UP TRAFFIC

Sunday 31 March 2013

rasakan

assalamualaikum..


masaklah kau lina..
abaikan meja wa yang begitu.
wa pengemas tahu.
kali nie je. :p


Saturday 30 March 2013

pasangan kekasih bergaduh-aku terlibat sama

assalamualaikum..

eh. baca baik-baik tau tajuk kat atas. dah baca baik-baik. jangan salah tafsir pulak. yup, ada satu pasangan nie bergaduh. aku dikatakan terlibat sama? eh, takkan aku pulak yang jadi orang yang ketiga. haha

mestilah tidak. ada satu pasangan mat saleh nie bergaduh. si lelaki nie datang kolej perempuan nak bagi makanan. sebagai tanda nak pujuk lah. jadi, kebetulan dia nampak aku park motor. dia pun panggil aku.

"excuse me. i need your help"

"yeah. what kind of help?"

"can u pass this food to my friend."

"owh..ok. but what is your friend's name? and your name?"

"her name is fathimah (kalau aku tak salah dengar lah). and my name is mathi. the girl is with blonde hair"

"ok...:)"

"thank you very much. i really appreciate it" (4x kali kot dia cakap) - aku dah pelik dah time nie.

wa pun naik lah blok kawan dia tue. dengan niat tolong pass kan makanan tue.

aku ketuk 10 kali. tapi tak bukak. aku dah fikir macam mane pulak nie nak bagi die kalau dia tak bukak pintu kan. so, aku pun tepon lah kawan aku yang duduk satu blok and aras dengan girl with blonde hair nie.

lepas tue kawan aku tanya sama ada aku dapat makanan nie dari foreigner ke? aku cakap ya. then kawan aku cakap owh, mamat tue gaduh dengan makwe dia. dah berapa hari pakwe dia nie terjerit-jerit dari bawah panggil nama makwe dia. makwe dia buat tak tahu je. 

ihsan google

ok fine. aku terlibat sekali dengan konflik percintaan mereka. apekah.

last-last. aku ikat makanan tue dekat tombol pintu. dengan harapan girl tue nampak makanan tue dan aku dah selesaikan tanggungjawab aku nak tolong pass kan makanan tue. :)

sekian. 
bui bui.

ASLINER: macam-macam perangai orang sekarang. (-_-")

Sunday 24 March 2013

tak nak naik dah

assalamualaikum

akak,saya tahulah sekarang nie musim Grand Prix dekat sepang..
tapi takkan lah bawak penumpang(teksi) pun nak bawak laju gila bhai.
3 kali hampir nak terlanggar pun akak tak sedar ek.
siyes kau. aku tobat nak naik teksi lagi dengan akak nie.
saya dah la tak kawin lagi. : p

ASLINER: serius. berderau darah aku naik teksi dengan akak tue. suka hati je tekan minyak.

Friday 22 March 2013

perempuan dan imaginasinya

assalamualaikum..

semalam.makan pagi.tibe-tibe cite pasal hantu. eh, silap. kawan-kawan cerita dekat aku kisah imaginasi mereka.aku ingat aku sorang je berimaginasi tinggi. tapi ada yang lebih tinggi imaginasinya dari aku.siyes tak tipu. :)

ini imaginasi mereka yang pertama. sebelum tidur dan naik atas katil. mereka akan check dulu apa yang ada di bawah katil. kot-kot ada 'seseorang' disitu. mereka takut time nak naik atas katil tetiba ada tangan atau kepala yang menghulur hoi,ingat cerita JU ON ke ape.itu yang mereka check dulu.
aku gelak.

imaginasi mereka yang kedua. kawan aku nie sebelum kelas esok,malamnya dah siap-siap gosok baju dan tudung. tudung tue dah siap-siap gantung dekat hanger(rujuk gambar bawah). dah siap gosok semua. dia pun tutup lampu dan tidur. tidur-tidur tiba-tiba tersedar. dan nampak tudung tue berkibaran+bergerak-gerak. kawan aku terkejut. sebab dia ingatkan ada makhluk sedang bergerak. die habis cerita. aku gelak lagi.



imaginasi mereka yang ketiga. ini aku rasa dah tahap kronik dah. salah seorang kawan aku nie akan selak langsir dan juga buka tingkap (bila perlu). untuk survey kat luar beranda. kot-kot ada ponti duduk bertenggek dekat beranda tue. dia kata baik dia pastikan dahulu selamat sebelum dia tidur.

pastue aku tanya dia:

"abes kalau awak bukak tingkap dan kebetulan ade ponti..?"

dia jawab "kalau terjumpe cepat-cepat lah kita lari"

aku jawab "erm, kalau kita. lebih baik bia ponti tue duduk kat luar tingkap. daripada kita bukak tingkap, pastue kita terkejut dan lari. kompem-kompem ponti tue masuk bilik dah. lagi susah"

semua bantai gelak.
serius aku agak bantai gelaklah jugak bila dengar dieorang cerita macam nie. honestly, kadang-kadang aku pun macam nie jugak. tapi takde lah sampai paranoid macam nie.

cuma kesan cerita-cerita nie pada aku ialah.
semalam aku tetiba tak boleh masuk bilik air kolej aku sorang-sorang. fyi, dah 2 hari bilik air kolej aku blackout. hari pertama blackout, aku masih boleh slumber kodok je masuk toilet gelap2(selepas pukul 12malam)  tanpa perlukan bantuan torchlight. iyelah, masuk bilik takyah fikir bende lain lah. masuk toilet untuk buang air. itu yang aku fikir.

tapi hari kedua blackout. aku masuk toilet pukul 10.30malam. tiba-tiba terberhenti. aku cakap 'hoi,gelapnya'.
berderau darah aku.time tue lah tetiba cerita-cerita imaginasi mereka bermain dekat fikiran aku. cis.

ok bai.

ASLINER: agak-agak ada tak lelaki berimaginasi macam nie? haha

Wednesday 20 March 2013

Wordless Wednesday

assalamualaikum..

kalau boleh memang nak penuhkan folder2 dekat desktop.haha

Tuesday 19 March 2013

lelaki suka perempuan?

assalamualaikum..

macam biasa, kebiasaannya kandungan akan tiada kaitan dengan tajuk bila tak tahu nak letak tajuk apa.haha

wa nie bukan lah minat fizik. tapi kalau kata-kata Einstein tue aku ambik portlah jugak. nak-nak kalau kata-kata dia tue berkaitan dengan kehidupan. cis,memilih.

ok, aku nak share satu quote from him.

"Apabila lelaki duduk selama sejam dengan seseorang perempuan ia dirasakan cuma seminit tetapi jika orang yang sama duduk di atas dapur yang panas selama seminit ia dirasakan terlalu lama dari mana-mana masa di dunia. itulah realitiviti"

wa nak highlight yang apabila lelaki duduk...
itu je. yang bawah tue macam tak ambik port sangatlah. hihi.

but basically, betul kot. kalau lelaki dah duduk dengan perempuan lama, dia rasakan baru sekejap. dan aku fikir mungkin perempuan pun sama. wa agak je. wa takde pengalaman.

sekadar hiasan

itu sahaja.
ok bai.


ASLINER: tak sempat nak BW. maaf ye kawan. nnti petang kite singgah. :)


Sunday 17 March 2013

sayang

assalamualaikum...

wa memang one of you tubers.
tapi biasanya aku tak pernah nak buka lagu2 parodi kat dalam you tube.video lagu atau video menari lagi aku jarang-jarang buka kalau bukak laman web you tube.senang cite aku kenal psy-gangnam style tue, tapi aku tak pernah rasa nak tengok video gangnam style die tue. itu semua poyoo. haha

tapi, ada member aku bagi lagu parodi mr bie nie. aku tak teruja pun mula2. tapi bila aku amati lirik die. owkey fine. aku suka lirik dia. haha

so, sile layan.


 ok bai.

ASLINER: kalau siapa yang dah pernah tengok video nie, sila abaikan. =)

Saturday 16 March 2013

simptom-simptom penyakit angau

assalamualaikum..

ok, tajuk tiada kaitan dengan jalan cerita. =)

puas aku memikirkan. sebelum tidur aku terfikir. sesudah bangun aku terfikir. sedang sarapan aku terfikir. dalam tandas aku terfikir (tipu). kenapa kadang kala kita tidak bersikap matang. sedangkan umur sudah meningkat. matangnya masih tidak jelas kelihatan.

menghabiskan masa berjam-jam melayari internet sedangkan diri sedar ada thesis yang hendak disiapkan untuk dihantar. itu simptom tak matang dari segi fikiran, jiwa dan emosi. iyelah, nafsu melayari internet melebihi nafsu nak buat kerja. jiwa jadi kalut kalau tak online. emosi terganggu kalau dua atau tiga kali tak online dalam sehari. ok, itu melampau. haha.

at certain time je aku meroyan macam nie. kebiasaannya aku normal. kerana hakikatnya aku memang normal. cuma kadangkala simptom ketidakmatangan aku jelas terpancar. hihi

ok bai.

