UP TRAFFIC

Saturday, 30 April 2011

YaNa Yassin 1st giveaway..


bismilahirahmanirahim..
assalamualaikum..

wah..
hari ini adalah the last date untuk join giveaway ini..

adakah masih sempat untuk join?
mestilah sempat..
baru pukul 10.16 kan?
belum pkul 12 lagi..
jadi masih boleh join kan cik yana? (^_^")

sebelum itu..
incik prince telah tagged saya untuk join GA ini..
yea!
jenguklah blog dia..
blog dia best..
for sure..
sebab dia suka kongsikan banyak gambar2..=)
eh..TER promote pulak...heee

macam biasa..
mesti ada syarat GA ini..
jom tengok..

>letak banner ini dan link kan terus ke entri ini..(siap sudah!)
>buat entri dengan tajuk: YaNa Yassin 1st giveaway..(siap sudah!)
>follow blog ini(nanti senang nak tahu update pasal GA ini)..(siap sudah!)
> tag 3 orang bloggers, dan pastikan mereka tahu yang dieorang di tag eh..
(hah..yang ini macam tak dapat nak tunaikan je..sebab join hari last..kalau tag nanti masih tak sempat nak beritahu mereka..-__-)
>linkkan entri anda ke bahagian komen entri ini

TARIKH TUTUP: HARI INI..(30/4/2011)


BICARA SYE: tawakal jer masuk GA nie..takut tak sah penyertaan..hehe





selepas satu minggu

bismilahirahmanirahim..
assalamualaikum..

hari ini adalah hari sabtu..
maknanya semalam adalah hari jumaat..
hari jumaat adalah hari last untuk paper pada minggu ini..
oyeh..(^_^)

mari layan gambar..

setibanya di kolej selepas memerah otak


muka2 dara pingitan lepas abes exam..(^_^")


candid2..(^,^)

owh..
setakat itu sahaja nampaknya..

minggu depan periksa lagi weyh..
gaya2 gambar semua macam dah abes periksa je kan..=)
sila jangan ikut..terima kasih.

BICARA SYE: esok my femeli datang jenguk i..(^_^)


Tuesday, 26 April 2011

sia-sia sahaja..

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

bila mana dengar peperiksaan Bahasa Inggeris akan dijalankan pada hari lusa..
hari esok pasti bukan buku Bahasa Inggeris yang dipegang..
jika hari esok tidak pegang..
jauh sekali akan pegang malam ini..(^_^")


eh, esok exam BI ke?

mungkin itu perkara biasa buat diri daku yang ternyata
masih menganggap peperiksaan Bahasa Inggeris
tidak penting buat daku
(-___-)

saja nak buat survey..
korang dulu macam mane?
tak kira lah waktu sekarang atau waktu belajar dahulu..
kalau esok exam BI..
malam nie korang ada selak2 buku BI tak? (^,^)

BICARA SYE: nak pandai BI..tapi tiada usaha ke arah itu..sigh (-_______-")


Sunday, 24 April 2011

setibanya hari esok..(^_^)

bismilahirahmanirahim..
assalamualaikum..

hari esok adalah MONDAY BLUES!
eh, buang blues jauh2..
esok bermulanya peperiksaan akhir daku untuk sem 2..=)

oyeh!


eceh..siap pen 1 malaysia lagi..(^_^")


peperiksaan didahulukan
kecemerlangan diutamakan..(^,^)

jadi..
dengan itu..
buat blogger2 sekalian..
sama ada yang mengikuti saya..
secara langsung..
secara tidak langsung..
peminat perasan
dan juga yang bukan peminat..
saya minta maaf jika ada ketelanjuran bahasa yang mungkin menyakitkan hati anda sekalian secara sengaja mahupun tidak sengaja..

maaf ya..
tidak mampu berdepan..
hanya mampu meluahkan melalui 'ketukan2' di keyboard daku..hee

doakan yang terbaik buat diriku dan juga rakan2 yang lain ye..
jasamu akan saya kenang..hehe

BICARA SYE: asal nak periksa je mintak maaf..kene ubah nie..(-__-")

Saturday, 23 April 2011

selepas sebulan..(^_^")

bismilahirahmanirahim..
assalamualaikum..

