UP TRAFFIC

Monday, 31 December 2012

jangan tuduh aku.

Assalamualaikum...

Ku ingatkan kau baik dengan aku kau tak cakap belakang aku kan..ya,itu hanya sangkaan aku. 

sangkaan aku pada orang selalunya salah. kali pertama aku jumpa aku akan fikir orang nie baik. tapi ternyata sangkaan ak salah. dan bila aku fikir orang ini tak baik, rupanya setelah dah kenal baru aku tahu orang nie lagi baik dari yang aku sangkakan kau yang baik awalnya.

ok,lepas ini aku akan lebih berhati-hati dengan kau. dulu aku rasakan aku boleh ngam dengan kau sebab kau datang dari tempat yang sama aku tinggal. tapi bila aku tahu kau mempersoalkan tujuan aku datang situ untuk mencari rezeki, aku dah rasa sentap. kenapa baru sekarang nak pertikaikan. aku kecik hati. ikhlas aku cakap, ak datang kerja sebab nak cari duit.

notadiriyangkecilhati: penghujung tahun yang tak awesome disebabkan kau.

Wednesday, 26 December 2012

hilang.pergi.datang balik

assalamualaikum..

mari,mari,datang sini wahai mood untuk belajar.Tinggal lagi berapa jam jer nie. Kalau nak ikutkan, aku nie berbual je lebih. aku nak balik UTM awal sebab nanti boleh belajar. duduk rumah memang tinggal harapan lah dekat rumah. Kalau dah namanya study atas meja, tapi mata masih tengok ke arah tb. tak ke namanya nafsu nak tengok tb lagi tinggi dari nafsu nak belajar. haish.

sebelum nak kembalikan mood belajar, aku berblog jap. hah! ini lagi satu, nafsu nak melayari internet.haha.

notabawah: berblog sambil dengar radio Sinar pagi-pagi nie. klasik kauu..LOL!

Friday, 21 December 2012

Story of last week...

assalamualaikum..

Pejam celik pejam celik..dah seminggu tarikh lahir aku meninggalkan aku..My date of birth is 14DIS. Same with Micheal Owen.wahahaha.

ya.ape yang aku harapkan sekarang ialah moga dipanjangkan lagi umur aku.dimurahkan rezeki.dan di tetapkan imanku.

tahun nie ramai yang tak wish birthday aku. mungkin sebab tahun nie juga ramai birthday rakan aku, aku tak wish.haha. tak mengapa,tidak mengharapkan apa-apa,cuma mahu kalian semua mendoakan kesejahteraan aku.

tetapi tahun ni punya birthday,ramai pulak berpakat belanja makan dan prank aku pulak kan. tak lain tak bukan adalah rakan-rakan tempat aku wat part-time work. On the day of my birthday, about 10 people are gathered in Pizza Hut (during lunch hour) untuk belanja aku makan.Ok, datang kat situ macam rasa nak menangis,seriusss aku terharu. They not only ordered pizza, tapi order jugak set nasi sebab mereka tahu aku 'budak nasi'. LOL! Mereke kenekan aku dengan cara suruh aku abiskan nasi, bubur, pizza. Oh mak,gilo namonyo tue. Semestinyalah aku tak dapat habiskan kan. Nasib baik mereka bijak,bungkus dan bagi budak pejabat yang lain.whahahaha.

I was like, 'eh, thank you korang belanja makan'. Tetapi rupanya, after a week. depa pakat prank baling guna tepung dekat aku after waktu kerja (around.5.15 p.m). Peh! I was like 'eh, thank you korang sebab baling tepung dekat aku!'..ahahaha. Tapi itu semua diantara kenangan manis, Ya, aku takkan lupakan hari itu.

Malam pun dah berganti siang. Semalam yang hujan kini tidak hujan lagi kerana I now in Kuala Lipis,Pahang.Take train (KTM) from Segamat with my dad n my ibu. Untuk kali keberapa naik KTM setelah sekian lama tak naik  train since dah fully pindah Malaysia  time I was 4 years old.

OK,itu saje. da~


Saturday, 8 December 2012

umur hanya angka

assalamualaikum..

kadang-kadang. aku percaya, umur memang takkan mampu menggambarkan perangai kita. contohnya,nama je dah 22 tahun, tapi perangai macam budak-budak. Nama je dah 22 tahun, tapi still nak bermanja dengan keluarga. erm, nama je 22 tahun. tapi masih baca bahan yang tak setaraf dengan umur.

macam dekat bawah nie, nama je dah 22 tahun, tapi masih....

baca komik..
komik conan pulak tue..
nasib baik tak baca komik doremon..


shame on you lina..(-____-")

notawawahsekali: tapi aku masih percaya, ada sisi kematangan dalam diri aku..eceh!!  (statement mintak buku lima..LOL!)

Tuesday, 4 December 2012

sigh (-___-)

assalamualaikum..

huuuuuu..
aku tak pernah rasa tahap kemalasan seperti ini..
kenapalah sem ini aku rasa diri 'rajin' dalam serba-serbi..

nak berfikiran kritis memang tak lah kan..

perlu ubah ye!

notabawahsekali: 3 weeks more (including this week) to work harder before come to the toughest things ever which is examination..silent mode (-___-")

Friday, 30 November 2012

makan duri durian

assalamualaikum..

*entri berganti diri kan aku*

ok. Aku tengok minggu lepas ramai dok sibuk cari durian.  Ade yang buat creep durian lah.  Tak kurang jugak ade yang buat tempoyak.  Boleh pulak aku tengok dan berdiam diri sahaja kan... Mestilah tak kan...  Kalau dah hantu durian macam aku nie, memang aku sanggup pergi jauh dari UTM untuk cari durian segar.

Jadi terjadilah kisah aku TERTIBE pergi segamat, ke dusun Kak mira(classmate aku).  Tak mainlah beli-beli durian pastu makan.  Aku main macam nie, pergi dusun durian.  Kutip sendiri durian dan makan.  Tapi kat dusun kak mira aku tak buatlah macam tue.  Sebab aku datang datang, tengok durian semua dah terbuka. Tersedia untuk dimakan. superb!

Cakap banyak pun tak guna, meh layan gambar.

 hah, ambik kau


 nampak tak kebuluran kami terhadap durian
mulut aku dah macam ade 2 biji durian je kan dalam mulut tue..haha


 hah, yang nie memang hantu durian..
sanggup drive 2 jam ke segamat semata-mata untukmu durian..=)


 skill nak kopek durian guna parang haruslah ada kan..
fyi, itu durian baru gugur, that's why harus guna parang jugak untuk bukak..


 ini BUKAN BUAT-BUAT..
ulangan..ini BUKAN BUAT-BUAT..haha
seriously liat sangat-sangat nak kopek..
sebab durian baru gugur


 ok, next station..
manggis onestore..haha


 next..rambutans pulok


 next, lunch pulok..
super awesome..
tapi time nie,sebenarnye perut aku memang dah penuh..
tapi gagahkan diri sebab nampak lauk yang sedap2..
ade daging bersalutkan tepung..
ikan sardin..
sayur kangkung masak belacan..
tempoooyaaak!
sayur durian muda..
marvelllllloooouuusss!


 inilah sayur durian muda..
tak pedas..tapi awesome!

inilah akibatnya bile letak durian dalam kereta..
sampai perlu berniqab..hehe


sekian sahaja..=)

notaatasscreen: musim ini dusun ayah dekat rumah musim buahnya tak jadi, itu yang sanggup pergi segamat cari durian..hewhewhew

Monday, 26 November 2012

kecuaian aku makin berganda-ganda..

assalamualaikum..

*entri berganti diri kan aku*

ah..
cuai..cuai..cuai...

macam mana boleh tercicir cermin mata..
ini dah masuk kali kedua kot ak hilang spek..
kalau buat spek lagi, maksudnya dah masuk kali ketiga aku buat spek...

kali pertama spek aku tercicir dari motorsikal dan kene langgar dengan kereta..
hancur berderai..
kali kedua aku buat spek..
ntah cicir kat mana, aku pun tak tahu..
habis ikhtiar aku pusing satu UTM kot..

sebelum nie aku tercicir retainer
2 ke 3 kali aku buat baru..

ok..
kalau bab kene marah memang tak payah nak sebut lah..
wuwuwu..

tapi, boleh tak kalau aku cakap "hurm, kalau bende dah nak hilang..nak buat macam mana"
lepas tue dalam hati cakap "pasti ade hikmah di sebaliknya" (-__-")

notaatasscreen: lepas nie, tolonglah triplekan tahap berhati-hati awak ye cik lina..(-_-)

Sunday, 18 November 2012

sepatutnya..

assalamualaikum..

sepatutnya, aku sudah boleh tersenyum hari ini..
sepatutnya, aku dah boleh melapangkan dada hari ini..
sepatutnya segala kerja dan assignment dah settle before today..
sepatutnya aku dah tak payah fikir pasal semua assignment malam ini..
ye, sepatutnya semua dah settle..

tapi nak buat macam mana..

seminggu cuti aku tak sepatutnya banyak tengok cerita..
aku tidak sepatutnya tonton TV 24jam..
aku tidak sepatutnya membuang masa..
aku tidak sepatutnya salahkan assignment..

tetapi AKU SEPATUTNYA salahkan diri sendiri sebab tak pandai bagi masa dalam seminggu cuti ini..

arghhhhhhhhhhhhhhhh!

notabawah: aku tengah bengang+mengutuk dekat bebudak blok yang dok meroyan dari tadi..malam2 buat bising..memang nak kene pang tol.

notapalingbawah: u guys heard the news about Gaza right. Jadi, sama-samalah kita berdoa semoga selamatkan bumi Gaza daripada terus bermandi darah. Amin.

Tuesday, 6 November 2012

tabiat dah tukar ke buang tebiat..

assalamualaikum..

sepanjang aku belajar, aku rasa tak pernah study selepas pukul 5. Sebab bagi aku selepas waktu asar (5 tepat) adalah waktu untuk riadah. Ye, riadah. Dan cara aku meriadahkan diri ialah dengan watching movie. Paling koman pun pergi jogging. Tetapi kebiasaanya aku ulang taang movie yang sama.haha. Sebab itu dah jadi tabiat aku sejak aku jadi budak U. kui3

Tapi semester ini agak kelainan sedikit. Sebab aku kekadang tetibe TERPAKSA belajar lepas pukul 5.
Seriously gilos ok. Pernah pulak aku. Tapi nak buat macam mane, sebab semester nie matapelajaran agak tough dan memerlukan study yang agak lebih. Eceh. Aku harap ilmu yang aku belajar petang-petang tue masuklah kan. Sebab kalau tak masuk, maksudnya aku kene baca belah malam. Erm, boleh pulak ak bersengkang mata lama-lama belah malam..haish~

nota: lepas post entri ni, aku nak tengok MJ yang dah 10x aku layan...kha3x



motip gambar: stress sampai rasa nak pergi Cameroon kali kedua..haha


Saturday, 3 November 2012

agenda penting

assalamualaikum..

hey..hey..
esok aku ada family day..
company tempat aku buat part time berbesar hati menjemput daku join..
siap jadi AJK Cenderahati lagi..
kemain gitew..

aku harap esok berjalan dengan lancar..
nak tampal gambar kameranya nan ado weyh..
kene tunggu official pict dari pihak mereka lah kot nanti..

kalau ade rezeki aku tepek gambar k..=)

bui..bui..

Wednesday, 31 October 2012

Saturday, 27 October 2012

ikan VS daging

assalamualaikum..

sebelum nie kalau makan takut tercekik tulang ikan..laa ni, takot pulak tercekik tulang lombu...moooooo~

ihsan google

p/s: salam aidiladha rakan-rakan~

Saturday, 20 October 2012

TEH

salam..

(peringatan: entri menggunakan kata ganti diri aku)


Petang ni hujan lebat. Melepas niat aku nak jogging untuk dapat badan yang sentiasa fit. Eceh. Takpe, esok ada. Aku harap ada peluang.

Alahai, bukan itu yang aku nak cakap sebenarnya. Hujan lebat macam ni best kalau minum air panas. Maka aku pun buatlah air panas Teh Hijau special import from Cameron.kui3.  Erm, padahal teh uncang nie dah lama bersimpan. Addictednye aku dekat Nescafe mematikan niat aku untuk minum teh. Sudahlah Lina!

Tahukan kau, nikmat minum air panas sama macam nikmat korang minum air batu. Seriously! Jadi, kekal sihat dengan sentiasa minum air panas. da~

Nota: Buat air jangan manis. Apa guna minum air sihat, tapi kandungan gula masih banyak. Ceh!

Saturday, 6 October 2012

pepatah melayu

assalamualaikum..

tahukah anda..
NAK MENGEMBALIKAN MOOD UNTUK BELAJAR TIDAK SEMUDAH MELEPASKAN KENTUT DI DALAM BILIK!

notabawah: ah, mengarut kau lina!

Friday, 5 October 2012

.......

assalamualaikum..

hurm..
nak cakap sibuk sem ini, rasanya sibuk lah jugak..
sebab tengoklah dekat bawah nie, nak buang pun tak sempat..
nak hupdate lagi lah beribu-riban tak sempat..kha3x


ASLINER: ku menghargai kesibukan ku ini..hewhewhew

Tuesday, 18 September 2012

oh my ibu

assalamualaikum..

semalam. Jam menunjukkan ke arah pukul 4.30 petang. Ok, tepat pada masanya untuk aku bergerak ke Pagoh memandangkan kepulanganku ke UTM bersama rakan(menumpang).

Tapi sebelum pergi. Aku kucup tangan dan pipi kedua ibu bapaku dan juga abangku. Sebak. Tapi apakan daya, nama pun cuti hari minggu kan. Dah cukup 4 hari kene baliklah kan. Hihi.

Tetapi sempat ku katakan pada ibuku. "ibu,jage diri tau". Ibu ku diam membisu. "Ibu dengar tak?, jage diri k".  Ibu aku angguk tanda paham. Tetapi sebenarnya aku tahu ibu berat melepaskan aku. Menangis dalam hati orang kata. Orang lain tak tahu, tapi bukan aku. Aku tahu ibu sedeh.