ASLINER: ini serius. aku lapar. (-__-)


kawan rapat

assalamualaikum..

pernah tak kau rapat dengan seorang kawan macam yang pernah aku rapat. rapat serapat-rapatnya. kau dengan dia selalu sama-sama. berborak sama-sama. bangun subuh sama-sama sebab dia kejut. gosip sama-sama. 

tapi itu dulu. sekarang entah kenapa, aku tiba-tiba jadi sejanggal-janggalnya nak bermesra macam dulu. kalau terserempak aku senyum, sepatah dua kata je yang mampu aku katakan. lepas tue tunduk dan berlalu pergi. nak berbual lama macam dulu lagikan jauh.sedeh.

ah, tahu tak stress memikirkan kenapa aku berkelakuan janggal bila berhadapan dengannya. aku yakin dia pun rasa janggal untuk bercakap dengan aku. riak wajah kau aku boleh baca. percayalah.

maaf kawan, mungkin dirku yang menyebabkan kita rasa kekok untuk kembali rapat. sungguh,dari hati aku menyesal. jika boleh diundurkan masa, ingin saja aku mengelak perkara itu berlaku. tapi sayang, masa berlalu tetap akan berlalu. 

tak mungkin aku lupakan kau pernah jadi sahabat baikku.

ASLINER: .....

Thursday 14 March 2013

some quotes to share

assalamualaikum..

sempena hari jumaat nie. saya nak sharekan sedikit mutiara kata. ececeh. =)

  • Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya.
  • Jika kejahatan dibalas dengan kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas dengan kebaikan itu adalah perkara biasa.  Jika kebaikan dibalas dengan kejahatan,itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.
  • Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ia digunakan
  • Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.
  • Jangan lakukan semua yang kamu ketahui, jangan berbelanja semua yang kamu miliki, jangan percaya semua yang kamu dengar dan jangan memberitahu semua yang kamu dengar.

sumber: Mastika Mac 2013

ASLINER: segar bugar pulak kite pagi-pagi nie..=)

Wednesday 13 March 2013

tak tahu nak letak tajuk ape.

assalamualaikum

ok. saya akui. saya memang fail dalam bab-bab nak greet people yang saya kenal bila kebetulan bertembung. iyelah, macam mana tak fail. contohnya macam hari tue. saya jumpa sekelompok kawan gelak ketawa bersama dekat kedai makan. but what i did was, saya sempat senyum pada seorang sahaja diantara 5 kawan tue. then i just went to any port meja yang sesuai untuk kiteorang duduk makan. after that, macam tue jelah. sempat senyum dekat sorang kawan je. yang lain tak sempat senyum. akhirnya saya di cop sombong. ok. mengaku kesilapan diri.(-____-")

second time saya terserempak dengan lagi seorang kawan (pangkat abang) dekat meranti. what yang good about him ialah he will keep looking at me until i noticed yang he was there untuk greet saya. ya, some respect for him. but what i did was, bila die tegur "ada kelas eh?". then saya pun jawab lah "haah, tadi ade kelas. sekarang dah habis" *sambil senyum*. pastue terus pergi. tak macam, eh budak nie..(-____-")

time tue saya jalan sambil bercakap. and i saw ada dua rakan perempuan dekat kawan saya tue senyum dekat saya. ok, saya balas senyuman itu without come to them and salam. 
apelah lina nie (-________________-")

tapi, bila dah jalan terus ke motor semula. aku start membebel dekat diri sendiri. biasanya monolog dalam hatilah kan. tak kan aku nak membebel terang-terang. haha.

aku benci bila aku tak pandai greet rakan. siyes. ajari aku.

ok bai.

ASLINER: stress tau sebab masalah nie. haha

Tuesday 12 March 2013

minggu ini.

assalamualaikum..

tahukah anda minggu nie saya sangat-sangat busy.eleh lina, baru busy sikit. =P

tapi nak jugak aku cakap yang aku busy minggu nie. minggu nie je dah ada 4 kerja kene siapkan. 1 presentation. prepare for slide dan paperwork untuk presentation itu. minggu nie jugak kene hantar slide untuk subjek human development. malam esok ada first test untuk subjek organizational development.

minggu nie jugak aku nak lengkapkan thesis aku. minggu nie jugak aku nak kene keluar untuk habiskan baucer buku. minggu nie jugak...eh, dahlah. 

tetapi, nasib baik minggu nie aku dapat 4 hari straight cuti kerja. sebab mereka-mereka ada bengkel dekat mersing. thank God. terima kasih ya Allah. terima kasih space. Haish, macam tau-tau je aku memang banyak kerja minggu nie. hik3

tapi sebenarnya aku suka hidup penuh dengan kesibukan.
at least takdalh buat kerja melagha.alhamdulillah =)


sekadar hiasan

otak dah tepu.
ok, bui bui.