ok..
awal bulan lepas..
pernah juga blog saya kesunyian dengan gambar aktiviti yang saya involve..
hanya meluahkan melalui tulisan dan juga kata2 sahaja..
tidak mampu untuk masukkan gambar..
dek kerana kekangan masa..

tetapi incik NICK ada menegur dengan menyuruh saya memasukkan gambar..
untuk dia tengok..

erm..
mestilah bosan kalau asyik baca tulisan je kan?

maka..
saya pun mengambil inisiatif untuk memasukkan gambar..
sekadar untuk mengisi entri kali ini..

jom layan!


masa hari perasmian MINGGU INNOVASI anjuran SMART+STRATEGI


VIP2 serta AJK2 yang hadir ketika majlis perasmian


pelajar sekolah yang hadir ke majlis kami


incik presiden kami-marsupandi
(dekat screen itu adalah senarai program yang kami jalankan)


kategori pertandingan reka cipta


bersama pelajar yang hyperaktif-suka bercakap..=)



hari sebelum majlis penutupan


muka2 AJK selepas dapat beg yang memang diidamkan
(^_^")

ok..
itu adalah antara serba sedikit gambar2 kami sepanjang program ini..
terima kasih kepada semua AJK2 yang terlibat secara langsung mahupun tak langsung dalam minggu INNOVASI ini..=)

BICARA SYE: esok hari ahad dah..(-__-")


Thursday, 21 April 2011

penghulu segala hari

bismilahirahmanirahim..
assalamualaikum..

hari ini simple entri..
mahu kongsikan sedikit tazkirah yang kami semua dengar semalam kat DSK(Dewan Seri Kechana)

  • Hari jumaat merupakan penghulu segala hari, maka bercakaplah perkara-perkara yang baik pada hari jumaat-(ucap tiap2 hari perkara yang baik2 pun adalah sangat dituntut)
  • Waktu mustajab untuk berdoa adalah salah satunya selepas menunaikan solat fardhu
  • Ketika berdoa- berdoalah dengan hati yang ikhlas, penuh dengan pengharapan serta percaya bahawa Allag akan makbulkan doa kita, insyaAllah
  • Jika doa kita tidak dimakbulkan-adalah lebih baik kita bermuhasabah diri daripada merintih kerana doa kita tidak dimakbulkan
  • Jika makan ada adab, sama juga ketika kita berdoa- antara adab-adabnya ialah: berdoa menghadap kiblat, memulakan doa dengan memuji kebesaran Allah (seperti juga diakhirnya) sambil menadah kedua-dua belah tangan
  • Manusia ada peringkat imannya naik dan adakalanya turun..maka mari kita generate iman kita dengan perbanyakkan melakukan perkara-perkara sunat. Contohnya: menunaikan solat tahajud(berqiam), melakukan solat hajat, solah istikharah dan sebagainya.

nampaknya..
itu sahaja yang ingat difikiran..
sapa suruh tak bawah buku..! (-__-")


BICARA SYE: hari ini dah hari jumaat..dah nak peksa (^_^)



Wednesday, 20 April 2011

saya tidak ikut orang lain

bismilahirahmanirahim...
assalamualaikum..

dah kata rambut sahaja yang sama hitam..
tapi hati lain-lain..
maknenye style study pun lain-lain..
eh, ada kene mengena ke ayat ini! hehe (^_^")

erm..
tapi pokok pangkalnya..
sebenarnya hari ini memang nak msuk topik style study..

ada orang..
kalau hati sedikit goyah..
akan terikut orang punya style study..

kalau dia nampak kawan dia study berjam2 menelaah buku diatas meja..
maka dia pun TERgerak sedikit hati untuk turut serta di situ..


*too much pressure will not give any benefit to you*

jika kawan dia study dari malam ke subuh..
bertemankan minuman berkafein di sebelahnya..-STAY UP..
maka dia pun sekali lagi TERgerak hati untuk turut BER stay up..

jika ada kawannya mengamalkan study straight without break..
maka dia pun sama nak ikut serta..
memandangkan diri rasa TERcabar melihatkan kerajinan kawan dia itu!

ok..
sebenarnya..
depends pada diri ye..

jangan ikutkan 'kata sekeliling' rosak bahasa

jangan juga ikutkan kata hati..
nanti mati..

jadi ikutkan kata akal yang bijaksana lagi pandai itu..

it means that..
if u set already in your mind that your style(for study) is like this..
so just follow the flow..

don't get too fanatics with all this kind of styles ok..

tapi kalau nak ikut style study yang berguna ok ja..
macam STUDY AWAL2..
GROUP DISCUSSION KENE ADA..
MUST HAVE SHORT NOTE-IF NECESSARY...

contohi mereka-mereka yang berjaya..
mereka yang berjaya seperti nur amalina..

tidak semestinya stay up is the best way for you to success..

but if you dare to change the style..
make it something that are suit with your JIWA..
sebab takut merana+stress tetibe..

ok..
ini hanya pandangan saya semata-mata..
tiada kene mengena dengan merujuk kepada orang lain..

so the best way is STUDY SMART not HARD!

*terima kasih kerana membaca entri ini* (^_^)

BICARA SYE: kalau ada orang mengajak ku BERstay up malam2 sampai pkul 3-4..itu bukan caraku..malamku adalah waktu tidurku..dan siangku adalah malam untuk bekerja..(^^,)

Tuesday, 19 April 2011

jangan percaya ok!?

bismilahirahmanirahim..
assalamualaikum..

cuba baca ayat di bawah:

sedang si B meneliti handsetnya..
tiba-tiba datang satu message..
dari no. yang tidak dikenali..


"tolong topapkan ayah rm50..
dekat no baru 010-xxxxxxx
ayah ada masalah nie..
jangan call ayah..
ayah ada kat balai polis ni..
ada perkara yang perlu disettlekan..
nanti ayah telefon balik.."


jadi si B pun topap rm50 ke no tadi..
kerana risaukan ayahnya..

selepas topap..
si B memberanikan diri untuk telefon ke rumah untuk menanyakan masalah yang dihadapi..

"mak..betul ke ada masalah?"

"eh, macam mana angah tahu?"

"nie..tadi ada message dari ayah..
suwuh topap rm50..
betul ke ada masalah..?"

emaknya mendengarkan sahaja apa yang dikatakan angah..
tanpa mengesyaki apa2..

ibunya menjawab kembali..

"betul ngah..ayah baru je balik dari balai polis..rumah kita terbakar.....bla..bla..bla..."


ok!
kebetulan situasi yang dihadapi sama dengan situasi di no yang tidak dikenali...

dan sebenarnya..
SMS tadi adalah tipu belake!
ciss..!

melayang rm50..(-__-")

cuma nak tanya kat korang..
kalau korang dapat msg macam tue..
adakah korang akan terus topapkan atau bertanya dahulu kepada keluarga?

nota kecik sekali: cerita ini adalah benar..tetapi tiada langsung berkaitan dengan diriku..harap maklum~

BICARA SYE: asal macam cedok idea orang nie? hee (^_^")



Monday, 18 April 2011

SENTAP atau SENSITIF?

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

semalam baca buku..
yang bertajuk 'LA TAHZAN KERANA CINTA'
ada jumpe ayat ini..
saja nak kongsikan dengan sahabat2 semua..


"sifat yang TERLALU SENSITIF sebenarnya akan memberikan satu impak buruk yang besar dalam hidup..
orang yang SANGAT SENSITIF...
biasanya akan selalu merasa derita dan terseksa...
Dia selalu berlebih-lebihan dan..
membesar-besarkan kelakuan orang lain..
yang tidak disukainya ...
dan mengaggap hal itu sebagai penolakan peribadi terhadap dirinya..
yang muncul dari kebencian dan ketidaksukaan.
Kenyataanya, orang lain memang berhak menolak sebahagian kelakuan ataupun pemikiran kita kerana kalau ikutkan, TIADA MANUSIA YANG BENAR-BENAR SEMPURNA di dunia ini.."

"Sebaliknya..
kita juga berhak untuk tidak tertarik..
dengan sebahagian tingkah laku orang lain..
TETAPI..
itu tidak bermakna kita membenci mereka..
TIDAK SAMA SEKALI!..
tetapi secara sederhana..
maksudnya kita tidak menyukai atau tidak tertarik..
dengan SEBAHAGIAN tingkah laku mereka.."


uish..
sentap hati masa baca ayat ini..
nasib baik dah didik hati untuk tidak terlalu sensitif..

sensitif itu perlu..
cuma biarlah berpatutan..

eceh..
dah macam pakar pksikologi lah pulak..(^_^")

nota kecik giler: ayat diatas ada sedikit olahan dari saya demi menyedapkan lagi ayat yang sedia ade..hehe

BICARA SYE: credits tu aida kerana memberi saya peluang untuk membaca buku anda..hehe

Sunday, 17 April 2011

1st impression ibarat 'nasi yang penting buat manusia'

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

"ish..sombong giler budak itu!"

"ceh..mentang-mentang awak tue lawa, tak payahlah nak tunjuk pandai kat kami nie"

"ali, budak tue macam budget bagus je.."


ya!
sering kali kita dengar kata-kata macam ini..
tak kiralah di sebuah kedai kopi ke..
di kedai mamak ke..
mahupun yang singgah di telinga kita..

kalau ikutkan..
semua kata-kata itu kita pernah nyatakan..
sama ada secara sedar, separa sedar mahupun masa langsung tak sedar!

tetapi..
apabila kata2 itu sebenarnya ditujukan kepada kita.
kadang-kadang kata itu sangat jauh daripada kita sebenarnye..
tetapi dekat terase dekat dengan kita apabila terdapat lirikan2 atau jelingan2 yang kurang menyenangkan terhadap kita..

ok..
senang cerita..
sebenarnya 1st impression kita sangat memainkan peranan yang penting untuk attract orang lain cuba mengenali kita..



kalau kita tidak bercakap dengan orang disebelah kita..
"kita akan dikatakan sombong!"

kalau kita menegur orang yang tak kenal dengan kita pun..
sometimes orang akan kata kita ini "ish..beraninya kau!"

pernah tak mengalami situasi macam ini?
maksudnye..
pernah atau tidak orang kata "awak nie sombonglah"
sedangkan sebenarnya mereka tidak mengenali kita..(-__-")
disebabkan fungsi FIRST IMPRESSION kita yang tidak 'berfungsi'..hehe


BICARA SYE: dah berapa ramai orang cakap saya sombong..tapi saya cool je..keh3 (^_^)




Saturday, 16 April 2011

entri tertunde : JOM baca!

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

"membaca sepotong ayat al-Quran sudah diberikan pahala..
apatah lagi membaca satu helaian muka surat beserta tiap-tiap hari..
pahala yang dapat berganda-ganda..
sungguh Maha Pemurah Allah s.w.t.."


membaca al-Quran tiada ruginya..
kerana secara umumnya, banyak perkara yang akan kita dapat apabila membacanya:
  • Memperoleh fikiran yang jernih (bersih dari persepsi negatif, khusnul zhal(bersangka baik)
  • Memperoleh kekuatan memori (mudah mengingati sesuatu perkara)
  • Mmemperoleh ketenangan dan kestabilan psikologi(emosi yang stabil)
  • Memperoleh kesengan dan kebahagiaan (segala urusan menjadi mudah)
  • Bebas dari sedih, takut dan cemas (memapu mengawal emosi)
  • Mampu berbicara dikhalayak ramai (berkebolehan untuk berhujah)
  • Mempunyai hubungan sosial yang baik (ramai sahabat)
  • Memperoleh kepercayaan dari orang lain (dipercayai)
  • Meningkatkan IQ (kecerdasan otak)
Kesimpulannya, berpegang teguh pada al-Quran dan ajaran terkandung di dalamnya memainkan peranan terhadap keperibadian seseorang, meningkatkan kesihatan, melindungi diri daripada pelbagai penyakit psikologi , dan membantu membuat keputusan yang tepat dalam situasi yang getir..insyaAllah.

sumber: al-Islam


BICARA SYE: membacanya perlulah disusuli dengan keihkhlasan membaca..=)

nota paling besar: peringatan untuk diri sendiri yang selalu lalai dengan kenikmatan dunia..(-__-")

Thursday, 14 April 2011

dulu lain, sekarang pun lain..

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

uish..
2 hari tak update blog nie..
name boleh jadi..(-__-)


dulu-dulu..
asal nampak komputer..
internetlah yang akan di connect dahulu..

kini..
asal nampak laptop(pengaruh modenisasi)..
sedaya upaya mengawal diri untuk tidak meng'connect' internet..
dek kerana asignment yang terdapat di 'waiting list'..
(padahal takde wireless)

dulu-dulu..
pantang nampak katil..
pasti diri kepingin sangat nak baring lama-lama..

kini..
pantang nampak katil...
kenelah penuhkan katil dengan barang..
nanti tak berani nak baring atas itu..

dulu-dulu..
kalau dah pukul 12 malam tue...
memang waktu untuk tidurlah..

kini..
kalau dah pukul 12 malam tue..
'ish,extent lagilah masa nak study(nak examlah katakan)..
(kadang-kadang siapa yang tak pernah2 stay up pun stay up!)

dulu-dulu(sebelum exam)..
nota-nota tak pernah nak banyak dalam tangan..
cukup sekadar apa yang ada..

kini(hampir exam)..
nota-nota penuh ditangan dan di meja..
mesti melebihi dari bahan bacaan yang biasa!


haha..
kadang-kadang..
bila di kenangkan kembali saat2 macam nie..
memang kelakar sebenarnya..

dulu2 tak nak bersusah payah..
dah last minit baru nak menyibukkan diri..

oh!..
diriku begitu jua..
tak pernah nak belajar dari pengalaman..hee
(-___-")

BICARA SYE: hurm...bila lah nak sedar diri! (T_T)


Monday, 11 April 2011

kisah hari isnin..=)

bismilahirahmanirahim..
assalamualaikum..

ok..
story mory untuk hari isnin ini..
walaupun saya update pkul 2.30..

wah..
kalau ikutkan dah masuk hari selase..=)

ok..
i'm very happy today..
because our presentation was getting smoothly..

dapat performance appraisal gitue..(^_^)
actually, it's not a full presentation..
only a brief talk about our video..

saya just tekan mouse untuk play video je..hehe

but we got that satisfaction..
sebab video yang kami buat itu adalah final edit yang sangat last minit..
setelah beberapa kali telah menemui kebuntuan yang teramat..

hurm..
kalau nak share video kat sini macam tidak kesampaian je..
sebab paham2lah..
gune wifi kinda slow..
tapi tak mengapa..
i just want to share my happiness with korang semua..
eceh!
baru jer kene puji sikit..
dah kembang kempis hidung..(@_@)



ape yang penting..
kalau work in one team..
group members should cooperate with one another..(^_-)

BICARA SYE: tahniah buat ahli kumpulan saya..(^,^)

Sunday, 10 April 2011

hari ini tiada lagi..

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

fuh..
dah nak masuk juga hari isnin..
akhirnya..
akan berlalu sudah ahad ini..

OH NO!
haha..




alhamdulillah..
berjaya melepasi saat2 sukar bersama member2 saya..!
yippi..(^_^)

ok..
esok masuk sudah hari monday..
monday blues..(-__-)

takpe...
mungkin hari esok ada sesuatu yang menarik bakal tiba..
insyaAllah..(^_^)

Friday, 8 April 2011

sombong? jom hapuskan ia!

bismilahirahmanirahim..
assalamualaikum...

ok..
berkisar tentang tajuk diatas..
sombong boleh diertikan sebagai mekanisme pertahanan diri yang dilakukan oleh minda bawah sedar dalam usaha untuk menghalang lebih banyak kritikan..

erm..
senang cerita..
kalau orang tegur kita..
lepas itu kita buat dunno jer..-itu bahasa senang la..

ok..
sebenarnya nak kongsikan sedikit tips..
macam mana nak hapus sombong menggunakan kaedah Imam Ghazali..

  • Apabila bertemu kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak lebih mulia dari kita kerana kanak-kanak masih belum banyak dosanya daripada kita yang sudah lali dengan dosa
  • Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka lebih banyak melakukan ibadat kerana sudah hidup lama berbanding kita
  • Apabila bertemu dengan orang alim, anggaplah mereka lebih mulia dari kita kerana ilmu yang mereka pelajari lebih banyak daripada kita.
  • Apabila bertemu dengan orang yang jahil, anggaplah mereka juga lebih mulia dari kita kerana mereka membuat dosa kerana kejahilan dan kegelapan, sedangkan kita melakukan dosa secara terang-terangan.
  • Apabila melihat orang jahat, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mungkin satu hari nanti mereka akan bertaubat dan insaf atas kesalahannya.
  • Apabila melihat orang kafir, berdoalah didalam hati, agar suatu hari nanti pintu hati mereka akan disinari taufiq dan hidayah dan dengan izin Allah, segala dosa mereka akan diampuni.

p/s: picture credits to google..n maklumat credits to al-Islam


BICARA SYE: alhamdulillah..sampai jugak hajat untuk memasukkan segment singgah jumaat untuk perkongsian bersama..=)


Thursday, 7 April 2011

uish..menakutkan..(-_-)

bismilahirahmanirahim...
assalamualaikum..

ok..
tadi pergi jusco..
nak beli barang..
tetapi kedengaran suara tidak enak berkata..

"eh..kenape korang nak shopping lagi? bukan dah nak abes sem ke? orang siap dah kemas2 barang dah.."

dalam hati dah berkata:

"eh..haahlah..kenape kiteorang gi jusco ek?"
bukan dah nak abes sem ke..?"

bile fikir2 balik..
dan bile tengok bali barang-baran yang kami beli..
takdelah perkataan shopping tue..
hanya sekadar membeli barangan keperluan untuk sebulan akhir ini..
eceh..sadis jer dengar..haha..=)

dan sebenarnya bukan itu yang ingin saya katekan dan kongsikan disini..hee

sebenarnye..
tadi jalan2 kat jusco...
nampaklah seluar panjang..
like jeans..
tapi jenis boleh strech punya..

harga rm50..
erm..
agak mahal..
tapi reasonable lah tue..
seluar cantik kot..
harga pun mestilah cantik..

*kat situ sudah tErpesong niat asalP
kononnya nak beli due bende je..
tapi tup2 nak beli seluar pulak..hehe..

so..
mulakan operasi mencube seluar itu..
wow!
perfect..
IT SUIT WITH ME!

"wah..nak belilah.."-bisik hatiku~

niat itu terdorong ekoran rumate daku bertindak untuk membeli seluar itu..

"ish..bahaya betul pengaruh kawan nie.."-bentak daku

akhirnya decide untuk tidak membelinya..

dan rumateku berkata :

"erm..dah agak dah lina..kate je nak beli.." (sambil membuat muke MEMperli daku..huk2)

"hee.."-daku hanya mampu tersenyum..=)

lantas aku berkata..:

"bukan ape fana..masa kite nak beli seluar tue..kita rase macam ibu kita ada kat sebelah kita dan mengatakan "lina..jangan beli seluar itu..jangan membazir.."..

rumateku hanya mendengarkan kate2 ku itu sambil mengajuk ku..
dan datang kearah daku dan berkata:
"lina..jangan beli seluar itu.."

ahaha..
moral of the story..
kalau nak beli barang..
sila beli mengikut yang benar2 keperluan..
jangan based on desired..
memang kompem duit keluar macam air liur okeh!

BICARA SYE: erm..kalau ikutkan..senarai desired memang banyak..hehe.
dan oleh sebab kejadian ini..kawan2ku menklasifikasikan daku sebagai seorang yang jimat-cermat..benarkah? tepuk dada tanya diri sendiri..(^_^)

*thanx for reading this entri*


Tuesday, 5 April 2011

sakit..tapi dapat kawan baru..

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

ok..
semalam balik rumah..
ingat nak on9 kat rumah..
tapi tahap kengantukkan yang melampau..
oleh itu tidak dapatlah nak mengupdate semalam..(-_-)

pagi tadi pergi jumpe doktor gigi..
'barang' hilang..
dah cari tak jumpe..
so hanya dentist mampu menolong saya..

dengan itu..
hari ini saya dapat teman baru..
nak lihat?
TAADAA!


gigiku aka retainer..
berkilat boleh tak..
lepas tue..
kecik+rapuh..
takut je senang patah..(T_T)

whoa..
ciap beli casing gigi..
ini kalau hilang lagi eden tak tahu lah nak kata ape..

buat retainer yang baru..
kene bayar rm100..
tambah casing retainer...rm6..
melayang duit..

itulah..
cuai lagi..(-__-)
penat nanti nak jawab kat mak eden..huhu

itu sahaja untuk hari ini..

BICARA SYE: ramai orang paling tidak suka jumpe doktor gigi..pada mulanya macam tak bersetuju..tapi, baru tadi daku dapat rasakan ketika doktor gigi mule memasukkan tangannye kedalam mulutku..huish! sangat sakit rasanye..caranya mendapatkan acuan untuk retainerku adalah sangat tiada 'belas kasihan'..huk3..(-__-). tapi daku masih bersyukur kerana sudah dapat retainer yang baru..hee

Saturday, 2 April 2011

weekand BLUES~

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

whoa...
dah hari ahad dah..
esok hari isnin...
mula start belajar balik..

pagi ini..
kedengaran di telingaku..

"assalamualaikum..apekah yang kamu buat asliner sepanjang hari minggu ini?"

"waalaikumusalam..saya banyak buang masa..
saya banyak menghabiskan masa hari minggu saya dengan memperbanyakkan aktiviti mengqada' tidur..saya juga banyak menghabiskan masa dengan menonton filem di laptop"

"tahukah kamu asliner, bahawa perbuatan kamu itu sia-sia?"

"kenapa pula sia-sia?"

"your examination is just around the corner?..
why you look so lazy?"

"owh..mengikut perancangan, saya hanya mahu melihat movee pada malam jumaat sahaja..dan tidak sangka malam semalam saya TERtengok movee juga..heee"

"macam mana awak boleh TERtengok?..
dimanakah pendirian awak?"

asliner hanya tunduk..
tidak mampu berkata ape2..
kerana jika difikirkan kembali..
"iya! memang betul..dimanakah pendirianku?!"


huu..
bayangkan kalau 'bende2' macam ini berlaku dekat kita..
mau tak gilo den..hehe

erm..
sebenarnya..
senang cita..
once kita dah plan nak buat ape untuk hari sekian2..
haruslah tetap pendirian disitu ya!

jangan biarkan nafsu mendatangi, menyelubungi dan menguasai diri kamu..
eceh..hyperbola kejap..(^_^)

ada paham cik asliner? =)

sekian sahaja entri kali ini..
thank for reading my entri..(^,^)

BICARA SYE: petang ini saya kene hadiri majlis hi-tea anjuran kolej..=)
*bersuka-ria lagi..haish*

Friday, 1 April 2011

tolong saya..=)

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

sedang buat ape tue?
saya sedang melayan perasaan untuk menunaikan hajat dengan 'melandingkan' diri di depan laptop untuk melihat movee malam ini..-agak formal ayat itu..ahaha

dalam keseronokan untuk melayan movee..
masih terdapat kerunsingan kerana masih tidak menunaikan hajat untuk membaca buku..
dalam erti kata lain..
majalah2 yang sedang melambak di dalam bilik itu masih tidak disentuh olehku lagi..
aiyaakk! (-__-)



masih ada yang belum baca majalah dan bukunya..
sudah beli buku dan majalah yang lain..
ada pembaziran disitu..

ceh..
cik asliner ini nak risau pasal tak baca majalah..
cube lah risau tak baca subjek2 untuk sem ini..
cube juga risau kerana tidak siap assignment..
minggu depan dah kene hanta weyh!
exam pun dah nan 'sampai corner' jer..
tinggal sedia tak sedia je..
huuwaaahhhh!

ahaha..
ape lagi..
pergi pergi tutup laptop..
mulakan operasi anda duduk depan buku..
bersama speck..
dan start baca!

oh..
bukan lagi..
jangan stresskan diriku...
malam ini layan movee okeh..=)

BICARA SYE: sambil tengok movee, sambil on9..macam mane nak concentrate? haha

p/s: bile lah nak berkesempatan memasukkan 'segment' singgah jumaat..(-__-)