Apakan daya. Sekembalinya aku ke UTM untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pelajar.

Selamat Hari Malaysia rakan-rakan.~

do we look same? hihi

ASLINER: first update, one week after new semester begins.

Sunday, 19 August 2012

ketupat cicah kicap masin

bismillahirahmanirahim...
assalamualaikum..

di malam raya yang pertama nie..
saya nak ucapkan..

SALAM AIDILFITRI buat semua sahabat2..
minta ampun dan maaf jika sepanjang berblog ada terkasar bahasa..
atau sepanjang kita berkawan (secara nyata) saya ada berlaku kasar..
maaf zahir dan batin..

tahun ini..
saya tidak terasa sangat nak beraya..
mungkin faktor umur..eceh!

ntah ek..
tidak pasti..
persiapan pun saat2 akhir..
itupun tak lengkap..

tapi alhamdulillah..
masih cukup makan pakainya..

tadi, singgah ke hospital BP sebentar..
ziarah makcik yang berada di wad..
sebab jatuh dekat bilik air..

sebak rasa..
lagi menambahkan rasa sayu menyambut aidilfitri kali ini..
sungguh..
(-__-)

ASLINER: salam aidilfitri kawan-kawan..sambil beraya sambil ingat nasib saudara-saudara seislam kita yang kurang bernasib baik di luar sana.

Saturday, 4 August 2012

tabiat abang aku

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

tabiat abang saya yang sorang nie..
kalau dia balik rumah ketika hujung minggu..
tetapi kami berdua adik perempuan tak balik rumah..

pasti akan sampai satu message berbunyi begini..

*sempena bulan puasa*

message dari abang-waktu berbuka 
"bestnye dapat berbuka dgn ibu dan ayah..jgn jeles ye lina n shima..ahahahahah :p"

message dari abang-waktu sahur
"atoyai..kenyang nyer sahur kt umah..mcm2 lauk ngn juadah ade..sampai x larat nk bgn dari meja mkn..ahahahaha..jgn jeles lina shima.."

sabar jelah kan..
tapi ape2pun..

happy to have those kind of word while they still exist in this world..
appreciate it..
sayang balong dan keluarga..=)

the day of his graduation

monolog ASLINER: dalam kehidupan perlukan pengorbanan..ya, aku sedang melakukan pengorbanan itu.




Saturday, 28 July 2012

misteri bertongkat dua

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

hari tue aku port baik je motorsikalku dalam keadaan bertongkat satu..

tetapi, selepas balik terawih dari surau kolej..
tiba-tiba aku lihat motorsikalku sudah berada dalam keadaan bertongkat dua..

agak musykil dekat situ..
sungguh aku musykil..

sampaikan aku nak gi toilet ke..
nak gi basuh tangan(sebab rasa tek bersih) ke...
or nak gi basuh pinggan ke..
pasti aku lihat balik moto tue dengan seribu kehairanan dan kemusykilan...

hiasa semata-mata
ihsan google




monolog: erm..mungkin ada orang yang baik hatinya nak sedekahkan tenaga untuk double-stand kan moto aku time bulan puase nie kot..=)

Wednesday, 11 July 2012

radio rosak

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

aku bangun pagi..
nak pergi kerja..

sampai sana..
rasa happy sebab banyak kerja..

tetapi ada satu perkara yang membuatkan aku rasa tidak happy..

iaitu, dalam keserabutan..
radio berkumandang..

alunan lagu asal ditukarkan liriknya..
dan mengarut tahap dewa..

dengar suara mereka yang nyanyi lagi rasa sakit telinga aku..

notapedas: dah takde idea ke?

Sunday, 8 July 2012

alahai abang..

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

dalam pukul 8malam..
aku sampai skudai..

tahan teksi sebab nak 'tumpang' pergi skudai..

mula-mula senyap.diam seribu bahasa. tetapi radio kuat yang amat.

tetapi dalam beberapa minit lepas tue..
radio dislowkan..
dan abang teksi start buka bicara..

"awak ambil master ke?"

"eh, tak lah. degree"

"bukan budak2 degree tengah cuti ke?"

"haah, saya datang sini ada keje sikit"

"ooo.."

dipendekkan cerita..

ah, ak cakap ringkas ja..
abang teksi tue canang yang mereka2 ada buat meeting(mungkin betul)..
nak samakan rate harga untuk pelajar UTM yang teksi dalam ambil..

dicanangnye lagi bahawa mereka2 sebenarnye memahami perasaan para pelajar yang dikenakan tambang mahal oleh pemandu teksi..
kerana katanya mungkin perkara-perkara sebegini ada juga berlaku pada anak-anak mereka atau mungkin adik beradik mereka..
ape perasaan mereka apabila dikenakan tambang yang mahal..kan?

dipendekkan cerita..

"bang berapa ek?"

"rm15"

monolog sendiri: "ok, tadi canang kate nak samakan rate n tidak mengenakan tambang yang terlalu tinggi pada pelajar. at last, kau kenekan aku jugak. sebelum ni aku naik teksi dari tempat yang sama ke utm dan seterusnya ke kolej aku. tapi saya kene rm13 je bang! sekarang rm15?

apa macam?

tidak mahu memanjangkan cerita. lalu ak monolg lagi : takpe, rm2 aku sedekah.

lalu aku keluar dan berdoa supaya aku ada rezeki lebih untuk bawa kereta sendiri. EH?


tamat~


Monday, 25 June 2012

today is monday

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

hari ini adalah first day aku kerja balik..
setelah 2 minggu aku cuti dari buat part time..
2 minggu tue sebab aku ada exam..

dan first time setelah dah lama tak keje ini lah..
aku benar-benar merasai bagaimana sakit pinggang..

(-_-)

ASLINER: aku dah start cuti 2 bulan woo..=)



Saturday, 16 June 2012

aku letih

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

aku letih..
menasihati kamu jangan tidur lambat..

aku letih
berkali-kali kata padamu..
jangan tidur lambat..

aku letih..
memberitahu tidur lambat badan jadi letih..

ya..
aku letih menasihatimu berkali-kali..

kerana ternyata..
kau masih tidak berubah..


ASLINER: sigh..(-_____-")


Thursday, 14 June 2012

SOLAT

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

tadi dengar khutbah jumaat..
dan ini yang dinyatakan..

Solat yang hakiki dapat mencegah kite daripada melakukan kemungkaran..
solat yang hakiki ialah solat yang khusyuk..

6 Tips yang dikemukakan Imam Ghazali untuk mendapatkan solat yang khusyuk:


1) Pastikan rezeki yang kita dapat adalah daripada sumber yang halal
2) Mendirikan solat seolah-olah waktu kematian kita adalah hari esok
3) Menunaikan solat di awal waktu
4) Mengetahui, memahami dan mengerti ayat-ayat al-Quran yang dibaca ketika  menunaikan solat
5) Hendaklah memastikan wuduk yang diambil adalah sempurna dan pakaian yang digunakan ketika solat adalah bersih
6) Memiliki sifat malu sekiranya solat yang dilakukan tidak sempurna


ASLINER: hari ini kite exam, doakan ye..=)

Tuesday, 12 June 2012

satu perkara yang aku tak paham mengenai mereka dan mereka..

salam..

amboi..
tajuk kemain berjela..haha

sampai sekarang..
aku buntu memikirkan rakan-rakan aku dan rakan-rakan kepada rakan aku..(eh, banyak pulak rakan)
yang bila masuk study week je..
mesti MAKAN SEKALI SAHAJA UNTUK SEHARI..


tak lapar ke mereka? (-________-")

yang obviousnya..
it happens only in study week..
hari lain biasa ja..

ye, sampai sekarang aku sangat curious..
sampaikan cari dalam kamus dewan pun aku tak jumpa pun sebabnya kot..
kha3x

ASLINER: aku rasa bersalah pada diri kalau tak makan 2x sehari..hehe

Thursday, 7 June 2012

oat dan rakannya

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

orang kata aku pelik..
sebab masakan boleh makan OAT dengan..


OAT+TEH
OAT+SUSU
OAT+KOPI
OAT+NESCAFE
OAT+TEH O
OAT+TEH HALIA
OAT+KOPI NANAS
OAT+HORLICK..

erm..
tapi nak wat macam mana..
saya boleh je masuk oat dengan semua air..
asalkan bukan oat dengan air kosong..
itu daku memang tak mampu nak minum...huhu

ASLINER: inherit it from my mom..flexible..=)


Friday, 1 June 2012

oh my english!

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

sem ini..
aku TERsangat tension dengan kelas BI..
subjek ADVANCE BI (UHB 2422)

bukan tak suka kelasnya sebab kene cakap bi or what so ever..
tapi tension sebab groupmate daku yang memang terlebih advance..
terlebih advance dalam group work..
bahasa advance aku tak kisah..
tapi kalau dah terlebih advance sampaikan yang belum di ajar oleh lecturer pun nak buat sendiri..
aku rasa itu sangat annoying kot..
ya..annoyed
wh
apepun..
i'm glad that english class officially finished yesterday..hehe


yeah, we did it!
petunjuk: selepas presentation BI




ASLINER: but i still love to learn english (^_^)

Tuesday, 22 May 2012

kaitan nervous dengan rambut

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

ada orang..
once he/she stands in front of audience..
he/she can speak well automatically..
it seems like no nervous at all..

but..
when it comes to my turn..
and i try to speak..
but then..
rasa macam "cis, i'm totally loser!
nervous..
my word mixed up at sudden..


sometimes, it can be seen obviously..
my hand is shaking..
n my little note suddenly not at my hand anymore..
maksudnye nota tue jatuh! haha
tapi tue sebab tak prepare langsung..LOL!

tolong bagi tips! (^_^)

ASLINER: diri akan gigil bile present tanpa prepare..kalau last minit prepare..kurang gigil..kalau betul2 prepare...mungkin dapat present dengan baik..hurm..

p/s: ok, tajuk lari..haha



Thursday, 17 May 2012

yang pelik..

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

fuh..fuh..!
pergi habuk..
maklumlah..
dah lama tak update..(-_-)

yang aku rasa pelik hari ini ialah..

masa aku basuh baju..
tetiba mulut TERnyanyi..
"selamat pengantin baru..
semoga kekal abadi..
bahgia ke anak cucu...
semoga murah rezeki.."


haish..
kenapakah?
musykil..(-_-")

ASLINER: barangkali musim orang kawin..

Wednesday, 2 May 2012

dia dan tatunya

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

cerita nie cerita minggu lepas tak salah saya..

hari tue saya dan rakan2 saya..(wah, formal gitue)
pergi jusco..
niat mahu menghabiskan BB1M..

busy sangat ke sampai akhir-akhir tarikh tamat baru nak gi..haha

di pendekkan cerita..
pergi Hinode Shop..
nk beli hadiah untuk rakan..

kelihatan 3 orang remaja..
eh tak, dah dewasa sikit..
dalam 25 keatas rasanya..

tetapi yang menarik diri untuk lihat dia ialah disebabkan tatunya..
tatunya berada di seluruh badan ok..
giler 'tak gempaq' kan..haha
ganas..ganas..

dari leher..
sampai kaki..

lihat sekali..
persis seorang melayu..
tetapi rakan di sebelahnya adalah amoi..

erm..
sempat berfikir kejap..
monolog "melayu ke?"

pastu datang lagi seroang perempuan(rakannya)..
gaya macam perempuan melayu..
tetapi biasalah..
pemakaian bandar..

tetiba lelaki tue bercakap..
but he does not speak in english while talking with that amoi..
gaya bahasa  pun macam buat2 tak reti cakap bahasa melayu..
i wonder y..

lalu dengan tidak mahu menambahkan lagi 'dosa' bermonolog..
aku beredar dari situ..
dengan harapan..
aku berlalu sambil mendoakan supaya lelaki itu diberi petunjuk dan hidayah JIKA DIA ADALAH SEORANG MUSLIM..

ihsan google


p/s: i hope the man with tatoo is not muslim..

nota hati: risau nak jalan-jalan dekat mall sorang-sorang

Thursday, 26 April 2012

macam tak suka lah pulak

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

aku rasa macam tak bestlah pulak bile web blogger tuka format..
pening aku nak cari kat mana komen..

siyes..
aku tak suke pembaharuan ini..
oh my!


Monday, 23 April 2012

troublemaker

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum...

pagi semalam berniaga..
untuk kumpul dana buat GOP kami..
petang pulak keje..
penat..

balik keje..
masuk bilik
aku cakap "asal bilik aku bersepah nie?"
cermin muke telongkop..
barang bersepah..

aku tengok bungkusan nasi atas katil dah terbuka dan bersepah-sepah..
rupanye POKCIK MONYET masuk..
demm!
dugaan..dugaan..


gambar hiasan

ASLINER: tak nak kawan lagi dengan POKCIK MONYET..(erk?)

p/s: tahukan monyet..aku tak makan lunch lagi..tapi kau dah rembat dulu pulak.
sadis..haha (-____")

Saturday, 21 April 2012

cuti-cuti malaysia: PART 1

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

siapa yang undergraduate student..
mesti anda dah manjalani cuti seminggu anda dengan happynya kan?
eceh..ayat skema kau.

erm..
sama juga saya..hihi

seminggu cuti tue memang dimanfaatkan sepenuhnya untuk bercuti..
(bukan di manfaatkan buat assignment eh? haha!)

kami gerak sabtu pagi..
pagi2 kau..

erm, untuk pengetahuan korang..
ayah aku memang suke gerak pagi2..
cume nasib baik bukan pagi2 buta..
kalau ayah kata kul 8..
kul 8 lah dah siap..
kalau tak kene mumbles..hehe

erm..
kalau dikalangan kami adik beradik ada yang suka bangun lambat..
memang 'menangis' la nak kene bangun awal pagi..
nak2 kalau pagi tue ade match bola..hihi

di pendekkan cerita..
hari sabtu tue..
kami teros menuju laju-laju ke KLCC..

sebab ada pameran makanan halal..
at first..
kami adik beradik macam..
"aduhai, kenapa pulak nak gi pameran makanan pulak nie"-something like that la..

tapi bile dah sana..
heavan lah jugak kan..
sebab boleh rasa semua makanan yang ada kat sana..hihi

jumpe chef ismail.

abang aku 'say goood' dapat makanan percume..hihi


ok, tuan rumah mestilah ambil gambar juga..(^_^)

ramai giler orang..
sebab banyak U hantar student sebagai wakil untuk meramaikan..

abang aku jumpe pakcik nie yang sedang seronok menarik teh tarik..
jadi aku datang bawak kamera untuk tangkap gambar..
lihat, muka dengan bangga senyum tue..


lepas dah bangga senyum..
pakcik nie buat aksi kat belakang pulak..
sebab dia tahu orang sedang tengok dan rakam gambarnye..
yang pasti, semua gelak lihat gelagat dia..haha

abang nie prepare nak masak daging lembu untuk tester..
masa kami datang..
dia baru nak prepare..
jadi jalan kat gerai-gerai lain dulu..
bile lalu balik booth abang nie..
dan makanan dah siap..
ape lagi..grab satu atau 2 cucuk memang menjadi kewajipan kami..hihi

yang lucunya..
kami sekeluarga sangat teruja makan makanan tester..
haip, tapi bukan stakat rasa tester je..
kalau berkenan, ibu kite beli..hihi

then, dekat sana jugak aku rasa daging kerbau pangang..masyuk!

ASLINER: masa pameran tue..macam-macam air aku rasa, lepas kopi super power, white kopi pulak..pastue teh tarik..then ke nescafe pulak..ke coffee balik..last2 ting tong kepala..LOL!

Thursday, 19 April 2012

terima je lah

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

ok..
minggu nie penatnye..
tak sempat nak update blog..
maaf ye blog..huu (-_-)

ASLINER: lagi sedih sebab ade ujian lain..(T_T)

Friday, 13 April 2012

tahukah anda?

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

tahukah anda..
tahap kemalasan diri untuk sentiasa 'membersihkan'..

bahan ade dah..
idea pun ade..
tapi itulah..
kesempatan yang ada hanya 5 minit je..(-__-)

ASLINER: malas berblog takpe. jangan malas belajar..hihi

Wednesday, 4 April 2012

kisah lucu ke? PART 1

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

nak di jadikan cerita..

sedang makan berjemaah..
ada segerombolan binatang nie berkerumun dekat lampu..

aku pun start cakap..
eh, kenape binatang tue kerumun kat lampu?

nak cakap tadi hujan, tak kot..
pagi tadi ada lah..

aku: eh, korang panggil binatang tue ape?

semua jawab "kekatu"


aku: owh, eh? kenapa kita panggil klakatu ek?

SEMUA GELAK GOLEK2 punya..

rakan 1: itulah, tadi kite dengar lina cakap klakatu..

semua rakan gelak tergolek2 lagi..

aku: tapi kan, kalau kite cakap kat rumah. takde sape pun tegur..

rakan 1/2/3/4: erm, entah2 semua kat dalam rumah tue cakap bende yang sama..

semua gelak tergolek2..

ok fine. (-_-")

ASLINER: aku rasa dari dulu kot aku dok sebut kekatu sebagai klakatu..haha


Saturday, 31 March 2012

insiden ditampar

bismillahirahmanirahimm..
assalamualaikum..

semalam petang aku tengok match handball budak-budak sekolah menengah..
oke, kalau ada di antara pembaca yang nak cakap 'ape kes tengok budak2 kecik main handball'
i will definitely sue you..hehe!
mereka main sangat sangat sangat bagus okes..
kalah orang macam aku..(erk)
actually, dalam bnyak-banyak sukan, sukan handball lah yang aku tak pernah main..haha

mksudnye..
kalau aku lihat dari gaya permainan dyeorang..
dah macam professional kot..
perhaps, their training is everyday..
yang mana skill mereka akan di improve setiap hari..

tapi bukan tue semua yang aku nak cakap..
aku just nak sampaikan perasaan 'keterkejutkan beruk' melihat insiden yang amat menyakitkan dan menyentuh naluri perempuan aku..eceh..

sedang syok aku dan rakan-rakan tengok match..
tiba-tiba ada seorang 'mamat' yang merangkap cikgu nie MENAMPAR seorang pelajar perempuan tingkatan 1(if i not mistaken)..
gara-gara tak perform seperti apa yang 'mamat' tue expect..


wahai cikgu..
budak perempuan itu sangat naive kot..
senangnya hang tampar just because of the handball match?
semata-mata????????
sungguh aku sangat kecewa dengan insiden itu..(T_T)

kesian aku lihat budak perempuan tue dok tahan nangis, malu dan sakit..(-_-)

p/s: adik, bersabar ye dengan karenah cikgu adik yang pada hemat akak seorang yang panas baran tue..

ASLINER: yes, i did blame that teachers 100%. fullstop




Friday, 30 March 2012

biskut mari campur barli

bismillahirahmanirahim...
assalamualaikum..

pagi-pagi beli buluh..
pagi nie hujan woo..

pergi Jusco beli baju..
pagi ini sangat sejuk..

main kompang dalam bilik..
weyh, jom tidur balik..

rumah batu pun boleh roboh..
haip, tak elok tidur lepas subuh!

ASLINER: tolonglah kembalikan idea2 aku..(-____-")

Sunday, 25 March 2012

pengalaman di litar sepang..menakjubkan!

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

aku tahu..
petang tadi ada F1..

sepanjang pengalaman aku dekat litar sepang..
uiiii..
bising gila..(semestinya lah kan)

dari litar sepang juga aku telah menyaksikan satu insiden
aku cuak bila sebastian vettel nye tayar pecah..
cuaks!
aku takut die terbabas..
but i noe he is professional racer..not like me. HAHA!
and for sure..
ekoran daripada kejadian itu..
dia terkebelakang..
no 12 tak silap aku..

jenson button jangan kata..
baru lap ke berapa..
tetapi dah 4 kali die stop..
so that, he only can stay at no 14..
ok lah tue daripada no 20 masa permualaan..

but at last..
this guy won..

fernando alonso


2nd place
sergio perez


and lewis hamilton for sure..hewhewhew

n you know what, i hope this guy can be the winner..
tapi no luck at all..(-__-)

maaflah, gambar2 aku dan keluarga yang berada di litar F1 sepang tak dapat nak di kongsikan..
sebab aku tengok F1 dekat depan tb ja..HEHE!

ASLINER: eh, tadi aku je yang duduk depan tb tgk F1..bukan dengan family..hehe

p/s: baru aku tahu setiap kali F1, kene buat 56 lap sebelum sampai ke garisan penamat.

Saturday, 17 March 2012

how can i manage people if i can't even manage myself?

bismillahirohmanirohim..
assalamualaikum..

dan sebulan aku naik sem yang baru..
tetapi pengurusan aku masih tak betul..
haisk!

mksud 'pengurusan aku massih tak betul' tue bukan lah yang ini..
pergi kelas tak mandi..
pergi kelas baju tidak bergosok..
pergi kelas tanpa pakai kasut yang proper..

tetapi pengurusan tentang 6 subjek yang aku ambik untuk sem 4 ini..
kebiasaannya, aku akan asingkan kertas(tespad) untuk setiap subjek..
tetapi sem 4 ini kelihatannya aku agak lembap lambat okeh..
sampai kan satu buku planner hampir setiap subjek aku campur adukkan..
kecuali subjek statistik aku dah sediakan satu buku..hewhewhew
teruks sungguh aku..

sigh (-__-)

ASLINER: haip! jangan mengeluh! (-_-")





Sunday, 11 March 2012

doakan please!

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

anda semua..
tolong doakan match MU menang..

eh..
silap2..hehe!
tolong doakan match volley ball saya petang nie menang..
harap2 ada rezeki..

monolog: kalau member2 vollers aku main2 dalam gelanggang..memang aku sebat sorang2..LOL!

ASLINER: hope dapat masuk final..hewhewhew

p/s: volley ball adalah cinta pertama aku..kui3

Wednesday, 7 March 2012

Manis tak?

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

tajuk atas...
terjemahan dalam English..
'sweet tak?'

Abglong: na, bila balik rumah?

saya: erm, ntah ek. Minggu depan tak boleh, ada program.

*senyap untuk 20minit daripada berbincang topik balik*

Abglong: na, bile lagi balik rumah?

saya: Long balik lagi bile?

*eh, aku pulak yang tanya balik..haha!*

Abglong: washer machine dah sampai.

sesungguhnya hiasan semata-mata

saya: eh? *muka happy*

Abgngah: Ibu kata jangan guna mesin basuh tue dulu. Tunggu lina balik.

hambik..
sungguh aku tak sangka..
mereka gigih untuk tunaikan permintaan aku yang gediks nak rasmikan mesin basuh baru itu..hewhewhew..

sweet kan?
sayang lebih lah korang..hihi (^_^)

long,ngah,ibu..
tunggu wa balik lagi 2 minggu eh (-_-)

terpaksalah den balik lagi 2 minggu..
ada 2 program menanti..(-_0)

ASLINER: tahukah anda, hampir setahun kami tiada mesin basuh di rumah. mesin basuh sebelum nie dah letak luar rumah oleh kerana keuzurannya yang sebelum ini tidak mampu untuk memspin. Ayah tak suka lihat barang yang terlalu banyak di dalam rumah, makanya di luar lah tempat mesin basuh lama tue. Agak gigih tak kami basuh baju rasa2 anda..hihi

Friday, 2 March 2012

kuih bulan cicah kopi

bismillahirahmanirahi..
assalamualaikum..

pergi kedai RM2 untuk beli kuaci..
masa aku taip nie aku sedang makan roti..hehe!

ASLINER: happy lihat rakan masih aktif berblogging..nnti kite topap2 ok..hewhewhew


Saturday, 25 February 2012

kesihatan: tahan kencing

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

nah!
nak bagi sedikit tentang info kesihatan..
siapa yang suka tahan buang air kecil tue..
silalah ambik perhatian!

keburukan bagi mereka yang suka TAHAN buang air kecil:

  • akan menghidap INKOTINENS Yang boleh menyebabkan penghidap hilang kawalan untuk menahan kencing. Gejala inkotinens ialah 1) kencing boleh terkeluar sebelum sempat sampai ke tandas. 2) penghidap akan berasa tidak puas hati membuang air kecil. 3) pengaliran air kencing akan berasa lemah.
  • orang yang suka menahan kencing tidak akan mampu menahan kencing daripada terkeluar sendiri terutama ketika batuk, bersin, meneran.
  • air kencing yang tidak di keluarkan disebabkan suka menahan boleh menyebabkan peningkatan kadar jangkitan pada saluran kencing.
air kencing kan sesuatu yang kotor dalam bentuk cairan..
kalau tidak buangnye, kekotoran itu akan berkumpul kalau tidak dikeluarkan..

dekat atas ini hanya serba sedikit info..
nak baca lebih lanjut..

dan ingat ye..
kalau kekerapan korang pergi ke tandas untuk buang air kecil adalah 5 hingga 6 kali dalam sehari..
ia adalah sesuatu yang NORMAL!

melainkan kalau korang dah pergi ke tandas melebihi 8 kali sehari..
itu sumpah tak tipu yang ia sesuatu yang TIDAK NORMAL!
sila berjumpa dengan doktor kesihatan anda..

info tambahan:
warna air kencing anda boleh membongkarkan segala-galanya tentang anda samada anda PENCINTA AIR atau sebaliknya..haha

ASLINER: i used to have that habit before..tapi sekarang sedang berubah..KITA MAMPU MENGUBAHNYA! eceh..=P


Friday, 24 February 2012

kenaikan yang hilang (eh?)

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

tahukah anda..
bile dah naik and masuk balik U..
saya kekurangan idea untuk di sampaikan..
ke saya nie pemalu orangnya (eh? ada kaitan?) ok,PANG!

kalau dekat rumah, ada aja yang nak mengarut..
tapi itulah, akan ku gigihkan diri untuk mencari idea..

sekian~

Wednesday, 22 February 2012

kuaci

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..


akak dalam bahasa inggeris is sister..
pergi jusco, mesti ada rakan beli cool blog..
kalau dah namanya naik semester..
maaflah kalau jarang berblog..


ASLINER: tajuk tak sama dengan content..haha!

Friday, 17 February 2012

ia 'rakus' dan aku terasa..haha

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

perkara yang aku tak suke bile aku jumpe doktor PAKAR gigi ialah..
doktor itu akan menggunakan kepakarannya dalam handle gigi pesakit dengan rakusnya..
anda tahu rakus?
ganas okeh?


kulit bibir aku ada mengalami mslh kekeringan sedikit..
tapi masa hari khamis jumpe doktor gigi..
masalah itu tidak pun yang timbul..
kerana doktor baru itu handle my teeth with care..
tarik2 bibir aku pun dengan sopan je kan..
sebab nak masukkan besi kedalam mulut untuk dapatkan acuan retainer aku..
sebab retainer lama aku patah dua..hehe
itu yang nak buat baru dengan ambil acuan semula


-retainer-
ihsan google



keesokkan harinya.
aku kene jumpe doktor pakar pulak..
tapi doktor pakar gigi tadi..
ouch!
berdarah kau aku nye bibir..
geseran tangannya yang pakai glove dengan bibir aku sangat-sangat kuat..
aku sendiri rasa pedih..
aku tak leh nak buat ape lah kan..
aku pesakit..
die doktor..
aku redha..(-__-) haha

tapi nasib baik doktor pakar tue comel..
and aku admire sangat die..hewhewhew..
nama die pun sedap..
Doc Ummu Iman..
boleh ambik nama nie untuk nama anak nie..lalalalala~

sekian~

p/s: aku mengatasi masalah kekeringan dengan guna vasaline..dan madu!

Thursday, 16 February 2012

pantuns

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

siang pergi ke warong pak saat
makan nasi lemak di pagi hari..
hari ini khamis, esok dah jumaat..
maaflah, hari ini belum ada cerita untuk di kongsi
(eh, lain pulak bunyi..haha)

semalam makan berkotak-kotak kismis..
sedap hingga menjilat-jilat jari..
hari ini jumaat, semalam khamis..
esok(hari ini) ada appointment dengan doktor gigi weyh!
(lain bonar dah lirik..(-__-")


p/s: sedang lapar masa type post nie..(-_-')

Tuesday, 14 February 2012

kisah perempuan

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..


"PEREMPUAN..
di ciptakan dari tulang rusuk lelaki..
dekat dengan hati untuk di sayangi..
dekat dengan akal untuk di fikiri..
dekat dengan tangan untuk di lidungi"


ASLINER: alhamdulillah, aku seorang perempuan! Ada orang yang sayang, orang yang selalu fikirkan aku dan orang yang akan lindungi aku..hehe

p/s: post untuk lepas syarat..hewhewhew

Monday, 13 February 2012

pada firasat aku..

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

tadi makan malam..
aku makanlah dengan ayah dan ibu aku..

lepas tue ayah aku tetibe masuk topik..

"lina nie dulu time kecik2 kememe(kuat menangis+merengek)"

aku senyum..
sambil mengiyakan kenyataan ayah aku..

sebab dulu-dulu..
ada lah jugak aku belek gambar aku masa kanak-kanak yang berbekalkan wajah suci itu..hehe

dan banyaklah jugak aku lihat muka kememe aku..
sampaikan gambar dekat dalam pasport aku pun muka macam hidup segan mati tak mahu, tahu?

tapi itulah..
pada firasat aku..
manusia yang masa zaman kanak-kanaknya kuat kememe..
dah besar menjadi seorang yang kuat..
dan jugak pemalu(eh,ade ke?)..

eh, aku gurau je..
itu hentam punya firasat..haha


Saturday, 11 February 2012

kisah mcD

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

aku rasa..
dah nak dekat setahun lebih aku boikot mcD tue..

semalam keluar dengan rakan..
dan dia offer..

DIA: weyh, jap agi gi mcD eh. Aku belanja kau

AKU: *pandang slek mcD dulu*. weyh, aku boikot mcD lah.

DIA: eh, kau masih boikot lagi eh? dari dulu lagi kan?

AKU: haah.

rakan aku senyap..

AKU: eh, jap2. hari tue kat UTM aku order burger ape ek?

DIA: hah! mcD kot..

AKU: jap2..hari tue aku kat kolej. dalam kul 3pagi lebih aku ngan dak2 nie lapar. Aku mintak delivery burger. Burger ape ek aku beli hari tue?

aku fikir-fikir-dan fikir..
aku rasa hari tue aku TERorder burger mcD kot..haha

last..last, masuk mcD
dalam mcD..

AKU: aku nak McChicken burger. Kau belanja kan..hehehehe

ASLINER: aduyai..lepas nie aku boikot balik eh! *berbaloi ke?* wahahaha.
ade ceq kisah (-__-")






Thursday, 9 February 2012

pegumuman penting!

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

ingat tak entri ini?

hari tue saye salah bagi information..
bagi sesiapa yang nak renew IC..
8/2/2012 dah boleh renew..
bukan 18/2/2012..
di ulang..BUKAN 18/2/2012

ini untuk cawangan johor rasanya..
sesiapa yang rasa nak tukar muka budak hingusan ke muka yang lebih matang dan cun..
sila lah merajinkan diri untuk hadir ke JPN di tempat masing-masing bermula hari semalam..

ASLINER: ui...tak sabar benor diri nak tuka IC baru..hehe

Monday, 6 February 2012

my new blackberry!

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

inilah blackberry saya!

my BB

okeh!
sudah-sudah..
ini hanya TIPU SEMATA-MATA..

saya takdak BB pun..hihi

cume teringat kembali conversation between my brother and me

abang: na, belilah BB..

saya: huh? nak buat ape?

abang: yelah, banyak aplikasi..

muka saya dah macam tak puas hati dan macam nak tanya balik "dah kenape tanye?!"

abang: ha ah..betul jugak, lina bukan ade kepentingan apa pun kalau guna BB..(somesort like that la bunyinya)

saya: tahu takpe, tempe boleh jugak

saya hanya ada email, fs(terminated), dan blog..
saya takde fasebooook..
twitter jauh sekali..

tapi tahukah anda,
'aku' macam berminat nak buat twitter pulak sejak akhir-akhir ini..haha
tapi tak kot..(-___-")

ASLINER: maaf kawan saya tipu..hewhewhew (^_^)

Saturday, 4 February 2012

Kita sayang Rasulullah S.A.W

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

seperti yang diketahui..
esok merupakan hari sambutan Maulidur Rasul..
sempena memperingati hari kelahiran nabi junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W..

jika kita yang berdekatan dengan masjid..
rajinkan diri untuk menghadirkan diri untuk mendegar ceramah agama..

jika tidak berkesempatan..
mari berselawat banyak-banyak Rasulullah s.a.w

"Sesiapa yang berselawat keatas ku 1 kali, Allah akan berselawat sebanyak 10 kali keatasnya"


kita mengenali Rasulullah..
tanda kita menyayangi Rasulullah s.a.w ialah dengan mengikuti semua sunnahnya.

p/s: mari praktikkan sunnah rasulullah s.a.w dalam kehidupan seharian kita..=)

Friday, 3 February 2012

doakan kesihatan aku

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

menggagahkan diri untuk taip sedikit kata-kata..

"doakan aku semoga cepat sembuh dari demam selesema ini"

ku doakan kalian semoga berada dalam keadaan yang sihat-sihat belaka..
amin. (^_^)

asliner: sakit sebagai kifarah dosaku..


Wednesday, 1 February 2012

wordless wednesday @ 7 - tabiat aku


p/s: but sometimes can be up to 15 tabs in one time..haha!

Monday, 30 January 2012

12.40 malam

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

dah 12.40..
aku nak tidur..
tapi dari tadi bunyi firework tah henti-henti..

aku nak tidur weyh!
tolonglah!


Sunday, 29 January 2012

2KM for 3000 calories burn?

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

pagi nie..
akhirnya..
bergerak jugak otot-otot setelah hampir sebulan lebih do heavy exercise..

pagi tadi, aku dan ayah cycling..
i think almost to 2.5KM..
not sure about it..
tak bawak pulak aku pembaris masa cycling..hehe

yang tercabarnya..
ayah aku boleh pulak cycling lalu bypass(like highway) cuma satu highway tue dibahagi dengan 8 traffic light(i think so)..
tak macam angin lintang pukang mengiringi pulakkan..haha

berbasikalkan basikal yang agak lembik tayarnya mendorong aku untuk cakap dengan ayah aku

aku: ayah, basikal nie lembikla..(-__-)

ayah: ayah dah pam tadi..

memang aku nampak ayah aku dah pam..
tapi macam tak pam..
sengaja atau bagaimana (?) haha

tak kisah pun..
at least, berpeluh jugak untuk minggu nie..=)


Saturday, 28 January 2012

18/2-PART 1

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

empat hari lepas..
aku pergi JPN-Jabatan Pendaftaran Negara..

nak buat IC baru..
sebab dari darjah 6 tidak tukar kan..
sebab ingat nak perbaharui IC masa lepas SPM..
sebab ingat nak extend sikitlah, perbaharui masa umur 21 tahun..
eh, banyak pulak sebab (-__-")

disebabkan 14/12 lepas aku dah sampai umur 21 tahun..
itu yang pergi JPN nak buat IC baru..hihi

sampai di sana
aku hulur IC..

akak: awak nak renew IC ke? 18/2 nie IC baru dan baik punya(tipu) baru boleh start buat

aku: owh, maknanya kalau saya nak renew 18/2 nanti boleh lah eh, tak payah renew sekarang?

akak: haah, boleh.

aku: ok kak..(senyum)

aduss..
tak boleh renew lagi..
tapi bila fikir balik..
nasib baik aku tak renew time umur 18 tahun dulu..
kalau tak kene renew lagi sekali..LOL!

tapi, kalau kawan aku ada kata "eh lina, muke kau dalam IC comellah"
ok diam..
aku tahu, muka dalam IC masa umur 12 tahun masih hingusan..

hahahaha.


ASLINER: 18/2/2012 nie da boleh mohon IC yang baru tue..jangan lupe ye! (^_^)

p/s: 1/1/2012 hanya valid dekat Putrajaya je.

Thursday, 26 January 2012

lada membawa pijau

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

tajuk post kali ini macam tak kene pulak..
nak nak perkataan 'membawa' tue..haha!

tadi tengahari..
aku nak masak..
dan berniat untuk guna lada merah dan lada hijau untuk di penyek lenyekkan dengan menggunakan batu lesung..

lepas tue..
basuh lada..
potong-potong basuh lagi..
tangan kene air lagi..
kau main-main lada dengan air..
tak macam kene pijau pulak tangannya nanti..

*pijau bermaksud tangan kau panas

dah asyik potong berulamkan air..
tiba-tiba aku teringat petua orang-orang tua dulu..

"kalau taknak tangan pijau masa potong lada, kita kene cakap 'aku pinam tangan kau ye nak potong lada nie"

uish..
macam seram je petua tue kan..
nak tak nak, aku try jugaklah..

aku: aku pinjam tangan ye nak potong lada nie..

ya, alhamdulillah tangan aku tak pijau walaupun bermain-main lada dengan air..
kebetulan barangkali, waallahualam..
aku tak tahu pulak tangan sapa yang pijau kalau tangan aku tak pijau..LOL!

ok, pastu hidung aku start sot..sot..
dengan berbekalkan tangan yang ada, aku hembuslah kan..

berkali-kali jugak aku buat..
tepi lepas tue hidung aku start panas..
pijau barangkali sebab guna tangan yang aku bermain-main ngan lada..

dalam hati aku cakap..
ala, asal aku tak cakap "pijam hidung ye, aku nak hembus guna tangan yang potong lada nie"
aduhai~


Wednesday, 25 January 2012

malam-malam

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

tadi, ayah aku kata..

ayah: lina, keluarkan baju..ayah nak sidai?

*kebingungan*

ayah: ayah nak pergi tengok reban ayam kejap, lepas tue nak sidai baju. Nanti takdelah kelam kabut pagi-pagi.

*aku diam, tanda memahami*

ayah nak keluar gi belakang rumah nak tengok reban ayam..
aku apa lagi, ambik peluang itu untuk bermanja-manja dengan kucing dekat luar..
play with mummy and the babies..hik3
kononnya mahu temankan ayah sidai baju malam-malam (ceh lina!)

sedang syok aku main dengan kucing..
ayah aku datang..

ayah: na, tolong suluh ayam kat atas pokok..ayah nak tangkap nak masukkan ayam bEtina tue dalam reban.

*huh? ok, terkejut*

layankan..
tapi masa tue mulut aku dah terkumat-kamit baca ayat kursi..
lampu suluh yang aku pegang pun aku pegang dengan hati-hati..
takut aku suluh bende yang tak patut..haha!
(ceh lina, cabul betul mulut kau!)

but at last, ayah aku dapat tangkap lah ayam tue..
dengan berbantu kan 'tetangga' yang di pegang molek oleh aku..
akhirnya dapat jugak tangkap si bEtina tue..haha.


tamat~

Saturday, 21 January 2012

rain..rain..

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

akhir-akhir bulan 12..
bumi Malaysia sudah reda dengan hujan lebat..

erk, bumi Malaysia?
Johor je kot barangkali ..hehe

tetapi..
bulan satu nie..
hujan kembali menyinggah..
hujan rahmat..

tempat korang hujan tak?

p/s: aku tengok berita semalam, orang cina percaya tahun naga bawa hujan..kebetulan dengan cuaca sekarang yang kerap kali hujan..=)


Wednesday, 18 January 2012

hey..hey!

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

selamat sejahtera..
selamat 1 Malaysia..
ececeh..=)

hey..hey..
wa dah habis jawap exam..
dah habis jawab exam macam dah habis buat thesis kan? haha

sangat-sangat-sangat gumbira semalam dah habis segalanya untuk sem ini..hihi
tetapi tidak boleh suka sangat..
kene berhati-hati keadaan result aku jugak! (-___-)

berusaha sudah..
tawakal sudah..
tinggal nak tunggu redha dan bersyukur je..
hope, everything's fine..
ya, really hope for that!

guys, please pray for my success..=)

tamat~

p/s: esok naik bas sorang-sorang weyh, ada sesiapa yang nak temankan aku balik? hehe

Tuesday, 10 January 2012

kau mendengar, sebenarnya kau tidak memahami

bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum..

minggu lepas...
sedang aku duduk baca buku Kaunseling di Tempat Kerja..
sekali lalu aku baca kemahiran mendengar..



fakta, persekitaran kita penuh dengan maklumat, perbualan, interaksi sesama dan kebisingan. Menurut kajian, hanya 25% sahaja daripada segala bunyi yang didengar melalui pendengaran di daftarkan masuk dalam diri masing-masing

Maksud ayat di atas ialah, manusia sebenarnya tidak memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pendengaran!

Manusia yang normal menggunakan hampir keseluruhan masanya untuk mendengar berbanding melihat atau berfikir.

TETAPI, terdapat perbezaan antara mendengar dan pendengaran..
PENDENGARAN lebih kepada istilah mengingati apa yang telah di dengari TANPA memperoleh dan memahami maklumat yang di sampaikan.

Contoh. Awak boleh mengulangi kata-kata yang di sampaikan oleh saya berulang-ulang kali apabila di minta berbuat demikian. Tetapi bukan bermaksud awak boleh memahami maksud setiap perkataan yang saya katakan tadi. Awak gagal sebenarnya, kerana melalui PENDENGARAN, awak hanya boleh mengingatinya sahaja tanpa memahami maksudnya.

itu sahaja faktanya..

ASLINER: lepas nie, tanya balik pada rakan kalian semula mengenai apa yang telah kalian katakan, kerana khuatir mereka gagal memahami maksud anda kerana mereka hanya mendengar sambil mengingati TANPA memahaminya! haha