ASLINER: ......

Wednesday 6 March 2013

awak

assalamualaikum..

bukan senang nak terima hakikat bahawa orang yang kita rapat tiba-tiba akan tiada di sisi kita nanti. dipendekkan cerita. kita dah biasa ketawa sama-sama. guling sama-sama. makan minum sama-sama. mujur tak pergi toilet sama-sama. 

tapi sebab dah biasa rapat kan. bila dia nak pergi, kita rasa lain. diam seketika untuk menenangkan hati. diam seketika untuk memujuk hati menerima kenyataan bahawa awak tak akan berada bersama-sama dengan saya lagi.

tapi apakah daya, kuasa pemerintahan (apahal nie!) eh, silap. apakan daya, kuasa pihak atasan sahaja yang boleh menentukan awak masih bersama kami atau tidak. dan jawapannya minggu depan awak dah tak bersama kami. sedih. (-__-)

saya mengharapkan awak tabah menghadapi ujian ini. adat dalam kehidupan, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. nanti free kita boleh lepak lagi. 

sayang ketat-ketat dekat kak ida & kak mid

ASLINER: tiba-tiba rasa kejamnya dia.

Sunday 3 March 2013

nak kerja ke belajar?

assalamualaikum..

*entri panjang*

menjadi seorang student yang bekerja at the same time memang tak pernah terlintas langsung dalam fikiran aku. iyelah kan, sebab kalau dah student, biasanya kita akan fokus untuk belajar je. dan tak perlu nak kerja bagai kan.

biasanya bila aku tengok dekat tb ada cerekarama pasal budak-budak sekolah kena berhenti sekolah sebab nak kerja untuk tolong mak. takpun budak tue masih bersekolah. tapi lepas kelas terus pecut laju-laju gi kedai untuk bekerja cari duit. kalau aku tengok cerita-cerita macam nie aku rasa kesian. tetapi tak pernah fikir satu hari nanti aku pun jadi macam nie.

bukan nak kata diri hidup dalam serba kekurangan. tetapi mungkin dah terbiasa bekerja sejak dari kecik lagi. fyi, aku start cari duit since darjah 5. masa tue kerja buat biskut raya. ala-ala kerja kilang biskut kuih raya. setiap kali cuti sekolah memang aku ambik peluang kerja dekat situe. sebab boleh kumpul duit. di samping boleh kumpul duit, aku pun boleh habiskan duit jugak. haha.

darjah 6-tingkatan 4 aku masih kerja kat tempat sama bila start cuti sekolah. bila umur dah meningkat (ecececeh) aku rasa nak tukar angin. aku pun kerja dekat kedai norin enterprise. aku pun tak tahu nak describe kedai tue kedai ape. sebab kedai tue ada jual ubat-ubatan. jamu. al-quran+buku-buku. baju-baju dan tudung pun ada. haish, kedai apekah itu?

bila dah start masuk U. kalau time cuti aku balik rumah dan kerja dekat kilang biskut tue balik. sebab tempat tue yang paling dekat dengan rumah. jimat pun jimat. makan minum dekat rumah je. datang untuk kerja je. aku pergi kerja pun naik basikal. gila tak klasik aku. umur 22 tahun pergi kerja naik basikal. haha. aku masuk pagi, rehat tengah hari+petang. malam aku start kerja balik. kadang-kadang sampai pukul 1pagi aku kerja. balik rumah sorang-sorang pagi-pagi buta. 12jam aku kerja dalam 1 hari. start kerja balik nie semula lah yang aku bersungguh kumpul duit. sebab nak beli moto. hoho. moto murah pun takpelah. asalkan aku boleh gerak dekat dalam UTM nie dengan senang. kolej aku nak gi ke kampus je dah hampir ibarat perjalanan aku dari rumah aku ke sekolah menengah. jauh sikitlah.



so guys, don't keep asking me tak penat ke kau kerja sambil belajar. aku tak mampu nak jawab. 

bui..bui.

ASLINER: 3 kali delay entri nie sebab pergi keluar beli makanan, pastue makan, then basuh baju. haha