bende lain lah. masuk toilet untuk buang air. itu yang aku fikir.

tapi hari kedua blackout. aku masuk toilet pukul 10.30malam. tiba-tiba terberhenti. aku cakap 'hoi,gelapnya'.
berderau darah aku.time tue lah tetiba cerita-cerita imaginasi mereka bermain dekat fikiran aku. cis.

ok bai.

ASLINER: agak-agak ada tak lelaki berimaginasi macam nie? haha

6 comments:

nabilah_2908 said...

hahah...bab ponti tu kelakar tul..

hrumm...akak pun kadang2 ada gak imaginasi macam ni.. :)

Mohd Ridzwan Abdullah said...

Hahahaha...apapun hati pompuan mmg halus, agak lemah dan mudah takut. Tambah2 yg ayu2 camtu. Hehehe...Anyway, jgn la takut sgt. Lagi takut lagi antu suka...

aten! said...

sape lagi yg siap check2 b4 tidor tu...aq terus terjun atas katil x pikir pape pon...lagi mudah kan!!ahaha...

si Milly's! said...

Haha normal lah tu! Tapi salute lah awk berani pegi toilet gelap2. Gile berani! =.=

asliner said...

kak nabilah: akk bace je dah gelak lagikan kite yang dengar cite dieorang depan2. haha

aten: yup. kalau kite lagi takut,lagi hantu suka. so,sapa yang suka hantu,sila takot. :)

asliner said...

aten: erm, bukan kau je terjun. aku pun tak fikir ape dah..takde maknenya nak check2..huhu

kak milly:kite tak fikir ape pun kak. yang penting nak membuang air..hihi. dah malas tahap dewa nak gi bilik air wing sane tue yang bilik air gelap pun kite sanggup redah.. :)