UP TRAFFIC

Thursday, 21 April 2011

penghulu segala hari

bismilahirahmanirahim..
assalamualaikum..

hari ini simple entri..
mahu kongsikan sedikit tazkirah yang kami semua dengar semalam kat DSK(Dewan Seri Kechana)

  • Hari jumaat merupakan penghulu segala hari, maka bercakaplah perkara-perkara yang baik pada hari jumaat-(ucap tiap2 hari perkara yang baik2 pun adalah sangat dituntut)
  • Waktu mustajab untuk berdoa adalah salah satunya selepas menunaikan solat fardhu
  • Ketika berdoa- berdoalah dengan hati yang ikhlas, penuh dengan pengharapan serta percaya bahawa Allag akan makbulkan doa kita, insyaAllah
  • Jika doa kita tidak dimakbulkan-adalah lebih baik kita bermuhasabah diri daripada merintih kerana doa kita tidak dimakbulkan
  • Jika makan ada adab, sama juga ketika kita berdoa- antara adab-adabnya ialah: berdoa menghadap kiblat, memulakan doa dengan memuji kebesaran Allah (seperti juga diakhirnya) sambil menadah kedua-dua belah tangan
  • Manusia ada peringkat imannya naik dan adakalanya turun..maka mari kita generate iman kita dengan perbanyakkan melakukan perkara-perkara sunat. Contohnya: menunaikan solat tahajud(berqiam), melakukan solat hajat, solah istikharah dan sebagainya.

nampaknya..
itu sahaja yang ingat difikiran..
sapa suruh tak bawah buku..! (-__-")


BICARA SYE: hari ini dah hari jumaat..dah nak peksa (^_^)



4 comments:

aida said...

thx share..
nak exam ni, cuak pulak..cam 0 lg..

Prince Halilintar said...

betul tu, hari Jumaatnya byak fadhilatnya..mari kite amal2kannya bersama..

aten punye gempaq gaban! said...

^_^

ira-yoshida said...

thanks 4 d information..(^,^)

hari jumaat gak disunatkan potong kuku..huhu