UP TRAFFIC

Saturday, 26 February 2011

semalam yang mengerikan..(*_*)

bismillah..
assalamualaikum..

semalam..
tercapai jugak hajat nak menderma darah..

mule2 dia tolak dia..
kita tolak dia..
dia tolak kita..
masing2 takot nak menderma..
sebab katanya jarum dye besar..(*_*)



erm..
tabahkan hati..
jarum je tue..
bukan lubang senapang...(nak sedapkan hati..^_^)

mesti ada procedure kan..

  1. Kene timbang berat..-erm..nasib baik lepas 45kg..bolehlah saya menderma..=)
  2. Kene check tekanan darah..-erm, nasib baik masih normal tekanannya...=)
  3. Jari tangan kene cucuk untuk ambil sample blood test..-darah saya jenis A+.. (hari tue masa kat matriks, darah A-..macam mane boleh bertukar tue..konfius..(-_-)
  4. Dapatkan buku derma darah warna merah kecik (macam buku 555)..comel sungguh buku tue..like2..(^_^)
  5. Time tue jugak dapatkan semua2 kantung untuk mengisi darah yang di sedut..=)
  6. Duduk atas kerusi yang disediakan..baring..dan MA mulakan operasi untuk meng'inject'..=)
  7. Masa MA keluarkan jarum untuk 'inject'..dalam hati berkata "la..jarum nie rupenye..jarum yang biasa..takdelah besar sangat.."
  8. Lepas dah 'inject' tue..ada lagi satu jarum untuk dicucukkan kedalam kulit untuk menyalurkan darah kedalam beg yang disediakan..masa tue dah cakap "owh..ada jarum lagi besar rupanya.."-nasib baik rasa biasa je..sebab macam dah terkena ubat bius..no sense at all! =)
  9. Lepas itu, mulalah operasi..ada seorang MA duduk disebelah saya..jadi saya mengambil kesempatan untuk berbual dengan mkcik MA nie..-UNTUK MENHILANGKAN NERVOUSKU!
"makcik, kenapa ye ada segelintir orang tidak mahu menderma darah? sebab takut eh?"

"ha ah, kebanyakan orang takut..mungkin tidak biasa tengok jarum" -lebih kurang begitu ayatnya

"hari ini kumpulan makcik target bape ramai ek?"

"30orang -sambil menujukkan jarinya 3 "

---

---

---

---

"cik..kenapa ek tetibe debar semacam je nie?" -saya berkata

"la..awak pulak ke nak pengsan?"

makcik ini pun panggil kawannya dan memanggil doktor..

masa tue mata dah berkelip2..bibir pucat giler(bak kata kawan saya)

lepas itu ada seorang makcik datang..

"ok dik..awak tutup mata tidur.."
(semetara yang lain sibuk membantu)

lepas itu, doktor perempuan datang..

sambil menepuk ditepi saya..
dan dia berkata..
"dik2..bukak mata dik..cuba bukak mata"

keadaan dah cemas dah time tue..
tapi masa itu memang konfius..
makcik nie cakap tutup mata suruh tidur..
yang doktor suruh bukak mata..
KONFIUS EDEN!

ada 2 doktor..
doktor lagi sorang ini cuba nak cucuk di tangan kiri saya..
untuk memasukkan air kedalam badan..
ekoran dah terlalu pucat muka +nak pengsan..

air soya+ air glukose diberikannya kepada saya..
untuk meningkatkan kembali tenaga..

kalau dah terlalu banyak air manis..
ape lagi..
perut mula nak generate..
tetapi tidak mampu menampung tahap keparasan gula yang terlalu tinggi..-hyperbola sikit! =)
dan kedengaran suara saya..
"doc..saya rasa nak muntah"
"cepat doc..dah tak tahan nie"

nasib baik doktor itu sangat pantas..
bermulalah episod vomit2 nie! (-__-)

dah mula dapat tenaga balik..
dan dapat buka mata dengan betul..
saya lihat ramai yang keliling saya..

kawan2 yang lain dah risau dah..
jadi..untuk mengawal situasi itu..
saya pun cakap..
"erm..maaflah ye..TERpengsan sekejap.." =)

makcik2 MA dan kawan2 kat situ gelak sekejap..
senang hati tengok mereka senyum dan ketawa..!
NO WORRY! (^_^)


itulah serba sedikit kisah semalam yang ngeri..hehe
terima kasih kerana membaca entri ini..=)


BICARA SYE: korang pernah derma darah tak? best? (^_^)

8 comments:

ira said...

hahaha...apalah kak lina ni, boleh lak terpengsan..

aten! said...

jangan trauma pulak pas nie law nak derma darah...

Ati Masrif said...

as salam dik,

sori lama tak mai sini..bzzz

mesti kecik molek saja
orangnya nikan..tu pasai cepat ja
nak pitam...tahniah ye..

Prince Halilintar said...

la ciannya asliner..tapi ok la dpt derma darah gak kan..diorg selalunya tanye dulu klu demam atau xcukup tido ke penat ke diorg xbagi derma darah..hehe

nabilah_2908 said...

apa yg menyebabkan pengsan...?

akak tak pernh derma darah...teman kawan derma ada la..ngeri tgk jarum tu...huhuhu.... ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
MASAK APA ?

asliner said...

ira: tau xpe ira..mule2 rileks jer..alih2 rase debar giler2..pastu terus pitam kejap..huhu

aten: insyaAllah

asliner said...

kak ati: huhu..mungkin kecik sangat kot..tapi dapat gak akhirnya merasa derma darah..hehe

prince: haah prince..sume2 dah cukup syarat dah..tapi mungkin kurang tenaga kot..tue yang jadik gitu..hehe

kak nabilah: sebab kurang tenage kot kak nabilah..hehe
akak cube lah derma..best..=)

muyazara said...

yang!!!!!!!how come leh pengasn...siap leh wat lawak sengal disitu..hehehe..aperla awak ni,kiter nsib ta leh derma drh,lau ta,msti jd mcm awak or worse..hehe..btw..niat awak baik..=)