UP TRAFFIC

Friday, 7 January 2011

Mari tutup mulut

Bismillah..
Assalamualaikum..

Jika dilihat dengan perkembangan dunia sekarang..
Malaysia mungkin boleh dikategorikan sebagai salah satu Negara yang sedang pesat membangun..
Malaysia kini berlumba-lumba dengan negara luar yang lain demi mencapai tahap sebuah negara maju..
senang cita..
berdiri sama tinggi..duduk sama rendah!

ok!
sebenarnya intro kat atas tiada kene mengena dengan isi yang ada dibawah ini..hehe
macam biasa..
hari ni hari jumaat..
entri berbaur kata2 nasihat akan diselitkan..oyeh!

ok..bercakap pasal menutup mulut..
sememangnya kita BOLEH..
menutup mulut kita yang sedang menguap..
menutup mulut kita untuk mengelakkan bende asing masuk kedalam mulut..
tetapi..kita sedar bahawa..

MULUT MANUSIA YANG BERKATA-KATA KITA TIDAK BOLEH TUTUP!

memang sudah menjadi kebiasaan dan lumrah hidup dan juga tabiat orang kita
bahawa kita(segelintir) sebenarnya tidak boleh lihat kesenangan mahupun kesusahan orang lain..
jika ada kesenangan disebelah sana..
pasti yang disini akan mengata..
jika ada kesusahan disebelah sini..
orang disebelah sana pasti tidak berpuas hati dengan kesusahan kita(mungkin kes2 terpencil)

tidak percaya..?
sile lihat sekeliling anda dan perhatikannya!

see!
susah betul nak memuaskan hati semua pihak..

erm..baiklah..
mari kita baca kisah dibawah..
untuk dijadikan teladan..

Telah berlaku satu peristiwa ketika Lukman al-hakim(sahabat nabi) ketika Lukman sedang membawa anaknya keluar berjalan bersama-sama dengan seekor keldai. Di awal perjalanan, Lukman menaiki binatang tunggangan itu, manakala anaknya dibiarkan berjalan kaki. Perlakuan mereka diperkatakan oleh orang-orang yang melihat. Kemudian Lokman memerintahkan anaknya menaiki kenderaan itu, manakala Lukman berjalan kaki. Tetapi masih ada orang yang mengata perbuatan mereka. Seterusnya mereka berpakat untuk kedua-duanya menaiki keldai tersebut, dan masih juga diperkatakan oleh orang sekeliling. Akhirnya kedua-dua ayah dan anak ini mengambil keputusan untuk berjalan kaki tanpa menunggang keldai tersebut. Walaupun mereka berbuat begitu, orang yang melihat masih tidak lepas untuk berkata-kata.
Situasi ini dilihat oleh Lukman sebagai satu yang lumrah,kerana walau apa sahaja perlakuan manusia, pasti orang yang melihat dan yang berada disekeliling akan berkata-kata kerana untuk menutup mulut manusia bukanlah sesuatu yang mudah. Lantas Lukman memberikan pengajaran dan pendidikan kepada anaknya, iaitu seseorang itu pasti tidak terlepas dari percakapan manusia. Justeru orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T jua.
Sambung Lukman lagi "wahai anakku, tuntulah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya orang yang fakir itu akan ditimpa dengan tiga perkara iaitu tipis imannya, lemah akalnya dan hilang kemuliaan hati. Lebih malang lagi jika ditimpa dengan selain dari tiga perkara itu, iaitu mereka yang merendah-rendahkan dan meringankan-ringankannya(tiga perkara itu:iman, akal dan hati)."

BICARE SYE: kita tak tahu yang berkemungkinan orang lain akan cakap dibelakang kita..tetapi kalau kita tahu..just pekakkan telinge je k..n say to them "HEY, I KNOW MYSELF BETTER THAN U OK?!" (^_^)

p/s: cerita Lukman al-hakim tue dapat dari majalah al-Islam

5 comments:

masterfaiz.com said...

sori nak tanya.. lukman al hakim ni hidup zaman nabi siapa ya?

NICK IRFAN said...

anda dpt award!!

nabilah_2908 said...

terima kasih atas perkongsia ini..

betul la tu...mulut manusia mmg tk boleh ditutup...jln yg sebaik2nya...ignore kan sja..kena percaya pada kemampuan diri.. kebiasaannya org2 yg bercakap tu..sbnrnya cemburu pada apa yg kita ada...:)

jom ke APA KATA HATI pulak,
GiveAway EdY : Awak Busuk!

asliner said...

faiz:
biodata penuh:
Lukman bin Ba'ura',dari keturunan Azar,iaitu bapa kepada nabi Ibrahim
ade pendapat lain:
Lukman adalah anak kepada saudara perempuan nabi Ayub.Pernah hidup sezaman dengan nabi Daud dan diceritakan pernah memperlajari ilmu daripadanya.Beliau berketurunan dari Sudan dan pernah menjadi kadi kepada kaum Bani Israel. Majoriti para ulama menyebut, beliau seorang wali yang mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat tinggi dan petah berkata-kata. Bagaimanapun,dia bukanlah seorang nabi. Rasulullah s.a.w bersabda: "Lukman bukanlah seorang nabi,tetapi adalah seorang hamba yang banyak bertafakur,kuat keyakinan,mengasihi dan dikasihi oleh Allah s.w.t dikurniakan-Nya kebijaksanaan"
sumber:majalah al-Islam

asliner said...

kak nabilah: betul2..sebarnye orang tue cemburu ngan kita..kalau cemburu yang baik oklah..jgn cemburu yang tak baik..waallahualam~