UP TRAFFIC

Wednesday, 29 June 2011

entri tertunda: 'mukadimah' israk mikraj

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

semalam pergi dengar ceramah sempena malam memperingati israk mikraj..
jadi, nak kongsikan sedikit dari apa yang didengari..

seperti yang anda semua tahu..
israk dan mikraj adalah perjalanan nabi dari mekah naik terus ke langit ketujuh..

bak kata ustaz Siran semalam..

"kalau nak cerita tentang Israk dan Mikraj ni, semua orang dah tahu..sudah berulang kali setiap kali ceramah di adakan, disitulah pengulangan cerita akan berlaku"

"jadi hari ini, saya tidak mahu bercerita tentang perjalanan nabi ini, saya hanya nak sentuh mengenai beberapa perkara, pengisiannya"

senarai di bawah adalah serba sedikit 'mukadimah'..:

  • mulakan sesuatu perkara dengan menyebut 'bismillah'.
  • menyebut nama Allah itu dapat pahala.
  • Kalau sudah berilmu, mestilah kita mengamalkannya.
  • Perjalanan nabi kelangit yang ketujuh untuk bertemu dengan Allah merupakan satu keistimewaan kerana bermula dari situlah pensyariaatan SOLAT terjadi.
  • Peristiwa Israk dan Mikraj itu telah memberi pengajaran pada manusia supaya takutkan neraka dan juga suka(berkeinginan) untuk masuk kesyurga.
  • Menyebut perkataan bismillah sudah dapat pahala, apatah lagi jika kita membaca al-quran. Kalau dah sebaris sudah dapat 50 pahala(contoh) apatah lagi jika membaca satu muka surat.
  • Tunaikan solat pasti dengan hati yang khusyuk
  • Jika mahu mendapatkan solat yang khusyuk kita kena 'belajar'
  • Menunaikan solat sambil membayangkan bahawa Allah seolah-olah berada di depan kita(tanpa memikirkan zat Allah) untuk mendapatkan kekusyukkannya sambil mengingati bahawa Allah itu Maha Besar

serba sedikit diatas..
kalau tulis semalam, "pasti aku tak lupa dan banyak yang boleh aku kongsikan"
tetapi disebabkan semalam kepenatan..
hanya sedikit yang boleh dikongsi..(-___-)"

BICARA SYE: biasalah kalau pergi dengar ceramah mesti ada setan kat sebelah suruh lelapkan mata..haish..(-___-")




No comments: