assalamualaikum..
sempena hari jumaat nie. saya nak sharekan sedikit mutiara kata. ececeh. =)
- Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya.
- Jika kejahatan dibalas dengan kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas dengan kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas dengan kejahatan,itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.
- Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ia digunakan
- Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.
- Jangan lakukan semua yang kamu ketahui, jangan berbelanja semua yang kamu miliki, jangan percaya semua yang kamu dengar dan jangan memberitahu semua yang kamu dengar.
sumber: Mastika Mac 2013
No comments:
Post a Comment