UP TRAFFIC

Friday 8 April 2011

sombong? jom hapuskan ia!

bismilahirahmanirahim..
assalamualaikum...

ok..
berkisar tentang tajuk diatas..
sombong boleh diertikan sebagai mekanisme pertahanan diri yang dilakukan oleh minda bawah sedar dalam usaha untuk menghalang lebih banyak kritikan..

erm..
senang cerita..
kalau orang tegur kita..
lepas itu kita buat dunno jer..-itu bahasa senang la..

ok..
sebenarnya nak kongsikan sedikit tips..
macam mana nak hapus sombong menggunakan kaedah Imam Ghazali..

  • Apabila bertemu kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak lebih mulia dari kita kerana kanak-kanak masih belum banyak dosanya daripada kita yang sudah lali dengan dosa
  • Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka lebih banyak melakukan ibadat kerana sudah hidup lama berbanding kita
  • Apabila bertemu dengan orang alim, anggaplah mereka lebih mulia dari kita kerana ilmu yang mereka pelajari lebih banyak daripada kita.
  • Apabila bertemu dengan orang yang jahil, anggaplah mereka juga lebih mulia dari kita kerana mereka membuat dosa kerana kejahilan dan kegelapan, sedangkan kita melakukan dosa secara terang-terangan.
  • Apabila melihat orang jahat, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mungkin satu hari nanti mereka akan bertaubat dan insaf atas kesalahannya.
  • Apabila melihat orang kafir, berdoalah didalam hati, agar suatu hari nanti pintu hati mereka akan disinari taufiq dan hidayah dan dengan izin Allah, segala dosa mereka akan diampuni.

p/s: picture credits to google..n maklumat credits to al-Islam


BICARA SYE: alhamdulillah..sampai jugak hajat untuk memasukkan segment singgah jumaat untuk perkongsian bersama..=)


1 comment: