UP TRAFFIC

Friday 10 December 2010

hati yang ada perlu sentiasa bersih

bismillah..
assalamualaikum!

ok..
part2 share petue sudah selesai..
entri kali ini berlainan sedikit...

bercakap mengenai hati orang...
kite tahu ke perkara yang tersirat di hati masing2?
mstilah tidak kan?
bak kata pepatah..
"Rambut sama hitam..tapi hati lain-lain"

yang dikatakan 'hati lain-lain' itu bukanlah mksudnya hatinya bentuk lain2..
tetapi ape yang tersirat disebalik hatinya..
ape yang dia simpan dalam hatinya..

siapa tahu..
si polan ini punya luaran yang sangat disenangi orang lain...
tp hatinya siapa yang tahu kan!?
bukan bermaksud untuk bersangka buruk dengan si polan itu..
tetapi adalah lebih baik untuk kita mengambil sikap berhati2 dalam berkawan dengan semua orang..

berbalik kepada hati tadi..
ade care untuk kita membersihkan hati kita yang mungkin ade..
sedikit cela..
sedikit perasaan tidak puas hati..
sedikit perasaan cemburukan kebahagian orang lain...

perkara di atas semua mungkin shje terjadik terhadap kita2...
jika hatinya tidak bersih..

oleh itu..
mari kita amalkan 9 LANGKAH MEMBERSIHKAN HATI :
  1. Dirikan solat dan banyakkan berdoa agar Allah membersihkan hati kita
  2. Amalkan berselawat keatas Nabi Muhammad S.A.W - paling kurang 100 kali sehari
  3. Memperbanyakkan solat sunat taubat
  4. Membaca al-Quran dan menghayati terjemahannya
  5. Bermaafan sesama rakan taulan sendiri (jika punye kesempatan bersalaman dengan sahabat anda..segera minta maaf..kerana mungkin ader kesalahan kita terhadap sahabat kita yang mungkin korang semua x perasan)
  6. Bisikan dalam hati perkara-perkara yang positif
  7. Memohon kepada Allah agar menyucikan minda dan akal fikiran
  8. Banyakkan berpuasa sunat (contohnya: puasa sunat isnin & khamis setiap minggu)
  9. Sentiasa ingatkan mati agar terhindar daripada melakukan maksiat serta kejahatan
credit to paper iluvislam

BICARE SYE: mari kita praktikkan diri kita untuk bersangka baik dengan orang lain mulai hari ini..(artikel ini merupakan peringatan buat saya juga..^_^) selamat beramal!





2 comments: